cerita monyet yang degil

14
Pencerita Pada suatu hari Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Kura-kura, Tupai, dan Burung. Sedang asyik mereka makan buah- buahan di situ, tiba-tiba datang Monyet yang sangat

Upload: daus-din

Post on 09-Dec-2014

367 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

cerita untuk mengajar berlakon

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Monyet Yang Degil

Pencerita

Pada suatu hari Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Kura-kura, Tupai, dan Burung. Sedang asyik mereka makan buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Monyet yang sangat lapar

Page 2: Cerita Monyet Yang Degil

Monyet

• Tolong, tolong, saya sangat lapar. Sudah lama saya tak makan• Boleh kamu beri sedikit buah-

buahan untuk saya

(sedih)

Page 3: Cerita Monyet Yang Degil

Pencerita

Kancil ,Kura-kura, burung dan tupai berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Monyet seperti itu.

Page 4: Cerita Monyet Yang Degil

Kancil

Baiklah Monyet, ambillah buah ini.

Page 5: Cerita Monyet Yang Degil

Monyet

Terima kasih Kancil, Kura-kura,tupai dan burung.

Page 6: Cerita Monyet Yang Degil

Pencerita

Monyet Nampak banyak pokok buah-buahan. Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak pokok cili yang banyak dengan cili-cili yang merah menyala.

Page 7: Cerita Monyet Yang Degil

Monyet

Aku mahu itu, aku mahu itu! (jerit)

Page 8: Cerita Monyet Yang Degil

Kura-kura

Jangan Monyet, nanti akan rasa pedas

Page 9: Cerita Monyet Yang Degil

Burung

Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain

Page 10: Cerita Monyet Yang Degil

Monyet

Ah, Aku mahu buah itu juga

Page 11: Cerita Monyet Yang Degil

Tupai

Jangan monyet, nanti kau akan sakit.

Page 12: Cerita Monyet Yang Degil

Pencerita

Monyet tidak peduli katak-kata haiwan lain. Dia mengambil cili-cili yang merah itu dan terus memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit

Page 13: Cerita Monyet Yang Degil

Monyet

Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!

Page 14: Cerita Monyet Yang Degil

Pencerita

Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil ,Kura-kura , Tupai dan burung menggeleng-gelengkan kepala mereka.