complete proposal pbs sejarah

8
ADAT ISTIADAT DALAM PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU DI DAERAH KOTA BELUD. 1.0 PENGENALAN Kajian yang saya akan bincangkan ialah mengenai adat istiadat dalam perkahwinan suku kaum bajau di Daerah Kota Belud. Sehubungan dengan itu, pelbagai perkara akan dikaji dengan meluas agar budaya dan adat istiadat perkahwinan suku kaum bajau dapat difahami. Kajian ini akan dibahagikan dalam beberapa subtopik. Perbincangan ini akan dimulakan dengan menceritakan latar belakang suku kaum bajau. Kemudiannya, saya akan mendefinisikan istilah perkahwinan. Seterusnya, barulah saya akan membincangkan adat istiadat perkahwinan yang ada pada suku kaum bajau. 2.0 OBJEKTIF 1. Mengetahui latar belakang suku kaum bajau. 2. Mengenal pasti adat istiadat perkahwinan suku kaum bajau. 3. Mengatahui adat pantang larang dan kepercayaan dalam perkahwinan suku kaum bajau. 4. Mengetahui proses-proses perkahwinan suku kaum bajau. 3.0 PERMASALAHAN KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah pertama, saya mendapat kesukaran dalam mendapatkan sumber rujukan yang berbentuk ilmiah. Contahnya seperti buku-buku, jurnal dan artikel yang menerangkan tentang topik yang ingin saya kaji. Selain itu, saya juga menghadapi kesukaran dalam mendapatkan sumber orang tempatan untuk ditemu ramah. Seterusnya, saya terpaksa melawat beberapa tempat di daerah Kota Belud. Hal ini kerana, saya ingin mendapatkan pandangan daripada orang yang berbeza tempatnya. Selain itu, saya juga telah mendapat kesukaran dalam memilih pendapat atau pengetahuan kerana setiap orang mempunyai pendapat dan pengetahuan yang berbeza.

Upload: jeffone-naijim

Post on 23-Oct-2015

176 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

no la

TRANSCRIPT

ADAT ISTIADAT DALAM PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU DI DAERAH KOTA BELUD.

1.0 PENGENALAN

Kajian yang saya akan bincangkan ialah mengenai adat istiadat dalam perkahwinan suku kaum bajau di Daerah Kota Belud. Sehubungan dengan itu, pelbagai perkara akan dikaji dengan meluas agar budaya dan adat istiadat perkahwinan suku kaum bajau dapat difahami. Kajian ini akan dibahagikan dalam beberapa subtopik. Perbincangan ini akan dimulakan dengan menceritakan latar belakang suku kaum bajau. Kemudiannya, saya akan mendefinisikan istilah perkahwinan. Seterusnya, barulah saya akan membincangkan adat istiadat perkahwinan yang ada pada suku kaum bajau.

2.0 OBJEKTIF

1. Mengetahui latar belakang suku kaum bajau.2. Mengenal pasti adat istiadat perkahwinan suku kaum bajau.3. Mengatahui adat pantang larang dan kepercayaan dalam perkahwinan suku kaum bajau.4. Mengetahui proses-proses perkahwinan suku kaum bajau.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah pertama, saya mendapat kesukaran dalam mendapatkan sumber rujukan yang berbentuk ilmiah. Contahnya seperti buku-buku, jurnal dan artikel yang menerangkan tentang topik yang ingin saya kaji. Selain itu, saya juga menghadapi kesukaran dalam mendapatkan sumber orang tempatan untuk ditemu ramah. Seterusnya, saya terpaksa melawat beberapa tempat di daerah Kota Belud. Hal ini kerana, saya ingin mendapatkan pandangan daripada orang yang berbeza tempatnya. Selain itu, saya juga telah mendapat kesukaran dalam memilih pendapat atau pengetahuan kerana setiap orang mempunyai pendapat dan pengetahuan yang berbeza.

