conclusion points

1
Conclusion points Golongan muda (26 hingga 35 tahun) yang berkerja didapati mempunyai persepsi lebih baik kepada perancangan kewangan pasca-persaraan dan didapati tidak risau tentang persaraan. Mereka percaya bahawa perancangan kewangan awal membawa kebaikan dan faedah bagi mengelakkan masalah kewangan selepas persaraan. Hasil kajian menunjukkan umur, tahap pendapatan dan pengetahuan kewangan merupakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi perancangan persaraan. Tahap pendapatan dan pengetahuan kewangan merupakan pembolehubah yang signifikan bagi perancangan persaraan berbanding dengan faktor umur. Hasil kajian juga menunjukkan individu-individu berusia 26 hingga 35 tahun merupakan masa yang paling sesuai bagi merancang persaraan kerana mereka didapati menunjukkan sikap positif terhadap aspek persaraan dalam hidup. Tahap pendapatan dilihat memberi kesan langsung kepada perbelanjaan dan tabungan persaraan serta pelaburan untuk masa depan. Pendapatan isirumah didapati mempunyai hubungaan positif terhadap sikap merancang persaraan. Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan yang berbeza mempunyai pemikiran dan sikap terhadap perancangan persaraan yang berbeza-beza. Sikap individu-individu tertentu pula mempengaruhi tingkah laku dalam membuat keputusan berhubung dengan perancangan persaraan. Individu yang berkerja mempunyai kecenderungan untuk merancang persaraan apabila dipengaruhi melalui proses interaksi sosial oleh kumpulan yang pakar dalam bidang perancangan persaraaan. Maka, golongan yang mempunyai pengetahuan perancangan persaraan perlu berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan kawan dan rakan sekerja. Pendidik bidang kewangan dan golongan profesional perlu memberikan nasihat kepada semua orang bagi membolehkan kesedaran tentang kepentingan perancangan persaraan tersebar luas.

Upload: ried-zall-hasan

Post on 01-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Conclusion Points

TRANSCRIPT

Conclusion points

Golongan muda (26 hingga 35 tahun) yang berkerja didapati mempunyai persepsi lebih baik kepada perancangan kewangan pasca-persaraan dan didapati tidak risau tentang persaraan. Mereka percaya bahawa perancangan kewangan awal membawa kebaikan dan faedah bagi mengelakkan masalah kewangan selepas persaraan.Hasil kajian menunjukkan umur, tahap pendapatan dan pengetahuan kewangan merupakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi perancangan persaraan. Tahap pendapatan dan pengetahuan kewangan merupakan pembolehubah yang signifikan bagi perancangan persaraan berbanding dengan faktor umur. Hasil kajian juga menunjukkan individu-individu berusia 26 hingga 35 tahun merupakan masa yang paling sesuai bagi merancang persaraan kerana mereka didapati menunjukkan sikap positif terhadap aspek persaraan dalam hidup. Tahap pendapatan dilihat memberi kesan langsung kepada perbelanjaan dan tabungan persaraan serta pelaburan untuk masa depan. Pendapatan isirumah didapati mempunyai hubungaan positif terhadap sikap merancang persaraan.

Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan yang berbeza mempunyai pemikiran dan sikap terhadap perancangan persaraan yang berbeza-beza. Sikap individu-individu tertentu pula mempengaruhi tingkah laku dalam membuat keputusan berhubung dengan perancangan persaraan. Individu yang berkerja mempunyai kecenderungan untuk merancang persaraan apabila dipengaruhi melalui proses interaksi sosial oleh kumpulan yang pakar dalam bidang perancangan persaraaan. Maka, golongan yang mempunyai pengetahuan perancangan persaraan perlu berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan kawan dan rakan sekerja. Pendidik bidang kewangan dan golongan profesional perlu memberikan nasihat kepada semua orang bagi membolehkan kesedaran tentang kepentingan perancangan persaraan tersebar luas.