cheun - 2012 - persepsi mengenai persekitaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan...

Upload: raidah-adham

Post on 07-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

  • Journal of Applied Research in Education, Vol 16, No.1, 2012, p.43-55

    ISSN 1996-9945 Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam

    Persepsi mengenai Persekitaran Makmal Sains Sebenar dan Diingini dalam kalangan Pelajar Sains Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan

    Bandar dan Luar Bandar, Sandakan

    (Perceptions of Urban and Rural Form 4 Science Students on the Existing and Preferred Laboratory Learning Environments in

    Sandakan)

    Leong Chee Cheun * SMK.Gum-gum,Sadakan, Sabah, Malaysia

    Dr. Lay Yoon Fah

    Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah

    Abstract

    The main objective of this research is to examine the perceptions of Form Four Science students on the existing and the desired science laboratory learning environments in urban and rural secondary schools in Sandakan, Malaysia. This research uses quantitatvive research method, a questionnnaires developed by Fraser, Giddings and McRobbie (1995) entitled Science Laboratory Environment Inventory, SLEI which focuses primarily on determining students perceptions between the existing science laboratory learning environment and the desired science laboratory learning environment in western countries. The questionnaires were revised and amended to accomodate the learning environment of students in Sandakan secondary schools. Data collected was then analyzed using SPSS 15.0 software while Skewness and Kurtosis tests were used to test the normality of the collected data. Triangulation of data was done using T-test (2 independent and independent). Based on the results, null hypothesis one and two are rejected as the result indicates that there are differences in students perception between the existing and the desired science laboratory learning environment. Null hypothesis third and fourth are accepted as they exhibit no differences of students perceptions between the existing and the desired science laboratory learning environment. Suggestions are made to refine the limitations of the research.

  • 44

    Abstrak

    Persekitaran pembelajaran makmal sains sering menjadi satu persoalan ramai tentang pengaruhnya dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Objektif kajian ini ialah untuk meninjau persepsi mengenai persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan. Penyelidikan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan oleh Fraser, Giddings and McRobbie (1995) iaitu Science Laboratory Environment Inventory, SLEI . Program SPSS 15.0 for Windows digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Kenormalan data diuji dengan ujian skewness dan kurtosis dengan nilai-nilai tersebut terletak antara 2. Ujian-T dua kumpulan sampel tak bersandaran dan Ujian-T dua kumpulan sampel bersandaran digunakan untuk menguji data-data parametrik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi mengenai persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan luar bandar. Ujian statistik juga membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan bandar dengan luar bandar mengenai persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini. Kelemahan-kelemahan kajian dikenalpasti dan cadangan-cadangan dikemukakan bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Tambahan pula, cadangan adalah sumber pedoman menjalankan penyelidikan makmal sains dan juga dijadikan sebagai pemurnian kajian ini agar dapat dimanfaatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan lebih baik. Kata kunci: Persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar, makmal sains diingini * Hubungi penulis.

    E-mel: [email protected]

  • Leong Chee Cheun & Lay Yoon Fah 45

    Latar E-Belakang Kajian

    Perkembangan semasa yang tidak lagi terbatas tidak kira dalam apa jua bidang terutamanya dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Bukan itu sahaja tetapi bidang pendidikan juga melipat gandakan usaha dalam arus globalisasi (Kamisah Osman, Lilia Halim, & T. Subahan Mohd Meerah, 2006). Hasil daripada analisis perkembangan kurikulum sains yang dikendalikan oleh Lee (1992) telah menyimpulkan bahawa arus perubahan kurikulum pendidikan sains dipengaruhi secara langsung dengan perubahan semasa global. Hal ini adalah disebabkan mengikut keperluan pasaran semasa terhadap kemahiran tenaga manusia (Lee, 1992).

    Kamisah Osman et al. (2006) menyatakan bahawa perkembangan kurikulum sains di Malaysia adalah berterusan sejak pra-kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, kurikulum sains di Malaysia hanya menjadi seragam dan rasmi selepas tahun 1956 iaitu apabila Laporan Razak 1956 dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan 1979 mengemukakan bahawa kurikulum sekolah rendah dirancang menurut tiga bidang iaitu bidang Komunikasi, bidang Manusia dengan Alam Kelilingnya dan bidang Perkembangan Diri Individu yang sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid (Perakuan 57a dalam Lay, 2010). Dengan demikian, wujudnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan pada tahun 1983 yang menekankan kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) (Tamby Subahan Mohd. Meerah, 1990).

