peribahasa men 3e (buku a & b) jauhari

46
SENARAI PERIBAHASA Buku A dan B Jauhari

Upload: suzana-nor

Post on 23-Jun-2015

1.800 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Senarai Peribahasa Men 3E-Jauhari

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

SENARAI PERIBAHASABuku A dan B

Jauhari

Page 2: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Berdasarkan gambar dan pembayang yang diberikan, cuba kamu

teka peribahasa berikut.

Page 3: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

pergipergi datangdatang

Page 4: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:Belum disuruh sudah

pergi,belum dipanggil sudah datang

Cerdik dan rajin

Page 5: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Maksud:Orang yang cerdik dan

rajin

Gambaran orang yang ada inisiatif

Tidak perlu disuruh dalam apa sahaja perkara

Page 6: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

ruyungruyung sagusagu

Page 7: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:Jika tidak dipecah ruyung, di

mana boleh mendapat sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih

Page 8: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Sebelum dapat menikmati sagu yang boleh dibuat bermacam-macam juadah, kita harus bersusah payah dulu mengeluarkan sagu daripada ruyung

Page 9: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Ular, akarUlar, akar bisabisa

Page 10: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanyaOrang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika

dia merendahkan dirinya sekalipun

Page 11: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

kailkail lautanlautan

Page 12: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba

melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar

Page 13: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Air dinginAir dingin apiapi

Page 14: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Air yang dingin juga dapat memadamkan api

Perkataan yang lembut juga dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah

Page 15: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

baikbaik ayam betinaayam betina

Page 16: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Baik membawa resmi ayam betina

Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata

dan perbuatan supaya tidak dibenci orang lain dan selamat

dalam hidup

Page 17: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

kapalkapal gelombanggelombang

Page 18: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Besar kapal, besarlah gelombang

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaan, maka makin besar pula tanggungjawabnya

Page 19: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

matamata bahubahu

Page 20: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:Berapa berat mata

memandang, berat lagi bahu memikulSesusah-susah orang yang melihat

penderitaan seseorang itu, tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang

menderita itu sendiri

Page 21: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

bidukbiduk

kiambangkiambang

Page 22: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Biduk lalu kiambang bertaut

Lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak

saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik

semula

Page 23: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

gajahgajah kumankuman

Page 24: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecaha. Pembahagian yang

sama rata dan adilb. Sama-sama menikmati

kesenangan dan kesusahan

Page 25: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

hujanhujan batubatu

Page 26: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik

Page 27: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

kilatkilat kabuskabus

Page 28: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Kilat dalam kilau, kabus di dalam hujan

Dalam percakapan atau tingkah laku seseorang

terkandung kemahuannya

Peribahasa:

Page 29: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

buluhbuluhrebungrebung

Page 30: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Melentur buluh biarlah dari rebung

Mengajar atau mendidik anak bairlah daripada kecilnya,

kerana apabila telah besar, keras hatinya dan

perangainya susah dibentuk

Page 31: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Maksud:Membuat sesuatu yang

tidak berfaedah

Page 32: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

tertimbuntertimbun terasteras

Page 33: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

a. Meskipun tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga

a. Seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam melarat tetap

berbudi dan berhati muliab. Meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi

kenyataan juga

Page 34: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

nasinasi

pingganpinggan

Page 35: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Nasi tak dingin pinggan tak retak

Orang yang cermat membuat pekerjaannya walaupun banyak kerja jarang yang rosak

Peribahasa:

Page 36: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

pagipagi senjasenja

Page 37: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar

Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya

Peribahasa:

Page 38: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

pelepahpelepah gelakgelak

Page 39: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak

Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik yang tua, muda atau anak-anak kecil

Peribahasa:

Page 40: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

buahbuah pohonpohon

Page 41: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Sebab buah dikenal pohonnya

Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat

mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang

Peribahasa:

Page 42: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

harimauharimau kukukuku

Page 43: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan

kebolehannya

Peribahasa:

Page 44: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Labah-labahLabah-labah telurtelur

Page 45: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari

Peribahasa:

Seperti labah-labah cinta kepada telurnya

Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar

diceraikan

Page 46: Peribahasa Men 3E (Buku A & B) Jauhari