contoh

22
PENGENALAN Sepanjang pusingan hayat manusia, perkembangan dan pertumbuhan manusia merupakan paten perubahan fizikal, kognitif dan sosio-emosi. Pertumbuhan manusia secara fitrahnya seperti bulan iaitu bersifat lemah pada awal usianya, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Perkembangan manusia juga meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian. Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran kemahiran. Pertumbuhan manusia merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Ini dapat dilihat iaitu semasa pertumbuhan dan perkembangan manusia yang berlaku dengan pesat di dalam rahim untuk membentuk zigot dan seterusnya berkembang sebagai embrio dan janin. Pertumbuhan peringkat ini dinamakan pertumbuhan prenatal manakala peringkat seterusnya dipanggil pertumbuhan postnatal. Perkembangan pula adalah satu bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan dan penuaan. 1

Upload: eima-siti-nurimah

Post on 21-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kritikan

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Sepanjang pusingan hayat manusia, perkembangan dan pertumbuhan manusia

merupakan paten perubahan fizikal, kognitif dan sosio-emosi. Pertumbuhan manusia

secara fitrahnya seperti bulan iaitu bersifat lemah pada awal usianya, semakin

membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia

emas. Perkembangan manusia juga meliputi dari saat terbentuknya janin manusia

sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-

kanak, remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian. Pengetahuan mengenai

pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran motor

dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran

kemahiran.

Pertumbuhan manusia merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan.

Ini dapat dilihat iaitu semasa pertumbuhan dan perkembangan manusia yang berlaku

dengan pesat di dalam rahim untuk membentuk zigot dan seterusnya berkembang

sebagai embrio dan janin. Pertumbuhan peringkat ini dinamakan pertumbuhan prenatal

manakala peringkat seterusnya dipanggil pertumbuhan postnatal. Perkembangan pula

adalah satu bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan

dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang

hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang

dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan tumbesaran, kematangan dan

penuaan. Pembelajaran motor pula merupakan bidang pengajian pergerakan manusia

yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor

yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan.

1

1.0 ARTICLE REVIEW

2

Jurnal 1

Tajuk Prestasi Pergerakan Neuromotor Kanak-kanak Berumur di antara 5 hingga

6 Tahun Menggunakan Instrumen Zurich Neuromotor Assassment

Penulisan Halijah Ibrahim & Mazura Mashur

Latar belakang Kajian ini adalah berbentuk eksperimental yang diwakili satu kumpulan

populasi. Enam item ujian pergerakan motor halus yang menggunakan

instrumen Zurich Neuromotor diberikan kepada peserta.

Instrument kajian Instrumen yang digunakan adalah set penilaian Zurich Neuromotor,

borang penilaian, bilik untuk menjalankan penilaian, dua buah kerusi, jam

randik, video kamera dan kelengkapan alat komputer.

Subjek Seramai 25 orang kanak-kanak yang terdiri daripada 15 orang kanak-

kanak lelaki dan 10 orang kanak-kanak perempuan normal yang sihat

tubuh badan yang terlibat dalam kajian ini.

Dapatan kajian Seramai 15 orang kanak-kanak memperolehi prestasi yang baik pada

pergerakan tangan dominan, pergerakan kaki dominan dan kaki non-

dominan. Bagi pergerakan tangan non-dominan menunjukkan seramai 14

orang kanak-kanak memperolehi prestasi yang baik, diikuti pergerakan jari

dominan iaitu seramai 13 orang kanak-kanak dan seramai 4 orang kanak-

kanak memperolehi prestasi yang baik pada pergerakan jari non-dominan.

Kekangan kajian Kanak-kanak normal berada di tahap yang sederhana di dalam

pergerakan neuromotor. Kanak-kanak dapat menggunakan jari mereka

tetapi memakan masa yang lama untuk menjadi mahir. Bagi pergerakan

yang Berselang-seli (Alternating Movement), di kategorikan pergerakan

yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak.

ULASAN KRITIKAN :

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh digunakan adalah dengan menambah

bilangan sampel kerana bilangan sampel yang sedikit tidak dapat menunjukkan

gambaran peratusan sebenar perlakuan kanak-kanak tersebut..Tambahan pula, Item

ujian ini perlulah dikurangkan agar tidak membebankan kanak-kanak yang terlibat.

3

Jurnal 2

Tajuk Prestasi Kemahiran Motor Kanak-kanak Berumur Lima Tahun

Penulisan Noor Hidayah Sabaruddian & Halijah Ibrahim

Latar belakang Kajian yang dijalankan oleh penyelidik berbentuk eksperimental.

Manakala kaedah yang digunakan pula ialah kaedah ujian

menggunakan instrumen Movement Assessment Battery for

Children. Kajian ini dijalankan di tiga buah Tadika KEMAS di

salah sebuah daerah di negeri Pahang.

Instrument kajian Kajian ini menggunakan alat Movement Assessment Battery for

Children yang telah dibangunkan oleh Harcourt Assessment.

Subjek Peserta adalah kanak-kanak berumur 5 tahun pada tarikh

mereka melakukan ujian. Seramai 26 orang kanak-kanak

dengan 13 kanak-kanak lelaki dan 13 kanak-kanak perempuan

menyertai ujian ini.

Dapatan kajian Keputusan ujian yang telah dijalankan terhadap 26 orang

kanak-kanak menunjukkan bahawa tiada perbezaan keputusan

prestasi antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak

perempuan.

Kekangan kajian Terdapat 2 orang kanak-kanak yang mana seorang kanak-

kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang

mempunyai masalah motor.

ULASAN KAJIAN :

Antara cadangan penambahbaikan adalah dengan menjalankan ujian yang berbeza-

beza mengikut jantina kanak-kanak. Tambahan pula, ujian perlulah dilaksanakan

mengikut kesesuaian dan tahap kemampuan kanak-kanak. Selain itu, ujian ini perlulah

dijalankan atas pengetahuan ibu bapa agar mereka tahu akan tahap kemahiran anak-

anaknnya dan dapat mengesan awal masalah yang dihadapi oleh anaknya. Ujian juga

seharusnya dijalankan selain dari kawasan tersebut untuk mendapatkan purata sebenar

penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran yang terdapat dalam ujian ini.

4

Jurnal 3

Tajuk Kemahiran motor biasanya membangunkan remaja : Kejanggalan

atau Peningkatan?

Penulis Patricia L. Davies & James D. Rose

Latar belakang Untuk mengenal pasti perbezaan jantina dan trend pembangunan di

prestasi motor dan koordinasi seluruh tiga peringkat pembangunan:

prepubertal, pubertal dan postpubertal, ciri-ciri fizikal yang

mengiringi akil baligh telah digunakan bagi mengkelaskan para

peserta kepada peringkat-peringkat tersebut. Ujian ini melibatkan

kanak-kanak dari sekolah-sekolah awam dan swasta rendah, kelas

tinggi sekolah psikologi, kumpulan pengakap, dan anak-anak fakulti

di sebuah universiti.

Instrument kajian Disesuaikan daripada Ujian Bruininks-Oseretsky Motor Kemahiran

(BOTMP).

Subjek Lapan puluh belia, umur 7 hingga 18 tahun, mengambil bahagian

dalam kajian. Hanya 60 peserta, 30 lelaki dan 30 wanita, telah

dimasukkan ke dalam analisis.

Dapatan kajian Melalui ujian ini, prestasi motor lelaki adalah lebih baik daripada

prestasi motor perempuan. Disebabkan perbezaan jantina juga

menyebabkan berlakunya perbezaan dalam prestasi motor kerana

perempuan mengalami proses akil baligh lebih awal berbanding

lelaki.

Kekangan kajian Tidak ada bukti yang kukuh mengatakan akil baligh akan

mengganggu prestasi motor seseorang individu itu.

ULASAN KAJIAN :

Kajian ini kurang sesuai kerana sudah dinyatakan bahawa tidak ada bukti kesahihan

tentang akil baligh untuk dikaitkan dengan prestasi seseorang individu itu. Selain itu,

kajian ini juga tidak menggunakan semua sampel yang ada tetapi hanya menggunakan

sebahagian sahaja sample untuk di analisis.

5

2.0 PENULISAN LAPORAN PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN

MOTOR DIRI SENDIRI.

Graf berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dari kad kesihatan dan kad

pascanatal serta maklumbalas ibubapa dan ahli keluarga.

6

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 210

20

40

60

80

100

120

140

160

180

200

Graf Berat (cm) dan Ketinggian (kg) berdasarkan umur

Tinggi (cm)Berat (kg)

Bilangan

Umur

Suntikan imunisasi yang diterima dan faedahnya kepada bayi

Jenis Tarikh

diberikan

Faedah

Bagi Bayi

(i) B.C.G

(ii) Hepatitis B

Dos 1

Dos 2

Dos 3

(iii) Triple Antigen

Dos 1

Dos 2

Dos 3

(iv) Polio

Dos 1

Dos 2

Dos 3

11/2/1993

10/2/1993

15/3/1993

12/7/1993

10/5/1993

7/6/1993

26/7/1993

10/5/1993

7/6/1993

26/7/1993

7

Dapatan hasil daripada analisis (melihat elemen-elemen seperti jenis sasa

badan, latar belakang keluarga, persekitaran, gaya hidup, pemakanan dan sukan

yang terlibat).

