cerita rakyat cina

Upload: melvin-georage

Post on 11-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cerita rakyat

TRANSCRIPT

Kisah Kucing dan Harimau

Dahulu kala, kucing bersahabat dengan harimau. Mereka selalu bersama-sama di hutan . Harimau tidak pandai berburu, maka kucing yang mencari haiwan buruan untuk mereka berdua. Karena tubuh kucing kecil, maka ia hanya dapat menangkap hewan-hewan kecil untuk mereka makan.Harimau sering merasa lapar karena makanannya hanya sedikit. Ia sering melihat kucing berburu dan berpikir, kalau ia berburu, tentu ia akan mendapat mangsa yang lebih besar dan ia dapat makan sampai puas.Kucing, kata harimau. Aku ingin berburu, tapi aku tidak tahu caranya. Ajari dong,Gampang, kok, kata kucing.Lalu ia mulai mengajarkan cara mengejar hewan buruan. Esoknya, kucing menunjukkan bagaimana menerkam dan menangkap buruannya.

Harimau belajar dengan cepat. Ia sudah dapat menangkap hewan buruan besar. Tapi harimau tidak puas. Kucing sangat pintar, katanya dalam hati. Pasti ada ilmu lain yang dimilikinya. Ia harus mengajarkannya kepadaku.Hai, kucing, kata harimau. Kau sudah mengajarkan aku berburu. Ajari aku kepandaian lain, dong.Kepandaian apa lagi? jawab kucing. Semua sudah kuajarkan kepadamu

Harimau masih penasaran. Ia berpikir terus, bagaimana caranya agar kucing menunjukkan kemampuan yang belum diajarkannya. Mungkin kalau aku mengejutkannya, kata harimau dalam hati, kucing akan menggunakan ilmu itu.

Pada suatu hari, kucing sedang tidur. Harimau mengendap-endap dan menerkam kucing! Kucing terkejut tapi ia dapat menghindar dan memanjat sebatang pohon yang tinggi. Pada saat itu kucing baru teringat bahwa ia belum mengajarkan cara memanjat pohon kepada harimau. Sementara harimau yang merasa dikhianati, marah besar. Kucing! teriak harimau dari bawah pohon. Aku tahu kau bukan teman yang baik. Akan kubalas kau!

Harimau menunggu kucing turun dari pohon, tapi kucing tetap bertahan . Akhirnya harimau merasa lelah dan lapar, ia pun pergi sambil mengancam, Kau tidak bisa lari dariku. Ke manapun kau pergi, aku akan mencarimu. Setelah harimau pergi, kucing turun dari pohon dan lari ke perkampungan manusia. Kepandaiannya menangkap tikus membuat manusia suka padanya dan sering membarinya makanan. Kucing pun tinggal di perkampungan. Namun, walaupun kucing tahu harimau tidak dapat mengejarnya ke perkampungan, ia selalu berhati-hati. Setiap membuang kotoran selalu ditimbunnya dengan tanah agar tidak dapat ditemukan oleh harimau.

Seorang Gadis Bernama Li-Li

Seorang gadis Cina bernama Li-Li menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Li-Li juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-Li dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua.

Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.

Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Li-Li, saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh"

Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."

Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.

Dia memberitahu Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."

Li-Li berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Li-Li berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah. Dia mula menyayangi Li-Li seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.

Suami Li-Li turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan."

Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."

