cerpen edisi guru

Upload: roy-lewisky

Post on 30-Oct-2015

265 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN SATU : NOTA RUJUKAN

IBU DAN CEPER

Karya Shahnon Ahmad

SINOPSIS

Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

TEMA

Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan.

Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman.

PERSOALAN1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.

Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.

2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya

3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.

Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

PLOT

Binaan Plot (i) PermulaanAku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam.

(ii) PerkembanganKemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. PRAKTISelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu.

(iii) KlimaksIbu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.

(iv) Peleraian

Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi.

TEKNIK PENCERITAAN

1. Pemerian Ceper pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

2. Dialog

Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!

3. Imbas Kembali

Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Ibu

1. Cekap bekerja.

Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.

2. Rajin.

Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung.

3. Bermasyarakat.

Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.

4. Kuat semangat.

Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.

Watak Sampingan

Aku1. Anak tunggal dalam keluarga.

2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.

3. Sudah berumah tangga .

4. Penyayang.

Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.

5. Bertanggungjawab.

Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.

LATARLatar Masa

1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.

2. 10 tahun yang lalu PRAKTISelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.

3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.

4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.

5. Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.

Latar Tempat

1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah.

2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja.

3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.

4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau.

5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir.

6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat petani

Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.

2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.

Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.

GAYA BAHASA

1. Kata ganda - kehijauan-hijauan

2. Simpulan bahasa - naik angin

3. Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang

4. Personifikasi - .kudengar ngauman Ceper5. Hiperbola - Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing

NILAI

1. Nilai bertanggungjawab.

Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.

2. Nilai kegigihan.

Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.

3. Nilai kesabaran.

Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.

2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri.

3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.

4. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.

MEMORI SEORANG TUA

Karya Zahari Affandi

Sinopsis

Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.

Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.

Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.

Tema

Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.

Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.

Persoalan

1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.

Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.

2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.

Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri.

3. Persoalan jati diri yang teguh.

Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.

PLOT

Binaan Plot

(i) Permulaan

Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam.

(ii) Perkembangan

Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.

(iii) Klimaks

Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.

(iv) Peleraian

Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.

TEKNIK PENCERITAAN1. Pemerian

Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi

2. Dialog

Dah kaujemput budak-budak suratkhabar? tanya Pak Itam.

Sudah! jawab Tuk Mat.

3. Imbas Kembali

Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah.

4. Monolog dalaman

Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaPRAKTIS perakam suara mahu menemuramahnya.

WATAK DAN PERWATAKANWatak Utama

Pak Itam

1. Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.

2. Berumur 85 tahun.

3. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.

4. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.

5. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya.

6. Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya.

7. Seorang yang taat akan perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan.

8. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu dengannya di rumah.

Watak Sampingan

Tuk Mat

1. Bekas anggota polis.

2. Jiran Pak Itam.

3. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.

4. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.

5. Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.

Siti Nurhidayah

1. Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.

2. Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.

3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.

LATARLatar Masa

1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam.

2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat.

3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan.

Latar Tempat

1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan .

2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas.

3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi.

4. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.

Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.

2. Masyarakat penulis dan wartawan.

Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena.

3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama.

Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.

.

GAYA BAHASA1. Simile - kian mengecil seperti sebiji debu

2. Peribahasa - seperti enau di belukar

3. Metafora -tangisan ketakwaan 4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You

5. Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan

NILAI1. Nilai pengorbanan.

Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara.

2. Nilai cinta akan negara.

Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.

3. Nilai bekerjasama.

Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.

2. Kita wajarlah saling membantu dalam PRAKTISiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.

3. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari.

4. Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah.

ISRAK

Karya Erda Roslan Khairi

SINOPSISCerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan.

TEMAPerbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai. Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah.

PERSOALAN

1. Persoalan jati diri

Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran.

2. Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.

Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya.

3. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga.

Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

PLOT

Binaan Plot

1. Permulaan

Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia.

2. Perkembangan

Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampong. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi.

3. Klimaks

Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, PRAKTISelah dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya.

4. Peleraian

Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya.

TEKNIK PENCERITAAN1. Teknik Dialog

Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat nanti, rayu Mikraj.

Tak perlu! Israk menghayun kata-kata

2. Teknik Imbas Kembali

Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda. Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah PRAKTISelah Lebai Saleh mengaji di Mesir.Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya.

3. Teknik Pemerian

Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan. Daun-daun melambai-lambai PRAKTISenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi.

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama

Israk

1. Anak teruna Adam dan Siti Hawa.

2. Merupakan cucu sulung Wah.

3. Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.

4. Biadap Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga menyakiti hati neneknya.

5. Degil Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj.

6. Insaf Dia sedar akan kesalahannya PRAKTISelah dia jatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah.

Mikraj1. Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa.

2. Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah.

3. Berjiwa seni dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan dengan alam.

4. Penyayang - dia amat menyayangi Wah.

5. Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.

