cerita nabi yunus ditelan ikan
TRANSCRIPT
TAJUK : NABI YUNUS DITELAN IKAN
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
SAYA HANIS NASUHA BT. SHAHRIL ZAIDI DARI KELAS 2 ABU BAKAR AKAN MENYAMPAIKAN SEBUAH CERITA YANG BERTAJUK
‘ NABI YUNUS DITELAN IKAN.
Ceritanya begini……..
Nabi Yunus tinggal di dalam sebuah kota. Nama
kota itu ialah Kota Ninawa. Penduduknya hidup
dalam keadaan mewah dan sangat sombong
dengan kekayaan mereka. Mereka sentiasa
menyembah berhala dan tidak beriman kepada
Allah SWT.
Nabi Yunus sangat marah dengan sikap kaumnya
yang degil, suka membunuh dan sentiasa
menyembah berhala. Oleh itu, Nabi Yunus
mengambil keputusan untuk meninggalkan Kota
Ninawa.
Ini kerana Baginda berasa baginda telah selesai
dalam urusan menyampaikan dakwahnya .
Tambahan pula , kaum-kaumnya masih lagi
berdegil tidak mahu menyembah Allah S.W.T.
Tanpa menoleh ke belakang lagi, Nabi Yunus terus
berjalan, berjalan dan berjalan hingga sampai di
tepi laut. Di tepi laut baginda ternampak sebuah
kapal yang sedang bersiap sedia untuk berlayar.
Nabi Yunus pun meminta kebenaran untuk
menyertai pelayaran itu. Tidak lama kemudian,
kapal itu pun berlayar membawa Nabi Yunus dan
penumpang-penumpang yang lain.
Tiba-tiba, berlakulah taufan yang amat
dashyat hingga hampir menenggelamkan
kapal tersebut……
Demi untuk keselamatan mereka , penumpang-
penumpang di atas kapal pun berpakat membuat
undian. Sesiapa yang terkena undian tersebut akan
dicampakkan ke dalam laut.
Setelah membuat undian, nama Nabi Yunus yang
terkena undian. Oleh kerana Nabi Yunus terkenal
sebagai seorang yang soleh, maka undian
dilakukan sekali lagi. Malangnya , setiap kali
undian dilakukan, nama Nabi Yunus juga yang
terkena.
Oleh yang demikian, Nabi Yunus membuat
keputusan untuk terjun ke dalam laut dengan rela
hati. Lalu Nabi Yunus pun terjun ke dalam laut.
Allah swt Maha penyayang dan Maha Pengasih.
Lalu Allah swt mengutuskan seekor ikan Nun yang
besar untuk menelannya. Selesai sahaja Nabi
Yunus ditelan ikan nun, laut pun kembali menjadi
tenang.
Maka , ketahuilah Nabi Yunus kenapa baginda
telah ditelan ikan Nun. Nabi Yunus pun duduklah
di dalam perut ikan Nun dengan tenang sambil
berzikir dan beristighfar memuja dan memuji
kebesaran Allah atas peristiwa itu. Dengan
Perintah Allah S.W.T, ikan Nun pun terdampar di
sebuah pantai. Nabi Yunus pun dari perut ikan Nun
tersebut dan menuju kepada kaum-kaumnya
semula. Allah s.w.t telah memerintahkan Nabi
Yunus supaya berdakwah kepada kaumnya
semula. SEKIAN TERIMA KASIH.
PENGAJARAN YANG SAYA PEROLEHI
DARIPADA CERITA INI IALAH ALLAH SWT
BOLEH MELAKUKAN APA SAHAJA YANG
DIKEHENDAKINYA WALAUPUN PERKARA
TERSEBUT TIDAK DAPAT DITERIMA AKAL.