    Bates (1978) dan Hoftsein dan Lunetta (1982) menyatakan bahawa penyelidikan pada 1970-an dan awal 1980-an telah menunjukkan para pelajar suka dengan aktiviti-aktiviti makmal sains dan dapat menggambarkan dan mengilustrasikan informasi yang terkandung dalam buku teks sains mahupun dalam penyampaian guru sains dalam kelas (Ron Blonder*, Rachel Mamlok-Naaman & Avi Hofstein, 2008) lalu mampu meninggalkan pengalaman makmal yang positif kepada para pelajar terhadap pembelajaran sains.

    Kajian yang meluas terhadap persekitaran pembelajaran bilik darjah (kelas) atau makmal sains telah dijalankan di luar negara (Lee, 1992). Tambahan pula, Lee (1992) juga mengemukakan bahawa penyelidikan persekitaran pembelajaran sains di negara-negara Asia juga tidak ketinggalan dengan buktinya Singapura dan Korea telah melangkah selangkau ke hadapan di rantau Asia dalam penyelidikan persekitaran pembelajaran makmal sains.

    Sehubungan itu, Hofstein, Shore dan Kipnis (2004) telah mengemukakan bahawa makmal sains yang berpusat inkuiri yang dibangunkan dengan baik dapat mengukuhkan pengalaman pembelajaran sains para pelajar kerana dalam keadaan sedemikian dapat meningkatkan pembelajaran sains mereka. Di samping itu, makmal sains berpusat inkuiri yang melibatkan pengenalpastian masalah, pembentukan hipotesis, reka bentuk saintifik, pelaksanaan penyiasatan saintifik dan penjelasan formula saintifik merupakan langkah-langkah yang penting dalam pembentukan literasi pembelajaran sains (Hofstein et al., 2004).

    Malahan Krajcik, Mamlok dan Hug (2001) dan Hofstein, Navon, Kipnis dan Mamlok-Naaman (2005) pula mengemukakan bahawa makmal sains berpusat inkuiri mempunyai potensi untuk menghasilkan para pelajar sains yang berkemahiran dari segi pembentukan hipotesis, mereka bentuk dan melaksanakan penyiasatan saintifik, menghasilkan formula dan menjelaskan saintifik lebih-lebih lagi berkomunikasi serta mempertahankan hasil kajian atau penyiasatan mereka. Maka Hofstein et al. (2004) menambah bahawa inkuiri merupakan pusat kepada pencapaian literasi saintifik dan keberkesanan makmal sains lalu mencapai objektif pembelajaran sains. Dengan kata lain, Hofstein (2004) menyimpulkan bahawa makmal sains memainkan peranan yang penting sebagai pusat pembelajaran dan pengajaran sains.

    Walau bagaimanapun, hasil kajian Hofstein dan Lunetta (2003) mengenai peranan makmal sains dalam pembelajaran dan pengajaran sains gagal dalam menunjukkan perhubungan antara pengalaman makmal sains dan pembelajaran sains para pelajar sekolah menengah. Azri (2003) juga menambah bahawa walaupun kajian-kajian lepas tidak dapat menunjukkan perhubungan antara pengalaman makmal sains dan pembelajaran sains para pelajar tetapi aktiviti-aktiviti makmal sains sememangnya dapat membantu pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan sains. Sehubungan itu, Hofstein dan

  • 46

    Lunetta (2003) menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan bagi mendapatkan perhubungan antara persekitaran makmal sains yang efektif terhadap pembentukan kemahiran kognitif para pelajar iaitu:

    i) Kekurangan laporan pengajaran dan penilaian terhadap kegunaan makmal sains. ii) Penilaian hasil pembelajaran pelajar dalam mata pelajararan sains yang tidak konsisten

    dari segi menyatakan tujuan pengajaran dan penyelidikan. iii) Kekurangan saiz sampel dalam penyelidikan.