Wah

1. Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj.

2. Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga.

3. Alim dan taat akan agama dia sentiasa berwuduk .

4. Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya.

5. Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri PRAKTISelah kematian suaminya yang meninggal dunia sebelum kelahiran anak mereka.

LATARLatar Masa

1. Musim durian

2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip.

3. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang.

Latar tempat

1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah.

2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah.

3. Rumah kayu milik Wah.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang menghormati orang tua Mikraj amat menghormati Wah2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung.

Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.3. Masyarakat yang bertanggungjawab

Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.

4. Masyarakat yang penyayang

Wah amat menyayangi cucu-cucunya.

GAYA BAHASA1. Simile

pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona.

2. Dialog

Lama sampai? aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas.

Baru.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab.

3. Peribahasa

Sudah terhantuk baru terngadah

Macam anjing dengan kucing .

Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum.

Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya.

4. Pesonifikasi

Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji.

5. Metafora

Bara kata-kata

NILAI1. Nilai menghormati ibu bapa.

Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya

2. Nilai ketabahan.

Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.

3. Nilai keprihatinan

Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.

4. Nilai kasih sayang

Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita.2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.4. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.5. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.

PEMAIN CATUR

Karya Zaharah Nawawi

SINOPSIS

Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluar. Um semakin berminat untuk bermain catur PRAKTISelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar. Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.

TEMAKeruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan. Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan.

PERSOALAN1. Persoalan sikap bangga yang menguasai diri.

Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.

2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan.

Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu.

3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.

Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur.

PLOTBinaan Plot

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan siapa yang lebih hebat.

(ii) Perkembangan

Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar mengulangi sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat. Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula berlawan catur. Perlawanan berlangsung dengan sengit untuk mencari kemenangan.

(iii) Konflik

Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan keluarga.

(iv) Klimaks

Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja catur.

(v) Peleraian

Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Um dan satu pihak lagi menyokong Uj.

TEKNIK PENCERITAAN1. Pemerian

Pengarang menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM dalam permaian catur.

2. Dialog Perbualan di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga menceritakan akan kehebatan keluarga mereka.

3. Imbas Kembali

Mengimbas kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal dalam permainan catur pada kurun ke 17.

4. Suspens

Pembaca tertanya-tanya akan keputusan perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak berkesudahan.

WATAK DAN PERWATAKANWatak Utama

Uj

1. Abang sulung yang menjadi ketua keluarga.

2. Mempunyai lima orang adik dan pandai bermaina catur.

3. Beliau juga adalah penyadang anugerah IGM dalam pertandingan catur.

4. Pemarah cepat panas baran apabila berhadapan dengan cabaran terutama ketika bermain catur.

5. Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um.

6. Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam PRAKTISiap perlawanan yang disertai, serta mahu menaikan nama keluarganya PRAKTISaraf dengan pemain catur ternama dunia.

7. Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi penguasaan keluarganya.

Watak SampinganUm

1. Adik bongsu kepada Uj.

2. Masih muda dan berpotensi dalam permainan catur.

3. Mempunyai semangat juang yang tinggi - sanggup membaca buku dari luar negara untuk mendalami permainan catur.

4. Berani sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan kehebatan Uj dalam permainan catur.

5. Mengambil berat Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah tinggi.

6. Mementingkan diri sendiri Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang oleh ibunya sehinggakan ibunya mengalami angin ahmar.LATARLatar masa

Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan Um.

Latar tempat

Rumah keluarga Uj

Biliik air

Latar masyarakat1. Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.

2. Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um.

3. Masyarakat yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit

GAYA BAHASA1. Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat)

2. Metafora contohnya cahaya kepintaran

3. Simile contohnya Abang Uj seperti David the Gnome

4. Sinkope contohnya kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula?

5. Peribahasa contohnya batu api .

NILAI1. Nilai keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur.

3. Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup

2. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh PRAKTISiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik.

3. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni.

MELLISAKarya Abdullah Hussain

SINOPSIS

Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.

TEMAPercintaan antara dua insan yang berbeza budaya.

Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. PRAKTISelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.

PERSOALAN1. Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.

Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

2. Persoalan persengketaan antara kaum

Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.

Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.PLOTBinaan Plot1. Permulaan

Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya PRAKTISelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.

2. Perkembangan

Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab.

3. Klimaks

Mei mendapat panggilan menjadi tentera PRAKTISelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei.

4. Peleraian.

Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.

TEKNIK PENCERITAAN1. Imbas kembali

Mei, Mei! kata Hisyam.Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam.

Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.

2. Teknik PemeriaanDalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.

3. Teknik Monolog Dalaman

Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.

4. Teknik Dialog

Siapa?

Mei! Ada telefon.

Okey.Saya datang.

WATAK DAN PERWATAKANWatak Utama

Mellisa

1. Nama panggilannya ialah Mei.

2. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong.

3. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka.

4. Bersemangat patriotik

Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.

5. Mempunyai daya ingatan yang tinggi.

Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-kanaknya bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa heronya berlaku.

6. Seorang yang terpelajar.

Mellisa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.

Watak SampinganHisyam

1. Berketurunan Minang.

2. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib.

3. Penyayang - amat menyayangi Mellisa.

4. Rajin sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak PRAKTISiap pagi.

5. Bercita-cita tinggi dia ingin menjadi peguam atau tentera.

Syahid

1. Pengarah Syarikat surat khabar

2. Wajahnya persis Hisyam.

3. Berani dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa.

4. Suka berterus terang dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa.

LATARLatar Masa

1. Siang Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.

2. Senja atau waktu Maghrib Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.

3. 13 Mei berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.

Latar Tempat

1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja

2. Rumah Mellisa - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa.

3. Kampung Baru - tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh.

4. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat muda yang amat cinta akan negara

Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi PRAKTISelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.

2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni

Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.

3. Masyarakat pelajar yang gigih.

Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.

4. Masyarakat miskinHisyam tinggal di rumah PRAKTISinggan.

5. Masyarakat majmuk yang bersengketa Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku.

GAYA BAHASA1. Simile

Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam

2. Peribahasa

Bertegang urat leher

Tidak lari gunung dikejar.

3. Pesonifikasi

Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya.

4. Metafora

Bisul rusuhan

NILAI1. Nilai kasih sayang

Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu.2. Nilai kegigihan.

Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.3. Nilai keberanian.

Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa. 4. Cinta akan tanah air

Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera

PENGAJARAN1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah.

2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.

3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.

4. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.

BIARKAN SAMUDERAKarya Raihanah Salleh

SINOPSIS

Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.

TEMAKonflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.

Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.

PERSOALAN1. Persoalan kemiskinan para nelayanKehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan

Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.

3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.

Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.

4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar

Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.

PLOT

Binaan PlotSecara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

i) Permulaan

Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah.

ii) Perkembangan

Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.

iii) Konflik

Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya.

iv) Klimaks

Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung. v) Peleraian

Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa.

TEKNIK PENCERITAAN1. Pemerian

Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki.

2. Dialog Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh Amirah.

3. Imbas Kembali

Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga lautan daripada pencemaran.

4. Suspens

Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai.

5. Monolog Dalaman

Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu dijaga untuk kelangsungan ekosistem.6. Monolog Luaran

Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah kesayangan mereka dirobohkan. apa yang harus kulakukan?WATAK DAN PERWATAKANWatak UtamaMir / Amirah

1. Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan.

2. Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan.

3. Anak tunggal.

4. Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.

5. Memiliki rambut yang cantik.

6. Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.

7. Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan perasaan.

8. Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya.

Watak Sampingan

Hakimah

1. Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.

2. Ibu yang tinggal di kampung.

3. Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.

4. Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.

5. Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.

Ayah

1. Ayah kepada Amirah.

2. Bekerja sebagai nelayan.

3. Sudah tua

4. Tinggal di rumah panjang di kampung.

5. Badannya agak kurus.

6. Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan

7. Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan.

8. Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia dengan anaknya.

Ibu

1. Ibu kepada Hakimah

2. Tinggal di kampung.

3. Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan Tuhan.

4. Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

5. Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan Tuhan.

6. Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.

LATARLatar Masa1. Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya.

2. Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran.

Latar Tempat1. Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.

2. Di rumah Hakimah Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah.

3. Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung.

4. Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.

Latar Masyarakat

1. Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung.2. Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan perasaan.3. Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan.4. Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal di rumah panjang secara berkongsi dan miskin.5. Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu.

GAYA BAHASA1. Simile - Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir.

2. Sinkope kau, ku dan tak

3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung. 4. Peribahasa - hati perut.5. Hiperbola - Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.

NILAI1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.

2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.

3. Nilai kesabaran Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.

4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.

5. Nilai patuh kepada agama Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan.

2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian.

3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan.

4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.

5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.

BAHAGIAN DUA : BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 1.0 BENTUK SOALAN

Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b) ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan sebanyak sembilan (9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini yang terdiri seperti berikut: Soalan (i): pemahaman berdasarkan isi dalam petikan Soalan (ii): soalan kemahiran berfikir Soalan (iii): soalan aspek sastera 2.0 TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap. Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang dikehendaki. Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.3.0 CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalu di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali-sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Selesai sahaja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya.

Begitulah Ceper pun, tetapi waktu malam Ceper cergas juga, malah terasa lebih cergas lagi kerana dari rumahku dapat juga kudengar ngauman Ceper, terutama sewaktu air pasang kerana hujan di hulu turun dengan lebatnya.

