cerita rakyat kaum cina

2
Puteri Hang Li Po Hang Li Po ialah isteri kelima kepada Sultan Mansur Syah (1456 – 1477), sultan Melaka memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Walaupun beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle, [1] maharaja Wangsa Ming di China, namun tidak terdapat sebarang ru kepadanya sebagai puteri dalam babad Wangsa tersebut. Hubungan diplomatik Melaka-Ming Menurut Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpat Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih be menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberik tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwi pegawai-pegawai Sultan MansurSyah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran “Hang” oleh Sultan Mansur Syah. Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat. Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan untuk orang Cina tempatan. Perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Poh masih ada di Melaka hingga ke hari ini. Perigi Hang Li Po

Upload: azmira-binti-abdul-kadir

Post on 05-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Puteri Hang Li Po

Hang Li Po ialah isteri kelima kepada Sultan Mansur Syah (1456 1477), sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Walaupun beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle, [1] maharaja Wangsa Ming di China, namun tidak terdapat sebarang rujukan kepadanya sebagai puteri dalam babad Wangsa tersebut.Hubungan diplomatik Melaka-MingMenurut Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. [2]Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran Hang oleh Sultan Mansur Syah.Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat.Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan untuk orang Cina tempatan. Perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Poh masih ada di Melaka hingga ke hari ini.Perigi Hang Li PoPerigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansur Shah kepada isteri baginda, seorang puteri dari negara China, Puteri Hang Li Poh.Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh.Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasShare this: