contoh

70
Pendahuluan Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional. Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan (Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian inti pati profesionalisme guru. Berasaskan pemahaman dan analisis ten tang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan pengajaran. Definisi Sukatan Pelajaran Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi suatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran dibina berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, obejktif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian (www.edsnet.na/ Resources/TBCM/TBCM l/Glossary M 1.htm). Amalan kurikulum berbeza-beza dari sebuah negara dengan negara yang lain. Dalam amalan kurikulum di Malaysia, kurikulum dan sukatan pelajaran bersifat berpusat, diselaraskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang merangkum pendidikan prasekolah, rendah dan menengah. Terdapat dua dokumen penting yang saling melengkapi yang dibangunkan, iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Upload: geetha-shan

Post on 04-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

contoh assig

TRANSCRIPT

Pendahuluan

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional. Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan (Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian inti pati profesionalisme guru. Berasaskan pemahaman dan analisis ten tang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan pengajaran.

Definisi Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi suatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran dibina berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, obejktif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian (www.edsnet.na/ Resources/TBCM/TBCM l/Glossary M 1.htm).

Amalan kurikulum berbeza-beza dari sebuah negara dengan negara yang lain. Dalam amalan kurikulum di Malaysia, kurikulum dan sukatan pelajaran bersifat berpusat, diselaraskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang merangkum pendidikan prasekolah, rendah dan menengah. Terdapat dua dokumen penting yang saling melengkapi yang dibangunkan, iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Sukatan pelajaran

Sukatan pelajaran, sebagai dokumen induk, mewakili keperluan kurikulum bagi satu peringkat persekolahan. Oleh itu, ada dua sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang dibina di PPK iaitu sukatan pelajaran sekolah rendah dan sukatan pelajaran sekolah menengah. Sukatan pelajaran sekolah rendah merangkurni Tahap Satu dan Tahap Dua, disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, dan Kelas Peralihan. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi pelajaran Bahasa Melayu menengah rendah (tingkatan satu hingga tingkatan tiga), dan menengah atas (tingkatan empat dan tingkatan lima).

Huraian sukatan pelajaran

Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan kandungan sukatan pelajaran. Huraian sukatan pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran, dan dibezakan antara HSP SK dan SJK.

Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah dimuatkan dalam dokumen sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Organisasi kandungan kurikulum, sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran merujuk kerangka utama dokumen berkenaan, setiap satu, dengan kerangka yang tertentu. Organisasi Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah seperti yang berikut:

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah diorganisasikan seperti berikut:

1. Matlamat dan Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum):a. Penggunaan Bahasab. Kemahiran Bahasac. Hasil Pembelajarand. Sistem Bahasae. Pengisian Kurikulum

3. Hasil Pembelajaran (senarai hasil pembelajaran bagi ketigatiga bidang penggunaan bahasa)4. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)5. Pengisian Kurikulum (penerangan lanjut)

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Terdapat lima buah buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah yang disediakan, iaitu sebuah khusus bagi setiap tingkatan satu hingga tingkatan lima. Kelima-limanya berbeza dari dua segi, iaitu:

1. Objektif pendidikan Bahasa Melayu bagi setiap tingkatan2. Huraian hasil pembelajaran3. Catatan dan cadangan aktiviti dan sumber (sejajar dengan pemyataan huraian hasil pembelajaran)

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah seperti yang berikut:

1. Matlamat, Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah, dan Objektif Pendidikan 2. Bahasa Melayu Sekolah Menengah mengikut tingkatan2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum)a. Penggunaan Bahasab. Kemahiran Bahasac. Hasil Pembelajarand. Sistem Bahasae. Komponen Kesusasteraan Melayu f. Pengisian Kurikulum

3. Penerangan tentang Huraian Sukatan Pelajaran Hasil Pembelajarana. Hasil Pembelajaran (Utama dan Khusus)b. Huraian Hasil Pembelajaranc. Cadangan Aktiviti/Nota

4. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran5. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)6. Pengisian Kurikulum (penerangan lanjut)7. Hasil Pembelajaran (kandungan). Bahagian ini dipersembahkan dalam tiga lajur, iaitu hasil pembelajaran utama dan khusus dalam lajur 1, huraian hasil pembelajaran dalam lajur 2, dan catatan dan nota dalam lajur 3.

Matlamat dan Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Matlamat kurikulum sdalah tujuan umum atau hasrat yang ingin dicapai melalui pendidikan, misalnya pendidikan Bahasa Melayu. Terdapat perbezaan kecil antara matlamat pendidikan bahasa Melayu bagi sekolah rendah dengan sekolah menengah. Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan.

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah digariskan daripada matlamat yang dinyatakan di atas. Objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah berbeza daripada objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah. Objektif yang dicapai pada akhir pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah adalah:

1. Melibatkan diri dalam interaksi so sial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;4. Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;5. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan6. Menghayati dan mengamalkan nilai mumi, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

Selain daripada itu, terdapat juga objektif yang lebih khusus bagi setiap tahun pembelajaran, iaitu tingkatan satu hingga tingkatan lima dinyatakan dalam dokumen huraian sukatan pelajaran mengikut tahun. Perbezaan ini wujud dari segi skop, peluasan dan kedalaman kemahiran. Objektif mengikut tingkatan ini berdasarkan objektif pendidikan sekolah menengah tertera di atas. Di bawah ini diperturunkan objektif pendidikan Bahasa Melayu Tingkatan Tiga:

1. Berbicara tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan serantau dan antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun.2. Berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan melaksanakan aktiviti yang lazim dalam transaksi.3. Memberikan penjelasan, alasan dan contoh untuk mempengaruhi pihak lain dalam suasana perbincangan dan perundingan yang harmoni.4. Membaca bahan sastera dan ilmu dengan menggunakan teknik bacaan yang berkesan untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu karya.5. Merujuk pelbagai sumber, memperluas dan menganalisis maklumat bagi tujuan penyelidikan. 6. Menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara, bentuk dan gaya penyampaian yang efektif.7. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan teknik penulisan yang menarik.8. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara yang terdapat dalam bahan yang dipelajari dan yang diperoleh melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

Penggunaan Bahasa

Untuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah, pengetahuan dan kemahiran yang ingin disuntik kepada pelajar ialah keterampilan menggunakan bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan harian, pengembangan ilmu pengetahuan bagi pembelajaran seumur hayat, serta tuntutan kerjaya. Berasaskan matlamat tersebut, kandungan kurikulum Bahasa Melayu dijuruskan kepada tiga bidang penggunaan bahasa iaitu:

1. Bidang interpersonal: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks mengekalkan hubungan dan interaksi sosiallain seperti memberikan pendapat, rundingan, membuat pertimbangan, memujuk dan transaksi.

2. Bidang maklumat: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks memperoleh, memproses dan menyampaikan pelbagai maklumat dalam pelbagai disiplin.3. Bidang estetik: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa bagi apresiasi keindahan bahasa pelbagai karya penulisan dan penghasilan genre penulisan.

Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah yang berasaskan penggunaan bahasa merupakan urutan yang logik daripada penekanan pada kemahiran bahasa pada peringkat sekolah rendah kepada aspek fungsian bahasa Melayu dalam pelbagai konteks kebahasaan sebenar pada peringkat menengah. Kemahiran bahasa dan kecekapan berbahasa (dijelmakan dalam pernyataan hasil pembelajaran) yang perlu dikuasai oleh murid menengah mencakup keperluan fungsi ketiga-tiga bidang penggunaan bahasa tersebut. Harus diingat bahawa bidang penggunaan bahasa tidak mewakili kemahiran bahasa tertentu. Anggapan bahawa bidang interpersonal mewakili kemahiran mendengar dan bertutur, manakala bidang maklumat mewakili kemahiran membaca, dan bidang estetik mewakili kemahiran menulis adalah tidak tepat sama sekali. Setiap hasil pembelajaran dalam bidang penggunaan bahasa boleh menjurus kepada kemahiran dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan atau menulis. HPK 2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti boleh merujuk dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran bertutur dan menulis.

Hasil PembelajaranHasil pembelajaran adalah set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai oleh murid melalui proses pembelajaran bahasa (Melayu). Ini sejajar dengan pandangan Skinner (1992) bahawa pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku melalui pengalaman pembelajaran pengetahuan, kemahiran dan sikap dapat dibentuk. Hasil pembelajaran dibina mengikut bidang penggunaan bahasa (interpersonal, maklumat atau estetik). Pernyataan hasil pembelajaran berteraskan kemahiran bahasa dan disepadukan satu atau lebih perkara berikut, iaitu sistem bahasa, komponen sastera dan elemen pengisisan kurikulum. Te1iti hasil pembelajaran berikut:

1.4 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan ungkapan yang sesuai

a. Mentafsir maksud tersurat/tersirat ialah unsur kemahiran berfikir, menganalisis dan kecerdasan verbal-linguistik, iaitu satu daripada elemen pengisian kurikulumb. Merujuk sistem bahasa iaitu kosa katac. Maksud rangkai kata/petikan yang ditafsir mungkin daripada bahan komponen sastera.

Hasil pembelajaran terbahagi dua: hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus.

5.1 Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

Hasil pembelajaran utama bagi setiap bidang penggunaan bahasa adalah seperti yang berikut:

Bidang Interpersonal

1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan5.0 Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain melakukan sesuatu6.0 Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan

Bidang Maklumat

7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu

Bidang Estetik

10.0 Memaharni dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam penulisan kreatif dan bukan kreatif

12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

5.1 Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)

Hasil pembelajaran utama yang tersenarai di atas masih bersifat umum. Oleh itu, setiap hasil pembelajaran utama mengandungi set hasil pembelajaran khusus yang perlu dicapai untuk memastikan hasil pembelajaran utama telah dikuasai o1eh pelajar. Contohnya, terdapat lima HPK 2.1,2.2,2.3,2.4 dan 2.5 perlu dikuasai murid untuk mencapai HPU 2.0

2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan

2.1 Mencetuskan idea bemas dan teliti semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.2.2 Menghuraikan idea bemas secara kritis dan rapi.2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk membantu dalam membuat penyelesaian.2.5 Berbincang dan membuat penje1asan secara spontan tentang sesuatu perkara terhadap isu yang dikemukakan.

Berdasarkan taksonomi Bloom, iaitu konsep daripada yang mudah daripada mudah kepada yang sukar, HPK 2.1 ialah HP yang relatifnya mudah berbanding 2.2, dan HPK 2.5 ialah HP yang paling sukar bagi HPU 2.0.

Hasil pembelajaran utama (HPU), hasil pembelajaran khusus (HPK), hinggalah kepada pernyataan yang lebih spesifik iaitu huraian hasil pembelajaran (HHP) mempunyai implikasi pedagoginya. Dalam konteks pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hasil pembelajaran:

petunjuk kepada kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapaimembantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan tatacara pengajaran serta penilaian yang relevan dan berkesan

Pernyataan Huraian Hasil Pembelajaran (HHP)

Suatu perkara dalam kandungan huraian sukatan pelajaran yang perlu dianalisis dan difahami oleh guru ialah huraian hasil pembelajaran. Bagi tujuan yang lebih spesifIk untuk memenuhi keperluan pedagogi di bilik daIjah, setiap hasil pembelajaran khusus diperincikan mengikut tahap kesukaran isi pelajaran dan tahap pembelajaran dan pre stasi pelajar. Perincian ini terkandung huraian hasil pembelajaran yang juga disebut pemyataan aras pembelajaran; sarna ada aras as as [Aras I], aras sederhana [Aras 2], atau aras cemerlang [Aras 3]. Pemyataan aras pembelajaran dibina berdasarkan pemyataan HPK. Oleh sebab tidak semua pemyataan aras ada bagi semua HPK bagi ketiga-tiga aras, maka guru hams berupaya mengesan HPK bagi pernyataan aras tersebut. Di bawah ini diperturunkan huraian hasil pembelajaran dari aras 1,2 dan 3 bagi HPU 1.0 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga, dan sila teliti pertalian antara HPK dan HHP.

Aras 1

1. Berbual, menambah dan menyambung bicara ten tang masyarakat dengan menggunakan ungkapan yang sesuai dan ayat yang gramatis. (HPK 1.1) 2. Mendengar pemyataan dengan aktif dan menghubungkaitkannya dengan kejadian atau peristiwa yang dibaca, didengar, dan didalami sebagai respons. (HPK 1.2) 3. Mengisahkan dan menceritakan semula sesuatu perkara dengan teratur dan menarik perhatian. (HPK 1.3) 4. Menyatakan pandangan dengan menghuraikan maksud tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber (HPK 1.3) 5. Mengemukakan soalan dalam bentuk ayat tanya tanpa kata tanya dan menggunakan soalan pengikat untuk mengundang respons (HPK 1.4) VI.6. Menolak pandangan seseorang dengan memberikan penjelasan yang sopan (HPK 1.5) 7. Memberikan penjelasan tentang maksud dan kedudukan sebenar secara sopan.