Hasil temu ramah saya dengan ibu saya iaitu Seri Melor Binti Mohd. Amin,

banyak yang saya ketahui tentang diri saya dari kecil lagi. Apa yang ibu saya

ceritakan, dari lahir sehingga saya berusia 1 tahun setengah, susu yang saya

minum adalah susu badan iaitu susu ibu saya. Kemudian saya berhenti susu badan

kerana adik saya pula minum susu badan dan ibu saya telah memberi saya susu

tepung sebagai ganti. Susu yang diberikan kepada saya adalah susu jenama

Fernleaf. Selain itu, saya juga diberi makan nestum iaitu sejenis biskut untuk

makanan bayi. Seusia 8 bulan saya sudah mula makan nasi, tetapi nasi itu sudah

dikisar dengan bilis dan diletak sedikit kuah sayur tumis. Pada usia 1 tahun

setengah sehingga 4 tahun saya minum susu menggunakan cawan, hal ini kerana

saya telah diajar agar tidak menggunakan botol susu.

Perkembangan pergerakan motor saya pula adalah seusia 3 bulan saya sudah

mula meniarap. Kemudian pada usia 4-5 bulan saya sudah mula maju kehadapa

untuk mula merangkak. Tidak lama selepas itu, lebih kurang 5-6 bulan saya sudah

mula merangkak dan angkat badan untuk belajar duduk. Pada usia 8 bulan, saya

sudah mula jalan jatuh dan akhirnya pandai berjalan pada usia 10 bulan. Lebih

kurang pada usia 1 tahun 3 bulan, saya sudah mula bercakap namun ada pelat

kanak-kanak semasa bercakap dan pada usia 3 tahun saya sudah mula pandai

bercakap. Pada usia tersebut, ibu dan ayah sudah mula membelikan buku untuk

mengajar saya membaca. Ibu mengajar dengan mula mengeja perkataan. Ibu mula

memberi pendedahan kepada saya untuk belajar memegang pensil dan menulis. Ibu

akan memberi saya helaian kertas untuk menconteng dan ibu saya mengatakan

bahawa apabila saya dapat pen ataupun pensil, pasti saya akan menconteng.

Sejak lahir lagi saya dan keluarga tinggal di kuarters kerajaan dimana tempat

ayah saya bekerja. Kemudian pada usia 14 tahun saya dan keluarga berpindah ke

kampung halaman keluarga ayah saya. Semasa saya tinggal di kuarters, kawasan

8

pekan adalah jauh dari tempat tinggal. Ibu dan ayah sering bawa saya keluar

berjalan-jalan, pergi ke taman permainan untuk bermain dan pergi ke empangan

untuk melihat persekitaran. Selain itu, saya juga kerap pulang ke kampung kerana

ramai kawan di sana.

Mengenai gaya hidup pula, keluarga saya jenis yang lebih suka makan makanan

yang dimasak oleh ibu saya sendiri. Kami sangat-sangat jarang makan di luar

kerana merasakan bahawa makanan yang dimasak oleh ibu lebih selamat dan

sebenarnya air tangan ibu adalah lebih sedap. Saya jenis yang makan tidak memilih

namun hanya daging kambing sahaja yang saya tidak boleh makan kerana alahan.

Sejak kecil lagi saya serta adik-adik telah dididik makan sayur-sayuran. Hal inilah

yang membuatkan saya terbawa-bawa sehingga sekarang kerana apabila makan

saya pasti akan ambil sayur.

Ibu mengatakan bahawa pertumbuhan saya adalah normal dari kecil sehingglah

dewasa, hanya apabila naik sekolah menengah ketinggian saya naik sedikit sangat.

Semasa kecil saya tidak boleh bermain dengan lasak seperti main tidak berhenti

sampai dua jam kerana jika saya main lasak saya akan jatuh sakit (hidung

berdarah). Pada usia 10-11 bulan saya kena demam campak. Kemudian pada usia

9 tahun saya kena beguk pula dan seusia 16 tahun saya kena penyakit cengkering

(chicken pop). Ketika usia 7 hari selepas kelahiran, saya telah disunatkan dan telah

diadakan majlis akikah dan kenduri doa selamat. Selain itu, ibu juga mengatakan

saya semasa kecil tidak banyak kerenah dan senang dijaga. Ibu akan tidur kan saya

dari pukul 5 petang dan saya akan bangun semula jam 7 pagi keesokan harinya.

