cerpen

15
ANALISIS CERPEN Pergi Akhirnya Disediakan oleh : Wong Wen Jing

Upload: gwen-wen-jing

Post on 26-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pembentangan cerpen

TRANSCRIPT

Page 1: cerpen

ANALISIS CERPEN

Pergi Akhirnya

Disediakan oleh : Wong Wen Jing

Page 2: cerpen

Analisis Cerpen

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Nilai & Pengajaran

Page 3: cerpen

Sinopsis Cerpen ini mengisahkan pengorbanan seorang guru yang dilakukan terhadap muridnya. Cikgu Rita seorang guru Bahasa Melayu dan diberikan tugas untuk melatih murid- murid bagi persediaan pertandingan kuiz Melayu peringkat negeri. Alif, seorang murid masalah yang sering ponteng kelasnya. Alif berasal dari keluarga yang kurang sempurna kerana ibunya telah meninggal dunia sejak dia dilahirkan.

Perbuatan Alif bertambah serius dan akhirnya menyebabkan Cikgu Rita cedera. Alif berasa kesal dan sesal terhadap tingkah lakunya sendiri. Alif tidak berani untuk mengorak langkah masuk ke bilik wad cikgu. Akhirnya, Cikgu Rita meninggalkan dunia dengan tenang. Alif beransur pulih daripada penyakit jantung. Rupa- rupanya, Cikgu Rita menderma jantungnya kepada Alif pada saat kecemasan itu.

Page 4: cerpen

TEMA

Bertemakan kasih sayang seorang guru kepada seorang murid yang bermasalah dalam hubungan kekeluargaan.

Contoh 1 : Cikgu Rita telah banyak melakukan pengorbanan untuk membantu muridnya, Alif yang bernasib malang itu tanpa mengharapkan sebarang balasan dan mengenal penat lelah.

Contoh 2 : Cikgu Rita tidak berputus asa untuk menghulurkan bantuan kepada Alif dan menaruhkan sepenuh kasih sayangnya kepada muridnya dengan menderma jantung sendiri pada akhir cerita.

Page 5: cerpen

PERSOALAN

Hubungan seorang guru dengan muridnya• Menjelaskan peristiwa yang berlaku antara

Cikgu Rita dengan Alif yang mengalami penyakit jantung.

• Mengisahkan Cikgu Rita mengajar di dalam kelas dan berinteraksi dengan murid yang lain. Masalah kekeluargaan dalam

masyarakat kini• Alif dijadikan sebagai beg tinju ayahnya dan

selalu didera serta dipukul oleh ayahnya. • Hal ini demikian telah mengakibatkan Alif

berlari dari rumah .

Page 6: cerpen

Sikap keinsafan dan sedia memaafkan orang lain. • Pengetua memaafkan perbuatan Alif yang

tidak senonoh itu. • Alif juga berasa bersalah dan tidak mampu

memaafkan diri kerana mengakibatkan Cikgu Rita cedera dan akhirnya meninggal dunia.

Dendam membawa padah

• Alif berdendam terhadap ayahnya dan Cikgu Rita.

• Alif mencalar dan memancitkan tayar kereta Cikgu Rita kerana ingin membalas dendam

Page 7: cerpen

WATAK & PERWATAKAN Watak Utama : Cikgu Rita

• Bertugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu • Seorang guru yang penyayang dan sabarContoh : Hal ini dapat dibuktikan semasa apabila keretanya dirosakkan oleh Alif, dia masih bersikap sabar dan tidak menyalahkan Alif

• Sedia untuk menerima cabaran dan amanah Contoh : Cikgu Rita diarahkan untuk melatih murid- murd bagi menyertai pertandingan dan dia menerima cabaran ini dengan hati yang terbuka• Cikgu Rita meninggalkan kerjanya dan menjalankan tugas untuk meronda kelas. Hal ini demikian telah menunjukkan Cikgu Rita seorang yang amanah.

• Seorang yang sentiasa menginsafi kesalahan diri sendiri dan bersimpatiContoh : Cikgu Rita bersimpati dengan nasib Alif yang malang itu. Cikgu Rita juga berasa bersalah dan ingin menebus kesalahannya kerana menyebabkannya dipukul oleh ayahnya

Page 8: cerpen

WATAK UTAMA : Alif

• Kehilangan ibu sejak dia dilahirkan dan menghidap penyakit jantung semula jadi• Dianggap sebagai anak oleh ayahnya.

• Seorang yang pendendamContoh : Dia membalas dendam Cikgu Rita yang melaporkan kesalahannya kepada ayahnya dengan merosakkan kereta Cikgu Rita

• Seorang yang berani untuk mengakui kesalahan diri sendiriContoh : Dia mengakui kesalahannya iaitu merokok di tandas apabila ditangkap oleh pengetua. • Dia juga menyalahkan diri sendiri kerana menyebabkan Cikgu Rita cedera dan akhirnya meninggal dunia.

• Seorang yang mudah dipengaruhi oleh rakanContoh : Tabiat merokok yang diamalkan oleh Alif kerana dipengaruhi oleh rakan- rakannya dan Alif mencari rakannya untuk mendapatkan sokongan

Page 9: cerpen

• Bersikap ganas kerana dia memukul dan mendera Alif

• Tidak pandai mengekspresikan kasih sayangnya terhadap anaknya.

• Bertindak secara terburu- buru

Ayah Alif

• Seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi.

• Seorang yang tegas dan garang. Beliau menegur Alif yang curi merokok di tandas sekolah dan hampir membuangkan Alif sekolah.

• Seorang yang bertimbang rasa.

Pengetua

Page 10: cerpen

LATAR

Masa

Pada waktu persekolahan

Pada waktu malam

Tempat

kawasan sekolah

Rumah Alif

hospital

Page 11: cerpen

Masyarakat pelajar dengan

alam persekolahan• Seorang murid yang sedang belajar di sekolah

• Banyak mengisahkan keadaan sekolah dalam cerpen.

Masyarakat guru yang

bertanggungjawab

• Cikgu Rita, pengetua dan Cikgu Muztar telah memainkan peranan sebagai pendidik untuk membantu anak- anak murid

Masyarakat keluarga yang bermasalah

• Alif berasal dari keluarga yang kurang senpurna kerana kehilangan ibu

• Isu penderaan

LATAR MASYARAKAT

Page 12: cerpen

GAYA BAHASA

a. Diksi - Penggunaan kata-kata yang menarik, indah dan kemas. Contoh : Malam telah larut. Di luar, hujan masih lebat membasahi bumi. Kedinginan mencengkam hingga ke tulang hitam.

b. Simile - suatu perumpanan menggunakan kata seperti bak, bagai dan sebagainyaContoh : Keadaan dalam bilik itu seperti medan peperangan

c. Hiperbola - Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan dan agak melampauContoh : Perasaan berdendam sedang membara dan membutakan mata

d. Bahasa Inggeris Contoh : thank god, air-con

Page 13: cerpen

NILAI • Kasih sayang Contohnya, Cikgu Rita menaruhkan kasih sayangnya dengan menderma jantungnya kepada Alif sebelum dia meninggal dunia. Cikgu Rita amat mengambil berat terhadap Alif dan merayu kepada pengetua agar memberikan peluang kedua kepada Alif yang melakukan kesalahan.  • Keinsafan Alif insaf dan sesal terhadap tindakan yang dilakukan sebulum ini untuk mencederakan Cikgu Rita pada akhir cerita ini.

• Rasional Contohnya, ayah Alif tidak mengamalkan nilai rasional dan akibatnya telah mencederakan anaknya dari segi fizikal dan mental.

• Amanah Cikgu Rita berazam menjadi seorang guru yang berkualiti walaupun bertugas di sekolah yang kekurangan kelengkapan.

Page 14: cerpen

PENGAJARAN

 • Kita haruslah berfikir dengan rasional bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Ayah Alif juga harus mengamalkan sikap rasional agar tidak akan mendera anak diri sendiri kerana anak itulah anugerah daripada Tuhan.  • Kita haruslah mengakui dan menginsafkan kesalahan yang dilakukan. Namun, Alif sesal dan insaf terhadap kesalahan yang dilakukan terhadap Cikgu Rita dan sedia memohon maaf.  • Kita patutlah tabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan kehidupanContohnya, Cikgu Rita berazam menjadi guru yang baik walaupun ditempatkan di sekolah yang kelengkapannya kurang sempurna.

Page 15: cerpen

Sekian. Terima Kasih