inisiatif penanaman pokok bakau oleh · pdf filemenjadi tempat perlindungan daripada ......

24
INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF Sebahagian Inisiatif “The Malakoff Community Partnerships”

Upload: vuongbao

Post on 19-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF

Sebahagian Inisiatif “The Malakoff Community Partnerships”

Page 2: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Planet ketiga terhampir dengan Matahari di dalam sistem solar ini merupakan satu-satunya planet yang diketahui mempunyai hidupan dan dihuni lebih daripada enam billion manusia.

Kami di Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yakin bahawa sebagai manusia, kita diberi hak untuk berada di atas planet ini, bukan untuk melakukan kerosakan dan pembaziran, sebaliknya kita dipertanggungjawabkan untuk menghormati and menjaganya untuk generasi akan datang.

Kami mengalu-alukan anda untuk bersama-sama kami dalam menjadikan impian ini satu realiti.

BUMI

Page 3: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

1

Apakah Inisiatif Penanaman Pokok Bakau Oleh Malakoff? 2

Apakah Bakau? 4

Kepentingan Bakau 6

Flora & Fauna Paya Bakau 8

Jenis-Jenis Bakau 10

Apa Kata Pakar 12

Apakah “Malakoff Community Partnerships”? 14

Tentang Syarikat 16

Rujukan 18

Hubungi Kami 20

ISI KANDUNGAN

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 4: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Bakau dipercayai berasal dari kawasan Indo-Malaya dan tersebar ke sebelah barat dengan bantuan arus laut yang kuat. Ini mengakibatkan hutan-hutan terhasil di India dan Afrika Timur. Berdasarkan fosil yang dijumpai, corak kolonisasi bermula sejak Zaman Kretasius, di antara 66 dan 23 juta tahun dahulu.

TAHUKAH ANDA?

Page 5: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

APAKAH INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF?

Projek permulaan ini mensasarkan 3 zon penting untuk rejim penanaman yang berbeza, dengan memberi perhatian kepada spesis yang sesuai dengan keadaan habitat yang sedia ada.

Malakoff juga akan menganugerahkan geran penyelidikan tahunan untuk masa yang akan datang kepada para penyelidik yang berkait dengan pemeliharaan alam sekitar, khususnya dalam paya bakau / penanaman pokok. Pihak Syarikat juga akan bekerjasama dengan para penyelidik serta berganding bahu dengan universiti terpilih yang terlibat dengan pemeliharaan alam sekitar. Melalui naskhah ini, Malakoff mempunyai visi untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai rakyat Malaysia tentang kepentingan dan keunikan bakau dan ekosistem yang dihuninya.

Inisiatif penanaman pokok bakau merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Malakoff, iaitu “The Malakoff Community Partnerships” (sila rujuk mukasurat 14 untuk keterangan lanjut).

Inisiatif penanaman pokok bakau adalah sebahagian daripada usaha Malakoff untuk memelihara alam sekitar dengan mengekalkan dan mengembalikan kawasan paya bakau di kawasan komuniti setempat berdekatan loji janakuasa miliknya.

Melalui inisiatif penanaman pokok bakau, Malakoff berhasrat untuk berganding bahu dengan komuniti setempat untuk bersama-sama menghormati dan menjaga ekosistem ini.

Sebagai memenuhi sebahagian komitmen ini, Malakoff akan menanam lebih 9,300 anak pokok bakau di kawasan berkeluasan melebihi empat hektar. Selain daripada itu, satu hektar kawasan juga akan ditanam dengan pokok Rhu dan Ketapang.

Pihak Syarikat telah meletakkan pelaburan permulaan bernilai RM200,000 sebagai permulaan untuk projek pemuliharaan dan kesedaran.

3

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 6: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Nama asal bakau ini tidak dapat dipastikan. Ianya mungkin berasal daripada perkataan Inggeris dan Portugis. Di dalam Bahasa Malaysia ianya juga dikenali sebagai ‘manggi-manggi’ atau ‘mangin’.

TAHUKAH ANDA?

Page 7: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Pokok bakau membiak dan melalui proses tumbesaran di kawasan berselut dan kekurangan oksigen. Tumbuhan ini juga terpaksa berhadapan dengan keadaan sungai yang tidak menentu terutamanya ketika musim tengkujuh. Keadaan ini kadangkala akan mengancam dan boleh memusnahkan pokok bakau ini.

