cerita moral

5
CERITA MORAL ANJING DENGAN BANGAU Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama. Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat makan. Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar. Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan. Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper. Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar. NILAI MURNI Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.

Upload: meganathan-balavesivan

Post on 03-Jul-2015

3.598 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Moral

CERITA MORAL

ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain

bersama-sama. Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke

rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat

makan. Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil

makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya

panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut

lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula.

Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan.

Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas

leper. Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut

lapar.

NILAI MURNI

Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh

itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.

Page 2: Cerita Moral

CERITA MORAL

ARNAB BERSAMA KURA-KURA

Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kura-kura.

Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.

"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa. Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata

arnab dalam hatinya. Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.

"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab

bertanya. "Ya, baiklah! Aku bersetuju," jawab kura-kura. "Satu, dua, tiga!"

arnab membilang.

Perlumbaan pun bermula. Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak

perlahan. Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok.

Kemudian, arnab tertidur. Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura

sampai di garisan penamat.

Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari laju. Tetapi kura-

kura sudah berada di garisan penamat. Arnab kalah dalam perlumbaan

itu. Arnab berasa malu.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah

atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan

kelebihan masing-masing.

CERITA MORAL

Page 3: Cerita Moral

SANG MERAK DENGAN SANG ARNAB

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan cantik. Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan merak. Merak berasa bangga kerana dapat pujian. Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus memuji kecantikan merak.

Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam ekor merak. Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab. Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak memakai ekor arnab.

Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke sana dan ke mari. Arnab menari-menari di tengah padang.Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Arnab pergi berjumpa merak. Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu.

Arnab minta  semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing. Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi. "Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab.

NILAI MURNI :      Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.

CERITA MORAL

Page 4: Cerita Moral

KATAK PURU DAN LEMBU

Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah.Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak berasa sangat takut."Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya.

Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang.Anak katak puru memberitahu ibunya, "Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!"

Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling besar.”"Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu. Ibunya segera menggembungkan badannya.  "Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya. "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru. Ibunya mengembungkan lagi badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi."Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru. Ibunya terus menggembungkan lagi badannya. "Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi. Anak katak puru menjawab, "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi."

"Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi. Pop! Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu.Ibu katak puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar. Akhirnya, badannya pecah. Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri. Perbuatan ini merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri sendiri.

Page 5: Cerita Moral