contoh

11
ANALISIS PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK 1. ANALISIS PENDEKATAN Dalam konteks pendidikan, pendekatan merujuk kepada beberapa teori berkaitan dengan sifat-sifat semulajadi pembelajaran yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran. Dalam erti kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaima cara sesuatu mata pengajaran diajarkan untuk mencapai objektif. Pendekatan terba kepada 2 iaitu pendekatan pengajaran dan pendekatan pembelajaran. Pendekatan pengajaran yang telah diaplikasikan dalam rancangan pengajaran harian ialah eklektik dan komunikatif. Pendekatan elektif merupakan pendekatan h gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Segala ciri yang baik kedua-dua pendekatan ini digabungkan digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu. . Dalam konteks ini guru tidak pe terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih lua mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-murid. Tegasnya, pendekatan eklektif ialah pendekatan yang cuba mencantumka unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilka satu strategi yang lebih seimbang. Kebaikan pendekatan eklektif ialah sifatnya y mudah diubah memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberikan banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid. a sesuai digunak untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan,secara t langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan itu. !urid-murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan menyakinkan. Pendekatan komunikatif pula adalah pendekatan yang memberi fokus khusus kepada murid. "al ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. #ntara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta

Upload: eima-siti-nurimah

Post on 02-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

ANALISIS PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK1. ANALISIS PENDEKATANDalam konteks pendidikan, pendekatan merujuk kepada beberapa teori yang berkaitan dengan sifat-sifat semulajadi pembelajaran yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran. Dalam erti kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana cara sesuatu mata pengajaran diajarkan untuk mencapai objektif. Pendekatan terbahagi kepada 2 iaitu pendekatan pengajaran dan pendekatan pembelajaran. Pendekatan pengajaran yang telah diaplikasikan dalam rancangan pengajaran harian ialah eklektik dan komunikatif. Pendekatan elektif merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Segala ciri yang baik kedua-dua pendekatan ini digabungkan untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu. . Dalam konteks ini guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-murid. Tegasnya, pendekatan eklektif ialah pendekatan yang cuba mencantumkan unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi yang lebih seimbang. Kebaikan pendekatan eklektif ialah sifatnya yang mudah diubah memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberikan banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid. Ia sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan,secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan itu. Murid-murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan menyakinkan.Pendekatan komunikatif pula adalah pendekatan yang memberi fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat. Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar. Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif: makna sangat dipentingkan; dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan hafalan; konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan; pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi; latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan; pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja; bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar; murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur); terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat daripadanya; kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka, kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya. Manakala pendekatan pembelajaran yang diaplikasikan dalam rancangan pengajaran harian ialah, pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Dalam konteks ini pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran, manakala guru pula akan bertindak sebagai fasilitator. Ciri-ciri pemusatan murid ialah: Murid memainkan peranan utama Komunikasi dua hala melalui kaedah menyoal. Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik. Perkembangan murid secara menyuluruh dan seimbang dari aspek JERI. Ujian formatif ditekankan untuk mengkaji kelemahan murid. Penyampaian guru tertumpu kepada pengajaran yang bermakna. Banyak peluang dalam interaksi murid antara murid. Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Kesannya, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif serta dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.Bagi pendekatan berpusatkan bahan pula ia lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu (ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru, manakala, bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, kertas dan sebagainya. Antara ciri-ciri pemusatan bahan ialah: Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran. ABM membantu murid memahami konsep abstrak dengan lebih jelas. Pengajaran yang menarik.2. ANALISIS KAEDAHDalam rancangan pengajaran haraian yang disediakan kaedah yang digunakan ialah kaedah terus,semulajadi, ajuk hafaz, dan oral-aural. Kaedah terus ialah membolehkan murid untuk menguasai kemahiran berbahasa iaitu membaca, bertutur serta mendengar dan menulis. Kaedah semulajadi pula ialah pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan berhubung dengan objek dan gambar. Manakala kaedah ajuk hafaz ialah kaedah yang dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi perlu berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Yang terakhir ialah oral-aural. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah dengar-tutur yang menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. 3. ANALISIS TEKNIKTerdapat beberapa teknik yang digunakan dalam pengajaran yang dilakukan. Antara teknik tersebut ialah berbincang, soal jawab, dan sumbang saran. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar.Teknik sumbang saran dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Ia juga dikenali sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Selain itu ia menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.Tujuan Sumbangsaran : Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

BUKTI KESESUAIAN PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIKPengajaran mikro yang dijalankan mengikut langkah-langkah yang telah diatur. Kaedah, teknik dan pendekatan yang telah dipelajari diterapkan sepenuhnya dalam rancangan pengajaran harian yang telah direka. RPH ini telah menggunakan kaedah oral-aural. Kaedah oral aural mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kaedah ini sering digunakan dalam pembelajaran. Kaedah ini menggunakan sehelai kertas yang disediakan kepada murid. Dalam kaedah ini, murid akan mengajuk sebutan yang disebut oleh guru berpandukan kertas yang disediakan. Kaedah ini akan melengkapkan murid dengan seluruh alat sebutan dan pendengarannya untuk pembelajaran. Pendekatan yang digunakan seperti pendekatan berpusatkan murid akan menjadikan murid tersebut aktif kerana ia tidak terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh guru. Murid-murid akan bergiat aktif dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh guru. Murid-murid juga tidak akan berasa bosan dan mudah memahami perkara yang diajar oleh guru. Selain itu, ketika pengajaran dilakukan berlaku hubungan dua hala antara guru dan murid. Murid-murid dan guru saling bersoal jawab antara satu sama lain. Teknik yang diterapkan dalam RPH ini seperti teknik bersoal jawab memberikan peluang kepada murid-murid untuk bertanya kepada guru perkara yang tidak difahami. Ini bukan sahaja menjadikan murid tersebut aktif dan melibatkan diri dalam kelas malahan juga guru dapat mengetahui murid mana yang tidak faham dan faham topik yang diajar. Ini adalah kerana tidak semua murid di dalam sesebuah kelas mempunyai tahap kecerdasan yang sama. Alat bantu yang digunakan seperti replika piramid makanan akan menjadikan pembelajaran bertambah menarik dan berkesan. Murid tidak perlu membayangkan apa yang sedang dipelajari kerana terdapatnya sumber bantu mengajar tersebut dan murid akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran yang sedang berjalan di dalam kelas. Pembelajaran kaedah ini akan mengelakkan murid berasa bosan dan mengantuk.Selain itu, tayangan video yang dilakukan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan meningkatkan daya ingin tahu murid-murid. Melalui tayangan video ini, murid-murid dapat mengetahui serba sedikit topik yang akan diajar kerana ia dilakukan ketika sesi induksi. Aktiviti nyanyian yang dilakukan juga meningkatkan minat murid untuk belajar tanpa rasa bosan. Aktiviti nyanyian berkaitan topik yang diajar akan lebih membuatkan murid untuk memahami topik yang dipelajar pada hari tersebut.Seterusnya, kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan melalui pendekatan,kaedah dan teknik akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan memikat serta dapat menggalakkan murid-murid belajar secara aktif dan terlibat sepenuhnya. Kesimpulan yang dapat dinyatakan dalam pengajaran tersebut ialah murid-murid dapat mencapai objektif-objektif P&P dengan jayanya walaupun ada sedikit kelemahan secara tidak langsung

AMALAN BAIK / NILAI-NILAI MURNI YANG DILAKUKANDi sekolah guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah merupakan asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni.Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Dalam pendidikan, penerapan nilai murni secara rasmi diberi penekanan adalah melalui Laporan KabinetIni adalah kerana pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu nilai murni dalam pendidikan.Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana: " Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."Penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.Penerapan nilai murni berlaku melalui strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu.Dari segi sesi pengajaran pula, nilai kerjasama ini sangat penting kerana ia akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Selain itu, ia juga akan membantu guru untuk mengajar dengan tenang dan tidak tertekan. Hal ini menunjukkan kerjasama yang hendak diterapkan oleh guru kepada murid-murid tercapai.Dalam pengajaran mikro yang dilakukan dapat dilihat nilai yang paling utama iaitu nilai kerjasama. Nilai kerjasama yang dimaksudkan ialah kerjasama antara murid-murid dan guru serta murid dan murid. Sepanjang sesi pengajaran murid-murid memberi kerjasama yang amat baik sekali kepada guru dalam semua aktiviti yang dilakukan walaupun terdapat keadaan yang agak kucar-kacir.Apabila guru menyuruh murid-murid untuk berada di meja hadapan, murid-murid memberi kerjasama yang baik kepada guru. Selain itu, murid-murid memberi kerjasama kepada guru ketika guru menyuruh untuk menyanyi bersama dengan guru. Bukan itu sahaja, dalam aktiviti melengkapkan piramid makanan murid-murid menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi sehinggakan mereka berebut-rebut untuk melengkapkan piramid makanan.Nilai kerjasama ini amat penting dalam kehidupan seharian. Ia patut dipupuk dari peringkat akar umbi lagi. Oleh itu, tugas guru untuk memupuk nilai kerjasama ini amat penting. Walaupun begitu, bukan guru sahaja yang patut memupuk nilai ini malahan keluarga dan masyarakat juga memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah kerana jika ia tidak dipupuk dari akar umbi, maka kelak murid-murid yang akan meningkat dewasa akan susah untuk memberi kerjasama kepada orang yang berada di sekelilingnya.