Sebagaimana susahnya pokok-pokok dewasa menangani masalah ini, begitu jugalah masalah ini akan menjadi lebih besar bagi anak-anak pokok tersebut dimana ianya akan diselerakkan oleh air laut. Oleh itu, kebanyakan pokok bakau mempunyai kelebihan di dalam memberikan peluang yang lebih tinggi untuk membiak di dalam keadaan yang sangat mencabar.

Di Malaysia, pokok bakau boleh didapati di sepanjang persisiran pantai terutamanya di sekitar kawasan Tanjung Piai (Johor), Pulau Kukup (Johor), lembah Sedili Kechil (Johor), Tasek Bera (Pahang), Kuala Gula (Perak), Kuching Wetland National Park (Sarawak), Banggi Island (Sabah) dan Sebatik Island (Sabah).

Bakau ialah sejenis pokok kayu atau komuniti pokok kayu yang hidup di antara laut dan tanah yang ditakungi air laut pasang serta surut.

Oleh itu, bakau adalah sejenis spesis yang juga sebahagian sekumpulan tumbuh-tumbuhan. Ia boleh menjadi sejenis pokok (seperti pokok hutan hujan) dan ia juga boleh menjadi belukar atau pokok palma.

Habitat semulajadi spesis bakau adalah di antara kawasan laut dan sungai di mana air masin dan air sungai bergabung secara semulajadi dan membentuk material yang sesuai bagi pembiakan bakau.

Perkataan bakau kemudiannya digunakan untuk menggambarkan spesis pokok ini ataupun belukar yang telah secara semulajadinya menerima keadaan air tersebut dan membentuk koloni di kawasan yang dicemari air masin.

APAKAH BAKAU?

5

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 8: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Tanaman bakau ini boleh menyerap udara yang tercemar serta air yang bertoksik begitu juga dapat membantu menangani pencemaran disebabkan sisa-sisa buangan berasaskan logam.

TAHUKAH ANDA?

Page 9: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Semenjak berdekad yang lalu, di Malaysia bakau telah menyusut sebanyak lebih daripada 45% dari jumlah keseluruhan kawasan yang dianggarkan seluas 1.1 juta hektar kepada keluasan terkini yang dianggarkan seluas 564,970 hektar.

Bakau secara berterusan diancam oleh pencerobohan dan sistem pengairan yang tercemar. Selain daripada itu, perubahan cuaca dan peningkatan kadar air laut yang dianggarkan sebanyak 29% daripada keseluruhan kawasan di negara ini menyebabkan 4,000km persisiran pantai akan menghadapi masalah hakisan yang teruk.

Adalah penting untuk kita sama-sama berusaha menyelamatkan khazanah berharga bumi ini disebabkan ianya memberi banyak faedah seperti:

APAKAH KEPENTINGAN PEMELIHARAAN BAKAU?

PERLINDUNGAN ORGANISMA LAUT Bakau menyediakan habitat semulajadi untuk organisma-organisma laut dimana ianya berkepentingan dari segi rekreasi ataupun nilai komersial.

PUSAT PERLINDUNGAN BURUNG Bakau menyediakan habitat semulajadi untuk pembiakan pelbagai spesis burung. Dengan adanya bakau, ia dapat mengekalkan kadar pembiakan pelbagai spesis burung yang semakin terancam.

PEMANASAN GLOBAL Ia adalah sebahagian daripada proses pemulihan atmosfera dan menjadi sebahagian daripada sumber

semulajadi untuk penyejukkan di kawasan sekeliling. Ia juga dapat menjana sumber oksigen yang banyak.

PEMULIHAN SUMBER AIR BAWAH TANAH Bakau dapat memulihkan sumber air bawah tanah dengan mengumpul air hujan dan melepaskannya secara berperingkat.

PENGHADANG HAKISAN Bakau juga akan memerangkap dan menyimpan pelbagai jenis bahan organik, kandungan bahan kimia dan nutrien penting di sepanjang persisiran pantai. Ia juga akan dapat menstabilkan struktur persisiran pantai daripada hakisan dan sebagai penghadang semulajadi daripada ribut dan fenomena cuaca buruk yang lain.

7

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 10: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Dianggarkan sebanyak 75 peratus hasil tangkapan udang dan ikan bergantung sepenuhnya kepada bakau di mana ianya membekalkan sumber makanan dan kitaran hidup yang berterusan.

TAHUKAH ANDA?

Page 11: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

FLORA & FAUNA YANG TERDAPAT DI KAWASAN BAKAU

Kawasan bakau secara biologinya adalah kaya dengan habitat flora dan fauna.

Bakau juga merupakan kawasan semulajadi untuk pembiakan burung-burung laut seperti burung pucung putih, burung pucung merah, “roseate spoonbills”, “cuckoos”, “white-crowned pigeons” dan burung “frigate”.

Pokok-pokok ini juga menjadi kawasan pembiakan ikan-ikan yang masih belum matang serta hidupan laut seperti spiny lobster, gray snapper, jacks dan barracuda juga tiram, kerang, ketam, udang dan ikan belacak.

Bakau di Malaysia juga dipenuhi dengan monyet kelabu, “long-tailed macaques”, “smooth otters”, siput mata merah, siput timba, berongan, lokan, “gaint” dan blue-spotted mudskipper.

Selain daripada spesis terbesar ini, bakau turut menyumbang kepada pembiakan organisma kecil. Bakau turut menjadi tempat perlindungan daripada matahari, angin dan hujan. Apabila daun-daun bakau ini jatuh ke dalam air ia akan menjadi sumber makanan kepada organisma kecil ini dan seterusnya menjadi makanan kepada ikan-ikan yang terdapat di situ.

Pelbagai jenis paku-pakis, konifer, cendawan, kulat dan alga serta pokok-pokok terapung terdapat di antara pokok-pokok bakau tersebut. Sebahagian daripada jenis-jenis bakau tempatan adalah bakau minyak, bakau kurap, lenggadai, berus, piai raya, piai lasa dan nibong.

Bakau juga merupakan satu pusat kawasan di mana semua pusingan hidupan di dalam satu ekosistem yang teratur.

9

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 12: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Terdapat lebih daripada 70 spesis bakau yang berlainan di seluruh dunia.

TAHUKAH ANDA?

Page 13: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Terdapat pelbagai spesis bakau dan jumlah yang terbesar adalah seperti merah, hitam, oren, “looking glass” dan “cannonball”.

MERAH, “STILT” ATAU LABAH-LABAH: “Rhizophora stylosa” adalah spesis biasa yang terdapat berhampiran paya bakau. Ianya bergantung kepada kawasan bertenaga tinggi dan akan menghasilkan sistem akar berasingan.

BAKAU HITAMAvicenia germinans occur shoreward to the red mangrove and are characterized by the presence of small pencil-like vertical root shots call pneumatephores.

BAKAU KELABU“Avicennia marina” membentuk satu siri akar seperti pensil. Eksperimen dengan spesis berkaitan menunjukkan tumbuhan ini tumbuh di pasir kasar dengan sumber angin yang baik akan menghasilkan pokok yang matang setelah proses perceraian daripada “pneumatophores”.

BAKAU OREN“Bruguiera gymnorrhiza” menghasilkan akar berbentuk lutut. Ini adalah tunjang akar yang telah tumbuh ke permukaan tanah dan kembali semula ke tanah.

BAKAU LOOKING GLASS“Heritiera littoralis” menghasilkan akar yang berbetuk leper dan runcing.

BAKAU CANNONBALL“Xylocarpus granatum” juga mempunyai akar yang tumbuh ke permukaan seperti bakau oren.

JENIS-JENIS BAKAU

11

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 14: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Walaupun kebanyakan daripada kita berfikir bahawa bakau adalah belukar atau semak, bakau boleh membesar sehingga 20 meter tinggi dan berdiameter 30 cm.

TAHUKAH ANDA?

Page 15: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

APA KATA PAKAR

“Bakau adalah satu kawasan perlindungan daripada hakisan pantai dan ianya menjadi penghadang kepada angin kuat dan ombak besar.”- Ahli-ahli Earth Malaysia

“Tanaman semula bakau akan meningkatkan kadar pembiakan hidupan laut dan dapat menjana pendapatan nelayan. Oleh itu, generasi muda seharusnya menghargai alam sekitar kita.”- Jabatan Perhutanan Johor “Sebagai sokongan kepada usaha kerajaan, penglibatan komuniti setempat adalah sangat dialu-alukan untuk memastikan projek tanaman bakau ini akan dapat berjalan dengan lancar.”- Associate Professor Sulong Ibrahim (Universiti Malaysia Terengganu)

“Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya kepada satu kesimpulan: Bakau memainkan peranan yang sangat besar di dalam menstabilkan sistem ekologi dunia; Bakau ini adalah spesis yang sedang terancam dan berkemungkinan akan musnah suatu hari nanti; Dan kita masih lagi tidak menyedari tentang perkara ini.”- Michael M astaller (Author of Mangroves: The Forgotten Forest Between Land & Sea)

“Marilah kita bersama-sama berfikir dan bertindak serta memikul tanggungjawab memastikan keselamatan bumi, keseimbangan ekologi dan ekonomi demi masa depan yang lebih selamat kepada semua.”- John McConnell (Founder of International Earth Day)

13

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 16: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Bakau boleh hidup di dalam air yang berkemasinan 10 kali ganda berbanding pokok-pokok lain.

TAHUKAH ANDA?

Page 17: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

APAKAH “THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”?

“The Malakoff Community Partnerships” adalah satu Program Tanggungjawab Sosial Malakoff.

“The Malakoff Community Partnerships” bertujuan meraikan pencapaian berterusan oleh Malakoff dan tanggungjawab serta komitmen di dalam komuniti di mana ia beroperasi.

Kami percaya bahawa di dalam sesuatu pembangunan, jalinan kerjasama dengan komuniti setempat di setiap masa adalah sangat penting.

Oleh itu, di dalam usaha berterusan untuk memberi sumbangan ikhlas dan penajaan kepada organisasi/calon yang layak, kita mengambil langkah untuk memastikan agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dengan komuniti setempat dengan lebih bermakna lagi.

Kita mengambil tiga inisiatif utama:•KomitmenkepadaKomunitidan Pendidikan•KomitmenkepadaAlamSekitar•KomitmenkepadaSukan

15

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 18: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Komuniti bakau lebih tinggi di kawasan tropika dan separuh tropika di mana suhu paling tinggi adalah melebihi 24ºC sewaktu musim panas.

TAHUKAH ANDA?

Page 19: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Malakoff telah ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai sebuah syarikat berasaskan perladangan dan disenaraikan pada tahun berikutnya di Bursa Saham Kuala Lumpur. Pada awal 1990an, Malakoff mengalihkan fokusnya pada pengeluaran tenaga elektrik dan pada April 2007 ia telah diambil alih oleh MMC Corporation Berhad.

Kini, Malakoff adalah peneraju penjanakuasa elektrik dan air bebas, dengan fokus utamanya pada penjanaan kuasa elektrik, penyulingan air dan perkhidmatan operasi / penyelenggaraan.

Malakoff adalah penjanakuasa elektrik terbesar di Malaysia dengan penghasilan tenaga elektrik bersih sebanyak 5,020 MW dari enam loji janakuasa elektrik.

Sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan berterusan, Malakoff telah meluaskan operasinya sehingga ke Saudi Arabia, Jordan, Oman, Algeria begitu juga dengan Kuwait. Malakoff juga merupakan salah sebuah syarikat yang sangat berkembang pesat di Asia Tenggara.

Malakoff mempercayai bahawa kerjasama berterusan dengan para pemegang saham akan meningkatkan produktiviti bersama.

Oleh itu, syarikat sangat berbesar hati menjadi pengendali yang bertanggungjawab dan sebagai jiran yang baik dalam apa jua yang dilakukan dan di mana sahaja kita berada.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web kami di www.malakoff.com.my.

LATARBELAKANGMALAKOFF CORPORATION BERHAD

17

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 20: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Pada sesuatu masa, benih-benih bakau akan terapung sejauh 1000 batu sebelum ianya mengeluarkan akar dan membiak.

TAHUKAH ANDA?

Page 21: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

•KementerianSumberAslidanAlamSekitar(JabatanAlamSekitar)–Malaysia (http://www.doe.gov.my)

•(EnvironmentalProtectionAgency–Australia(http://www.epa.qld.gov.au)

•WetlandsInternationalMalaysia(http://www.malaysia.wetlands.org)

•ConventiononWetlands–Ramsar(http://www.ramsar.org)

•MalaysianNatureSociety(http://www.mns.org.my)

•JohorNationalParksCorporation(http://www.johorparks.com.my)

RUJUKAN

19

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 22: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

20

Untuk maklumat lanjut tentangsyarikat kami dan programkomuniti ini sila layari www.malakoff.com.my.

HUBUNGI KAMI

INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH MALAKOFF - SEBAHAGIAN INISIATIF

“THE MALAKOFF COMMUNITY PARTNERSHIPS”

Page 23: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai
Page 24: INISIATIF PENANAMAN POKOK BAKAU OLEH · PDF filemenjadi tempat perlindungan daripada ... “Penyelidikan saya berkaitan bakau ini telah membawa saya ... bertanggungjawab dan sebagai

Malakoff Corporation Berhad (731568-V)Level 8, Block 2A. Plaza Sentral

Jalan Stesen Sentral 550470 Kuala Lumpur

Tel: +603 - 2263 3388 Fax: +603 - 2633 3333