ciri guru muslim sejati

8
Huraikan ciri-ciri guru muslim sejati menurut al-Quran dan as- Sunnah yang boleh dijadikan contoh. Pengenalan Rasulullah SAW merupakan suatu contoh sebagai seorang pendidik yang teragung. Baginda mendidik umatnya melalui al-Quran dan as-Sunnah. Allah SWT berfirman di dalam kitab-Nya: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesunguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” . (Surah Al- Baqarah : 129) Para ulama (ahli ilmu)yang dinamakan sebagai pewaris nabi, pelita dunia dan cahaya akhirat sejak dahulu lagi begitu prihatin terhadap guru yang bertindak sebagai murabbi dan mu’allim. Bahkan, peranan guru cukup besar dalam memimpin ummah seperti yang dilakukan oleh Singa Padang Pasir yang terkenal, as-Syahid Umar Mokhtar. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban kepada para ulama untuk meneruskan tugas dalam mendidik ummah. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati”. (Surah Al- Baqarah: 159) Pada umumnya, masyarakat memahami bahawa seorang pendidik itu ialah seseorang yang terlibat secara langsung dengan 1

Upload: fatimah-tamjis

Post on 04-Oct-2015

276 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan islam

TRANSCRIPT

Huraikan ciri-ciri guru muslim sejati menurut al-Quran dan as-Sunnah yang boleh dijadikan contoh.PengenalanRasulullah SAW merupakan suatu contoh sebagai seorang pendidik yang teragung. Baginda mendidik umatnya melalui al-Quran dan as-Sunnah. Allah SWT berfirman di dalam kitab-Nya: Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesunguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Baqarah : 129)Para ulama (ahli ilmu)yang dinamakan sebagai pewaris nabi, pelita dunia dan cahaya akhirat sejak dahulu lagi begitu prihatin terhadap guru yang bertindak sebagai murabbi dan muallim. Bahkan, peranan guru cukup besar dalam memimpin ummah seperti yang dilakukan oleh Singa Padang Pasir yang terkenal, as-Syahid Umar Mokhtar.

Oleh itu, adalah menjadi kewajiban kepada para ulama untuk meneruskan tugas dalam mendidik ummah. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati. (Surah Al-Baqarah: 159)Pada umumnya, masyarakat memahami bahawa seorang pendidik itu ialah seseorang yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pendidikan atau pengajaran. Dengan erti kata lain, seseorang yang terlibat dengan kerja-kerja pengajaran ilmu pengetahuan sama ada di sekolah, maktab, universiti, surau, masjid, pondok atau madrasah. Pengertian seperti ini dilihat lebih khusus kepada bidang tugas seorang pendidik itu. Walau bagaimanapun, proses pendidikan itu boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, tempat permainan dan sebagainya. Oleh yang demikian, tugas mendidik itu bukan sahaja menjadi tanggungjawab guru di sekolah malah ianya juga menjadi tanggungjawab mereka yang terlibat sama ada secara formal atau tidak formal, terutama sekali ibu bapa atau penjaga murid itu sendiri.

Definisi Guru

Dalam bahasa Arab, guru digelar sebagai Muallim yang memberi maksud pengajar atau pendidik. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh dan pemimpin. Sementara cikgu pula adalah panggilan bagi guru dalam Bahasa Melayu kita. Guru merupakan suatu sumber kepada keberkesanan dalam sistem pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu dilihat sudah bagus dan mantap, namun sekiranya agen yang ingin menyampaikan medium itu tidak efektif, tentunya maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubungkait dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi guru itu sendiri. Islam juga memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri malah juga kepada masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan hubungan dengan Allah. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam:m.s: 4 )

Betapa mulianya seorang guru sehingga dia digelar dengan pelbagai gelaran seperti cikgu, ustaz, maulana, tok guru, syeikh, dan kadang-kadang juga disifatkan sebagai mursyid, murabbi, muaddib dan lain-lain. Ini jelas menunjukkan guru disanjung kerana melalui merekalah lahirnya insan yang berperikemanusiaan. Definisi falsafah ini menumpu kepada pembentukan individu tersebut sehingga menjadi seorang manusia yang benar-benar sempurna bukan sahaja dari segi pertambahan ilmu bahkan dari segi pembentukan akhlak dan rohani. (Kurshid 1975) Oleh kerana guru memiliki segunung ilmu, sudah pastilah dia dapat menaungi, membimbing, mengasuh dan mendidik pelajarnya sehingga terbentuklah mereka dengan watak-watak yang mulia, soleh, berbudi pekerti dan lain-lain sekalipun menjawat pelbagai jawatan atau menceburi pelbagai bidang tugas dan pekerjaan, sudah pasti ilmu yang diterimanya sejak mengenali alif, ba, ta, dari gurunya sentiasa menjadi azimat dan panduan dalam menempuh rencah kehidupan.Sumber Pendidikan dalam IslamAl-Quran

Al-Quran mengandungi konsep pendidikan yang agung. Ia menjelaskan konsep dan cara pendidikan yang sepatutnya dilalui oleh manusia kepada keadaan yang lebih baik. Firman Allah yang bermaksud: Dan kami tiadalah menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu, dan untuk menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. ( An Nahl : 64 )