Aras 21. Mengutarakan soalan bertumpu dan bercapah serta memberikan jawapan yang tepat dalam perbincangan (HPK 1.4) 2. Menghujah secara sop an tentang pemyataan atau isu yang bersifat sensitif dan berupa tuduhan (HPK 1.5) 3. Menyatakan penghargaan, pengakuan, kecenderungan dan mendapatkan pertimbangan. (HPK 1.6)

Aras 31. Menafikan pemyataan dan menolak tuduhan dengan mengemukakan hujah yang meyakinkan tanpa menyentuh hal sensitif. (HPK 1.5) 2. Menyatakan kesediaan, keprihatinan, kekhuatiran tentang sesuatu, serta menegur perlakuan yang tidak menyenangkan dengan menyisipkan peribahasa. (HPK 1.6)

Pemyataan dalam huraian hasil pembelajaran ialah pemyataan yang dipilih dan diukur oleh guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harian. Selain menggunakan kreativiti dan pengalaman untuk merangka dan memikirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi hasil pembelajaran yang dipilih, guru digalakkan menggunakan cadangan aktiviti dalam lajur 3 HSP yang mengambil kira aspek pedagogi, strategi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber dan bahan bantu belajar.

Komponen Sastera dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Pembelajaran unsur sastera bagi murid-murid sekolah mula diberikan penekanan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu 1988 sebagai unsur sastera. Mulai tahun 2000 pembelajaran unsur sastera dimantapkan melalui pelaksanaan komponen sastera yang dijelaskan dalam edisi penyesuaian Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu seta penggunaan teks sastera wajib yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum Bahasa Melayu semakan pelaksanaan 2003, komponen sastera diteruskan. Dengan semangat yang sarna dinyatakan dalam objektif pelaksanaan komponen sastera, iaitu:

1. Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera,2. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Komponen sastera harus difahami dalam perspektif yang tepat, iaitu:

1. komponen sastera diperkenalkan bukan untuk mengajarkan sastera per se, dalam kelas Bahasa Melayu.2. komponen sastera merupakan medium atau wahana untuk mencapai matlamat pendidikan bahasa Melayu iaitu keterampilan berbahasa Melayu, dengan itu mengukuhkan kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) serta penguasaan sistem bahasa (tatabahasa, kosa kata dan sebagainya) murid.Aspek sastera seperti tema persoalan gaya bahasa, plot, pengajaran, dan sebagainya diperkenalkan tetapi tidak begitu terperinci seperti kandungan pedidikan Kesusasteraan Melayu elektif.

Dengan ini, komponen sastera dalam konteks sukatan semakan terjelma dalam dua bentuk:

Sebagai HPU dari HPK, khususnya HPU 10.0 memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sasteraTeks atau karya sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja untuk mencapai HPU 10.0, tetapijuga boleh digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran dengan HPU yang lain termasuk bidang interpersonal dan maklumatTeks komponen sastera boleh digunakan sebagai bahan untuk mengajarkan tatabahasa dan mengembangkan kosa kata murid.Pengajaran menggunakan teks sastera dapat merealisasikan manamana kemahiran bemilai tambah yang sesuai sarna ada kemahiran berfIkir, teknologi maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kajian mas a depan, kontekstual, konstruktivisme atau kecerdasan pelbagai.

Berdasarkan pemahaman ini, kekeliruan dapat dielakkan dan guru dapat merancang strategi pengajaran yang berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran serta menepati objektif sebenar komponen sastera.

Pengisisan Kurikulum

Selain kemahiran dan kecekapan yang khusus diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kurikulum semakan menggariskan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai yang hams dimiliki oleh murid yang dididik. Hasrat ini dinyatakan dalam pengisian kurikulum. Terdapat beberapa pernyataan hasil pembelajaran secara tersurat memperlihatkan penekanan elemen pengisisan kurikulum yang khusus. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana elemen tersebut tidak dinyatakan dalam pernyataan HP, penyerapan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai perlu dirancang dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima elemen dalam pengisian kurikulum iaitu:

Ilmu - pengintegrasian isi atau kemahiran khusus mata pelajaran dan disiplin lain dalam pendidikan Bahasa MelayuNilai - penyerapan 17 nilai murni yang as as atau subnilai merentas kurikulumKewarganegaraan - tuntutan meningkatkan patriotisme mood kepada negara.Peraturan sosiobudaya - pendidikan berteraskan falsafah dan keperibadian masyarakat MalaysiaKemahiran bernilai tambah - kemahiran generik yang dibina melalui kemahiran dan pendekatan dan gaya pembelajaran berikut: a. Kemahiran berfikir b. Kemahiran teknologi c. Maklumat dan komunikasi Kemahiran belajar cara belajar d. Kajian masa depan e. Kecerdasan pelbagai f. Pembelajaran konstruktivisme g. Pembelajaran kontekstualisme

Bagi menyerapkan elemen di atas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, pertimbangan pedagogi perlu dibuat bagi menyesuaikan hasil pembelajaran dengan mana-mana elemen tersebut.

Strategi pengajaran dan pembelajaran

Analisis dan pemahaman kandungan sukatan pelajaran perlu disusuli praktis yang berkesan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu menggariskan strategi pengajaran dan pembelajaran berikut yang perlu diamalkan dan dilaksanakan:

1. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan menggalakkan interaksi dan penguasaan kemahiran meIaIui pengalaman sendiri serta memberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. 2. Pendekatan masteri untuk memastikan murid menguasai isi pelajar dan kemahiran, meIaIui pengubahsuaian teknik mengikut tahap kebolehan murid dan penilaian formatif yang jitu dan berterusan serta tindakan susulan yang sesuai. 3. Kepelbagaian pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan kebolehan murid serta keberkesanan pengolahannya. 4. Kepelbagaian sumber dan bahan seperti akhbar, majaIah, kamus, bahan daripada internet, perisian kursus, bahan sastera dan bukan sastera, bahan pelbagai disipIin, bacaan luas serta penggunaan pusat sumber dan komputer. 5. Penggunaan tatabahasa yang tepat melalui pengajaran terancang, penggunaan aspek tatabahasa dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna. Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan utama. 6. Pengajaran dan pembelajaran bertema meliputi bidang iImu, hal persendirian dan kemasyarakatan serta isu semasa dirancang supaya hasil pembelajaran, kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata disepadukan dan dikukuhkan. 7. Bacaan luas dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera untuk meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. 8. Penggabungjalinan antara dua atau Iebih kemahiran bahasa, serta hasil pembelajaran dengan sistem bahasa. Bagi tujuan ini, guru harus mengenal pasti sekurang-kurangnya dua hasil pembelajaran bagi setiap waktu pengajaran dengan satu daripadanya sebagai fokus utarna, dan selebihnya fokus sampingan. Penggabungjalinan tatabahasa dan kosa kata perlu dilaksanakan dalam setiap waktu pengajaran. 9. Penyerapan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Kemahiran bedikir perlu diserapkan dalam setiap waktu pengajaran BM. 10. Pemulihan dibuat untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai mengikut kadar kemampuan mood. 11. Penilaian formatif dan sumatif yang berterusan dijalankan untuk menentukan pencapaian hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran, serta mengenal pasti tindakan susulan yang perlu diambil misalnya aktiviti pemulihan atau pengayaan. 12. Pengayaan perlu diberikan bagi murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal daripada jangka masa yang ditetapkan melalui aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar.