    Dalam pada itu, Azri (2003) memberi penjelasan bahawa makmal sains tetap memainkan

    peranan yang penting dalam pendidikan sains dengan syarat makmal sains direka dan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan ideal untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sains kerana ciri-ciri fizikal tersebut boleh mempengaruhi komunikasi antara guru dengan para pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains. Johnson (1997) menyokong bahawa suasana makmal sains yang ideal merupakan salah satu faktor yang signifikan bagi meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Pernyataan Masalah

    Perancangan dan pelaksanaan penyemakan kurikulum sains adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran dan pengajaran sains dari segi perubahan semasa teori-teori dan pendekatan-pendekatan pendidikan (Lilia Halim, 2009). Tambahan pula, beliau juga mengatakan para guru sains perlu mengadaptasi dan mengimplementasikan strategi-strategi pembelajaran dan pengajaran sains.

    Malangnya, reka bentuk bilik sains atau makmal sains di Malaysia adalah tidak dapat mencerminkan keperluan pedagogi baru yang semakin berkembang (Che Ahmad, Halim, Subahan, Osman & Hassan, 2009). Ini telah dibuktikan oleh Brandsfor, Brown dan Cocking (1999) dan Chism (2006) yang menyatakan bahawa kebanyakan makmal sains sekolah menengah masih dalam keadaan susunan bangku-bangku dan meja-meja secara berbaris dan menghadap pada guru di depan makmal sains. Maka ini sekaligus menunjukkan bahawa pembelajaran dan pengajaran adalah masih dalam bentuk penyampaian sepenuhnya oleh guru sains tersebut (Brandsfor et al., 1999 dan Chism, 2006). Oleh itu, interaksi dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah amat terhad antara guru dengan para pelajar mahupun antara pelajar dengan pelajar (Rohaida Mohd Saat & Kamariah Abu Bakar, 2005).

    Selain itu, keadaan ini juga menyebabkan para guru susah bergerak dalam makmal untuk membimbing para pelajarnya. Bukan itu sahaja, Rohaida Mohd Saat dan Kamariah Abu Bakar (2005) menyatakan tentang susunan atau rekabentuk dalam makmal sains adalah sangat penting kerana susunan atau reka bentuk makmal sains boleh menyebabkan para guru dapat mengawal dan memerhati para pelajar dalam melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan khususnya dalam menjalankan eksperimen-eksperimen atau ujikaji yang perlu dibuat bagi menyokong teori-teori yang diajar dalam kelas.

    Di samping itu, Schneider (2003) melaporkan ciri-ciri fizikal bangunan juga memainkan peranan yang penting dan berpengaruh terhadap hasil pembelajaran sains para pelajar. Beliau melaporkan bahawa 40% para guru sains di Chicago dan Washington mengomen saiz makmal sains atau bilik sains yang tidak bersesuaian untuk proses pembelajaran dan pengajaran akan menghalang penyampaian mereka dengan lebih mendalam dan secara efektif. Motz, LaMoine, Biehle dan West (2007) pula melaporkan bahawa saiz makmal sains dengan keluasan 60 kaki persegi dan dilengkapi dengan bilik penyediaan bagi menampung sebanyak 24 orang pelajar adalah tidak bersesuaian untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sains. Selain itu, Motz et al. (2007) juga menyatakan bahawa tahap keselamatan makmal sains juga berkurang jika saiz bilik penyediaan dan penyimpanan stok atau bahan-bahan amat terhad.

  • Leong Chee Cheun & Lay Yoon Fah 47

    Dalam laporan Schneider (2003) yang bertajuk Linking school facility conditions to teacher statisfaction and success juga mengutarakan tentang reka bentuk bangunan dan penyelenggaraan makmal sains yang tidak memuaskan akan menjejaskan hasil akademik dan juga kesihatan para guru mahupun para pelajar. Keadaan-keadaan sedemikian merangkumi kualiti udara makmal sains yang tidak baik, keamatan cahaya yang kurang, suasana yang bising dan suhu makmal sains yang tidak bersesuaian (Schneider, 2003). Menurut laporan Schneider (2003) lagi, dua pertiga daripada guru-guru sains di Washington dan lebih daripada separuh guru-guru sains di Chicago berpendapat bahawa kualiti udara makmal sains dan keamatan cahaya sekolah mereka adalah pada tahap yang amat tidak memuaskan. Akibatnya, proses pembelajaran dan pengajaran sains adalah terganggu.

