cerpen pungut

9
Pungut, Alias Zahara, Alias Yap Siew Hong Cerpen Mohamed Latiff Mohamed

Upload: nurul-othman

Post on 26-May-2015

6.412 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen pungut

Pungut, Alias Zahara, Alias Yap Siew Hong

CerpenMohamed Latiff Mohamed

Page 2: Cerpen pungut

SinopsisMak Timah memelihara anak angkat berbangsa Cina, iaitu

Siew Hong. Mak Timah menamainya Zahara tetapi anak angkatnya itu digelar Pungut. Pungut sebenarnya anak Siew Lan yang kelima dan cucu Bibik. Mak Timah menyewa di rumah Bibik.

Bibi memberikan RM150 kepada Mak Timah supaya memelihara Pungut kerana Siew Lan tidak mahu memelihara Pungut yang cacat. Dia pekak, bisu dan badanya kecil.

Pada mulanya Mak Timah sanggup memelihara anak istimewa ini kerana kasihan akan nasibnya dan ingin menambah pahala. Lama-kelamaan Pungut sukar dijaga dan akhirnya Mak Timah sering berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut sebelum mengambil nyawanya kerana yakin suatu hari nanti tiada siapa yang mahu menjaganya.

Page 3: Cerpen pungut

Tema:

Pengorbanan seorang wanita menjaga anak angkat yang cacat dan nilai kemanusiaan dalam jiwa masyarakat.

Page 4: Cerpen pungut

PERSOALAN:       

1-Amalan  dan  kepercayaan  masyarakat  Cina  kepada tukang tilik -menilik nasib bayi yang akan lahir

2-Persoalan nasib golongan kurang upaya-Pungut ingin dibuang oleh  ibu dan neneknya kerana dianggap tidak sempurna.      

3-Persoalan  belas  kasihan  dan  keprihatinan  sesama manusia-Mak Timah menerima Pungut seikhlas hati.      

4-Persoalan ajal maut di  tangan Tuhan dan kesabaran menempuh cabaran hidup.       

Page 5: Cerpen pungut

5-  Kepatuhan  kepada  undang-undang  dan peraturan –pendaftaran anak angkat di mahkamah

6-Sikap  tidak  menyayangi  dan  mengasihani golongan kurang upaya.

Page 6: Cerpen pungut

NILAI:   1- Kasih-sayang     Contoh:  Mak  Timah  amat  menyayangi  anak  angkatnya, Pungut walaupun pungut cacat.     

2-Bertanggungjawab Contoh:  Mak  Timah  menjaga  Pungut  dengan  penuh tanggungjawab seperti menjaga anak sendiri.      

3-Keikhlasan    Contoh:Mak Timah menjaga Pungut dengan  ikhlas  tanpa mengharapkan balasan.

Page 7: Cerpen pungut

4- Belas kasihan      Contoh: Mak Timah setuju menjaga Pungut kerana beliau kasihan melihat Pungut yang akan dibuang.       5-Semangat bermasyarakat       Contoh:Mak Timah menziarahi Siew Lan yang baru keluar dari hospital setelah melahirkan anak.

Page 8: Cerpen pungut

PENGAJARAN:       1-Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja. Contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.

2-Kita hendaklah ikhlas memberikan pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.

3-Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya. Contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.

Page 9: Cerpen pungut

4-Kita hendaklah mengamalkan setiakawan. Contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.

5-Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.