KesimpulanSemakan kurikulum menuntut guru menganalisis semula kandungan kurikulum, sukatan dan huraian sukatan pelajaran supaya guru dapat melaksanakan tugas mengajar dengan sebaiknya mengikut matlamat, objektif dan ketetapan yang dibuat. Setelah memaharni kandungan sukatan pelajaran, tugas yang lebih berat ialah penyediaan rancangan pengajaran tahunan dan harian, seterusnya pelaksanaan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di sinilah pengetahuan kurikulum, ilmu tentang bahasa (Melayu), strategi pengajaran berkesan dan kecintaan kepada tugas mengajar dipersatukan bagi memastikan muridlah yang pada akhirnya mendapat yang terbaik daripada pengajaran yang ditawarkan oleh guru serta pengalaman pendidikan yang dilalui oleh murid.

UNSUR FPK DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU Unsur- unsur penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan hubungannya dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan tonggak kemajuan,tidak kira sama ada kemajuan individu masyarakat mahupun Negara.Pendidikan jugalah yang akan menentukan dan membezakan corak manusia dan masyarakat.Manusia yang berpendidikan lebih berdisplin,berbanding manusia yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat diperolehi jika wujud sistem yang teratur. Pendidikan ini adalah satu proses pengajaran pembelajaran yang melibatkan perhubungan dan interaksi antara individu, tidak kira sama ada guru dan murid serta hubungan dengan rakan sebaya atau sebaliknya.Para guru harus menjalankan tugas berlandaskan garis panduan falsafah pendidikan kebangsaan.Banyak tugas guru perlu digalas demi memenuhi matlamat pendidikan negara ini,supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekali gus menjadi identiti sistem pendidikan negara Malaysia. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berkesan, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk rujukan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran serta mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa,hasil pembelajaran,sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis,mengungkap ilmu pengetahuan dari mata pelajaran lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir,maka Kurikulum Bahasa Melayu telah digubalkan.Ia bertujuan melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani,intelek dan sosial. 2.0 Konsep serta pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran 2.1 Pengertian Falsafah Pendidikan Dalam perkembangan pendidikan konsep falsafah mempunyai pengertian yang besar dan boleh dipisahkan.Maju mundurnya sistem pendidikan sesebuah negara selalu dikaitkan dengan falsafah pendidikan. Falsafah sebenarnya berasal dari dua perkataan Yunani iaitu philein yang bermaksud mencintai atau to love dan Sophia yang bermaksud kebijaksanaan.Oleh itu,cantuman dua perkataan ini bermaksud mencintai kebijaksanaan,kesempurnaan dan kehikmahan (Mohd Salleh Lebar-Perkembangan dan haluan kurikulum pendidikan Malaysia).Suria Sumantri(1990) mendefinisikan,falsafah ialah kegiatan berfikir secara mendalam.Aristottle(1984)falsafah ialah ilmu pengetahuan yabg meliputi kebenaran berdasarkan fizik,logik,estetika,ekonomi dan politik.Manakala Syarifah Alwiah(1994) falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logik mengenai asas pemikiran semua aktiviti manusia khususnya bidang sains,agama,seni dan pendidikan. Berdasarkan pengertian falsafah tersebut,dapatlah dirumuskan bahawa falsafah bermaksud pertimbangan atau penaakulan bijaksana yang berasakan kebenaran untuk menjelaskan sesuatu. 2.2 Pengertian pendidikan James Mill, berpendapat pendidikan ialah proses membantu setiap anggota masyarakat supaya hidup penuh kegembiraan.Mohd. Athiyah al-Abrasyi (1974)pendidikan ialah proses mempersiapkan seseorang supaya dapat hidup dengan sempurna,bahagia,cinta dengan negerinya,kuat jasmaninya,sempurna budi pekertinya,sistematik pemikirannya,halus perasaannya,suka bekerjasama dan mengamalkan perbuatan yang baik.Mohd. Quth, pendidikan ialah proses untuk membina manusia yang menyeluruh.Al-Ghazali, proses pendidikan merangkumi aspek intelek,jasmani dan pembinaan akhlak mulia serta menghormati satu sama lain. Tokoh tempatan Hamka berpendapat pendidikan ialah proses yang membentuk tingkah laku yang baik,sikap berani,sabar.rendah diri dan hormat-menghormati orang yang lebih tua.Manakala Syarifah Alwiah berpendapat pendidikan ialah proses latihan,perkembangan diri,berterusan untuk kemajuan diri seseorang sebagai aktiviti yang bersepadu,sesuatu disiplin,seni dan sains. Jadi, falsafah pendidikan berfungsi sebagai pedoman atau hala tuju yang tepat bagi menyelamatkan perkara yang berkaiatn dengan pendidikan. 2.3 Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideology negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan.Jika dilihat daipada intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia boleh diterjemahkan sebagai suatu hasrat untuk memastikan usaha berterusan dalam pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku seharusnya dapat mencakupi dari segi rohani,emosi,jasmani dan intelek.Seterusnya,apabila rohani,emosi,jasmani dan intelek dapat disepadukan dalam proses pendidikan maka akan lahirlah individu yang seimbang dan harmonis.Di akhir matlamat atau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan insan yang menghayati nilai-nilai agama dan berpegang kepadanya 2.3 Unsur penting Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Negara tidak lengkap kalau tidak disertakan dengan unsur-unsur penting yang terdapat di dalam falsafah tersebut.Unsur-unsur yang dimaksudkan itu adalah seperti yang terdapat dalam Rajah 2.1. Berdasarkan rajah tersebut,beberapa unsur penting yang diharapkan patut dicapai oleh setiap individu yang sedia memahaminya. Rajah 2.3 Unsur-unsur penting Falsafah Pendidikan Negara Menjadi warganegara Malaysia yang baik Unsur intelek Unsur rohani dan emosi Unsur jasmani Memperkembangkan potensi individu Menyeluruh dan bersepadu Insan yang seimbang Kepercayaan kepada Tuhan Rakyat Malaysia yang boleh memberi sumbangan 2.4 Faedah dan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai faedah dan peranannya yang tersendiri ,iaitu antaranya ialah: Sebagai rujukan dan panduan kepada pendidikan dalam merancang sistem pendidikan mengikut keperluan semasa dan wawasan yang harus dicapai. Menjadi asas kepada matlamat pendidikan yang harus dituju oleh setiap individu. Menyenangkan setiap individu untuk menjalankan segala aktiviti sama ada semasa berada di bangku sekolah atau di luar daripada pengajian sekolah. Menyenangkan pihak guru dan ibu bapa untuk mengawal anak- anak mereka daripada terdedah kepada tingkah laku buruk atau perbuatan yang boleh merugikan. Melahirkan insan atau generasi baru yang lebih bertanggungjawab kepada kedua ibu dan bapa.,masyarakat,agama,dan negara yang dicintai iaitu berdasarkan kepada amalan prinsip rukunegara dan sisem demakrasi. Mewujudkan masyarakat baru yang berkemahiran, maju dan sedia berkorban untukmemajukan negara, iaitu mengikut kemampuan masing-masing. Membolehkan setiap individu menikmati