    Justeru itu, Motz et al. (2007) mengemukakan bahawa reka bentuk makmal sains yang amat teliti adalah perlu bagi memastikan reka bentuk dan kemudahan-kemudahan adalah bersesuaian untuk:

    i) Penyimpanan bahan-bahan sains terutamanya bahan-bahan kimia. ii) Tempat penyediaan yang secukupnya. iii) Sinki yang mencukupi dan ditempatkan pada tempat yang bersesuaian. iv) Peralatan yang mencukupi dan selamat untuk menyediakan bahan-bahan bagi tujuan

    demonstrasi mahupun penyelidikan para guru sains dan para pelajar.

    Berdasarkan kajian-kajian lepas dan laporan-laporan reka bentuk makmal sains daripada pihak-pihak yang berkenaan, Azri (2003) mencadangkan bahawa reka bentuk makmal sains baru mesti berunsur dan berkonsepkan masa depan. Tujuan utama Azri (2003) mencadangkan sedemikian disebabkan pembangunan sesebuah makmal sains memerlukan modal yang amat tinggi maka perubahan reka bentuk makmal sains adalah tidak boleh dilakukan hanya semata-mata berdasarkan perubahan dan keperluan semasa.

    Objektif Kajian

    Kajian ini dilaksanakan dengan memberi fokus kepada objektif-objektif berikut:

    i) Untuk meninjau persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar di daerah Sandakan.

    ii) Untuk meninjau persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Sandakan.

    iii) Untuk meninjau perbezaan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan.

    iv) Untuk meninjau perbezaan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan.

    Soalan Kajian

    Kajian ini adalah untuk menjawab persoalan yang berikut:

    i) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar di daerah Sandakan?

  • 48

    ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Sandakan?

    iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan?

    iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan?

    Hipotesis Kajian

    Merujuk pada objektif-objektif kajian yang dibentuk, terdapat empat tanggapan awal dibina terhadap masalah yang dikaji. Jawapan sementara ini dinyatakan sebagai hipotesis nul (Ho) kajian telah dibina iaitu:

    i) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran

    pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar di daerah Sandakan.

    ii) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Sandakan.

    iii) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan.

    iv) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan.

    Metodologi Reka Bentuk Kajian

    Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif yang berasaskan kaedah kajian tinjauan. Hal ini disebabkan kajian ini memerlukan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan persepsi-persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan, Sabah.

    Dimensi masa kajian yang digunakan ialah keratan rentas (cross-sectional) yang digunakan untuk mendapatkan penjelasan mengenai persepsi-persepsi sampel kajian dan juga membolehkan penerokaan iaitu dalam mencadang satu model makmal sains yang lebih ideal dan kondusif berasaskan keperluan dan kehendak para pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains. Kajian tinjauan ini juga sesuai untuk mendapatkan gambaran deskriptif dan juga menekankan perkaitan sebab munasabah. Tambahan pula, kajian tinjauan ini juga dikatakan sesuai dalam membuat pernyataan umum mengikut kriteria keumuman iaitu kebolehan digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan.

  • Leong Chee Cheun & Lay Yoon Fah 49

    Sampel Kajian dan Kaedah Persampelan

    Menurut Krejcie dan Morgan (1970), sampel kajian seramai 306 orang pelajar sains tingkatan empat perlu diambil sebagai sampel kajian bagi mewakil populasi pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan.

    Kaedah persampelan kebarangkalian yang digunakan adalah kaedah persampelan rawak mudah. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap responden dalam populasi mempunyai peluang yang sama rata untuk dipilih sebagai responden kajian (Chua, 2006). Responden-responden dipilih secara rawak mudah daripada para pelajar sains tingkatan empat di sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar yang terpilih dalam populasi kajian. Instrumen Kajian

    Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang dibangunkan oleh Fraser, Giddings dan McRobbie (1995) iaitu Science Laboratory Environment Inventory, SLEI yang menumpukan pandangan para pelajar mengenai persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini lalu dipanjangkan di Malaysia oleh Lilia Halim (2009).