(Dipetik daripada Ibu dan Ceper

oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)i. Bagaimanakah keadaan aku semasa Ceper masih aktif? (2 markah)Keadaan aku semasa Ceper masih aktif ialah dia menajak dan menyisir selut di baruh. Selain itu, ibu juga memikul gemal, menanam benih-benih, mengejar burung dan menuai padi yang masak.ii. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan untuk membahagiakan ibu? (3 markah)Pada pendapat saya, cara untuk membahagiakan ibu adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Selain itu, saya juga akan membantunya dalam menjalankan kerja-kerja seharian. Di samping itu, saya juga akan sentiasa mendengar dan mematuhi segala nasihat yang diberikan olehnya.iii. Huraikan satu perwatakan ibu yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Perwatakan ibu yang terdapat dalam petikan ialah seorang yang rajin. Contohnya, ibu rajin melakukan kerja-kerja di sawah seperti menajak dan menyisir selut, menghalau burung dan menuai padi yang masak. Manakala perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen ialah seorang yang suka bermasyarakat. Misalnya, walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.

3.0 PRAKTIS TOPIKAL

3.1 CERPEN IBU DAN CEPER

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat- bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.

Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!

Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga tanah-tanah, hingga terbongkah perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing.

Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga. Himbauan air ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.

(Dipetik daripada Ibu dan Ceper

oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan dua perwatakan bapa menurut pandangan ibu.

tidak sedar diri tidak bertanggungjawab

(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah banjir.

mengadakan kempen cintai sungai mendalamkan sungai supaya air sungai tidak melimpah

mendenda orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai

membina penebat banjir

membersihkan sungai daripada sampah sarap

mengesyorkan pendidikan alam sekitar di sekolah(3 markah)

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Persoalan daripada petikan

sikap tidak bertanggungjawab dalam keluarga - bapa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana asyik berdenak ketitir

kesan bencana alam - masalah banjir memusnahkan tanaman padi hingga menyusahkan penduduk kampung

(2 markah)

Persoalan daripada keseluruhan cerpen

masalah pencemaran alam sekitar - sampah sarap dibuang ke dalam sungai

kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah ke dalam sungai.

kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam - kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

masalah kemiskinan penduduk kampung - penduduk kampung bergantung sepenuhnya kepada air sungai untuk kegunaan harian. semangat kejiranan-bergotong royong ketika majlis kenduri

peranan anak terhadap ibu bapa- anak menjaga ibu bapa yang sakit

(2 markah)PRAKTIS 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.

Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas.

(Dipetik daripada Ibu dan Ceper oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan dua alasan yang menunjukkan Sungai Ceper tidak selamat digunakan.

Sungai Ceper cetek sehingga ke paras buku lali

Sungai Ceper menjadi busuk kerana mengandungi najis

Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati

(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah bekalan air di kampung anda.

membina perigi

membina paip graviti

memohon saluran paip melalui Jabatan Air

meminta pihak tertentu menghantar bekalan air bersih menggunakan lori tangki

menyediakan tangki air untuk menadah air hujan

(3 markah)(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Latar masyarakat daripada petikan

masyarakat luar bandar - menanam padi sebagai pekerjaan utama

masyarakat petani - ibu dan bapa meranduk banjir untuk cuba menyelamatkan tanaman padi

(2 markah)Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen

Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup/miskin Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

Masyarakat yang tidak bertanggungjawab Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.

Masyarakat yang tidak cinta akan alam sekitar membuang sampah sarap ke dalam Sungai Ceper

Masyarakat penyayang aku menjaga ibu yang sakit

Masyarakat yang rajin ibu melakukan semua kerja di sawah

Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan ibu menolong jiran yang mengadakan majlis kenduri

(2 markah)PRAKTIS 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu terus lumpuh dan tidak boleh bergerak lagi. Hanya mata ibu dan mulut ibu yang rancak bergerak seperti arus Ceper pada usia yang lebih muda. Semenjak itu bapa tidak berdenak ketitir lagi meskipun keliling rumah masih tersangkut sangkar-sangkar ketitir yang berbagai-bagi bentuk.

Itulah zaman menderita yang amat pedih bagi kami sekeluarga. Aku sudah kahwin waktu itu dan sudah pun memperoleh dua orang anak. Mujur juga aku peroleh isteri anak kampung yang tidak pantang turun ke sawah dan tidak takut pada lintah dan pacat. Kami berdualah menggantikan tempat ibu.

Meskipun bapa sudah tidak lagi menjadi kaki burung ketitir, bapa sudah agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bapa hanya berada di rumah makan dan tidur saja. Sikit-sikit boleh juga jaga cucu dan picit-picit tubuh ibu, tetapi bapa sebenarnya sudah dimakan tua waktu itu.

Bapa tidak dapat ampu ibu lagi. Pasti juga tidak boleh angkat ibu ke tandas lagi. Mujurlah yang lumpuh cuma ibu seorang. Kalau bapa juga lumpuh, entahlah. Aku tidak dapat membayangkan masalahnya.

Suatu hari, entah bagaimana, aku menjerit kuat sedikit sewaktu ibu sedang berak kerana lama sangat najisnya tidak terbit-terbit. Aku sudah naik kejang kaki tangan kerana lama ampu ibu. Dan aku lihat pipi ibu basah kerana air mata meleleh turun. Isteriku menerpa dan apabila melihat air mata ibu sedang mengalir melalui retak-retak di pipi ibu yang kendur hodoh itu, dia mengambil tempatku.

(Dipetik daripada Ibu dan Ceper

oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua keadaan ibu selepas ibu lumpuh.

tidak boleh bergerak

mata ibu rancak bergerak

mulut ibu rancak bergerak

(2 markah)(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah seseorang anak berbakti kepada ibu bapa?

menyara hidup mereka

menjaga mereka ketika mereka sakit

membina rumah yang selesa untuk mereka

menyediakan makanan berzat untuk mereka

menyediakan orang gaji untuk mereka

membawa mereka melancong

membayar kos menunaikan haji untuk mereka

mendoakan mereka

membelikan hadiah untuk mereka pada hari istimewa(3 markah)

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Nilai daripada petikan

berani menghadapi cabaran isteri aku tidak takut lintah dan pacat

rajin bekerja isteri aku rajin turun ke sawah menggantikan ibu(2 markah)

Nilai daripada keseluruhan cerpen kasih sayang terhadap orang tua aku menjaga ibu yang lumpuh selama sepuluh tahun

tanggungjawab terhadap keluarga aku suami isteri bersawah padi untuk menyara keluarga

taat akan perintah Allah - isteri aku membacakan yassin ketika ibu nazak

gigih bekerja - walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja untuk menyara keluarga.

sabar menghadapi masalah keluarga - Ibu terpaksa bersabar melayani karenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

(2 markah)PRAKTIS 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Itulah detik-detik yang tidak dapat aku lupakan. Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu. Barangkali niatku bukan kutujukan kepada ibu, tetapi kepada orang lain. Dan siapa orang lain itu tidak pula dapat aku pastikan. Kalau tidak kepada ibu, kepada siapa lagi kalau bukan kepada diri sendiri.

Hal itu menusuk masuk ke dalam diriku hinggalah ibu meninggal. Ibu meninggal dengan aman damai. Tidak sedikit pun menempuh kerumitan. Malam itu kami sudah pun berkumpul kerana ibu mulai memandang langit. Isteriku membaca Yasin. Aku duduk di sisi ibu sambil berbisik ke telinganya tidak putus-putus agar ibu jangan lupakan Allah.

Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu. Waktu itu Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri.

Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi. Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi. Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa. (Dipetik daripada Ibu dan Ceper Oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan dua bukti yang menunjukkan aku menyedari kesilapannya terhadap ibu.

aku menyesal

aku memohon ampun daripada ibu

(2 markah)

(ii) Sekiranya anda ialah aku, nyatakan tiga cara yang boleh anda lakukan untuk memulihara Sungai Ceper.

gotong royong membersihkan sungai

melapor kepada pihak berkuasa jika melihat orang membuang sampah ke dalam sungai

tidak membuang sampah ke dalam sungai

tidak menyalurkan najis ke dalam sungai

(3 markah)

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Pengajaran daripada petikan

kita mesti menyayangi ibu bapa aku dan isterinya menjaga ibu yang lumpuh

kita mesti menghargai sungai tidak membuang sampah ke dalam sungai

(2 markah)Pengajaran daripada keseluruhan cerpen

kita mesti berani menghadapi cabaran hidup ibu berani menentang banjir untuk menyelamatkan padi

kita mesti gigih bekerja ibu gigih mengerjakan sawah

kita mesti bertanggungjawab menyara keluarga aku dan isteri bekerja di sawah untuk menyara keluarga kita mesti sabar dalam menghadapi masalah keluarga ibu bersabar dalam menghadapi karenah ayah yang leka dengan burung ketitir.(2 markah)

PRAKTIS 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu titik dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas. Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.(Dipetik daripada Ibu dan Ceper

oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Gambarkan keadaan fizikal Sungai Ceper. panjang

berliku-liku

arus deras

pasir yang berbiji-biji halus

(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat petani meningkatkan taraf hidup mereka. memberi khidmat nasihat tentang cara moden menanam padi

memohon pinjaman untuk membeli peralatan menanam padi secara moden

menubuhkan koperasi untuk membeli padi dengan harga berpatutan

membina tali air untuk mengairi sawah padi

mewujudkan penanaman padi secara berkelompok(3 markah)(iii) Jelaskan satu perwatakan ibu yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain ibu yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Perwatakan ibu berdasarkan petikan

Rajin ibu rajin mengerjakan sawah

kuat ibu boleh memikul dan menjunjung gemal padi masuk ke jelapang(2 markah)

Perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen

cekap bekerja Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.

hidup bermasyarakat Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia. cergas ibu melakukan pelbagai kerja itu bersawah, mengambil mengkuang, dan membantu jiran yang mengadakan majlis kenduri.(2 markah)

3.2 CERPEN MEMORI SEORANG TUA

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam toleh kiri dan kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik, dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi kenyamanan ini kian tergugat dari hari ke hari, lepas sebuah, ke sebuah bangunan kilang didirikan, satu dari Jepun dan yang satu lagi dari Korea.

Walaupun Pak Itam tidak berapa berkenan, tetapi dia terpaksa mengangguk juga, memandangkan kian ramai anak muda yang menganggur di perkampungan itu. Anak muda, seperti enau di belukar, walau bagaimanapun payah untuk melonjak naik, dihalang oleh pelbagai akar dan dahan-dahan pokok, tetapi ia terus juga memanjat, menindih, memijak yang lain untuk melihat cahaya matahari.

Anak muda, kalau tidak ada kerja, macam-macam benda yang tidak baik boleh berlaku, jadi mahu tidak mahu, Pak Itam terpaksa menerima hakikat ini. Pak Itam sedar, zaman sekarang ini ialah zaman untuk mengisi kemerdekaan, bukan lagi zaman protes-memprotes melulu. Zaman dia dahulu lain. Orang Putih memang cekik darah, mulutnya manis, tetapi perutnya busuk dan cemar. Sebab itu, separuh daripada hidup Pak Itam hanya di dalam penjara. Keluar masuk penjara, sehingga kehidupan zaman remajanya kering, bagaikan rumput-rumput pada musim kemarau.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua

oleh Zahari Affandi , dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

(i) Nyatakan dua tanggapan Pak Itam tentang keadaan zaman sekarang. zaman mengisi kemerdekaan zaman tidak memprotes secara melulu / membabi buta[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ramai anak muda yang menganggur sering dikaitkan dengan kegiatan yang tidak bermoral? tidak mempunyai wang untuk menyara hidup bergaul dengan golongan yang tidak bermoral

mempunyai masa terluang terlalu banyak boleh mendorong mereka melakukan sesuatu yang tidak baik

[3 markah]

(iii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua dari keseluruhan cerpen. Nilai daripada Petikan nilai cinta akan negara Pak Itam berjuang menentang penjajah Inggeris nilai pengorbanan diri untuk anak bangsa Pak Itam mengorbankan zaman remaja di penjara(2 markah)Nilai daripada Cerpen nilai kerjasama dalam masyarakat penduduk kampung bergotong-royong menjayakan majlis hari ulang tahun kelahiran Pak Itam. nilai baik hati Pak Itam melayan tetamu yang datang ke rumahnya dengan mesra / Tuk Mat banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan hai ulang tahun kelahiran Pak Itam. nilai taat kepada perintah agama Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

nilai menghargai jasa pejuang Kumpulan Kopratasa hadir ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran Pak Itam dan membuat persembahan secara percuma.

(nilai-nilai murni lain yang berkaitan boleh diterima)

[2 markah]

PRAKTIS 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat bukan sedikit, kalaulah Tuk Mat tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.

Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-segalanya, manakan terdaya. Usahkan untuk ke sana ke mari, mahu mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan mengambil kain baju untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga.

Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon yang berwarna-warni, biru, merah, kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin petang.

Isa, Latif, dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat PRAKTISelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah, buku-buku, dan gambar-gambar Pak Itam untuk pameran.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua

oleh Zahari Affandi , dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i) Apakah pertolongan yang diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam.

Rogayah menjaga Pak Itam Halimah dan Rokiah selang berganti menghantar nasi dan mengambil kain baju Pak Itam untuk dicuci

[2 markah]

ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan saling membantu dalam masyarakat? memudahkan sesuatu pekerjaan

mewujudkan persefahaman antara satu sama lain / mengelakkan persengketaan / mewujudkan keharmonian dan toleransi dalam sesebuah masyarakat / perpaduan menjimatkan masa, wang dan tenaga

[3 markah]

iii) Jelaskan satu perwatakan Tuk Mat berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan Tuk Mat dalam keseluruhan cerpen. Perwatakan daripada petikan

Ikhlas memberi bantuan / Baik hati tidak menerima/menolak wang daripada Pak Itam

(2 markah)

Perwatakan Tuk Mat

rajin membantu menguruskan persiapan majlis ulang tahun kelahiran Pak Itam. seorang yang boleh diharap Pak Itam mengatakan bahawa Tuk Mat boleh diharap berbanding Isa dan Latif dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (2 markah]

PRAKTIS 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam masih berdiri di pintu pagar menunggu tamu. Walaupun hari sudah tinggi, tamu yang jauh masih tidak nampak muka. Tempat letak kereta hanya ada dua tiga buah. Kereta yang lalu-lalang, bas dan teksi meluncur laju, tidak nampak oleh Pak Itam tanda-tanda akan berhenti. Di manakah jemputan yang lain? Di manakah budak-budak surat khabar? Televisyen pun tidak ada. Yang datang hanya anak-anak Langat, itu kerana adanya kumpulan Kopratasa.

Pak Itam tiba-tiba menjadi sayu. Terlalu cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua. Pak Itam bukan minta disanjung, Pak Itam bukan minta dihormati tetapi sekadar ingin bersua muka. Pak Itam menarik sapu tangan dalam poket baju Melayunya, terketar-ketar menyapu peluh yang mulai merintik di seluruh mukanya.

Tuk Mat yang ikut mengerumuni pentas, terpesona dengan persembahan Teater Malini, cepat terasa. Dia terus mendapatkan Pak Itam yang masih tercegat di pintu pagar menunggu tamu, tetapi tamu yang diharapkan tidak datang.

Saya dah jemput semuanya, pak, orang surat khabar dan pihak TV saya hantar sendiri. Tuk Mat bersuara, ingin membela dirinya apabila melihat keredupan di wajah Pak Itam.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua

oleh Zahari Affandi , dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i) Mengapakah Pak Itam berasa sayu? orang melupakan jasa dan pengorbanannya kepada negara

[2 markah]

ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran pelajar agar tidak melupakan jasa pejuang tanah air?

mengadakan pertandingan menulis esei / folio / buku skrap tentang tokoh pejuang negara mengadakan sambutan hari pahlawan di peringkat sekolah

menamakan bilik-bilik khas / lorong / kelas dengan nama tokoh pejuang

[3 markah]

iii) Huraikan satu persoalan berdasarkan petikan di atas dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan

- masyarakat yang tidak menghargai pejuang negara Pak Itam berasa sedih kerana jasa dan pengorbanannya tidak dihargai.(2 markah)Persoalan daripada cerpen

- kesediaan menghadapi cabaran - Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.

- tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa - Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri.

- jati diri yang teguh - Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.

[2 markah]

PRAKTIS 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam sudah terfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaPRAKTIS perakam suara mahu menemuramahnya.

Sudah jelas dalam kepala Pak Itam, kalau ditanya kenapa merayakan hari jadi di kampung, di tengah hutan pokok-pokok pisang, pokok rambutan, langsat, duku, manggis, durian, rambai, dan macam-macam, bukan di hotel besar, di bawah lampu neon yang berwarna-warni, selesa dalam dewan yang terhampar dengan permaidani dan segar dengan serapan alat hawa dingin, Pak Itam senang sahaja menjawabnya; kalau buat di hotel selain daripada tidak berkemampuan, orang kampung tidak akan merasa, rakyat marhaen tetap terkulat-kulat menggigit jari. Bukankah dia pemimpin rakyat marhaen? Kalau dia mahu jadi kaya, buat apa dia masuk keluar penjara kerana membela hak dan maruah mereka? Kalau dia mahu kaya dari dahulu lagi dia sudah jadi jutawan, bukanlah dia anak Melayu pertama jadi majistret di Malaya. Belajar di tanah Inggeris. Orang Melayu masa itu huruf A pun dikatakan kayu pangkah, bukankah peluang untuk menjadi orang kaya menganga di depan mata? Pak Itam tidak mahu, kalau dia mati, matanya tidak akan tertutup rapat kalau memijak kepala anak bangsanya untuk mencari kepentingan diri.(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua

oleh Zahari Affandi , dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i) Pada fikiran Pak Itam, apakah perkara yang akan ditanya oleh budak-budak surat khabar kepadanya?

tujuan Pak Itam menyambut hari jadinya di kampung

ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan tinggal di kampung? udaranya lebih bersih dan nyaman / kurang pencemaran

suasana lebih aman dan tenteram

semangat kejiranan masih utuh

kos hidup lebih rendah

[3 markah]

iii) Jelaskan satu latar masyarakat berdasarkan petikan di atas dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen?

Latar masyarakat daripada petikan

Masyarakat yang berpendidikan Pak Itam mendapat pendidikan di tanah Inggeris

Masyarakat yang berkerjaya Pak Itam anak Melayu pertama yang menjadi majistret

[2 markah]Latar masyarakat daripada keseluruhan

Masyarakat penulis dan wartawan - Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena.

Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama - Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.

Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara - Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.

[2 markah]

PRAKTIS 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Telegram Sidah dan suaminya dari UK yang tiba semalam dibacanya lagi, Moga-moga abah sihat dan panjang umur. Ringkas sahaja tulisannya.