pelbagai kemudahan asas melalui perlaksanaan dalam amalan pendemokrasian pendidikan. Mewujudkan perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan yang sama. Membolehkan setiap individu mendapatkan peluang peluang yang lebih luas. Dengan itu pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat diperoleh apabila wujud satu sistem yang teratur. Dalam sistem itu digarisi visi dan misi, matlamat , peraturan dan undang- undang.Antara aspek pendidikan sempurna dan bersistem ialah apabila digubal satu falsafah pendidikan yang seragam untuk semua bangsa dalam sesebuah negara yang berdaulat. Pada awalnya, falsafah pendidikan dalam sistem pendidikan Malaysia ialah dinamakan Falsafah Pendidikan Negara Namun sekitar akhir tahun 1990-an, pernyataan falsafah pendidikan telah disemak dan diperkemaskan. Kini ia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Ianya diterjemah sebagai: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani ,emosi,dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhakepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan ,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 2.5 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu(SPBM) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu , merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru untuk melaksanakan pengajarannya di dalam kelas.Di dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa serta Kemahiran Bernilai Tambah.Aspek ini yang menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya.Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu ada lebih seragam, terkawal dan bersistematik. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu disediakan bagi persekolah peringkat rendah yang dibahagikan kepada dua tahap iaitu 1 dan 2.Pada tahap 1,murid dibimbing untuk menguasai kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan menggunakan bahan ilmu daripada pelbagai sumber. Manakala pada tahap 2 pula,penekanan diberikan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pembacaan, perbincangandan penulisan.Secara keseluruhannya, Sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini mengandungi perkara yang dapat dipraktikan di kelas dan diamalkan dalam kehidupan seharian murid untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan perhubungan dengan masyarakat. (Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan di Malaysia- Mohd. Salleh Lebar) 2.6 Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahas dan menghayati serta menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan , bahasa ilmu, sesuai dengan semangat rukunegara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.7 Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Setiap sukatan pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah, mempunyai objektif masing-masing. Objektif ini akan berubah-berubah setiap kali semakan dilakukan. Hal ini bagi memenuhi keperluan semasa dan satu sistem pendidikan yang berkesan. Objektif Sukatan Pelajaran ( KBSR) , Bahasa Melayu (edisi semakan ) cetakan tahun 2003 ialah sebagaimana disenaraikan : Mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati pengucapan dalam konteks perbuatan harian dan situasi formal. Bertutur petah dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Membaca pebagai bahan sastera dan bahan berunsur pengatahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperolehi ilmu dan meemproses maklumat secara kritis. Menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur,membaca dan menulis. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis proses penulisan yang sesuai dan betul. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme dan perasaan cinta akan negara. 2.8 Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah mempunyai empat bahagian iaitu: Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum 3.0 UnsurUnsur Penting Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Hubungannya Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 3.1 Pendidikan suatu usaha berterusan,untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Jika kita merujuk semula kepada unsur-unsur penting dalam FPK,iaitu pendidikan suatu usaha yang berterusan, bermaksud proses memperolehi pengetahuan,nilai murni, dan kemahiran adalah secara berterusan iaitu sejak dari kecil hinggalah ke akhir hayat. Proses memperolehi ilmu ini akan berlansung secara berterusan selepas alam persekolahan dalam usaha meningkatkan ilmu,kemahiran dan akhlak. Peringkat memperolehi ilmu secara formal , iaitu di alam persekolahan,murid-murid akan didedahkan ilmu yang berteraskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu iaitu menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.Sejak lahir lagi individu memiliki pelbagai keupayaan dan bakat atau potensi, dan semuanya ini masih lagi terpendam. Jadi pendidikan akan memainkan peranan utama untuk memperkembangkan potensi pelajar atau individu ke tahap yang cemerlang. Usaha ke arah itu perlulah dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan tersusun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pada masa inilah para guru akan memainkan peranannya untuk memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu . Untuk merealisasikannya , dalam proses pengajaran, guru perlulah merujuk Sukatan Pelajaran , yang mana Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu itu, sendiri yang bermatlamatkan untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi supaya memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,perhubungan sosial dan urusan harian.Bahasa sebagai alat untuk menggerakkan potensi individu serta memajukan diri.Seseorang murid yang berjaya dalam peperiksaan kerana kemampuannya menggunakan bahasa bagi menyampaikan maksud atau kehendak soalan. Menyedari potensi pelajar boleh dimajukan ,maka sistem pendidikan di Malaysia , seperti yang termaktub dalan FPK, memberi peluang yang secukupnya dan sama rata kepada setiap individu untuk memajukan diri.Jika kita melihat objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri , iaitu untuk memperkembangkan kekuatan imaginasi,kreativiti,pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur,membaca dan menulis serta mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang betul Ada di kalangan individu yang mempunyi bakat dan keupayaan untuk memajukan diri. Namun segala bakat serta kebolehan itu tidak mampu digerakkan bersendirian, melainkan ada sokongan dari individu-individu lain. Justeru itu guru dan masyarakat perlu berganding bahu mencungkil ,memupuk, memperkembang dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan individu seseorang 3.2 Insan yang seimbang dan harmonis intelek Seimbang dalam FPK membawa erti, memberi tempat yang sewajarnya dan adil kepada semua keperluan pendidikan manusia khususnya dari segi pertumbuhan akal, perkembangan sahsiah secara sihat dan bersepadu.Harmonis pula, wujud keserasian antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal dengan pertumbuhan dan perkembangan rohani. Insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan,cergas dan hidup bermasyarakat.Semua ciri- ciri ini sangat penting untuk perkembangan intelek.Individu yang sempurna inteleknya ialah yang dapat menguasai kemahiran asas bertutur, membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, Sukatan Pelajaran berperanan dan dapat membantu guru merancang pengajaran secara tersusun dan terancang bagi melahirkan insan yang mempunyai intelek dan berdaya fikir tinggi serta mampu bersaing antara satu sama lain, seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi. Manusia yang berintelek ialah manusia yang bijaksana, berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu menghuraikan,mencerakin,menaakul,merumus dan menghasilkan idea-idea bernas. Inti pati FPK ini jelas sekali terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa iaitu setiap individu yang berintelek mampu mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kritis dan kreatif serta dapat mengemukakan idea-idea bernas dalam bentuk penulisan. 3.3 Insan yang seimbang dari segi rohani Unsur kerohanian ini adalah yang berkaitan dengan jiwa dan kalbu serta hubungan yang erat dengan ketuhanan dan Pencipta. Ia lebih menjurus kea rah amalan keagamaan. Keteguhan rohani pada setiap individu akan melahirkan kemurnian akhlak dan keinsafan kepada Pencipta.Perkaitan antara FPK dan Sukatan Pelajaran Bahasa di sini jelas dapat dilihat dari segi aspek nilai-nilai murni yang diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berlangsung.Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam diri murid-murid ialah nilai kasih-sayang,bekerjasama,disiplin,bertolak ansur,kesyukuran dan sebagainya.Jika nilai murni ini dapat diterapkan dalam diri murid,sudah tentu akan mendorong murid untuk tidak melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan sentiasa menunjukkan sikap yang baik, bersopan dan berakhlak mulia. 3.4 Insan yang seimbang dari segi jasmani Jasmani merujuk kepada sifat- sifat luaran fizikal tubuh ,iaitu yang berkaitan dengan anggota tubuh badan manusia.Seimbang jasmani, bererti setiap individu perlulah memiliki kecergasan fizikal untuk kecerdasan mental. Kesediaan mental dan fizikal yang sihat akan akan mempengaruhi kemahiran yang akan dicapai oleh setiap individu .Seseorang individu yang mempunyai fizikal yang sihat boleh menguasai kemahiran teknikal,manipulatif dan sosial. Individu yang mempunyai fizikal yang sihat akan menyumbangkan tenaga kerja kepada negara, yang mana tenaga kerja yang produktif akan menghasilkan peningkatan produktiviti serta daya pengeluaran negara. Dalam pengajaran Bahasa Melayu,juga menekankan aspek jasmani.Aspek jasmani boleh diterapkan melalui proses penggabungjalinan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam Bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen- elemen kesihatan . Contohnya pengajaran tentang tajuk berkaitan penjagaan diri,makanan seimbang, kebersihan alam sekitar,penyakit-penyakit dan sebagainya.Kreativiti guru penting, supaya aspek penggabungjalinan mata pelajaran ini dapat menarik minat murid mengikuti pengajaran guru sehingga selesai. 3.5 Insan yang seimbang dari segi emosi Emosi adalah yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan. Emosi akan mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.Seimbang emosi dapat menjana tingkah laku dan pemikiran sihat, matang dan bertoleransi ,antara individu.Seseorang individu yang mempunyai emosi yang seimbang dapat berperasaan tenang dan tingkah laku terkawal, rasa kasih sayang terhadap semua makhluk, memiliki semangat kekitaan,perpaduan dan menghormati orang lain, menghargai dan menyayangi keindahan alam sekitar,menghargai keindahan buatan manusia ,selagi ia tidak bertentangan dengan agama dan adat. 3.6 Insan yang berilmu pengetahuan Manusia yang berilmu pengetahuan, sentiasa berusaha mencari, mendalami serta memanfaatkan ilmu tersebut.Ilmu yang diperolehi itu pula akan disebarkan. Pendidikan yang diberikan sejak dari peringkat pra hinggalah ke tingkatan enam kepada setiap warganegara, jelas terbukti bahawa kesedaran kerajaan terhadap kepentingan ilmu pengetahuan.Disebabkan pentingnya ilmu pengetahuan dalam diri setiap individu maka tidak hairanlah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga bermatlamatkan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan , beretika dan berkemahiran ICT. Dalam pengajaran Bahasa Melayu , aspek tatabahasa yang diajar, misalnya dapat dipraktikkan, apabila murid ingin berkomunikasi dalam kehidupan harian mereka.Mereka juga perlu menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul.Semuanya ini adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi supaya memenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu, perhubungna sosial dalam urusan harian mereka. 3.7 Insan yang mempunyai bakat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekan elemen bakat.Bakat dan keupayaan yang dikurnia oleh Allah sejak dari lahir,semuanya masih lagi terpendam.Dengan pendidikan,bakat dan keupayaan yang sedia ada itu akan dikembangkan ke arah kecemerlangan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu pelbagai bakat boleh dilatih dan diajar contohnya aktiviti lakonan, nyanyian,mendeklamasi sajak,bersyair,berpidato dan sebagainya . Semua aktiviti ini adalah ke arah mencungkil bakat dalam diri setiap individu. 3.8 Insan yang berakhlak mulia Berakhlak mulia merangkumi segala perbuatan dan tingkahlaku yang baik,berdisplin dan bersopan santun. Individu yang berakhlak mulia akan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta perlakuan-perlakuan yang baik.Mereka juga tahu yang mana nilai yang patut diikuti dan tidak patut diikuti .Pada masa yang sama juga mereka perlu menghayati nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat merealisasikan aspek ini,misalnya guru perlu menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid-murid.Contohnya amalan membantu rakan sebaya dalam pengajaran berkumpulan,amalan bekerjasama semasa aktiviti ko kurikulum, hormat-menghormati,memberi salam dan banyak lagi nilai-nilai murni yang boleh diselitkan semasa proses pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu berlangsung.Nilai kewarganegaraan juga boleh dipupuk dalam diri seseorang individu sejak dari kecil lagi, iaitu melalui pengajaran bahasa. Mengajar Bahasa Melayu berkisar tentang tema Cintai Tanah Air, sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat sekolah , Pertandingan mencipta sajak kemerdekaan dan sebagainya, secara tidak langsung akan menerapkan nilai kewarganegaraan dalam diri murid-murid. Penutup Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan hala tuju kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan.Falsafah yang diterapkan oleh guru-guru di peringkat pra sekolah hinggalah ke sekolah menengah diharap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan iaitu untuk melahirkan insan yang kamil.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam FPK itu untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan seimbang dari segi rohani,intelek, emosi dan jasmani dapat direalisasikan dengan jayanya.

KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1.1 PENGENALAN

1.1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.( Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan. (http//:www. myais.fsktm.um.edu.my).

1.2 KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff,2003).

1.2.1 MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.

1.2.2 OBJEKTIF Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai roh dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:

Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari; Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila; Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan; Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan; Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul; Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi; Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu; Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan; Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid (Roselan Baki,2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

1.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN KAITANNYA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Fasafah Pendidikan Negara dengan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, terlebih dahulu ingin saya jelaskan apakah bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.

1.3.1 PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dukuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran- kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

1.3.2 PENYERAPAN Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah, dan lain-lain.

1.3.3 PENGAYAAN Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan-bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktivit boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

1.3.4 PEMULIHAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan lebih sukar. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

1.3.5 PENILAIAN Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi. Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti diatas, apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat perkaitan antara sukatan pelajaran dengan Falsafah Pendidikan Negara?. Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR ), matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya menggalas tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula. KBSR akan memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan,1996). KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan. Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.

2.0 FUNGSI PENGAJARAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1 SEJARAH EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf- huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan- tulisan oleh orang- orang Inggeris dalam abad ke- 19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan (Roselan Baki,2003). Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah- sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum. (http//:www. Infolib.bernama.com/equip-bernama/images/nota_ejaan.pdf).

Pakatan Belajar- Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922.( Raja Masittah Raja Ariffin, 1997). Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidikdi SITC. Di antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924).( Ismail bin Dahaman, 1996). Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua- petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Zaba. Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan 50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku.( Ismail bin Dahaman, 1996). Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.( Ismail bin Dahaman, 1996). Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang. (http//:www. Infolib.bernama.com/equip-bernama/images/nota_ejaan.pdf).

2.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sejak merdeka, dengan terlaksananya Dasar Pendidikan Kebangsaan pada Abdul Rahman Yaakub sebagai Menteri Pendidikan, Bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya, untuk menyampaikan pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Keutuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan memang jelas kelihatan pada hari ini apabila Bahasa Melayu mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan. (Abdullah Hassan,1989). Bahasa Melayu mengalami proses pemodenan daripada segi pengistilahan, pengekodan, dan penyeragaman. Ini memungkinkan Bahasa Melayu dapat menjalankan pelbagai tugas dan fungsi sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Antara fungsi pengajaran sistem ejaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

2.2.1 Bahasa Ilmu Sistem ejaan Bahasa Melayu yang disusun akan membentuk satu bentuk dan rantaian bahasa yang boleh digunakan didalam pendidikan. Sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, ia memperkatakan segala ilmu pengetahuan, Bahasa Melayu seharusnya di perkembangkan dan di sesuaikan dengan kehendak-kehendak baru. Sistem ejaan dalam Bahasa Melayu digunakan untuk menyampaikan pengetahuan moden dalam berbagai-bagai bidang seperti sains dan teknologi, undang-undang, kedoktoran, kejuruteraan, sastera dan sebagainya. Dalam bidang perubatan misalnya, pelbagai istilah telah diwujudkan dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. Antaranya ialah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi dan sebagainya. Dalam bidang kejuruteraan pula, terhasil berbagai-bagai istilah dalam Bahasa Melayu melalui sistem ejaan dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, kimia, elektrik, kejuruteraan teknologi maklumat, dan sebagainya.

2.2.2 Alat Penulisan Fungsi pengajaran sistem ejaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk murid-murid memahami dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat penulisan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Raja Masittah Raja Ariffin, 1997). Melalui sistem ejaan, nilai kefahaman pelajar terhadap kesantunan berbahasa dan ditambah lagi dengan aktiviti pengayaan yang dibuat oleh guru dapat memahirkan murid menulis dengan baik dan teratur dan jika sistem ejaan ini digunakan sepenuhnya, maka tidak hairanlah jika sistem ejaan ini akan mampu berfungsi sebagai alat penulisan yang baik dan berkesan.

2.2.3 Pemahaman Tatabahasa Didalam penyelarasan dan perlaksanaan ejaan sistem rumi, sistem ejaan Bahasa Melayu membentuk satu sistem atau struktur tatabahasa yang jitu dan dengan kepelbagaian bentuk tatabahasa yang dibuat, dapat memberi lebih kefahaman tatabahasa kepada pelajar (Raja Masittah Raja Ariffin, 1997). Contoh sistem ejaan seperti:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u (ii) Huruf diftong: ai, au, oi (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal (iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy Sistem ejaan ini bertindak dan berfungsi sebagai asas kepada pemahaman tatabahasa kepada murid-murid.

2.2.4 Sebagai Unsur Gaya Dalam Penulisan Gaya bermaksud bahawa ada sesuatu unsur atau gabungan unsur-unsur tertentu yang memberi kualiti terhadap bahasa semasa di dalam pertuturan ataupun tulisan. Ada unsur-unsur seperti kesederhanaan di dalam penggunaan bahasa yang membawa keindividulan bahasa, tuturan, atau tulisan tersebut (Abdullah Hassan 1987). Di dalam pengertian yang lebih luas, gaya akan mencakupi unsur-unsur yang membezakan seseorang penutur atau penulis daripada yang lain. Unsur-unsur yang digunakannya itu akan bersifat individu kesannya, sehingga kita dapat mengenal gaya Shahnon Ahmad, Usman Awang, Keris Mas, Kemalawati, dan lain-lain. Bahasa bukan sastera lebih banyak mempunyai unsur ini sekiranya diteliti (Abdullah Hassan 1987).

3.0 BINCANGKAN KEPENTINGAN KELAS BESTARI SERTA PENGAPLIKASIAN ICT DI SEKOLAH 3.1 PENDAHULUAN Program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. Teknologi Maklumat ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrifan serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya. Bidang teknologi maklumat digunakan sebagai satu sumber utama di dalam di dalam pengaplikasian Sekolah Bestari yang menjadi salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000 (Md. Sidek Abd Hamid 1993). Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan keperluan Bahasa Melayu di kalangan generasi muda bangsa Melayu melalui sistem pendidikan yang mengambil kira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan perkembangan ICT. Misalnya, generasi muda akan mempunyai peluang untuk menghalusi Bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan aktiviti bercorak Bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya yang diasaskan oleh kemudahan internet. Adalah disedari umum akan dominasi Bahasa Inggeris dalam internet yang menjadi pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan oleh masyarakat dunia. Dalam hal ini, masyarakat mestilah tegas dalam menentukan kedudukan Bahasa Melayu dan peranan bahasa yang dipelajari dalam sistem pendidikan mereka. Jika bahasa asing yang dipelajari memerlukan makmal dan program khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga kepentingan penyediaan prasarana dan program yang sedemikian rupa kepada Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Perkara ini dapat dilihat dalam kegiatan bercorak pendidikan seperti persidangan teknologi maklumat di mana tahap penggunaan Bahasa Melayu amat sedikit dan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai. Ini disebabkan oleh sebilangan anggota masyarakat berasa lebih selesa dan lebih maju jika menggunakan medium Bahasa Inggeris. Sementelahan, penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat dianggap tidak bertaraf antarabangsa kerana penggunaan Bahasa Inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi dan sosial yang lebih tinggi berbanding dengan Bahasa Melayu.

3.2 KEPENTINGAN KELAS BESTARI SERTA PENGAPLIKASIAN ICT DI SEKOLAH Kelas Bestari mempunyai konsep yang berlainan daripada Sekolah Bestari, di mana Kelas Bestari tidak semestinya wujud di Sekolah Bestari, malah ia boleh wujud di sekolah di kawasan pedalaman sekalipun jika guru yang mengajar itu bijak menggunakan alatan ICT yang betul dan menggunakannya dengan berkesan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Multimedia boleh digunakan sebagai media pendidikan yang berkesan. Kelebihan multimedia berbanding dengan media-media lain adalah jelas. Multimedia mampu merangkumi pelbagai media: teks, suara, imej, grafik, dan animasi dalam satu persekitaran digital. Multimedia membolehkan interaktiviti dengan pengguna. Kewujudan multimedia dalam persekitaran pendidikan telah menunjukkan suatu perkembangan baru yang diharapkan mampu membantu dunia pendidikan menjadi lebih berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bahkan kalau boleh untuk menarik minat para pelajar untuk melakukan proses penyatupaduan (Zuraini Abdullah 1993). Kelas Bestari mungkin wujud jika seseorang guru itu melakukan proses pengajaran berbantukan komputer (PBK PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Pendek kata matlamat PBK ialah untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan program komputer. Terdapat beberapa keistimewaan PBK ialah : Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan diantara rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat. Pengulangan :Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan amat diperlukan kebebasan dan kreativiti daripada pelajar. Maklumbalas dan Peneguhan : Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan ( Zuraini Abdullah 1993). Justeru itu, yang perlu difahami oleh para guru pada hari ini ialah, kita tidak perlu mengajar di sekolah elit untuk membolehkan kita mengaplikasikan ICT di sekolah, tetapi dengan berbekalkan komputer riba, kita boleh mengaplikasikan Kelas Bestari di sekolah walaupun sekolah itu terletak jauh di pedalaman. Dengan berbekalkan teknologi maklumat, pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih aktif dan berkesan. Murid-murid dapat diajar mencari maklumat dan ilmu pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Cara ini menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan para pelajar.

Guru dapat melakukan kepelbagaian aktiviti dan pendidikan tentang teknologi maklumat dalam pendidikan dapat di beri kepada murid-murid pada peringkat umur seawal yang mungkin dan dapat merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan kawasan pedalaman.).

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.

PENGENALAN Diketahui umum, Pelajaran Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran teras, selaras dengan status Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selain sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia, Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan dan penggunaanya perlu diperbetulkan sama ada dari segi peraturan tatabahasa yang betul dan tepat, struktur ayat dan sebagainya. Ini dapat melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain. Di samping itu ia dapat mengembangkan pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif. Justru, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka Guru sebagai ejen penyampai mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan menunaikan amanah sebagaimana hasrat dan cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan pelajar mengharungi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke 21. Di dalam tugasan ini, kumpulan kami diberi tugasan untuk menyiapkan tentang sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan kami berfokuskan kepada menghasilkan langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan aspek-spek penggabungjalinan Kemahiran Bahasa, Kemahiran Bernilai tambah dan Sistem Bahasa. Diharapkan tugasan ini akan memberi banyak menafaat kepada kami dalam menyempurnakan tugasan ini di samping member impak besar dalam pengajaran kami sehari-hari di dalam kelas dan khasnya kepada anak didik kami yang sentiasa kehausan ilmu pengetahuan.KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan \kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Jika dilihat dan diteliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, matlamat atau hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. Justru bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab harus dipikul oleh mereka yang bergelar guru. Mereka mestilah menerapkan segala aspek di kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.

Ada dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang demikian, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

Sewaktu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah diharapkan agar guru dapat memberikan penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran secara konstruktivitisme. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian . Kesemuanya jika dapat dilaksanakan akan dapat memenuhi dan mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan dan dapat di laksanakan seperti yang diharapkan.

MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, Ini membolehkan juga murid-murid berkomunikasi untuk keperluan diri dan memperolehi ilmu, perhubungan sosil dan urusan harian mereka ,sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid sepatutnya dapat:1. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.2. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai situasi.3. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.4. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis.5. Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya pembelajaran berterusan.6. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.7. Mengenali dan menghasilkan pelagai penulisan jenis kreatif dan berunsur pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul.8. Menggunakan Bahas Melayu baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.9. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu.10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotism dan perasaan cinta akan Negara. Secara keseluruhannya jika diteliti, objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu , murid-murid dapat mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-harii, bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila.

Murid-murid juga ditekankan dengan kemahiran membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan, menjadikan dan membolehkan pembacaan mereka sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan. Selain daripada itu murid juga ditekankan dengan kemahiran menulis pelbagai jenis karangan dan pelbagai bentuk penulisan kreatif seperti surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul. Mereka juga dapat menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi; Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu; Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan; Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan keturunan. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran membaca dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

ORGANISASI KURIKULUMOrganisasi kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah dapat diringkas seperti berikut:ORGANISASI KANDUNGAN

KEMAHIRAN BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN

SISTEM BAHASA

PENGISIAN KURIKULUM

KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

i.Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

ii.Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

iii.Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Mereka berupaya memahami dan menghayati teks yang dibaca.iv.Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

HASIL PEMBELAJARAN

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

SISTEM BAHASA Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa MMelayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah. Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu aku yang terdiri daripada tatabahsa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.SEBUTAN Bahasa Melayu

Sistem Bahasa dapat diringkaskan seperti berikut:TATABAHASA Morfologi Sintaksis

KOSA KATA Umum Istilah

SISTEM BAHASA

SISTEM EJAAN Pola keselarasan vocal Ejaan Kata Pinjaman Ejaan kata dasar danKata pinjaman

Peribahasa Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan

INTONASI MENGIKUT POLA Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat

PENGISIAN KURIKULUM Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan tahap satu dipersembahkan dalam tiga lajur. Lajur pertama ialah pernyataan Hasil Pembelajaran, lajur kedua ialah Huraian Hasil Pembelajaran dan lajur ke tiga ialah Cadangan Aktiviti/Nota.

i) Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran dalam lajur satu ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataanhasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentangset kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran bahasa yang terdapat dalamsetiap hasil pembelajaran. Dalamkonteks pengajaran danpembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapaidengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiranbahasa, sistem bahasa, dan pengisian kur ikulum. Hasil Pembelajaran tahap satu adalah seperti berikut:

KEMAHIRAN BAHASA

HASIL PEMBELAJARANKEMAHIRAN BERBAHASA

1.01.1, 1.2, 1.3, 1.4,

Mendengar dan2.02.1, 2.2

Bertutur3.03.1, 3.2 , 3.3

4.04.1,