Hanya pada awal kelahiran sehingga 2 bulan saya banyak menangis dan

membuang air besar.

Sasa badan saya adalah mengikut baka belah ibu kerana saiz badan adik-

beradik sebelah ibu saya adalah kecil. Selain itu, saya juga mengikuti jejak langkah

ayah yang minat akan sukan. Ayah sering bermain badminton digelanggang

badminton bersama rakan-rakannya. Apabila bermain badminton, ayah akan

membawa saya sekali dan saya juga ada raket dan bulu tangkis saya sendiri.

Semasa zaman persekolahan, saya rajin bermain badminton di hadapan rumah

bersama ibu dan ayah serta jiran-jiran yang lain. Saya mula aktif bersukan semasa

9

saya di sekolah menengah. Pada usia 15 tahun saya wakil sekolah peringkat daerah

sukan hoki dan menceburkan diri dalam sukan silat seni pada usia 16 tahun hingga

17 tahun. Semasa di zaman sekolah, saya sering dilantik oleh guru sama ada

menjadi ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas mahupun pengawas pusat

sumber.

Serba sedikit latar belakang saya adalah, ayah saya iaitu Samsudin Bin Salihan

(56 tahun) merupakan Pekerja Rendah Awam (PRA) di Institut Pertanian Ayer

Hitam, Ayer Hitam, Johor dan ibu saya iaitu Seri Melor Binti Mohd Amin (42 tahun)

merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Saya merupakan anak sulung dari

lima orang adik-beradik. Badan adik-adik saya adalah lebih besar dan lebih tinggi

dari saya. Adik saya nombor dua iaitu Nurul Wafaa’ Syazwani berusia 19 tahun,

sekarang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu selepas menghabiskan

belajar di Matrikulasi Changlun, Kedah. Adik nombor tiga saya iaitu Nurul Amirah

berusia 15 tahun masih bersekolah menengah di sekolah berdekatan rumah. Begitu

juga Nurhani Nadiah berusia 13 tahun. Dan yang terakhir sekali adik bongsu saya

dan merupakan satu-satunya adik dan anak lelaki di dalam keluarga saya berusia 9

tahun dan masih bersekolah di sekolah rendah berdekatan dengan rumah. Sejak

zaman sekolah lagi saya serta adik-adik tidak dibenarkan bersekolah di sekolah

berasrama kerana ayah mengatakan belajar dimana sama sahaja.

Kesimpulannya, dengan adanya tugasan analisis ini, saya semakin mengetahui

siapa diri saya dan perwatakan saya dari kecil lagi. Saya berasa sungguh bertuah

dilahirkan di dalam keluarga ini kerana keluarga saya membuatkan diri saya berasa

serba lengkap. Ibu dan ayah banyak berkorban sepanjang membesarkan saya dan

adik-adik saya. Semoga kejayaan saya dapat membuat mereka merasa gembira

atas dididikan yang telah mereka berikan kepada saya.

10

Gambar dan data berkaitan

11

7 hari 2 bulan40 hari

8-9 bulan 11 bulan 1 tahun

12

2 tahun 4 tahun 5 tahun

9 tahun6 tahun 11 tahun

13

13 tahun 15 tahun14 tahun

16 tahun 17 tahun 18 tahun

RUMUSAN

14

Pembelajaran motor boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama

pembelajaran motor iaitu yang pertama adalah suatu proses mencapai keupayaan

untuk membentuk tindakan yang berkemahiran. Hal ini bermakna pembelajaran yang

malibatkan satu set peristiwa, atau perubahan dimana latihan akan membolehkan

seseorang itu menjadi lebih mahir. Maksud yang kedua adalah pembelajaran yang

berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung. Manakala definisi yang ketiga adalah

pembelajaran yang tidak boleh diperhatikan secara langsung kerana proses ke arah

perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman dan maksud yang terakhir

adalah pembelajaran yang dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang kekal di

dalam keupayaan kemahiran tingkah laku.

Berdasarkan keempat-empat sifat utama, ini memberi gambaran bahawa definisi

pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau

pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal.

Menurut Malina, et al. (2004) di dalam buku Program Pensiswazahan Guru (PPG)

cetakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pembelajaran motor adalah

kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh itu, ini berkaitan dengan tindak

balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.

RUJUKAN

15

16

LAMPIRAN

17