    Responden-responden dikehendaki menjawab satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu mengenai persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini. Terdapat lima dimensi diuji untuk mengkaji persepsi-persepsi para responden iaitu:

    i) Dimensi perpaduan pelajar: untuk meninjau tahap pelajar mengetahui, membantu dan

    menggalakkan atau menyokong antara para pelajar. ii) Dimensi keterbukaan: untuk meninjau tahap keterbukaan dan teknik pencapaian dalam

    eksperimen di makmal sains. iii) Dimensi pengintegrasian: untuk meninjau tahap aktiviti-aktiviti makmal sains

    diintegrasikan dalam aktiviti bukan makmal dan dalam teori-teori kelas. iv) Dimensi kejelasan: untuk meninjau tahap kelakuan para pelajar dipandu oleh peraturan

    formal dalam makmal sains. v) Dimensi persekitaran fizikal: untuk meninjau tahap peralatan dan bahan makmal sains

    adalah mencukupi. Penganalisisan Data

    Perisian "Statistical package for the Social Sciences (SPSS) 15.0 for Windows" dipilih dan digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Ujian-T dua kumpulan sampel bersandar dan Ujian-T dua kumpulan sampel tak bersandar digunakan untuk menguji data lalu menjawab persoalan kajian berikut. Data yang dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual. Kajian rintis dilaksanakan untuk memastikan kenormalan data dan kesahan data yang akan dikumpul lalu diuji dengan ujian yang bersesuaian. Merujuk pada Jadual 3.1, kebolehpercayaan instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian adalah pada tahap baik iaitu nilai-nilai Conbrach Alfa terletak antara 0.60-0.79. Jadual 3.1 Tahap Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

    Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan

    Nilai kebolehpercayaan dan tahap kebolehpercayaan Makmal sains sebenar Makmal sains diingini

    Bandar .727 Baik .853 Tinggi Luar Bandar .770 Baik .759 Baik

  • 50

    Statistik juga menunjukkan bahawa data yang dikumpul adalah bertabur normal kerana kesemua nilai skewness dan kurtosis bagi setiap dimensi yang diuji adalah antara 2 (Chua, 2008) seperti yang ditunjukkan dalam jadual-jadual berikut: Jadual 3.2 Kenormalan data bagi sekolah menengah kebangsaan bandar, daerah Sandakan

    Dimensi-dimensi kajian

    Kenormalan data Makmal sebenar (Sig.) Makmal diingini (Sig.)

    Skewness Kurtosis Skewness Kurtosis Perpaduan pelajar -.167 -.911 .143 -1.141 Keterbukaan .551 .563 -.032 -.735 Pengintegrasian -.021 -.810 .027 -.737 Kejelasan -.098 -.631 1.100 -.108 Persekitaran fizikal .258 -.852 .027 -.737

    Jadual 3.3 Kenormalan data bagi sekolah menengah kebangsaan luar bandar, daerah Sandakan

    Dimensi-dimensi kajian

    Kenormalan data Makmal sebenar (Sig.) Makmal diingini (Sig.)

    Skewness Kurtosis Skewness Kurtosis Perpaduan pelajar .569 .101 -.141 -.538 Keterbukaan 1.237 1.183 -.186 -.486 Pengintegrasian .950 .255 -.845 .779 Kejelasan -.260 -.066 -.845 .779 Persekitaran fizikal -.320 1.074 -.099 -1.155

    Dapatan Kajian dan Perbincangan

    Berikut ialah empat pengujian hipotesis nul yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu:

    Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar di daerah Sandakan.

    Jadual 4.1 Analisis Dimensi-dimensi

    Dimensi-dimensi t df Sig. (2-tailed) Kesignifikanan Perpaduan -13.798 154 .000 Signifikan Keterbukaan -13.064 154 .000 Signifikan Pengintegrasian -11.004 154 .000 Signifikan Kejelasan -8.511 154 .000 Signifikan Persekitaran fizikal -3.766 154 .000 Signifikan

    Berdasarkan Jadual 4.1 berkenaan, nilai kebarangkalian untuk dimensi perpaduan (.000),

    pengintegrasian (.000), kejelasan (.000) dan persekitaran fizikal (.000) yang diperoleh daripada program SPSS 15.0 for Windows adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan nilai kesignifikanan

  • Leong Chee Cheun & Lay Yoon Fah 51

    iaitu nilai alfa bersamaan .05. Justeru itu, kelima-lima dimensi tersebut adalah signifikan. Maka hipotesis nul adalah ditolak. Ini membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar di daerah Sandakan.

    Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Sandakan.

    Merujuk Jadual 4.2, hasil dapatan analisis program SPSS 15.0 for Windows terhadap dimensi-

    dimensi bagi persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Sandakan mendapati bahawa nilai kebarangkalian alfa bagi kesemua dimensi ialah .000 iaitu lebih kecil daripada nilai tahap kesignifikanan iaitu .05 . Dengan demikian, hipotesis nul ditolak dan memberi makna bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Sandakan. Kesimpulan ini dibuat pada tahap keyakinan sebanyak 95%. Jadual 4.2 Analisis Dimensi-dimensi

    Dimensi-dimensi t df Sig. (2-tailed) Kesignifikanan Perpaduan -8.708 150 .000 Signifikan Keterbukaan -8.535 150 .000 Signifikan Pengintegrasian -10.387 150 .000 Signifikan Kejelasan -8.480 150 .000 Signifikan Persekitaran fizikal -5.331 150 .000 Signifikan

    Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan.

    Dalam Jadual 4.3, nilai kebarangkalian yang diperoleh daripada program SPSS 15.0 for Windows

    menunjukkan hanya dimensi keterbukaan signifikan dan nilai kebarangkaliannya ialah .000 berbanding dengan nilai kebarangkalian bagi dimensi-dimensi perpaduan (.240), pengintegrasian (.502), kejelasan (.546) dan persekitaran fizikal (.755) menunjukkan tidak signifikan. Ini berikutan daripada nilai-nilai kebarangkalian bagi keempat-empat dimensi tersebut adalah lebih besar daripada tahap kesignifikanan iaitu .05 atau tahap keyakinan sebanyak 95%. Terdapat bukti-bukti yang kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan iaitu hipotesis nul gagal ditolak.

  • 52

    Jadual 4.3 Analisis Dimensi-dimensi

    Dimensi-dimensi t df Sig. (2-tailed) Kesignifikanan Perpaduan -1.177 304 .240 Tidak signifikan Keterbukaan -3.693 304 .000 Signifikan Pengintegrasian .673 304 .502 Tidak signifikan Kejelasan .604 304 .546 Tidak signifikan Persekitaran fizikal .313 304 .755 Tidak signifikan

    Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan.

    Jadual 4.4 menunjukkan kesemua dimensi yang diuji mempunyai nilai-nilai kebarangkalian yang

    lebih besar jika dibandingkan dengan tahap kesignifikanan iaitu .05. Maka hipotesis nul yang diuji iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan gagal ditolak. Jadual 4.4 Analisis Dimensi-dimensi

    Dimensi-dimensi t df Sig. (2-tailed) Kesignifikanan Perpaduan 1.691 304 .092 Tidak signifikan Keterbukaan 1.044 304 .297 Tidak signifikan Pengintegrasian .079 304 .937 Tidak signifikan Kejelasan .839 304 .402 Tidak signifikan Persekitaran fizikal -1.373 304 .171 Tidak signifikan

    Kesimpulan

    Merujuk hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar mahupun luar bandar di daerah Sandakan. Ini bermakna peraturan-peraturan makmal sains dan langkah-langkah keselamatan dalam makmal sains sentiasa dipraktikkan dan diamalkan oleh para pelajar bandar dan luar bandar. Selain itu, kelengkapan alat-alat, radas-radas dan juga kelengkapan perabot dalam makmal sains sebenar adalah bersesuaian dan dalam keadaan yang agak selesa. Tetapi peluang bagi para pelajar sains tersebut untuk mengendalikan eksperimen atau menentukan jenis eksperimen yang akan dibuat adalah amat terhad. Maka responden memberi maklumat bahawa mereka berharap dalam persekitaran pembelajaran makmal sains diingini akan diberikan peluang dan keanjalan dalam menjalankan eksperimen. Keadaan ini memberi peluang kepada mereka membangunkan kemahiran saintifik mereka dengan mempraktikkan teori-teori yang diajar dalam kelas.

    Berdasarkan keputusan analisis kutipan data memberi informasi bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains sebenar dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan. Nilai min persepsi para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan luar bandar bagi dimensi keterbukaan adalah lebih tinggi daripada nilai min persepsi para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar. Justeru itu, boleh disimpulkan bahawa dimensi keterbukaan di sekolah menengah kebangsaan luar bandar adalah kurang berbanding dengan di sekolah menengah

  • Leong Chee Cheun & Lay Yoon Fah 53

    kebangsaan bandar. Ini disebabkan peluang dan kelonggaran bagi para pelajar sekolah menengah kebangsaan luar bandar untuk mengendalikan eksperimen kurang berbanding dengan para pelajar sekolah menengah kebangsaan bandar. Tambahan pula, keadaan sebegini akan menjejaskan interaksi antara para pelajar mahupun antara para pelajar dengan guru mereka (Fraser, Giddings & McRobbie, 1995). Selain itu, kelengkapan teknologi dalam makmal sains sebenar di sekolah menengah kebangsaan luar bandar adalah tidak kurangnya berbanding dengan makmal sebenar di sekolah menengah kebangsaan tetapi penggunaan dan pengaplikasiannya amat terhad oleh para guru sains mereka sekaligus menyebabkan perbezaan nilai min bagi dimensi keterbukaan adalah lebih tinggi berbanding dengan dimensi-dimensi yang lain.

    Perbezaan nilai-nilai min untuk dimensi-dimensi dalam menguji persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan adalah agak kecil. Nilai min persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai min persepsi sekolah menengah kebangsaan luar bandar. Keputusan statistik ini menunjukkan bahawa para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar berharap agar mereka diberi lebih peluang dan kelonggaran untuk mempraktikkan teori-teori sains yang diajar dalam kelas melalui aktiviti-aktiviti sains. Bukan itu sahaja, mereka berharap dapat diberi ruang untuk berinteraksi antara para pelajar mahupun antara para pelajar dengan guru dan kelengkapan teknologi dalam persekitaran pembelajaran makmal sains diingini yang membolehkan mereka mendapat sumber-sumber untuk pembelajaran sains.

    Kesimpulannya, persepsi tentang persekitaran pembelajaran makmal sains yang sebenar dan diingini dalam kalangan para pelajar sains tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar dapat ditinjau. Hasil tinjauan ini bukan sahaja dijadikan sumber rujukan kepada para pendidik mahupun dalam bidang pendidikan tetapi juga boleh digunakan sebagai pedoman kepada penyelidik-penyelidik yang berminat dalam bidang sains khususnya penyelidikan persekitaran pembelajaran makmal sains. Pendidik sains perlu peka dengan perkembangan semasa dan keperluan para pelajar dalam pembelajaran sains mereka. Kepentingan mata pelajaran sains sememangnya tidak dapat dihuraikan mahupun diukur dengan mana-mana mata pelajaran yang lain. Pendidikan sains bukan sahaja merangkumi teori-teori dan konsep-konsep tetapi juga meliputi dengan latihan praktikal seperti menjalankan eksperimen yang memberi ruang kepada para pelajar menjelajahi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan kelengkapan tersedia. Lebih-lebih lagi peranan sebagai seorang guru sains bukan sebagai pemberi maklumat tetapi sebagai fasilitator yang membimbing para pelajar ke arah pembelajaran mereka dengan betul. Pendidik-pendidik haruslah sentiasa sensitif akan keperluan para pelajar dalam pembelajaran mereka melalui pemerhatian atau penyelidikan. Para pendidik juga perlu menerima perubahan secara positif untuk meningkatkan kualiti pendidikan khususnya pendidikan sains yang seringkali diaplikasikan dengan teknologi yang canggih bagi melahirkan generasi sains yang mampu berdaya saing di peringkat dunia seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Rujukan Azri, H. (2003). Enhancing science education laboratory environments: More than walss, benches and

    widgets. In Fraser, B.J. and Tobin, K. G. (eds.). International Handbook of Science Education, Vol 1. Netherlands: Kluwer Academic Publisher.

    Bates, G. R. (1978). The role of the laboratory in secondary school science programs. In M.B. Rowe (ed.). What Research Says to the Science Teacher, Vol. 1. Washington D.C. : National Science Teacher Association.

