cerpen

7
Cerpen Terima Kasih Guru Nama : Nor Hafizah bt Ahmad Safri Kelas : 5 IT Jam menunjukkan tepat jam 6.00 pagi. Kedengaran syahdu azan mendayu- dayu sudah menjadi halwa telinga ku pada setiap hening di subuh dinihari. Lantas, aku segera menunaikan kewajipan ku kepada yang Maha Esa. Setelah aku menunaikan solat, terasa tenang jiwa dan perasaanku. Di waktu itulah aku merasakan betapa bertuahnya aku masih hidup di atas muka bumi ini. Setelah selesai semuanya aku melipat telekung dan sejadah ku. Ibu seperti biasa sedang sibuk menggoreng kuih. ’Ija,tolong ibu di dapur sebentar.’. Tersentak aku dari lamunanku. ’Baiklah ibu’, jawabku spontan. Lalu aku pun melangkahkan kakiku ke dapur untuk membantu ibu apa yang termampu. Beginilah rutin harian ku iaitu membantu ibu membuat dan menggoreng kuih di awal pagi. Ibu sedang sibuk membuat kuih karipap berintikan daging dan aku pula sibuk mengalihkan cucur udang di dalam kuali. Sambil itu, aku juga menolong ibu mengguli tepung untuk dibuat karipap. Setelah selesai menggoreng kuih ibu memasukkan kuih tersebut ke dalam bekas untuk dijual di kedai mak cik Ani. Pada jam 6.35 pagi, aku mula bersiap-siap untuk kesekolah. Sebelum aku berangkat ke sekolah, aku meminta restu dari ibu untuk menimba ilmu di sekolah dan mencium tangannya. Aku melihat wajah ibu dan aku berazam bahawa aku akan belajar bersungguh-sungguh agar aku dapat gembirakan hati ibu, kerana hanya dengan kejayaan ku saja dapat gembirakan dan mengubah nasib aku dan ibuku. Ayah ku telah lama

Upload: shillea-olimpia-melyta

Post on 06-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jjjjj

TRANSCRIPT

Cerpen

Terima Kasih Guru

Nama : Nor Hafizah bt Ahmad Safri

Kelas : 5 IT

Jam menunjukkan tepat jam 6.00 pagi. Kedengaran syahdu azan mendayu-dayu sudah menjadi halwa telinga ku pada setiap hening di subuh dinihari. Lantas, aku segera menunaikan kewajipan ku kepada yang Maha Esa. Setelah aku menunaikan solat, terasa tenang jiwa dan perasaanku. Di waktu itulah aku merasakan betapa bertuahnya aku masih hidup di atas muka bumi ini. Setelah selesai semuanya aku melipat telekung dan sejadah ku. Ibu seperti biasa sedang sibuk menggoreng kuih.

Ija,tolong ibu di dapur sebentar.. Tersentak aku dari lamunanku.

Baiklah ibu, jawabku spontan.

Lalu aku pun melangkahkan kakiku ke dapur untuk membantu ibu apa yang termampu. Beginilah rutin harian ku iaitu membantu ibu membuat dan menggoreng kuih di awal pagi. Ibu sedang sibuk membuat kuih karipap berintikan daging dan aku pula sibuk mengalihkan cucur udang di dalam kuali. Sambil itu, aku juga menolong ibu mengguli tepung untuk dibuat karipap. Setelah selesai menggoreng kuih ibu memasukkan kuih tersebut ke dalam bekas untuk dijual di kedai mak cik Ani.

Pada jam 6.35 pagi, aku mula bersiap-siap untuk kesekolah. Sebelum aku berangkat ke sekolah, aku meminta restu dari ibu untuk menimba ilmu di sekolah dan mencium tangannya. Aku melihat wajah ibu dan aku berazam bahawa aku akan belajar bersungguh-sungguh agar aku dapat gembirakan hati ibu, kerana hanya dengan kejayaan ku saja dapat gembirakan dan mengubah nasib aku dan ibuku. Ayah ku telah lama kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Di saat itulah kehidupan aku dan ibu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana ayah yang bekerja sebagai penoreh getah tidak memperoleh apa-apa pampasan kemalangan diri. Mujur ibu pandai mencari wang saku keluarga dengan menjual kuih. Dapatlah sediksebanyak meringankan beban keluarga ku. Setelah berjalan kaki hampir 20 minit, aku akhirnya sampai di gerai Mak Cik Ani lalu aku pun menyerahkan kuih yang aku bawa untuk dijual di kedai itu. Kami beruntung kerana Mak Cik Ani sudi menolong kami menjualkan kiuh tersebut. Setelah bersalaman dengan mak Cik Ani, aku meneruskan perjalanan ku ke sekolah dengan hanya berbekalkan wang 50 sen.

Sampai di jeti, aku menaiki sampan untuk menyeberang ke kampung sebelah. Inilah pengangkutan ku setiap hari untuk sampai kesekolah. Sampan yang hanya muat untuk tujuh hingga sembilan orang membuatkan penduduk terpaksa beratur panjang kerana sampan yang di sediakan hanya ada 3 buah sahaja. Menaiki sampan ini ibarat mempertaruhkan nyawa kerana sampan yang ada telah pun uzur. Sementara aku menunggu sampan, sempat juga aku bertemu dengan guru kelasku iaitu Cikgu Halijah yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang masa. Wajah Cikgu Halijah tampak manis dan aku senantiasa tenang apabila melihatnya. Walaupun Cikgu Halijah adalah seorang guru yang hanya mengajar di pedalaman Sabah di tempatku, tetapi pengorbanannya sangat besar bagi kami sebagai anak murid yang dahagakan ilmu di kawasan ini.

Aku tahu mungkin berat bagi cikgu untuk mengambil keputusan mengajar di kawasan pedalaman seperti ini kerana Cikgu Halijah adalah dari golongan berada di kawasan bandar dan atas permintaan pihak Kementerian Pelajaran Cikgu Halijah sanggup membuang perasaan takut dan gementar dalam menghadapi situasi seperti ini. Walaupun Cikgu Halijah agak terkejut dengan perpindahannya mengajar di Semporna, Sabah tetapi demi menyampaikan ilmu kepada anak bangsa sendiri di gagahkan jua dirinya untuk pergi mendidik anak-anak yang banyak ketinggalan dalam pelajaran. Mujur Cikgu Halijah belum berkahwin maka perpindahannya tidak menimbulkan banyak masalah. Pada mulanya Cikgu Halijah merasakan sesuatu yang asing dan tidak selesa kerana kemudahan yang lengkap tidak ada di kawasan ini tetapi Cikgu Halijah berjaya menyesuaikan dirinya dengan situasi yang baru.

Terhenti lamunanku seketika apabila Cikgu Halijah memanggil namaku dari

belakang.

Hafizah, sudah lama menunggu?, tanya Cikgu kepadaku. Aku membalas teguran

tersebut dengan penuh hormat dan disulami senyuman.

Tidak lama,baru lima minit. Cikgu pula sudah lama menunggu?

Belum sempat pertanyaanku dijawab, sampan pun tiba . Aku dan Cikgu Halijah pun

sama-sama menaiki sampan yang telah lama menanti untuk penumpang menaikinya.

Di dalam kelas, aku menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran Fizik yang di ajar oleh Cikgu Halijah. Walaupun kedatangan pelajar di dalam kelas tidak sampai separuh, tetapi Cikgu Halijah tetap meneruskan pengajarannya. Keadaan ini sudah biasa bagi beliau. Terdapat segelintir pelajar yang malas untuk ke sekolah. Kadang kala terdapat pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan perlu menolong keluarga keluar bekerja pada hari tertentu di hari persekolahan. Tembahan pula, terdapat guru yang selalu mengambil kesempatan bercuti dan tidak masuk ke kelas apabila tiba waktu mengajar yang di tetapkan.

Cikgu Halijah sering kali menasihatkan pelajar yang malas supaya berubah demi masa depan tetapi sering kali beliau di ejek dan nasihatnya ibarat mencurah air ke daun keladi. Sebagai guru baru di sekolah tersebut, beliau mencuba yang terbaik untuk memastikan anak muridnya mencapai kecemerlangan setanding dengan pelajar di bandar. Berbagai cara di lakukan oleh beliau seperti mengadakan kelas tambahan pada waktu petang dan pada waktu malam mengadakan kelas tuisyen secara percuma di rumahnya. Tetapi, hanya enam hingga lapan orang sahaja yang bersungguh- sungguh mengikuti kelas tersebut termasuklah diriku. Walaupun aku rajin ke kelas tersebut, tetapi kelemahan diriku ialah aku sukar mengingati formula dan fakta tertentu. Mujur Cikgu Halijah menerangkan kepadaku secara berulang kali dan memberikan contoh. Dapatlah aku mengingati formula tersebut.

Setelah selesai pembelajaran pada hari itu. Aku menjenguk keluar untuk pemandangan di luar, begitu nyaman dan menyegarkan. Walaupun keadaan di sini panas terik, tetapi hembusan anginnya kuat kerana di sini terdapat banyak pokok dan gunung-ganang yang beralun-alun. Burung pula riang terbang terawang- awangan di angkasa dan begitu juga perasaan ku ketika itu. Alangkah bahagianya aku jika jadi seperti burung yang sentiasa bebas dan hanya gembira. Tidak seperti aku yang ada berbagai masalah untuk di selesaikan. Keadaan keluargaku yang kedaifan dan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Adakah aku mampu mengubah

nasib aku dan keluargaku? Persoalan itu senantiasa berlegar- legar di kotak fikiranku.

Aku tersedar dari lamunan apabila Cikgu Halijah menepuk bahuku.

Hafizah, apa yang kamu menungkan tu? tanya Cikgu Halijah.Cikgu, kalau saya beritahu sesuatu pada Cikgu boleh?Boleh. Tiada salahnya. Apa dia?

Saya sedih dengan kehidupan saya. Ibu saya sejak akhir-akhir ini sering sahaja sakit dan saya risau memikirkan keadaan dirinya. Wang simpanan kami pula sudah tinggal sedikit dan mungkin wang itu mungkin hanya cukup untuk tiga atau empat hari saja lagi. Entah la cikgu, mungkin inilah nasib dan takdir saya sekeluarga.

Hafizah, Cikgu faham perasaan kamu. Tapi, walau apa pun terjadi, awak belajarlah bersungguh-sungguh. Balas semua jasa dan pengorbanan ibu. Cikgu yakin ,ibu awak mesti bangga mempunyai anak seperti awak. Pelajaran dan kejayaan sahaja yang dapat mengubah kehidupan Hafizah sekeluarga. Apabila berjaya kelak, jangan lupa diri. Bantulah mereka yang memerlukan dan mereka yang pernah melalui kehidupan seperti awak juga memerlukan kita untuk meringankan beban dan jangan jadikan itu sebagai halangan untuk awak berjaya. Walau apa pun yang berlaku,awak kena kuatkan semangat dan anggap itu sebagai suatu ujian daripada NYA. Banyak- banyakkan berdoa dan jangan tinggalkan solat kerana solat adalah tiang agama bagi orang islam .

Aku memandang wajah Cikgu dengan penuh sayu dan linangan air mata. Beruntung aku memperoleh Cikgu yang baik sebagai pendengar dan teman setia. Aku telah menganggap Cikgu Halijah sebagai kakak ku sendiri.

Lagi seminggu kami pelajar tingkatan lima akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aku memperkuatkan lagi azam dan usaha mengulangkaji pelajaran. Setelah selesai solat aku berdoa agar aku berjaya di dalam peperiksaan ini dan aku menyerahkan semua ketentuan pada takdir Nya. Walaupun Cikgu Halijah demam dan batuk tetapi beliau terus mengadakan kelas tuisyen malam di rumahnya. Sambil menunggu keputusan SPM keluar, aku bekerja sementara sebagai penoreh getah untuk menampung perbelanjaan aku dan ibuku. Walaupun pendapatannya tidak seberapa tapi cukuplah perbelanjaan kami anak beranak.

Waktu yang dinantikan telah pun tiba. Keputusan peperiksaan akan diumumkan dan perasaanku berdebar- debar. Kini tiba giliranku untuk masuk mengambil keputusan dan kali ini jantungku berdengup dengan lebih pantas dari sebelumnya. Tidak sia- sia usaha dan doaku selama ini apabila aku mendapat keputusan cemerlang iaitu 12A1. Alhamdulillah aku dan rakan-rakan yang sama-sama mengikuti kelas tuisyen Cikgu Halijah telah berjaya dalam peperiksaan itu dan kebanyakan dari kami telah mendapat keputusan yang cemerlang. Aku dan yang lain mencari Cikgu Halijah tetapi kami tidak menjumpai beliau. Setelah puas kami mencari, tiba- tiba aku dan rakan- rakan yang lain telah mendengar khabar berita yang menyedihkan iaitu khabar berita bahawa Cikgu Halijah telah kembali kerahmatullah. Aku beristigfar beberapa kali dan bukan aku sahaja yang merasa kepergian Cikgu Halijah, rakan- rakan aku juga turut sedih dan menangis apabila mendapat tahu bahawa sampan yang di naiki cikgu terbalik akibat hujan lebat dan cikgu meninggal dunia pada hari aku mengambil keputusan peperiksaan. Aku juga mendapat tahu yang Cikgu Halijah sanggup meredah hujan lebat dan air sungai yang bergelora untuk pergi ke sekolah pada hari itu.

Cikgu, pengorbanan mu tidak terhingga dan walaupun engkau tahu yang engkau sedang berdepan dengan bahaya tapi demi melihat kejayan kami cikgu sanggup menggadaikan nyawa. Mungkin Tuhan lebih menyayangi dirinya. Sewaktu aku berada di pusara cikgu, aku berdoa dan membacakan surah yasin,semoga cikgu ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kerana jasamu, aku berjaya dalam hidupku dan berjaya menjejakkan kaki ke universiti tempatan di semenanjung Malaysia dalam jurusan kejuruteraan Fizik dan aku berjanji akan menjadi anak yang berguna kepada keluarga dan aku akan berbakti kepada bangsa dan negara. Pengorbanan mu tidak akan aku lupakan.

Terima kasih guru!!!