ciri syariah waqiyyah

Upload: ina

Post on 08-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

syariah tidak mengabaikan konteks yang ada pada setiap perkara yang diharamkan atau dihalalkan. Dimana islam memberi perhatian pada manusia dan tidak sukar untuk dilaksanakan.Contoh; Syariah memberi keringanan dalam isu memakan makanan yang haram keatasnya ketika darurat iaitu keadaan terdesak.

TRANSCRIPT

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAMWAQIYYAH 1) Apa yang dimaksudkan dengan kontekstual ialah syariah tidak mengabaikan konteks yang ada pada setiap perkara yang diharamkan atau dihalalkan. Dimana islam memberi perhatian pada manusia dan tidak sukar untuk dilaksanakan.Contoh; Syariah memberi keringanan dalam isu memakan makanan yang haram keatasnya ketika darurat iaitu keadaan terdesak. Jelas di dalam ayat Surah Al-Baqarah:173sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai,darah,babi,binatang yang disembelih bukan kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau batas pada kadar benda yang dimakannya, maka tidak berdosa. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan pengasih.2) Syariah mengetahui kelemahan manusia dalam menghadapi perkara yang diharamkan oleh Allah. Oleh itu, syariah menutup semua pintu yang memberi peluang kearah itu. Dengan itu, diharamkan seseorang itu meminum arak sedikit atau banyak kerana sedikit itu akan mendorong seseorang untuk minum arak dengan kuantiti yang banyak. 3) Syariah juga berusaha menjamin kesejahteraan manusia dalam kehidupan daripada perlakuan jenayah. Islam telah mengariskan pelbagai hukuman seperti hudud, qisas, dan takzir. Ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penjenayah dan masyarakat awam yang lain supaya tidak tidak melakukan perkara yang sama.4) Syariah mementingkan kepada keadilan contohnya keadilan dari sudut ekonomi dimana islam tidak menuntut harta dibahagikan secara sama rata kerana pada realitinya kita mempunyai golongan miskin , maka islam memerintahkan memberi sebahagian harta kita kepada mereka yang lebih memerlukan melalui zakat.

5) Syariah bersifat praktikal dan realistik iaitu sesuai dengan kehidupan manusia. Jika hendak meletakkan sesuatu hukum, maka islam akan mengambil kira realiti masa dan tempat serta adat. Contoh: Jika di dalam satu kelompok masyarakat mengamalkan sesuatu adat yang tidak mendatangkan sebarang keburukan dan ia tidak bertentangan dengan prinsip islam maka adat tersebut diiktiraf. Realitinya, islam mengiktiraf adat selagimana ia tidak bertentangan dengan prinsip syariah itu sendiri.