    Brandsford, J., Brown, A.L. & Crocking, R.R. (1999). How people learn: Brain, mind, experience and school. Washington, D.C.: National Academy Press.

  • 54

    Che Ahmad C. N., Halim, L., Meerah, T., Osman, K. & Hassan, A. (2009). Malaysian science laboratories: Issues and constrains. Paper presented at the ESERA conference. Istanbul, Turkey.

    Chism, N.V. (2006). Challenging traditional assumptions and rethinking learning spaces. In Oblinger, D. (ed.) Learning spaces, http://www.educause.edu/learningspaces. Retrieved 1 June 2010.

    Chua Y. P. (2006). Asas statistik penyelidikan. McGraw-Hill: Kuala Lumpur. Chua Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan. McGraw-Hill: Kuala Lumpur. Fraser, B. J., Giddings, G. J., & McRobbie, C. J. (1995). Evolution and validation of a personal form

    of an instrument for assessing science laboratory classroom environments. Journal of Research in Science Teaching, 32, 399-422.

    Hofstein, A., & Lunetta, V. N. (1982). The role of the laboratory in science teaching: Neglected aspect of research. Review of Educational Research, 52, 201-207.

    Hofstein, A., & Lunetta, V. N. (2003). The laboratory in science education: Foundation for twenty century. Science Education, 88 (1), 28-54.

    Hofstein, A. (2004). The laboratory in chemistry education: Thirty years of experience with developments, implementation, and research. Chemistry Education Research and Practise. 5: 247-264.

    Hofstein, A., Shore, R., & Kipnis, M. (2004). Providing high school chemistry students with opportunities to develop learning skills in an inquiry-type laboratory: A case study. Int. J. Sci. Educ. , 26, 47-62.

    Johnson, R. (1997). How can computers be used to promote metacognition in primary school students? Unpublished Ph.D. Thesis, Monash University Australia.

    Kamisah Osman, Lilia Halim & T. Subahan Mohd Meerah. (2006). Pembinaan instrument untuk mengenal pasti tanggapan keperluan semasa guru-guru sains di Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 21, 101-113.

    Krajcik J., Mamlok, R., & Hug, B. (2001). Modern content and the enterprise of science education in the 20th century. In L. Corno (Ed.) Education across a century: The centennial volume, pp. 205-238. Chicago, Illinios: National Society for the Study of Education (NSSE).

    Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

    Lay Y. F. (2010). Kemahiran proses sains, keupayaan pemikiran logik, sikap terhadap sains dan lokus kawalan: Hubungan dengan pembelajaran sains. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

    Lee, M. N. N. (1992). School science curriculum reforms in Malaysia: World influences and national context. International Journal of Science Education, 14 (3), 249-263.

    Lilia Halim. (2009). Improving science literacy through a conducive laboratory learning environment: A proposed model. Paper presented at 3rd International Conference on Science and Mathematics Education. Penang, Malaysia.

    Motz, LaMoine, L., Biehle, J. T., & West, S. S. (2007). NTSA guide to planning school facilities, 2nd Edition. Arlington, VA: NTSA Press.

    Rohaida Mohd Saat & Kamariah Abu Bakar. (2005). Technology-based science classroom: What factors facilitate learning?. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20, 1-19.

    Ron Blonder*, Rachel Mamlok-Naaman & Avi Hofstein. (2008). Analyzing inquiry questions of high-school students in a gas chromatography open-ended laboratory experiment. Chemistry Education Research and Practise, 9, 250-258.

    Schneider, M. (2003). Linking school facility conditions to teacher satisfaction and success. Washington D.C.: National Clearing house for Educational Facilities.

    Tamby Subahan Mohd. Meerah. (1990). Dampak penyelidikan pembelajaran sains terhadap perubahan kurikulum. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

  • Leong Chee Cheun & Lay Yoon Fah 55

    Biodata Mr. Leong Chee Cheun is a Chemistry and Science teacher at SMK GUM GUM, Sandakan, Sabah, Malaysia. Dr. Lay Yoon Fah is a senior lecturer in Science Education at School of Education and Social Development, University Malaysia Sabah. Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. E-mail: [email protected]