ciri positif pada ibnu sina (tamadun islam)

5
Ciri-ciri positif yang menyebabkan kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih : Sultan Muhammad Al-Fatih ini mempunyai banyak nilai-nilai murni dan positif dalaman dan luaran yang meransang kejayaan baginda dalam pelbagai bidang terutamanya bidang ketenteraan dan peperangan. Antara nilai positif yang ada dalam diri negarawan unggul ini ialah baginda mempunyai tarbiah dan disiplin diri yang tinggi. Bapanya,Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya, tetapi sering tidak diendahkan oleh Amir Muhammad(Al-Fatih). Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-SyeikhAl-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar,bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sultan Muhammad Al-Fatih ini juga adalah seorang yang mempunyai matlamat atau visi dan misi yang jelas untuk dijayakan dalam hidupnya. Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa

Upload: amermazs

Post on 19-Jun-2015

199 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Ciri-ciri positif yang menyebabkan kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih :

Sultan Muhammad Al-Fatih ini mempunyai banyak nilai-nilai murni dan positif

dalaman dan luaran yang meransang kejayaan baginda dalam pelbagai bidang

terutamanya bidang ketenteraan dan peperangan.

Antara nilai positif yang ada dalam diri negarawan unggul ini ialah baginda

mempunyai tarbiah dan disiplin diri yang tinggi. Bapanya,Sultan Murad II telah

menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya, tetapi sering tidak

diendahkan oleh Amir Muhammad(Al-Fatih). Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-

Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika

beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad

dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad

ketawa lalu dipukul oleh Asy-SyeikhAl-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini

telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas

itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat Tarbiah yang

diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar,bukan

hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam

Daulah Othmaniyyah itu sendiri.

Sultan Muhammad Al-Fatih ini juga adalah seorang yang mempunyai

matlamat atau visi dan misi yang jelas untuk dijayakan dalam hidupnya.

Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa

beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith

pembukaan Constantinople berkenaan. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang

disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan

Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu! Apabila beliau menaiki

takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan

bala tentera ke arah penawanan Constantinople, demi merealisasikan hadith

Rasulullah SAW berkenaan.

Baginda juga mempunyai kehendak dan semangat yang kuat. Beliau ingin

jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau

ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah:

"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan

dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak

kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-

baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Ramai yang kagum dengan kebijaksanaan baginda menyusun strategi

peperangan. Ini kerana baginda adalah seorang yang berfikiran jauh dan teliti.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-

Fatih telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-

sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Rahsia

kekuatan pertahanan kota itu dianalisis dengan teliti sebelum strategi dan serangan

dibuat.

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa

membina Benteng RumeliHissari, Baginda membuka baju dan serbannya,

mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri

terpaksa ikut sama bekerja

Selain itu, antara faktor dalaman yang mempengaruhi kejayaan baginda

adalah ibadah dan pergantungan yang kuat baginda dengan

Penciptanya. Pada hari pembukaan Kota Constantinapole yang bersejarah itu,

Sultan Muhammad

bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan

tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk

motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh

tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole

yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam

solat Jumaat yang pertama itu.Baginda memerintahkan kesemua tenteranya

termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh

hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada

seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah

meninggalkan solat fardhu. Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak

baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian

daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak

baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam,

sila duduk!".Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap

berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat

Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh.

Kejayaan baginda banyak dipengaruhi oleh asuhan dan didikan yang

tegas daripada para guru baginda. Gurunya bukan sekadar menyuntikkan

kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka

terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga

menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif. Tetapi yang paling penting, sejak

kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan

dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang

memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Constantinople.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan

kerohanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Ketika pengepungan

kota itu berlansung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan

Muhammad.

Bapa baginda juga seorang yang berfikiran jauh dan banyak memberi

pendedahan kepada Sultan Muhammad Al-Fatih dalam melaksanakan

pemerintahan dan pimpinan yang adil dan bijaksana. Sejak umur 14

tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan,

bapanya inginmenumpukan kepada ibadah. Melalui pendedahan

berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang

berkualiti.