Kong Zhi meminta tunjuk ajar budak kecilKong Zhi merupakan seorang sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman dahulu. Pada suatu hari, Kong Zhi dan anak muridnya pergi ke suatu tempay dengan menaiki kereta kuda. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan seorang budak yang berumur enam tahun. Budak itu sedang bermain di tengah jalan. Anak muriod Kong Zhi yang melihat keadaan ini mengarahkan budak itu supaya ke tepi. Budak kecil itu menjawab, " Di sini ada sebuah kota, elok tuan cari jalan lain untuk lalu dari sini." Anak murid Kong Zhi nampak ada sebuah kota batu yang telah dibina di atas tanah. Anak murid Kong Zhi berasa lucu dan berkata, " Budak nakal, cepat beri laluan! " Budak kecil itu berkeras untuk tidak beralih. Dia berkata, "Boleh, dengan syarat tuan dapat menyatakan kebenaran. Adakah kota saya perlu elakkan kereta tuan, atau tuan yang perlu elakkan kota saya? Sejak dahulu lagi, keretalah yang berjalan mengelilingi kota, mana ada kota yang beri laluan kepada kereta!" Kong Zhi yang tertarik dengan percakapan budak itu turun dari kereta kuda dan berkata, "Kata-kata kamu memang benar, tetapi kami kesempitan masa. Bolehkah kamu berikan kami laluan?" Budak kecil itu pula berkata lagi," Saya dengar tuan seorang yang berpengetahuan luas. Kalau tuan dapat menjawab soalan saya, saya akan beri laluan kepada tuan." Kong Zhi bersetuju dengan cadangan itu. Budak kecil itu menunjukkan ke arah langit dan bertanya,: Kita boleh nampak bintang di langit. Berapa banyakkah bintang di langit?" Kong Zhi menjawab, " Tetapi bintang di langit terlalu banyak. Bagaimanakah boleh kita mengiranya?" Budak kecil itu berkata lagi, " Bintang di langit banyak. Matahari pula satu sahaja. Pada waktu pagi, matahari menjadi besar, tetapi kecil semasa tengah hari. bolehkah tuan memberitahu saya, bilakah matahari paling dekat dan paling jauh dari kita?" Kong Zhi terkejut mendengar soalan nudak kecil itu. Beliau berfikir sejenak. Kemudian beliau berkata, " Saya sangat menyesal. Walaupun saya berpengetahuan, tetapi masih tidak cukup. Silalah beri tunjuk ajar kepada saya." Budak kecil itu melihat Kong Zhi begitu bersopan, lalu dia pun memberikan laluan kepada mereka. Sejak peristiwa itu, Kong Zhi mengajar muridnya supaya mengaku jika tahu dan jangan berpura-pura tahu jika tidak tahu. Kita sepatutnya meminta tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang berpengetahuan kerana ilmu tiada batasnya

Hang Li PoHang Li Po ialah salah seorang permaisuri kepada Sultan Mansur Shah (Sultan Melaka, 1456 - 1477). Walaupun kita menerima hakikat bahawa beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yong Le, maharaja Dinasti Ming di China, namun tidak terdapat sebarang rujukan (di dalam sejarah Istana China) bahawa beliau adalah puteri dalam Dinasti tersebut. Sesetengah catatan sejarah (Ming Chronicles), bahawa 'Su-tan Wang-Su-Sha' (Sultan Mansur Shah) telah mengirimkan rombongan ke China dan Maharaja T'ien-shun (1457-1464) yang menabalkan baginda sebagai sultan pada 1459 (bukan Maharaja Yong Le). Di dalam buku 'Sejarah Melayu', karya Tun Seri Lanang, hanya dicatatkan 'Raja Cina' (tiada nama khusus). Apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja China. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja tersebut dengan kemasyhuran dan kegemilangan Kesultanan Melaka sehingga Maharaja menghadiahkan puterinya, Li Po (dikenali juga sebagai Hang Liu), untuk dijadikan isteri Sultan. Ada kemungkinan Li Po hanyalah anak perempuan salah seorang pegawai Istana China. Menurut sejarawan Cina, ini untuk memberikan imej yang tinggi kepada sultan kerana kesudian Maharaja itu memberikan puterinya. Mereka berpendapat, Maharaja China yang konservatif berkemungkinan besar tidak akan memberikan puterinya kepada seorang pemerintah di tempat yang jauh. Sebagai contoh, orang Tibet menyangka raja mereka, King Sonten Gampo 'memaksa' Maharaja China menghadiahkan puterinya semata-mata untuk mewujudkan keamanan antara kedua negara. Cerita dari pihak China pula mengatakan bahawa 'puteri' yang dikatakan itu cuma seorang dayang di istana (diplomatic trick). Jadi, tidak mustahil sekiranya helah yang sama digunakan terhadap Sultan Mansur Shah. Ia juga mungkin sebagai tipudaya dalam usaha untuk menghalang Raja-Raja Siam menyerang wilayah takluk Melaka. Siam tentu tidak berani kerana Sultan Melaka ketika itu adalah menantu Maharaja China yang memiliki empayar luas!Namun begitu, semuanya adalah spekulasi semata-mata. Tiada rekod (dalam Sejarah Dinasti) yang boleh dirujuk bagi mengiyakan atau menidakkan kenyataan ini. Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Shah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Shah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Shah. Dari sinilah berkembangnya golongan baba dan nyonya. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Shah. Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Paduka Mimat. Ada sejarah mengatakan Paduka Mimat telah meninggal dunia dalam satu kejadian amuk di pekan. Ada pula catatan bahawa Paduka Mimat mempunyai putera, Paduka Ahmad iaitu ayahanda kepada Paduka Isap. Ada pula pandangan bahawa generasi berikutnya mempunyai kaitan rapat dengan golongan kerabat Diraja Selangor.