4.0 PENYELESAIAN MASALAH

Dalam menjalankan kajian saya ini, saya telah mencuba menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Saya telah menyelesaikan masalah kekurangan sumber rujukan yang berbentuk ilmiah seperti buku-buku, jurnal dan artikel dengan mencari sumber-sumber tersebut di perpustakaan daerah Kota Belud. Seterusnya, saya menyelesaikan masalah kekurangan sumber orang tempatan dengan berjumpa orang tersebut di sebelah petang jika ada masa lapang mereka atau dengan mencari orang-orang sumber yang lain. Selain itu, saya juga telah menyelesaikan masalah tentang tempat yang perlu dilawati dengan melawat tempat tersebut sekerap yang mungkin. Saya juga telah meminta pendapat atau pengetahuan dari orang yang lebih tua dan berpengalaman untuk menyelesaikan masalah perbezaan pendapat atau pengetahuan mengenai isuu yang dikaji.

5.0 SKOP KAJIAN

Saya mengkaji adat istiadat perkahwinan suku kaum bajau di sekitar daerah Kota Belud yang terletak di negeri Sabah.

6.0 SOROTAN KAJIAN LEPASAdat dan istiadat dalam perkahwinan suku kaum bajau ini telah pun dikaji oleh beberapa pihak. Mereka telah menerangkan adat, cara-cara, dan syarat-syarat yang ada dalam upacara perkahwinan suku kaum bajau. Walaubagaimanapun, mereka hanya menerangkan dalam skop yang kecil dan ringkas sahaja. Penerangan itu tidak meliputi seluruh konsep seperti pantang larang dan kepercayaan. Oleh itu, saya mengkaji mengenai topik perkahwinan suku kaum bajau ini dengan lebih terperinci lagi supaya orang ramai dapat memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai adat istiadat perkahwinan suku kaum bajau.

7.0 KAEDAH KAJIAN

1. Temubual2. Kajian internet3. Pembacaan buku4. Kajian perpustakaan

8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

PENGENALAN

Dalam struktur esei ini, saya akan membincangkan mengenai latar belakang suku kaum bajau terlebih dahulu supaya kita akan lebih memahami suku kaum bajau. Seterusnya, saya akan menerangkan maksud sebenar perkahwinan dari segi bahasa dan istilah syarak. Kemudiannya, saya akan meneruskan penerangan saya mengenai adat istiadat perkahwinan suku kaum bajau yang merangkumi adat dan pantang larang, kepercayaan, proses perkahwinan. Seterusnya, dalam proses perkahwinan pula adalah terbahagi kepada merisik, meminang, sebelum hari perkahwinan dan pada hari perkahwinan.

1. LATAR BELAKANG SUKU KAUM BAJAU Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur. Bajau Pantai Barat dikenali sebagai Orang Bajau Samah yang terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak. Bajau Pantai Barat menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Papar. Bajau Samah(Pantai Barat) khususnya di daerah Kota Belud dan Tuaran dikenali sebagai cowboy of the east kerana mahir menunggang kuda. Mereka juga mahir membuat pedang samurai. Bajau Samah Pantai Barat banyak terlibat dengan pertanian sawah padi. Bajau Pantai Timur bekerja sebagai nelayan dan penyelam yang mahir. Bajau Pantai Timur dikenali sebagai sea gypsies, panglima laut, pelaut dan pelayar terunggul. Bajau Pantai Timur menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Bajau Semporna terlibat dengan kegiatan penangkapan hasil laut. Kedua-dua kaum bajau ini sangat berbeza dari segi pertuturan, pakaian tradisi, pemakanan adat resam dan budaya hidup.

2. ISTILAH PERKAHWINAN Maksud perkahwinan ialah himpun atau cantum. Dari segi istilah syarak ialah Ijab dan Qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah.

3. ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU Adat istiadat perkahwinan sama seperti adat istiadat perkahwinan kaum melayu.

4. PANTANG LARANG DALAM PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU Penetapan hari perkahwinan seperti hari Rabu dan hari Ahad perlulah dielakkan kerana kedua-dua hari tersebut dianggap kurang baik. Jika pantang larang ini dilanggar, pengantin akan jatuh sakit dan tidak mendapat rezeki yang murah.5. KEPERCAYAAN DALAM ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU Hari yang ke-14 dan 15 mengikut kalendar Islam adalah hari yang sesuai kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin akan menjadi murah. Kaum bajau lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami daripada poligami. Kebanyakan perkahwinan kaum bajau berlaku antara kaum kerabat(saudara-mara) mereka sendiri kerana amat percaya bahawa perkahwinan sesama kaum kerebat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka. Kaum bajau lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat(yang jauh) sendiri. Kaum bajau tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim kerana itu dianggap sumbang mahram dan anas serta mendatangkan sial. Kaum bajau amat teliti dalam pelaksanaan sesuatu majlis perkahwinan dan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa. Sebaliknya, dilakukan dengan tuntutan adat dan agama.

6. PROSES PERLANGSUNGAN PERKAHWINAN KAUM BAJAU

MERISIK Upacara merisik akan dilakukan oleh pihak lelaki terhadap gadis yang menjadi calon. Pihak lelaki akan melantik wakil bagi pihaknya untuk menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada apa-apa ikatan dengan orang lain dan secocok dengan keinginan pihak lelaki barulah, diikuti dengan upacara seruan (menyimpul tali pertunangan).

MEMINANG Meminang dilakukan dalam satu majlis seruan. Pihak lelaki akan membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat pertunangan. Kebiasaannya masa pertunangan berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tiba waktunya, pihak lelaki akan menghantar semua barang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan dan tarikh perkahwinan ditentukan. SEBELUM HARI PERKAHWINAN Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan itu termasuklah mandi berbedak dengan ramuan bedak dan tepung yang bercampur bunga-bungaan yang dilakukan pada sebelah malam.

HARI PERKAHWINAN Upacara akan dimulakan dengan pukulan titik diallau iaitu pukulan tagungguk khas yang biasanya dilakukan sebelum subuh. Setelah siap bersarapan, kedua-dua pengantin akan dimandikan oleh ahli-ahli agama di rumah masing-masing diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci sebagai doa selamat. Setelah dimandikan, pengantin lelaki akan diarak dengan menaiki tandu (usungan) atau kuda ke rumah pengantin perempuan atau ke masjid untuk majlis akad nikah. Pengantin lelaki akan didukung oleh dua orang lelaki untuk diangkat masuk ke dalam rumah pengantin perempuan atau masjid di mana majlis akad nikah akan berlangsung. Setelah habis majlis akad nikah, imam akan membaca khutbah nikah. Setelah habis upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain selendang yang dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki akan diiringi oleh muzik tagungguk dan nyanyian jam-jam. Pihak pengantin perempuan pula akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin lelaki. Beberapa syarat akan dikenakan kepada pengantin lelaki jika ingin melihat pengantin perempuan di sebalik tirai. Jika pihak pengantin perempuan menutup tirai/pintu, maka pengantin lelaki perlulah membayar wang tebus pintu atau kaukaban lawang. Pengantin perempuan akan duduk di atas pelamin dan menunggu suaminya untuk duduk bersamanya. Tirai itu perlulah dibuka selapis demi selapis dengan disertai magjam-jam Setiap tirai hanya akan dibuka sebaik sahaja pengantin lelaki membayar wang tebus sebanyak mana yang difikirkan patut oleh pihak pengantin perempuan. Setelah tirai terakhir dibuka, penantin lelaki perlulah memutarkan kain selendang yang diberikan kepadanya sebanyak tiga pusingan di atas kepala. Setelah itu, pengantin lelaki hendaklah menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jari kanannya sebagai melengkapkan proses pembatalan air sembahyang. Selepas selesai majlis persandingan, pengantin lelaki akan terus tinggal di rumah perempuan selama tiga hari tiga malam. Dalam tempoh pengantin lelaki tinggal di rumah perempuan, ahli-ahli agama akan bergilir-gilir memberikan nasihat tentang rukun berumahtangga, persefahaman suami isteri dan lain-lain nasihat. Setelah habis tiga hari, ibu bapa pihak lelaki akan datang dan akan meminta keizinan dari besannya untuk menjemput pasangan pengantin baru itu berpindah ke rumah mereka. Pasangan pengantin baru tersebut boleh terus tinggal di rumah pengantin lelaki buat selama-lamanya jika mereka mahu.