Lepas itu dia tersilau sekeping gambar lamanya yang sudah kuning-kuning dan berbintik-bintik. Masa muda, dia handsome juga, di sebelahnya duduk Pak Berahim yang sama-sama memimpin PKMM di Singapura. Pagi petang, siang malam mereka bersama-sama, lepas itu berlabuh di gerai mamak serbat di Cecil Street, di depan pejabat Utusan Melayu.

Wajah kawan-kawan lamanya mulai menerawang dalam kepalanya. Walaupun sudah berusia 85 tahun, tetapi ingatan Pak Itam masih baik. Dia teringat muka Si Mamat, Pak Rahim, Haji Badarudin, Si Melan, Si Osman, Kamaludin, Awang, dan teman-teman sasterawan yang menggunakan nama pena mereka, menerusi puisi, cerita pendek, dan novel mengutuk Inggeris dan menerapkan semangat kebangsaan ke dalam diri orang-orang lain. Tanah yang bersejarah, tempat tercurahnya air mata orang Melayu sudah hilang. Pak Itam tidak tahu, hendak dilempar ke manakah salah dan kecuaian ini? Yang jelas dalam kepalanya ialah kesalahan pucuk pimpinan orang Melayu ketika itu. Pak Itam rasa tidak merelakannya, tetapi untuk apa mahu ditangisnya lagi, semuanya sudah berlalu. Yang penting, apa yang berlaku, akan menjadi peringatan kepada anak cucu cicitnya. Hak dan tanah air, maruah bangsa dan agama tidak ternilai harganya. Hanya nyawalah taruhannya.(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua

oleh Zahari Affandi , dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i) Apakah kenangan yang terlintas di fikiran Pak Itam PRAKTISelah melihat sekeping gambar lamanya?

Kenangan bersama Pak Berahim di gerai mamak serbat di Cecil Street. Wajah kawan-kawan lamanya dan teman-teman sasterawannya

Kesalahan pucuk pimpinan orang Melayu ketika itu

[ 2 markah]

ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang harus ada pada seorang pemimpin pelajar? berkaliber / karisma

pandai berkomunikasi

bertanggungjawab

amanah

berdisiplin

[3 markah]

iii) Nyatakan satu pengajaran berdasarkan petikan dan satu pengajaran berdasarkan keseluruhan cerpen.

Pengajaran daripada petikan

kita harus mencintai tanah air /negara sasterawan menggunakan mata pena untuk memperjuangkan nasib anak bangsa daripada penjajah Inggeris. Kita hendaklah mempertahankan hak dan maruah bangsa Pak Itam sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan hak dan maruah bangsanya.(2 markah)

Pengajaran daripada keseluruhan cerpen

Kita wajarlah saling membantu dalam PRAKTISiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah masyarakat kampung Langat bergotong-royong menjayakan sambutan hari ulang tahun kelahiran Pak Itam.

Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan pada kemudian hari Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan.

Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah Kumpulan Kopratasa hadir ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran Pak Itam dan membuat persembahan secara percuma.[2 markah]

3.3 CERPEN ISRAK

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Wow, lawanya! Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas-emasan itu.

Seperti biasa pilihannya ialah kucing tidur. Siti Hawa turut berebut dengan anak gadisnya itu. Tetapi, yang tua biar beralah. Panjang umur, esok lusa boleh rasa. Israk tidak menyentuh walau sedikit pun buah-buahan tempatan itu. Dia tidak berbangga merasai buah-buahan tempatan secara percuma, tidak seperti di kota. Israk sugul. Matanya seolah-olah memperli keadaan sekeliling. Hidungnya pula mengejek aroma buah-buahan di hadapannya.

Israk, rasa ini, Adam menghulur sepulur durian.

Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.

Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit. Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.

(Dipetik daripada cerpen Israkoleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah reaksi Israk sewaktu dihidangkan buah-buahan tempatan?

Israk tidak menyentuh walau sedikit pun

Israk sugul Matanya seolah-olah memperli keadaan sekeliling Hidungnya mengejek aroma buah-buahan tempatan [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan makan buah-buahan tempatan?

berkhasiat murah

segar

mudah diperoleh [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.

Nilai daripada petikan

Nilai kesyukuran atas rezeki yang diperoleh Bapa Israk bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan rezeki Nilai tanggungjawab terhadap keluarga Bapa Israk bertanggungjawab menasihati dan menyedarkan Israk akan asal usulnya

Nilai menghormati orang tua Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya

Nilai daripada keseluruhan

Nilai kasih sayang dalam keluarga Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya

Nilai ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.

Nilai keprihatinan terhadap perasaan orang lain Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang terguris angkara abangnya

PRAKTIS 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang! rungut Israk bagaikan tuan besar.

Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran. Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.

Buang masa saja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.

Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan orang yang berlagak. Dia