cerpen gila.docx

7
Hari ini genaplah umurku 14 tahun dalam bulan lapan , bulan yang penuh maknanya bagi tanah tumpah darahku. Aku mengamati erti sebuah kemerdekaan itu apabila menjelmanya Ogos, bulan yang ku sifatkan lahirnya sebuah cinta yang mendalam untuk setiap rakyat yang mempunyai semangat patriotismenya sendiri. Kenanganku bersama arwah atuk banyak memperkenalkan aku dengan perjuangan sang perwira yang sanggup bertumpah darah demi memperjuangkan Tanah Melayu. Arwah atukku merupakan seorang ketua kampung di daerah Kota Tinggi. Walaupun atukku seorang pendatang di usia remajanya mencari rezeki di Tanah Melayu, tetapi kesetiaannya pada Tanah Melayu pada ketika itu sesungguhnya tidak berbelah bahagi. “Cu, bertuahnya kamu kerana tinggal di sini aman dan damainya Negara kita.” Arwah atuk pernah bercerita dengan ku pada suatu ketika apabila kami sekeluarga peulang ke kampung. Aku pegun dan khusyuk untuk mendengar cerita atuk di rembang petang di halaman atuk yang tenang dan damai. Arwah atuk lebih dikenali sebagai Pak Long Nasir. Tidak ku sangka perjuanagan atuk cukup

Upload: afandi-maelah

Post on 24-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen GILA.docx

Hari ini genaplah umurku 14 tahun dalam bulan lapan , bulan yang penuh maknanya

bagi tanah tumpah darahku. Aku mengamati erti sebuah kemerdekaan itu apabila

menjelmanya Ogos, bulan yang ku sifatkan lahirnya sebuah cinta yang mendalam untuk

setiap rakyat yang mempunyai semangat patriotismenya sendiri. Kenanganku bersama

arwah atuk banyak memperkenalkan aku dengan perjuangan sang perwira yang

sanggup bertumpah darah demi memperjuangkan Tanah Melayu.

Arwah atukku merupakan seorang ketua kampung di daerah Kota Tinggi.

Walaupun atukku seorang pendatang di usia remajanya mencari rezeki di Tanah

Melayu, tetapi kesetiaannya pada Tanah Melayu pada ketika itu sesungguhnya tidak

berbelah bahagi. “Cu, bertuahnya kamu kerana tinggal di sini aman dan damainya

Negara kita.” Arwah atuk pernah bercerita dengan ku pada suatu ketika apabila kami

sekeluarga peulang ke kampung. Aku pegun dan khusyuk untuk mendengar cerita atuk

di rembang petang di halaman atuk yang tenang dan damai. Arwah atuk lebih dikenali

sebagai Pak Long Nasir. Tidak ku sangka perjuanagan atuk cukup berharga pada bumi

bertuah ini. Susah dan payah ditempuh sehingga berjuang untuk mendapatkan

kemerdekan. Seorang demi seorang rakan atuk dibunuh, ditembak oleh penjajah-

penjajah yang kemanusiaannya lansung tiada. Ramai penduduk Melayu ditawan dek

gerombolan-gerombolan penjajah untuk dijadikan hamba. Atuk melarikan diri ke tempat

yang selamat bersama beberapa anggota tentera yang lain. Atuk dan rakan-rakan

seperjuangannya sempat menyusun strategi bagi menyelamatkan nenek,Mak Long Ina

dan penduduk kampung yang lain. Selepas Jepun berundur diri, pihak Inggeris pula

Page 2: Cerpen GILA.docx

datang mentadbir negeri Tanah Melayu, maka mulalah era penjajahan ala barat yang

memaksa penduduk mengikut telunjuk pemerintah.

Pada ketika itu orang melayu menentang Malayan Union yang digagaskan

oleh pihak British. UMNO ketika itu dipimpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Orang melayu

menentang cadangan Dato’Onn untuk bekerjasama dengan kaum lain. Dato’ Onn amat

kecewa dengan sikap orang melayu dan terus meletak jawatan serta merta. Orang

Melayu tidak sangka akan terjadi sedemikian rupa, setelah dipujuk rayu, Dato’ Onn

kembali lagi, Dato’ Onn menyuakankembali cadangan untuk bekerjasama dengan kaum

lain, Orang Melayu masih tidak bersetuju lalu, Dato’ Onn membuat keputusan untuk

berundur dari UMNO dan menubuhkan kumpulan yang lain. Orang Melayu amat

berduka cita dengan tindakan Dato’ Onn itu. Malam itu, segelintir ahli jawantkuasa

UMNO berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman Bin Putra Al-Haj untuk berbincang

siapa yang akan memimpin UMNO menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Setelah keputusan

dibuat Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk memimpin UMNO . Tunku Abdul Rahman

seorang yang tenang dan amat suka membantu saudara-saudara yang lemah. Usaha

demi usaha telang dilakukan. Langkah demi langkah telah difikirkan. Walaupun Orang

Melayu ramai yang tidak mengikut langkah Tunku Abdul Rahman, namun, Tunku Abdul

Rahman tetap tenang dan sentiasa berusaha untuk mencapai kemerdekaan. Dengan

kerjasama semua pihak, Tunku Abdul Rahman mulai diterima rakyat tempatan. Tunku

Abdul Rahman serta orang-orangnya, harus pergi ke London untuk permohonan rayuan

kemerdekaan. Dengan kesempitan wang, Tunku Abdul Rahman terpaksa menebalkan

muka untuk meminta persetujuan rakyat serta penanggungan biaya untuk mereka pergi

Page 3: Cerpen GILA.docx

ke London. Tunku Abdul Rahman dapat mempertahankan hak Tanah Melayu untuk

mencapai kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman berjaya pulang dengan kejayaan

kebebasan mereka. Akhirnya, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan

Tun Abdul Samad, Johor Bharu , bendera Malaysia dinaikkan. Malaysia merdeka pada

tanggal 31 Ogos 1957. Tepat jam 1200, “MERDEKA! MERDEKA! MERDAKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!” dilaungkan yang diketuai oleh

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tun Abdul Rahman Bin Putra Al-Haj di

Stadium Merdeka. Kebebasan yang dinantikan akhirnya tiba jua.

Nenek bercerita pula tentang peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.” Pada

zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-

beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera

Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang

pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling

mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah

ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.”

Nenek mulakan cerita. Selain itu, punca-puncanya juga adalah Dasar penjajah Inggeris

yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang

berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut

ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-

bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai

pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi

masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai

Page 4: Cerpen GILA.docx

petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar

kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu

dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi

masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak

penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah

menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Isu bahasa juga tidak

kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan

perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan

telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas

sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa

Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan

hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai

tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi

tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan

ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa

Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. Arwah nenek

turut berkata “Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah

pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan

dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan

negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa

pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal

Page 5: Cerpen GILA.docx

dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara

maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.” Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku

Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45

petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian

pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam

13 Mei 1969.