9.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, adat istiadat perkahwinan suku kaum bajau ini lebih kurang sama dengan adat istiadat perkahwinan melayu dan tidak ada bezanya. Walaubagaimanapun, masih ada sedikit unsur unsur kepercayaan yang masih dipegang dan diamalkan oleh orang-orang bajau dalam melaksanakan upacara perkahwinan seperti memilih tarikh perkahwinan yang sesuai mengikut kalendar islam bagi mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku kepada pengantin. Namun begitu, kaum bajau masih melaksanakan proses perkahwinan mengikut adat resam dan agama islam dan tidak menyimpang dari akidah sebenar. Hal ini menunjukkan bahawa kaum bajau masih berpegang teguh kepada adat dan agama dalam menjalankan hal-hal seperti perkahwinan ini. Walaupun kaum bajau masih mengamalkan kepercayaan mereka dalam pelaksanaan perkahwinan, namun begitu mereka tidak langsung mencemarkan kesucian agama islam.

10.0 BIBLIOGRAFI

BUKU

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.2005.Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA).Putrajaya: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral

Al-quran Darul Iman.2007.Al-quran dan terjemahan.Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn.Bhd.

Perpustakaan Negara Malaysia.2005.Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat.Kuala Lumpur: Dawana Sdn. Bhd.

Md. Akhr Haji Yaacob.1995.Fiqh dan Perundangan Islam Jilid Empat,Wahbah al-Zuhali.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ustaz Ishak Din, Prof. Dato Haron Din, Dato Abu Hassan Din al-Hafiz.1992.Soal Jawab Fiqh Harian.Selangor Darul Ehsan: Academe Art and Printing Services Sdn. Bhd.

Prof. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy.1989.Hukum-Hukum Fiqh Islam,yang berkembang dalam kalangan Ahlus Sunnah.Selangor Darul Ehsan: Thinkers Library Sdn. Bhd.Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.1999.Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

INTERNET

http://www.pengantin.com .my/v1/component/content/article/157.html

http://www.islamgrid.gov.my/articles/munakahat.php

http://kelabpelancongansmkp2kb.blogspot.com/2010/06/adat-perkahwinan-kaum-bajau-di-kota-belud.html?m=1

http://ms.m.wikipedia.org/wiki/bajau#sectionhttp://ms.m.wikipedia.org/wiki/perkahwinan_menurut_islam

TEMUBUAL

Nama: Nuala Binti SompongTempat lahir: Kota Belud, SabahUmur: 74 tahunPekerjaan: Suri RumahTempat Temubual: Kampung Pirasan, 89150, Kota Belud, SabahMasa: 2.00 petang

Nama: Mayrah Binti BadjiTempat lahir: Kota Belud, SabahUmur: 43 tahunPekerjaan: Ahli perniagaan dan suri rumahTempat Temubual: Kampung Pirasan, 89150, Kota Belud, SabahMasa: 4.30 petang

CADANGAN PENYELIDIKAN KERJA KURSUS SEJARAH

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU DI DAERAH KOTA BELUD

NAMA PELAJAR: MOHD FIKRIE ANNUAL BIN EMAR

NO.KAD PENGENALAN: 940701-12-5915

ANGKA GILIRAN:

NAMA SEKOLAH: SMK ARSHAD KOTA BELUD

NO.PUSAT: