cerita rakyat orang asli -temuan

8
CERITA RAKYAT ORANG ASLI CERITA 1:ASAL USUL KG BATU PETI(temuan) Pada suatu masa dahulu iaitu zaman moyang-moyang uwan mikcan dahuluk,ada satu kapal lanun besar yang berlabuh darik Kuala Muar.Dalam kapal tuk ramai orang-orang suruhan nakhoda kapal.Lanun- lanun nin dek sukak rompak hartak orang.Mnak-manak berhentik dican nin rompak jak apa yang boleh dican rompak. Pada satu harik,kapal lanun tuk dek darik hilir nk ke hulu muar.Sampai satu tanjung,ternampak seurang orang tuhek yang bongkok ket tepik ayer.Urang tuhek tuk nampak la kapal tuk laluk,lepas tuk dek panggil la kapal lanun tuk.Dek kaba nak menumpang ikut sekalik.Jawab la seurang yang ket atas kapal tuk`kau da tuhek nak buat apak menumpang sekalik.Nanti buat beban dalam kapal nin`bagitahuk urang dalam kapal tuk. Tapi ada seurang anak kapal yang kesian ket urang tuhek tuk,ala baiq la gituk dek bagi urang tuhek tuk menumpang kapal.Urang tuhek tuk pun naik la.Dalam perjalanan ket atas kapal tuk urang tuhek tuk perasan yang kapal nin lambat untuk mudik ke hulu.Laluk dek pun bagitahuk la ket urang yang mengalah kapal tuk.Dek pun mintak la nk tolong galah kapal tukLepas dek bagitahuk marah la urang yang bawak kapal tuk.Dek kaba `kau tuk lagik la tuhek,lagik tak mampu nk galah kapal nin`.Tapik urang tuhek tuk mintak jugak nak galah kapal tuk.Urang mudak tuk bagik jak la dah dek mintak bena. Lepas urang tuhek tuk capai galah dek pun galah la kapal tuk.Tapik kayuk galah dek patah.Dek amik lagik yang baharuk,patah lagi sampai la habis semuhak kayuk galah dikerjaki dengan urang tuhek tuk.Habis semuhak kayu dek patah,dek pun suruh la dican nin berhenti kat satu tempat.Sampai kat situk,urang tuhek tuk pun turun

Upload: ekinpillossophia

Post on 12-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Peribumi semenanjung Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Rakyat Orang Asli -Temuan

CERITA RAKYAT ORANG ASLI

CERITA 1:ASAL USUL KG BATU PETI(temuan)

Pada suatu masa dahulu iaitu zaman moyang-moyang uwan mikcan dahuluk,ada

satu kapal lanun besar yang berlabuh darik Kuala Muar.Dalam kapal tuk ramai orang-orang

suruhan nakhoda kapal.Lanun-lanun nin dek sukak rompak hartak orang.Mnak-manak

berhentik dican nin rompak jak apa yang boleh dican rompak.

Pada satu harik,kapal lanun tuk dek darik hilir nk ke hulu muar.Sampai satu

tanjung,ternampak seurang orang tuhek yang bongkok ket tepik ayer.Urang tuhek tuk

nampak la kapal tuk laluk,lepas tuk dek panggil la kapal lanun tuk.Dek kaba nak

menumpang ikut sekalik.Jawab la seurang yang ket atas kapal tuk`kau da tuhek nak buat

apak menumpang sekalik.Nanti buat beban dalam kapal nin`bagitahuk urang dalam kapal

tuk.

Tapi ada seurang anak kapal yang kesian ket urang tuhek tuk,ala baiq la gituk dek

bagi urang tuhek tuk menumpang kapal.Urang tuhek tuk pun naik la.Dalam perjalanan ket

atas kapal tuk urang tuhek tuk perasan yang kapal nin lambat untuk mudik ke hulu.Laluk dek

pun bagitahuk la ket urang yang mengalah kapal tuk.Dek pun mintak la nk tolong galah

kapal tukLepas dek bagitahuk marah la urang yang bawak kapal tuk.Dek kaba `kau tuk lagik

la tuhek,lagik tak mampu nk galah kapal nin`.Tapik urang tuhek tuk mintak jugak nak galah

kapal tuk.Urang mudak tuk bagik jak la dah dek mintak bena.

Lepas urang tuhek tuk capai galah dek pun galah la kapal tuk.Tapik kayuk galah dek

patah.Dek amik lagik yang baharuk,patah lagi sampai la habis semuhak kayuk galah

dikerjaki dengan urang tuhek tuk.Habis semuhak kayu dek patah,dek pun suruh la dican nin

berhenti kat satu tempat.Sampai kat situk,urang tuhek tuk pun turun la ke darat.Dek pegik

amik kayuk buat galah iaituk kayuk kempas yang masih muda sebesar tong drum nak buat

kayuk galah.

Lepas tuk dek,pun pesan la ket semuhak anak-anak kapal untuk berjaga-jaga sebab

dek nak hulur kayuk galah tuk ket dalam kapal.Kapal tuk pun jadi senget.Dah siap dek

hulur,dek pun nayik atas kapal.Terus dek galah kapal tuk.Sekalik dek galah,tujuh tanjung tuk

jadi lurus,bukan mayen laju lagik urang tuhek tuk menggalah kapal.Urang-urang dalam

kapal pun sesetengah dek habis jatuh kedalam muar.Barang-barang rompakan pun habis

berjatuhan.

Dari Kuala Muar tuk sampai la kapal ke Lubuk Jong buntut kapal terputus darik

badan dek dan sekarang nin buntut kapal tuk dah jadik batu kat Lubuk Jong.Walaupun

Page 2: Cerita Rakyat Orang Asli -Temuan

tinggal separuh badan jak kapal tuk,urang tuhek tuk terus jugak menggalah ke mudik

hulu.Sampai kat pangkalan yang sekarang tempat urang manik tuk,tertinggal la peti ket batu

kawasan air muar tuk.Urang tuhek tuk galah lagik kapak tuk sampai ket Lubuk Batu

Jong,kepalak kapal pun terputus la.tinggal la bahagian tengah.Walaupun tinggal bahagian

tengah Urang tuhek tuk terus jugak menggalah kapal sehingga la mudik ke hulu muar iaitu

ke hulu langkap(air muar bawah gunung berembun).Urang tuhek tuk turun terus nayik ke

atas bukit.Yang kayuk galah dek tadin dipacaki ket tepik air.Kapal yang tengah tuk pun jadik

la batu.Galah yang dicacak tadin menurut muyang-muyang dahuluk tumbuh dua helai

daun.Sehingga sekarang menurut muyang-muyang,urang tuhek tuk hilang ket gunung

berembun dan mungkin jadik penunggu kat gunung tuk.

TERJEMAHAN CERITA:

Pada zaman dahulu iaitu zaman nenek moyang uwan kami,ada satu kapal lanun

besar yang berlabuh dari Kuala Muar.Di dalam kapal itu terdapat ramai orang suruhan

nakhoda kapal dan lanun-lanun tersebut suka merompak harta orang.Mereka akan

merompak apa sahaja apabila mereka berlabuh di sesebuah tempat.

Pada satu hari,kapal lanun tersebut mudik dari hilir ke Hulu Muar.Sampai di sebuah

tanjung,mereka ternampak seorang orang tua yang bongkok di tepi air dan orang tua

tersebut memanggil kapal lanun dan meminta untuk menumpang sekali kapal tersebut.Maka

salah seorang yang berada di atas kapal tersebut berkata ‘kau sudah tua hendak buat untuk

menumpang kami sekali?’.Nanti buat beban dalam kapal ini’.katanya lagi.

Tetapi salah seorang anak kapal yang kasihan akan orang tua tersebut memberi

orang tua tersebut untuk menumpang kapal.Lalu orang tua tersebut pun terus menaiki kapal

tersebut.Ketika berada di atas kapal tersebut,orang tua mulai merasai pergerakan tersebut

amatlah lambat untuk mudik ke hulu.Lalu dia pun memberitahu kepada pengemudi kapal

tersebut dan orang tua telah menyatakan hasratnya untuk membantu menggalah kapal

tersebut.Namun pengemudi tersebut talah memarahi orang tua itu.Katanya ‘kau itu lagilah

tua,lagilah tidak mampu untuk menggalah kapal yang besar ini.Tetapi orang tua tersebut

meminta juga untuk mengemudi kapal.Lalu pengemudi tersebut pun memberilah kepada

orang tua tersebut.

Selepas itu,orang tua tersebut pun terus mencapai kayu pendayung tersebut tetapi

kayu pendayung tersebut telah patah lalu dia pun mengambil kayu yang baru.Ia juga telah

Page 3: Cerita Rakyat Orang Asli -Temuan

patah sehinggalah habis semua kayu pendayung yang digunakan oleh orang tua itu.Habis

semua kayu pendayung patah digunakan dia pun menyuruh anak kapal berhenti di satu

tempat.Setibanya di tempat tersebut,orang tua pun turun ke darat.Dia pun pergi mengambil

kayu untuk dibuat kayu pendayung iaitu kayu kempas yang masih muda sebesar tong drum

untuk dibuat kayu pendayung.

Selepas selesai mencari kayu pendayung,orang tua tersebut menyuruh kepada

semua anak kapal untuk bersedia kerana dia ingin menghulur kayu pendayung tersebut di

atas kapal.Selepas dihukurkan ke dalam kapal,maka kapal tersebut telah menjadi tidak

stabil ataupun tidak seimbang.Orang tua tersebut teruslah mendayung menggunakan kayu

yang dicarinya sebentar tadi.Namun sekali orang tua tersebut mendayung habis tujuh

tanjung tersebut menjadi lurus dan kebanyakkan orang kapal telah jatuh ke dalam Sungai

Muar.Barang-barang hasil rompakan pun turut tenggelam di dalam Sungai itu.

Dari Kuala Muar hendak ke Lubuk Jong hujung kapal tersebut telah terputus dari

badan kapal dan masa kini hujung kapal tersebut telah menjadi batu di Lubuk Jong.Namun

walaupun tinggal separuh badan sahaja kapal tersebut,orang tua it uterus mendayung ke

mudik Hulu.Setibanya di suatu tempat dimana pada masa kini tempat tersebut menjadi

kawasan penduduk kampung untuk bermandi-manda,telah tertinggal peti hasil rompakan

tersebut.Namun orang tua tersebut terus mendayung sehinggalah sampai di lubuk Batu

Jong dan pangkal kapal tersebut telah terputus maka tinggallah bahagian tengah sahaja

kapal itu.Walau bagaimanapun,orang tua tersebut terus mendayung kapal sehinggalah

mudik ke hulu Muar iaitu ke Hulu Langkap (air Muar bawah Gunung Berembun).Lantas

orang tua tersebut turun dan berjalan menaiki bukit dan kayu pendayung yang telah

digunakan tadi telah dipacakkan di tepi air.Manakala bahagian tengah kapal tersebut telah

menjadi batu.Menurut nenek moyang kami,sehingga kini orang tua tersebut telah hilang di

gunung Berembun dan berkemungkinan telah menjadi penunggu di Gunung tersebut.

Diceritakan oleh :Uwan Mijah Kg Batu Peti Rompin NSDK

Ditulis oleh: Hasnalina binti Johari

Page 4: Cerita Rakyat Orang Asli -Temuan

CERITA 2:ORANG YANG BIJAK(temuan)

Adak seurang tuhek berjalan bawak buah niur sebijik,tebuk seruas dan uncang

sirih.Dalam uncang tuk adak la pinang dek,sirih dan kapur.Dalam perjalanan tuk urang tuhek

tuk terjumpak laa seurang anak mudak.Dican pun jalan laa sama-sama.Sebenarnya,urang

mudak tuk dek tak tahuk nak pegik kemana.Dek nin macam penggembara.Laluk urang

tuhek tuk ajak la kerumah dek.Rumah dek sangat jauh.

Dalam perjalanan tuk,dican pun berhenti.Urang mudak tuk pun tanyak la ket urang

tuhek tuk`boleh koh kalau kitak kerat-kerat mulut,lepas tuk korek mata?Namun urang tuhek

tuk tak jawab dek terus berjalan sebab dek takut urang mudak tuk tanyak macam tuk.Lepas

berjalan lagik dican pun berhenti untuk kalik keduak.Urang mudak tuk tanyak lagik`boleh koh

kalau kitak kupas-kupas kulit dan kerat-kerat sendi?Tapik urang tuhek tuk diam jak.Dek pun

bangun dan terus berjalan sebab dek takut urang mudak tuk tanyak soalan yang

menakutkan.

Jalan-jalan lagi,lepas tuk penat dican berhenti lagik.Urang mudak tuk tanyak lagik kt

urang tuhek tuk`boleh koh kalau kitak colek-colek otak dan berkumur-kumur darah?Seperti

biasa urang tuhek tuk tak jawab jugak.Dek bangun macam biasa terus berjalan sebab takut

soalan yang urang mudak tuk tanyak menakutkan dek.Sampailah ket rumah urang tuhek

tuk.Dek adak anak darak.Urang mudak yang tadin tuk mintak tumpang nak manik.Lepas tuk

pegik la dek manik ket air sungai belakang rumah.

Lepas urang mudak tuk pegik manik,urang tuhek tadin ceritak la kisah sepanjang

dalam perjalanan tadin ket anak darak dek.Dek bagitahuk la soalan urang mudak yang

pertamak tadin yang dek nak kerat mulut lepas tuk korek mata.Anak darak dek tadin faham

la maksud urang mudak tuk.Dek pun jelaskan ket bapak dek yang urang mudak tuk nk

minum air kelapa yang bapak dek bawak tadin.Lepas tuk bapak dek bagitahuk soalan yang

keduak yang urang mudak tuk nak kupas-kupas kulit dan kerat-kerat sendi.Anak darak dek

tadin faham bena dengan maksud soalan urang mudak tuk.Dek pun kaba la yang urang

muda tuk nak makan tebu yang bapak dek bawak.Soalan ketigak pun bapak dek bagitahuk

yang urang mudak tuk nak colek-colek otak dan berkumur-kumur darah.Habis cerita tuk

anak darak dek tadin bagitahuk la maksud yabg urang mudak tuk dek nak makan pinang

bercolekkan kapur sirih dan bila meludah tuk keluarlah merah-merah air pinang tuk.

Lepas tuk baruk la bapak dek faham segala soalan urang mudak tuk.Dek memuji

anak darak dek yang pandai tuk.Baru la dek tak takut lagik dengan urang mudak tuk.

Page 5: Cerita Rakyat Orang Asli -Temuan

TERJEMAHAN:

Ada seorang orang tua berjalan bawa sebiji buah kelapa,seruas tebu dan seuncang

sirih.Dalam uncang tersebut terdapatlah pinang ,sirih dan kapur.Ketika dalam perjalanan

orang tua tersebut telah terjumpa dengan seorang anak muda.Mereka pun berjalanlah

sama-sama.Sebenarnya,orang muda tersebut tidak tahu hendak pergi ke mana.Dia

kelihatan seperti seorang penggembara.Lalu orang tua itu mempelawanya ke rumah

dia.Rumah orang tua sangat jauh.

Dalam perjalanan tersebut,mereka pun berhenti untuk berehat.Orang muda itu pun

menanyakan soalan kepada orang tua tersebut.‘Boleh ke kita kerat-kerat mulut selepas itu

kita korek mata?’kata orang muda tersebut. Namun orang tua itu tidak menjawab dan telah

meneruskan perjalanannya disebabkan soalan orang muda itu.Penat berjalan mereka pun

berhentilah berehat untuk kali keduanya.Orang muda tersebut pun menanyakan lagi soalan

kepada orang tua tersebut. ‘Bolehkah kalau kita kupas-kupas kulit dan kerat-kerat

sendi?’tanya orang muda tersebut.Tapi orang tua tersebut mendiamkan diri sahaja.

Lalu dia pun terus bangun dan terus berjalan kerana takut akan pertanyaan orang

muda tersebut.Mereka pun berjalan dan terus berjalan sehinggalah sampai di satu

kawasan,mereka pun berhenti berehat.Orang muda tersebut menanyakan lagi soalan

kepada orang tua tersebut. ‘Bolehkah kita colek-colek otak dan berkumur-kumur

darah ?’tanya orang muda itu.Seperti biasa orang tua itu tidak menjawab dan dia terus

bangun seperti biasa dan terus berjalan disebabkan hal yang sama.Mereka telah pun

sampai di rumah orang tua itu.Orang tua tersebut mempunyai seorang anak dara.Orang

muda tadi pun memintalah untuk menumpang mandi.Maka pergilah dia mandi di Sungai

yang berada di belakang rumah orang tua tersebut.

Semasa pemuda itu sedang mandi di Sungai belakang rumah,orang tua tersebut

telah menceritakan kisah yang berlaku sepanjang perjalanan tadi kepada anak daranya.Dia

telah menceritakan tentang soalan-soalan yang menakutkan yang diajukan oleh pemuda itu

tadi kepada dia.Bagi soalan yang pertama yang diajukan oleh pemuda tersebut adalah

bolehkah dia mengerat mulut dan mengorek mata.Maka didengarlah oleh si anak daranya

cerita bapanya itu.Lalu dia pun memberikan maksud pertanyaan yang diajukan oleh pemuda

itu.Katanya ‘pemuda itu hendak minum air kelapa yang dibawa oleh ayah sebentar

tadi.’Barulah mengerti bapanya itu.Terus orang tua tersebut memberitahu tentang

pertanyaan yang kedua iaitu pemuda itu ingin mengupas kulit dan mengerat sendi maka si

anak dara tersebut menerangkan maksud yang ingin disampaikan oleh pemuda itu.Dia

sebenarnya ingin makan tebu ang dibawa bapanya itu.Untuk soalan yang terakhir iaitu

Page 6: Cerita Rakyat Orang Asli -Temuan

orang muda tersebut ingin mencolek-colek otak dan berkumur-kumur darah bermaksud

orang muda tersebut hendak makan pinang bercolekkan kapur sirih dan bila kita meludah

airnya akan kelihatanlah air pinang yang kemerahan tersebut.

Selepas mendengar penjelasan daripada anak daranya,barulah bapanya

mengetahui maksud dan niat pemuda tersebut.Orang tua tersebut memuji kepandaian anak

daranya dalam menggungkap maksud pertanyaan pemuda itu.Justeru itu,barulah orang tua

tersebut tidak berasa takut dengan pemuda itu.

Diceritakan oleh : Uwan Mijah Kg Batu Peti Rompin NSDK

Ditulis oleh : Hasnalina binti Johari