ciri ciri tamadun

19

Click here to load reader

Upload: dieda-kamaruzzaman

Post on 28-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri Ciri Tamadun

CIRI-CIRI TAMADUN

Azimah Binti Adnan

Amirah Binti Zahariman

Siti Aminah Binti Othman

Murni Salwani Binti Yusop

Saiyidatul Adidah Binti Kamaruzzaman

Page 2: Ciri Ciri Tamadun

KEMAJUAN TEKNOLOGI

Kemajuan sains dan teknologi dalam sesebuah

tamadun telah melambangkan perkembangan

tahap pemikiran dan kemajuan dalam

masyarakat tamadun awal.

Teknologi dan sains telah berkembang dalam

bidang Matematik, Astronomi, Perubatan dan

Teknologi pembuatan perahu dan kertas.

Perkembangan ilmuan ini dikembang secara

kolektif dalam semua tamadun.

Page 3: Ciri Ciri Tamadun

Mereka juga mencipta roda, layar kapal, terusan,

tembok dan benteng.

Perkembangan ini telah meninggalkan kesan dari

segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan

pada sesuatu tamadun.

Antara contoh tamadun awal yang telah

mengalami kemajuan teknologi ialah seperti Mesir

dan Mesopotamia

Page 4: Ciri Ciri Tamadun

SISTEM PEMERINTAHAN

Setiap negara atau tamadun mempunyai

corak pemerintahan yang tersendiri tetepi

mereka mempunyai unsur persamaan

bangsa, bahasa pertuturan dan budaya yang

telah membezakan mereka dari orang luar

yang tidak bertamadun atau tamadun yang

berbeza.

Page 5: Ciri Ciri Tamadun

Terdapat pelbagai sistem pemerintahan yang

telah digunakan dalam pelbagai tamadun

antaranya monarki, demokrasi, oligarki dan

autokrasi.

Dengan wujudnya satu sistem pemerintahan

yang sistematik telah menjadikan

masyarakat lebih tersusun dengan

terdapatnya puncak kuasa yang telah

menyatukan rakyat.

Page 6: Ciri Ciri Tamadun

EKONOMI Aspek ekonomi juga merupakan antara aspek

yang terpenting dalam sesebuah tamadun.

Masyarakat awal pada mulanya mengamalkan

kegiatan ekonomi awal secara bercucuk tanam,

dan ternak yang hanya untuk menyara diri dan

keluarga.

Peningkatan tamadun telah menyebabkan

semakin berkembang kegiatan ekonomi dalam

sesebuah tamadun iaitu ekonomi secara

komersil.

Page 7: Ciri Ciri Tamadun

Ia telah menyebabkan wujudnya barangan

tembikar, peralatan memotong daripada

logam, dan perhiasan.

Ekonomi komersil membolehkan berlakunya

aktiviti import dan eksport antara satu

negara ke negara yang lain.

Page 8: Ciri Ciri Tamadun

URBANISASI

Kewujudan sebuah bandar merupakan ciri

yang amat menonjol dalam sesebuah

tamadun.

Ia merujuk kepada kepada suatu tapak atau

tempat dalam sesebuah kawasan .

Fungsinya pula bergantung kepada elemen

yang penting yang wujud dalam masyarakat

tersebut.

Page 9: Ciri Ciri Tamadun

Petempatan sekelompok merupakan bentuk yang

lazim pada petempatan awal.

Petempatan sekelompok merujuk kepada di mana

pusat bandarnya ialah kuil-kuil dan istana-istana

yang didiami keluarga pemerintah serta golongan

pembesar.

Manakala di kawasan kampung pula didami oleh

golongan petani dan pekerja-pekerja lain.

Contohnya seperti di Tamadun Shang yang

mempunyai tembok-tembok pemisah setiap

kelompok berdasarkan pengkhususan kerja.

Page 10: Ciri Ciri Tamadun

ORGANISASI SOSIAL Struktur dan organisasi masyarakat yang

tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.

Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran

berjalan dengan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki kedudukan yang

teratas. Diikuti golongan bangsawan yang memainkan

peranan sebagai pentadbir. Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta

untuk melakukan upacara keagamaan

Page 11: Ciri Ciri Tamadun

Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2

Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.

Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk

mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda

Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun

Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi

Page 12: Ciri Ciri Tamadun

KEPERCAYAAN DAN AGAMA

Agama merupakan amalan yang

menentukan hubungan manusia dengan

Tuhan.

Agama yang betul: masyarakat lebih maju

dan bertamadun tinggi.

Agama mundur, jadi penghalang kepada

kemajuan masyarakat.

Page 13: Ciri Ciri Tamadun

Agama mundur adalah seperti percayakan tahyul,

sembah batu dan alam tabii.

Lazimnya dijadikan bahan khazanah dan bahan ikutan

serta amalan apabila manusia mencari kemajuan

kebendaan.

Masyarakat bertamadun mempunyai ciri terpenting

iaitu beragama dan kepercayaan.

Peringkat awal, manusia percaya kepada banyak

Tuhan(politeisme).Mereka juga memuja alam

semesta(animisme).

Selain itu, percaya terhadap hidup lepas mati.

Page 14: Ciri Ciri Tamadun

Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.

Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan

mereka.

Jika tidak disembah,dewa-dewii akan membawa

malapetaka seperti banjir,dan kemarau.

Contoh; Tamadun Indus, mereka menyembah dewi

bermuka tiga

Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi

yang banyak, diadakan ketika upacara keagamaan di

Ziggurat.

Page 15: Ciri Ciri Tamadun

TULISAN DAN BAHASA

Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku Tulisan-tulisan ini digunakan untuk

merekodkan sesuatu perkara. Lambang-lambang bertulis merupakan alat

yang melahirkan idea-idea perundangan, pengetahuan serta memudahkan

pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan.

Page 16: Ciri Ciri Tamadun

Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara

keagamaan dan harta kuil.

Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan

perdagangan dan pentadbiran.

Page 17: Ciri Ciri Tamadun

KEBUDAYAAN DAN KESENIAN Kebudayaan:

Suatu nilai hidup yang dijelmakan oleh faktor-faktor daya akal dan daya rasa manusia.

Merupakan hasil daripada kegiatan berfikir dan merasa manusia dalam bentuk perbuatan yang dipanggil sebagai cara hidup.

Budaya kehidupan sesebuah masyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka dalam menguruskan kehidupan secara kolektif.

Page 18: Ciri Ciri Tamadun

Kesenian:Bahagian daripada kebudayaan yang membawa

erti indah,halus,lembut dan senang didengar.

Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti individu dalam menghayati kesenian,kesusasteraan,falsafah dan nilai estika yang tersendiri membolehkan sesebuah masyarakat itu bertamadun.

Page 19: Ciri Ciri Tamadun

Ciri-ciri kesenian ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.

Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan

bangsanya. Iliyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga

banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani