chalet terapung pertubuhan peladang kawasan sungai...

4
7 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif Oleh : Shahzunizam bin Zulkafli [email protected] K eindahan kawasan sawah padi di kiri dan kanan jalan yang dilalui pasti menambahkan perasaan teruja kepada pelancong-pelancong yang dalam perjalanan untuk berkunjung ke Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sg. Petani, Kedah. Mereka akan melalui beberapa kampung sebelum sampai ke tempat yang dituju. Pelancong boleh singgah sebentar di kedai runcit atau kedai makan di sepanjang jalan menuju ke chalet untuk mengalas perut atau membeli barang keperluan yang diperlukan semasa di chalet. Jangan terkejut apabila mereka di sapa oleh penduduk kampung yang begitu peramah dan mudah mesra yang dapat menambat hati para pelancong. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Petani telah memulakan Projek Chalet Terapung (sekarang dikenali sebagai “Jerai View Floating Chalet”) sejak tahun 2003. Lokasi Chalet Terapung ini terletak di Sungai Merbok, Kampung Pengkalan Bukit Kechik, Sungai Petani, Kedah. Pelancong yang berkenderaan boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan, perlu menyusur keluar melalui Plaza Tol Sungai Petani Selatan. Daripada plaza tol tersebut ia mengambil masa lebih kurang 15 minit atau hanya 11 km untuk ke Chalet tersebut. Pelancong yang sudah berada di Pusat Bandar Sungai Petani perjalanan mereka hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit atau 15 km sahaja. Chalet terapung Sg Petani merupakan satu tempat yang menarik dan indah untuk dikunjungi. Berlatar belakangkan pokok bakau yang kehijauan dan awan kebiru-biruan dipuncak Gunung Jerai memberi satu keindahan yang menarik dan mempesonakan. Chalet Terapung di atas air ini juga akan menjanjikan pengalaman yang sangat menarik bagi pelancong untuk dibawa pulang. Chalet yang dibina bercirikan rumah tradisonal Melayu dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pendingin udara, air, bekalan elektrik, selain kemudahan untuk rekreasi, kursus dan tempat untuk bermesyuarat. Kemudahan 2 buah bot penumpang yang terdiri daripada bot besar berkapasiti 12 orang dan bot kecil untuk 4 atau 5 orang sahaja disediakan untuk pelancong. Disini juga terdapat 4 buah chalet berhawa dingin, 2 buah chalet biasa dan 1 buah chalet terapung 1 bilik. Selain itu, chalet ini juga di lengkapi oleh dewan mesyuarat yang boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa. Terdapat sebuah pelantar terapung untuk para pemancing yang datang khas untuk bermancing ikan. Chalet juga ada menyediakan kemudahan kepada pelancong dan pelawat untuk tempat BBQ serta peralatan dapur. Semua kemudahan yang disediakan kepada pengunjung dikenakan bayaran yang amat berpatuatan. Sungai Petani Sungai Petani Chalet Terapung Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan 7 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif

Upload: hangoc

Post on 08-Jun-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani103.8.163.254/document/upload/JGsTRWbj3BbeuRHBnzitXr2NibxKzsuT.pdf · untuk melihat serta mengambil gambar :-a) Hutan bakau

6

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 7

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Oleh : Shahzunizam bin [email protected]

Keindahan kawasan sawah padi di kiri dan kanan jalan yang dilalui pasti menambahkan perasaan teruja kepada pelancong-pelancong yang dalam perjalanan

untuk berkunjung ke Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sg. Petani, Kedah. Mereka akan melalui beberapa kampung sebelum sampai ke tempat yang dituju. Pelancong boleh singgah sebentar di kedai runcit atau kedai makan di sepanjang jalan menuju ke chalet untuk mengalas perut atau membeli barang keperluan yang diperlukan semasa di chalet. Jangan terkejut apabila mereka di sapa oleh penduduk kampung yang begitu peramah dan mudah mesra yang dapat menambat hati para pelancong.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Petani telah memulakan Projek Chalet Terapung (sekarang dikenali sebagai “Jerai View Floating Chalet”) sejak tahun 2003. Lokasi Chalet Terapung ini terletak di Sungai Merbok, Kampung Pengkalan Bukit Kechik, Sungai Petani, Kedah. Pelancong yang berkenderaan boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan, perlu menyusur keluar melalui Plaza Tol Sungai Petani Selatan. Daripada plaza tol tersebut ia mengambil masa lebih kurang 15 minit atau hanya 11 km untuk ke Chalet tersebut. Pelancong yang sudah berada di Pusat Bandar Sungai Petani perjalanan mereka hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit atau 15 km sahaja.

Chalet terapung Sg Petani merupakan satu tempat yang menarik dan indah untuk dikunjungi. Berlatar belakangkan pokok bakau yang kehijauan dan awan kebiru-biruan dipuncak Gunung Jerai memberi satu keindahan yang menarik dan mempesonakan. Chalet Terapung di atas air ini juga akan menjanjikan pengalaman yang sangat menarik bagi pelancong untuk dibawa pulang. Chalet yang dibina bercirikan rumah tradisonal Melayu dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pendingin udara, air, bekalan elektrik, selain kemudahan untuk rekreasi, kursus dan tempat untuk bermesyuarat.

Kemudahan 2 buah bot penumpang yang terdiri daripada bot besar berkapasiti 12 orang dan bot kecil untuk 4 atau 5 orang sahaja disediakan untuk pelancong. Disini juga terdapat 4 buah chalet berhawa dingin, 2 buah chalet biasa dan 1 buah chalet terapung 1 bilik. Selain itu, chalet ini juga di lengkapi oleh dewan mesyuarat yang boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa. Terdapat sebuah pelantar terapung untuk para pemancing yang datang khas untuk bermancing ikan. Chalet juga ada menyediakan kemudahan kepada pelancong dan pelawat untuk tempat BBQ serta peralatan dapur. Semua kemudahan yang disediakan kepada pengunjung dikenakan bayaran yang amat berpatuatan.

Sungai PetaniSungai Petani

Chalet TerapungChalet TerapungPertubuhan Peladang KawasanPertubuhan Peladang Kawasan

7

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 2: Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani103.8.163.254/document/upload/JGsTRWbj3BbeuRHBnzitXr2NibxKzsuT.pdf · untuk melihat serta mengambil gambar :-a) Hutan bakau

8

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 9

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Pihak pengurusan chalet turut menyediakan pakej untuk pelancong atau pengunjung untuk sama-sama melihat aktiviti di sepanjang sungai merbok sebagai kenangan untuk di bawa pulang seperti menyusuri Sungai Merbok dari Jeti Semeling ke Tanjung Dawai dalam masa 4 jam untuk melihat serta mengambil gambar :-

a) Hutan bakau tertua b) Binatang-binatang dan unggas- unggas di kiri dan kanan Sungai Merbok. c) Kilang pembuatan arang (Gok Arang) di Teluk Wang. d) Singgah di Chalet Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani dan melihat suasana di Teluk Ayer, Kampung Pengkalan Bukit Kechil dan pemandangan Gunung Jerai.

Pelancong atau pengunjung juga dapat menikmati lawatan ke sangkar ikan Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani dan penternak persendirian seperti memberi makan ikan yang diternak seperti ikan siakap, ikan kerapu kertang, ikan jenahak dan ikan gerut. Disini juga pelancong atau pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana aktiviti nelayan menangkap udang, ternakan tiram dan siput.

8

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Page 3: Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani103.8.163.254/document/upload/JGsTRWbj3BbeuRHBnzitXr2NibxKzsuT.pdf · untuk melihat serta mengambil gambar :-a) Hutan bakau

8

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 9

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Tidak kurang juga pelancong atau pengunjung dapat menyertai Program Homestay yang melibatkan Penduduk tempatan. Pelancong atau pengunjung juga akan berhenti sebentar di Pekan Tanjung Dawai untuk membeli produk-produk laut tempatan serta barangan hiasan untuk dibawa pulang. Tidak sampai di situ sahaja, pihak Pengurusan Chalet turut menyediakan pakej ke Pulau Songsong, Pulau Telor, Pulau Bidan dan Tukun Terendak untuk bermandi manda, menyelam, snokerling serta memancing, BBQ dan berkhemah. Pakej-pakej ini bergantung kepada permintaan pelancong atau pengunjung.

Pada tahun 2004 seramai 931 orang telah datang berkunjung dan terus meningkat sehinggalah pada tahun 2009 iaitu seramai 2647 orang pengunjung yang direkod. Secara keseluruhannya dari tahun 2004 hingga tahun 2009 seramai lebih kurang 12,000 orang telah mengunjung ke Chalet Terapung ini PPK Sg Petani. PPK Juga telah berjaya membawa 8 kumpulan Pelancong Luar Negara dari United Kingdom, Sepanyol, Amerika Latin & Arab Saudi & Asia terdiri dari 8 – 12 orang / kumpulan menyusuri Sungai Merbok untuk melihat keindahan hutan paya bakau serta melakukan aktiviti luar dengan kerjasama Agen Pelancongan di Sungai Petani.

9

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 4: Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani103.8.163.254/document/upload/JGsTRWbj3BbeuRHBnzitXr2NibxKzsuT.pdf · untuk melihat serta mengambil gambar :-a) Hutan bakau

10

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 11

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif10

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Selaras dengan Pembangunan Kedah Maju 2010 yang meletakkan sektor Agro-Pelancongan sebagai salah satu pemacu kearah wawasan tersebut, maka dengan pemilihan lokasi Sungai Merbok oleh Kerajaan Negeri Kedah sebagai produk pelancongan negeri merupakan tanda awal yang positif dalam merealisasikan matlamat tersebut.

Secara keseluruhannya Projek Pelancongan ini berpotensi untuk dibangunkan. Dengan aktiviti dan destinasinya yang pelbagai, boleh dijadikan daya penarik kepada para pelancong luar dan dalam Negara. Dengan infraskuktur yang cukup lengkap juga akan memberi kepuasan dan keselesaan kepada para pelancong atau pengunjung yang boleh membuatkan mereka ingin berkunjung lagi ke Chalet Terapung. Bagi penduduk setempat dan ahli-ahli kepada Pertubuhan Peladang, mereka akan mendapat peluang pekerjaan dan menambah sumber ekonomi mereka selain memberi peluang kepada mereka menjadi usahawan dalam bidang Agro-Pelancongan dengan menyertai program homestay.

Peruntukan Kewangan dan sokongan teknikal daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Agensi lain kepada Projek Agro-Pelancongan Sungai Merbuk akan mengubah lanskap persekitaran Sungai Merbuk sebagai pusat pelancongan terkemuka khususnya di kawasan Utara Semenanjung. Selain menjana pendapatan kepada PPK Sungai Petani dan ahli-ahlinya, manfaat turut dinikmati oleh penduduk tempatan.