Dalam konteks ini, al-Jamali (1972) menyatakan bahawa matlamat pendidikan al-Quran ialah untuk membina masyarakat yang bertaqwa, adil ,kasih sayang, belas kasihan, memelihara hubungan persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran terbuka, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran. Oleh itu, setiap pendidikan hendaklah dimulakan dengan al-Quran kerana ia menjadi asas kepada pendidikan keseluruhannya.As-SunnahAs-Sunnah atau hadis merupakan sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran. Kewajipan berpegang kepada hadis datangnya daripada al-Quran dan as-Sunnah. Oleh kerana itu, ijmak ulama mewajibkan berpegang dengan as-Sunnah merupakan perkara agama yang mesti diketahui, sama seperti beriman kepada Allah dan Rasul. Oleh itu, orang yang mengingkari kebenaran as-Sunnah bererti dia telah mengingkari sebahagian dari al-Quran yang membawa kepada tidak beriman dengan al-Quran itu sendiri.(Huda Muhsin 1988).

Engku Ibrahim dan Abdul Ghani (1987) menyatakan bahawa kepentingan as-Sunnah dalam Islam tidak boleh dinafikan, kerana as-Sunnah dapat memandu manusia ke jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan juga di akhirat. As-Sunnah dapat dijadikan sumber hukum yang kedua selepas al-Quran yang wajib diikuti oleh umat Islam. As-Sunnah juga merupakan media dakwah ke jalan Allah.Oleh yang demikian, dalam konteks ini, guru muslim yang sejati itu ialah seseorang guru yang menjadikan kerjayanya sebagai suatu ibadah yang penting dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai garis panduan hidupnya untuk menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang dari segi tugasannya terhadap pelajarnya. Ini kerana al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri telah menunjukkan pelbagai cara dan metodologi untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Jika pegangannya terhadap al-Quran dan as-Sunnah begitu kuat, maka tidak mustahil bagi guru tersebut untuk menjadi seorang guru muslim yang berkaliber dan cemerlang. Mendidik Adalah Amanah Allah SWTNabi Muhammad SAW selalu menganjurkan para sahabat baginda untuk menyampaikan apa yang pernah mereka dengar, supaya dimanfaatkan oleh generasi-generasi berikutnya di mana sahaja. (Dr.Yusuf Qardhawi, 1996). Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun hanya satu ayat. Dinulhayah Islam adalah sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna dan Islam adalah agama untuk pendidikan hidup. Pendidikan adalah proses yang berterusan seumur hidup. Pendidikan tidak akan terjejas atau tergugat oleh batas-batas masa, tempat dan nilai-nilai kemasyarakatan. Sejak dari kelahiran kita ke dunia, hinggalah kita kembali menemui Tuhan, proses pendidikan tetap berterusan dan diperlukan. (Tajul Ariffin Noordin. 1990). Para guru harus sedar bahawa tugas menyampaikan ilmu adalah amanah Allah SWT dan ianya bukan suatu tugas yang ringan. Mendidik merupakan suatu tanggungjawab besar dalam membina perkembangan manusia. Oleh itu, mereka perlu berhati-hati dalam melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam, maka diamalkan orang, dicatat baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya. Dan sesiapa yang mengasaskan jalan tidak baik dalam Islam, maka diamalkan orang, dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikit pun dosanya. Hadis ini menjelaskan mengenai tanggungjawab dan kedudukan pendidik atau guru dalam konteks keagamaan. Mereka bertanggungjawab di hadapan Allah SWT terhadap ilmu yang disampaikan dan kesan daripada penyampaian itu terhadap orang lain pada hari kiamat nanti. Jika kesedaran keagamaan seumpama ini wujud dalam diri setiap guru, maka sudah tentu guru terbabit akan berhati-hati dalam merancang kurikulum dan bidang keilmuan. Ini kerana usaha itu bukan berakhir di situ sahaja, tetapi dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT pada hari kemudiannya. Guru haruslah berkemampuan membina keunggulan sahsiah pelajar-pelajarnya dan keunggulan suasana pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai keseimbangan antara pengahayatan agama dan moral, dengan kemahiran dalam pengurusan hidupnya.

Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion tersebut dalam Islam, al-Quran dan as-Sunnah ada menjelaskan antaranya, Allah SWT berfirman: Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik. (Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang diutarakan di atas, ia menunjukkan dengan jelas akan keutamaan-keutamaan mendidik khususnya dalam profesion perguruan. Seorang guru mestilah menyedari hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Ia hendaklahlah meletakkan tanggungjawab ini di atas dasar pahala dan dosa. Kerja pengajaran adalah sebahagian amal soleh manakala enggan menyampaikannya dosa yakni siksaan api neraka. (Ghazali Basri, Jurnal Pendidikan Islam, Desimber 1987). Jika dilihat dari sudut sejarah dan budaya, guru atau pendidik dianggap sebagai suatu profesion yang sangat mulia. Sejarah melayu telah menunjukkan bahawa pihak istana mempunyai hubungan yang rapat dengan tuan guru. Ulama dan guru adalah rapat dan dimuliakan berbanding dengan jawatan-jawatan lain. Dari segi budaya, konsep berguru amat diutamakan. Belajar bukan setakat untuk mendapatkan ilmu, apa yang lebih penting ialah berguru untuk membina akhlak dan adab berilmu.(Dr.Tajul Ariffin Noordin & Dr.Nor Aini in Noordin & Dr.Nor Aini Dan, 2002)6