bukan cinta monyet
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
1/87
Hasliza Ismail
1
PROLOG
B
ERPELUH-PELUH Kamal
Ilham mengayuh basikal tua
menyusuri jalan yang berbatu-
batu dan tidak rata sambil membawa adiknya yang berusiasembilan tahun itu. Kekadang tayar basikalnya tergelincir
namun sempat dia mengimbanginya. Dia sudah biasa dengan
jalan itu. Jalan yang selalu dia gunakan apabila berulang-alik
menjual kuih dan kerepek.
Selalunya hanya Kamal Ilham yang menjual kuih-
muih di sekitar Kampung Ehsan. Namun kali ini NurulSuhana beria-ia mahu mengikutnya. Walaupun pada mulanya
umi membantah, tetapi kerana kasihan melihat muka sedih
Nurul Suhana, umi akhirnya mengalah. Sekurang-kurangnya
Nurul Suhana dapat menjadi teman waktu dia bekerja.
Abang kayuhlah laju-laju tak best la. Nurul
Suhana merengek manja. Sengaja mengusik abangnya yang
terkial-kial mengayuh basikal.
Macam mana nak kayuh laju-laju? Hana ni berat
sangat makan banyak ke apa?
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
2/87
Bukan Cinta Monyet
2
Alah abang ni jahat tau, badan orang bukannya
besar sangat! Dia cubit pinggang Kamal Ilham membuatkan
tubuh abangnya itu meliuk lentok menahan kegelian.
Eh gelilah! Jangan cubit-cubit, nanti jatuh
kang! jerit Kamal Ilham.
Padan muka, siapa suruh usik orang! Terkekeh-
kekeh Nurul Suhana di belakang ketawa. Seronok benar dia
hari ini kerana dapat mengikut abangnya berniaga di pasar.
Sukalah tu tengok orang berpeluh-peluh bawa
dia.
Alah bukan selalu umi bagi Hana ikut abang.
Lagipun hari ni kuih dengan kerepek kita habis cepat, kan?
Ni semua sebab Hana tolong abang, tau tak? sambung Nurul
Suhana bangga apabila mengenangkan kuih-muih serta
kerepek mereka habis dijual.Yalah tu... memang adik abang yang banyak tolong
tadi perli Kamal Ilham sambil ketawa kecil.
Sebenarnya Nurul Suhana lebih banyak
mengusiknya daripada menolong sepanjang mereka berniaga
tadi. Kebetulan pula ramai yang berminat dengan kuih-muih
mereka tadi, tidak seperti hari-hari biasa. Mungkin betul,
berkat tuah adiknya itu mengikut sama. Hati Kamal Ilham
mengiakan.
Kamal Ilham tidak berhenti senyum sambil sekali-
sekala menoleh belakang melihat Nurul Suhana menyanyi
riang.
Boleh tahan juga sedapnya mengalahkan guruh
di langit! Kamal Ilham tergelak di dalam hati. Kalau diusik
lagi ni pasti kena cubit.
Apa kata, abang bagi Hanapulak bawa?
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
3/87
Hasliza Ismail
3
Larat ke adik abang ni?
Eh, siapa kata tak larat? Setakat abang sorang,sekelip mata aje sampai rumah!
Huh, cakap besar! Tinggal kat sini baru tau! sakat
Kamal Ilham.
Tak naklah! Segera Nurul Suhana memprotes
manja. Badannya sengaja dironta-rontakan ke kiri dan kanan
membuatkan Kamal Ilham hampir hilang kawalan.
Duduk diam-diam boleh tak? Abang nak naik bukit
ni, pegang kuat-kuat, pesan Kamal Ilham. Jalan di hadapan
agak membukit dan berbatu-batu.
Kamal Ilham yang berusia enam belas tahun itu
bersusah payah mengayuh sambil cuba mengimbangi
basikalnya. Apatah lagi dengan Nurul Suhana yang
membonceng di belakang, semakin mencabarlah kekuatankayuhan Kamal Ilham.
Eh eh bang, baik-baik, jatuh kang! Nurul
Suhana menjerit apabila basikal yang mereka tunggang,
terlanggar batu besar, membuatkan basikal itu terhoyong-
hayang.
Kamal Ilham panik, dia cuba mengawal dengansebaik mungkin.
Dik, pegang abang kuat-kuat! jerit Kamal Ilham.
Buk!
Kamal Ilham gagal mengawal basikalnya lantas
tergolek di tepi jalan. Nurul Suhana tergolek sama.
Bertambah malang apabila basikal tua itu menghempaptubuh kecilnya.
Bang!
Aduh!!!
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
4/87
Bukan Cinta Monyet
4
Nasib mereka baik kerana kedua-duanya tidak
terperosok ke dalam longkang besar yang hanya beberapa inci
dari tempat mereka jatuh.
Aduh sakitnya! Nurul Suhana mengerang
sambil memegang kakinya yang luka.
Dik adik tak apa-apa ke? Ya Allah, lutut adik
berdarah! Kamal Ilham panik seketika apabila melihat Nurul
Suhana mengerang kesakitan. Luka yang dalam di lutut
Nurul Suhana membuatkan Kamal Ilham buntu. Segera diateringat pesan uminya supaya menjaga Nurul Suhana baik-
baik. Dia menyesal kerana membiarkan Nurul Suhana
mengikutnya.
Maa dik, abang tak sengaja sakit ke?
Tak apa bang sikit aje ni. Lagipun bukan salah
abang, jangan risaulah. Nurul Suhana cuba memujuk,kasihan melihat wajah abangnya yang pucat lesi.
Betul ke tak sakit ni? Kamal Ilham masih tidak
berpuas hati. Entah kenapa, dia yang selalunya banyak idea,
tiba-tiba hilang akal. Apa yang patut aku buat ni?
Tak! Abang jangan risau ya baik kita balik cepat
nanti umi bising pula, cadang Nurul Suhana sambil cuba
menahan sakit.
Melihat Nurul Suhana tersenyum, Kamal Ilham
mengeluh. Dia tahu adiknya itu mahu menenangkan dirinya.
Nurul Suhana pasti sakit walaupun masih mampu tersenyum.
Rasa sayu mula menerjah diri. Bukankah aku telah berjanji
akan menjaga adik dan umi dengan baik? Janji yang hanya
dia seorang sahaja tahu mengapa dan kenapa.
Abang... abang tak apa-apa ke? tanya Nurul
Suhana hairan tatkala melihat Kamal Ilham merenung
kakinya yang luka.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
5/87
Hasliza Ismail
5
Eh tak jomlah kita balik. Segera Kamal
Ilham tersedar. Cepat-cepat dia menolong adiknya itu
bangun.
Alah bang, tengok tu, tayar basikal dan
bengkoklah. Nurul Suhana menuding ke arah tayar depan
basikal mereka yang sudah tidak seperti asal.
Kamal Ilham segera mengangkat basikal tadi dan
membelek tayar depan yang sedikit bengkok. Pastinya basikal
itu sudah tidak dapat dikayuh lagi. Kamal Ilham mengeluh.Basikal yang selalu digunakan kini telah rosak dan perlu
diperbaiki.
Mata Kamal Ilham beralih ke arah Nurul Suhana
yang berdiri di sebelahnya. Sayu pula dia melihat keadaan
adiknya yang cedera di lutut itu. Kelihatan beberapa kesan
kotor melekat pada baju yang dipakai. Nampaknyakeseronokan mereka berjualan tadi hanyalah separuh jalan.
Macam mana kita nak balik ni, bang?
Tak apalah dik biar ajalah basikal ni kat sini.
Esok-esok abang ambil. Jom, abang dukung adik. Kamal
Ilham segera mencangkung membelakangkan Nurul Suhana
dengan tangannya merengkuh ke belakang, bersedia untuk
menyambut adiknya itu.
Boleh ke bang?
Tak apa bukannya jauh sangat pun. Cepat naik!
gesa Kamal Ilham.
Nurul Suhana hanya menurut. Dia terus memanjat
belakang abangnya itu.
Kamal Ilham segera berdiri dan membetulkan
kedudukan pegangannya sebaik sahaja Nurul Suhana berada
di belakangnya.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
6/87
Bukan Cinta Monyet
6
WAKTU bagaikan begitu cepat berlalu. Petang semakin
meninggalkan waktunya. Terbongkok-bongkok Kamal Ilham
menyusur jalan sambil menggendong Nurul Suhana.
Naas Kamal Ilham turut naik menahan beban.
Namun cuba dikawal sebaik mungkin supaya adiknya itu
tidak menyedari betapa terseksanya dia.
Dahlah bang. Kalau penat, biarlah Hana jalan
sendiri. Bukannya tak boleh.
Isyyy tak payahlah, dah nak dekat ni! Abang tak
apa-apa.
Kita rehatlah dulu kalau macam tu abang mesti
luka juga masa jatuh tadi, kan?
Alah, abang nikan lelaki, setakat luka sikitje, mana
ada rasa apa-apa. Dahlah. Hana duduk diam-diam ya nanti
abang cepat penat kalau banyak bercakap, ujar Kamal Ilhamlalu menolak adiknya ke atas sedikit bagi membetulkan
posisinya.
Abang... terima kasih ya.
Terima kasih sebab apa pula?
Terima kasih sebab abang dah banyak tolong Hana
dan umi. Dan juga sanggup jadi abang pada Hana, ucapnyatulus.
Kamal Ilham hanya tersenyum. Lega rasanya
mendengar kata-kata Nurul Suhana hingga membuatkan
beban yang berat jadi semakin ringan sebagaimana ringannya
tanggungjawab dia terhadap mereka.
Hana jangan risau. Selagi abang ada, abang janjiakan jaga adik dan umi baik-baik. Hana kena selalu ingat
bahawa abang tetap akan jadi abang kandung Hana sampai
bila-bila. Janji Kamal Ilham dengan yakin.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
7/87
Hasliza Ismail
7
Sebab itulah Hana sayangkan abang. Nurul
Suhana menyandarkan kepalanya di belakang Kamal Ilham
dengan penuh rasa mesra. Terasa damai dan menyegarkan.
KITAdah nak sampai ni. Kamal Ilham berasa lega apabila
mereka tiba di deretan rumah setinggan yang dibina rapat-
rapat itu.Nanti umi mesti marah Hana, katanya gusar.
Eh, kenapa pula? soal Kamal Ilham hairan.
Yalah, sebab umi lebih sayangkan abang.... Nurul
Suhana berseloroh manja.
Mana ada! Nafnya.
Tengoklah nanti.
TERNYATAkata-kata Nurul Suhana itu tepat. Sebaik sahaja
mereka berdua melangkah masuk, umi terus menerpa ke arah
Nurul Suhana.
Astaghfrullahalazim apa dah jadi ni?
Kami jatuh basikal tadi umi, beritahu Kamal
Ilham setelah meleraikan adiknya daripada dukungannya.
Siti Rahmah terus membelek luka di kaki anak
perempuannya itu.
Maa umi sebab Am cuai tadi dan mengakibatkan
Hana luka sambung Kamal Ilham lagi.
Itulah umi dah cakap jangan ikut Abang Am,
tapi kamu degil. Ha... sekarang, tengok apa dah jadi? bebel
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
8/87
Bukan Cinta Monyet
8
ibu muda itu sambil membelek luka di lutut anak
perempuannya itu.
Bukan salah Hana umi, Am yang tak jaga dia baik-
baik tadi maa ya umi.
Mana mungkin salah kamu, sebab Si Hana ni yang
sibuk nak ikut... kamu pula terpaksa jaga dia. Dah Hana,
kamu pergi mandi. Kejap lagi umi bersihkan luka kamu tu.
Nurul Suhana hanya menurut namun dia sempat
lagi mencebik ke arah abangnya sambil memberi isyarat
bahawa sangkaannya tadi benar.
Kan Hana dah cakap tadi, umi sayangkan abang
lebih usik Nurul Suhana sebelum beredar.
Apa hal saja kamu berdua ni. Siti Rahmah
menggeleng-gelengkan kepalanya.
Kamal Ilham hanya tersengih sambil menggaru-
garu kepalanya.
Bijak juga budak kecik ni, selorohnya perlahan.
Kamu tak luka kat mana-mana ke?
Sikit aje umi... tapi hari ni jualan kita laku.
Semuanya habis. Ni semua duitnya umi, kata Kamal Ilham
lalu mengeluarkan duit dari dalam poket seluarnya.
Memang sejak dari tadi lagi dia tidak sabar untuk
memberitahu berita itu pada uminya. Dia ingin melihat
wajah mulus wanita itu mengucap kesyukuran. Hatinya rasa
puas, seolah-olah berjaya melakukan tanggungjawabnya
dengan baik.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Airmuka umi nampak mendung. Mata umi berkaca sambil
memandangnya sayu.
Umi, kenapa ni? Umi tak gembira ke? soal Kamal
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
9/87
Hasliza Ismail
9
Ilham. Dia kecewa tatkala melihat perubahan air muka ibu
tunggal yang cukup dihormatinya itu.
Apakah yang membuatkan uminya itu bersedih,
sedangkan hasil jualan mereka hari ini berganda. Kesalahan
apa yang telah dia lakukan?
Am, maakan umi sebab biarkan kamu pikul beban
keluarga umi. Umi benar-benar rasa bersalah.
Tutur kata uminya itu benar-benar menyentuh
perasaan. Emosinya sedikit terganggu.
Umi jangan sedih. Am gembira dapat tolong umi
dan Hana. Am yang patut berterima kasih pada umi kerana
sudi menerima Am dalam keluarga ni. Am benar-benar
bersyukur. Tolong umi jangan umi ungkitkan hal itu lagi.
Siti Rahmah semakin sebak mendengar kata-kata
Kamal Ilham itu. Terus dipeluk anak muda itu dengan erat.Air matanya turut mengalir perlahan.
Umi gembira kerana dapat anak yang baik macam
kamu, luahnya.
Dahlah umi janganlah umi menangis lagi.
Sepatutnya umi bersyukur kerana hari ini rezeki kita lebih
baik. Nampaknya semakin hari, kerepek dan kuih-muih umidah mula mendapat sambutan.
Yalah alhamdulillah. Sejak Am hadir di dalam
hidup kami, nampaknya rezeki kita semakin murah.
Syukur. Siti Rahmah mula tersedar dan mengesat air
matanya.
Emmm sedapnya bau, umi masak apa hari ni?
Umi baru aje habis masak asam pedas ikan
kembung.
Padanlah sampai ke luar lagi Am dah terbau-bau
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
10/87
Bukan Cinta Monyet
10
aromanya. Macam umi tahu aje kesukaan, Am puji Kamal
Ilham ingin menceriakan hati uminya.
Am ni sama macam arwah Hafz. Dia pun cukup
suka masakan asam pedas.
Air muka Kamal Ilham berubah apabila uminya
mengungkit kisah silam. Hatinya terus dilanda perasaan
bersalah, namun tidak lama. Dia cepat-cepat membuang
perasaan itu jauh-jauh. Ini bukan masanya untuk menyesali
segala yang telah berlaku.
Kamal Ilham cuba mengukir senyuman. Kalau
macam tu, boleh Am makan sekarang? Tak sabar pula nak
rasa masakan asam pedas umi tu.
Boleh... Am duduklah, nanti umi ambilkan nasi.
Kamal Ilham seperti tidak sabar, terus menuju ke
meja makan.
Hari ini, Am nak makan puas-puas asam pedas
kegemaran Am tu.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
11/87
Hasliza Ismail
11
Lapan tahun kemudian.
SITI RAHMAH serta beberapa
jiran yang lain leka bersembang
di beranda rumah. Mulut masing-
masing tidak henti-henti berceloteh walaupun tangan ligat
mengupas pelbagai jenis ubi untuk dibuat kerepek. Ada ubi
keledek, ubi kayu dan juga bertandan-tandan pisang yang
masih muda.
Di antara mereka, Che Lehalah yang paling mencuriperhatian dengan celotehnya yang tidak berkesudahan.
Mereka adalah jiran-jiran yang boleh dikatakan tiap-tiap pagi
mengambil upah membuat kerepek daripada Siti Rahmah.
Setelah siap digoreng, kerepek-kerepek tersebut
akan dibungkus untuk dipasarkan ke beberapa buah kedai
makan di sekitar tempat tinggalnya.
Siti Rahmah melakukan perniagaan kecil-kecilan
itu di rumahnya. Buat masa sekarang dia tidak mempunyai
tapak yang sesuai untuk berniaga. Namun perancangan ke
Bab1
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
12/87
Bukan Cinta Monyet
12
arah itu sudah lama ada di dalam fkirannya. Buat masa
sekarang modalnya masih belum mencukupi. Namun begitu,
dia cukup bersyukur kerana jualannya semakin lama semakin
baik. Permintaannya semakin bertambah, terutamanya pada
musim perayaan.
Siti Rahmah yang mengusahakan perniagaan itu
sejak sepuluh tahun lalu, kini bersyukur kerana telah
mempunyai pelanggan tetap. Dia juga tidak perlu lagi
menjualnya di kaki lima seperti dahulu. Mujurlah ada jiran- jiran yang banyak membantu, walaupun mereka sedar upah
yang diberi tidaklah sebesar mana.
Che Leha buat apa tu???
Opocot mak kau jatuh! Isy budak bertuah!
latah Che Leha apabila tiba-tiba disergah dari belakang.
Suhana! Salam tak apa tak tiba-tiba sergahorang macam tu! Tak baik tau.
Tersengih-sengih Nurul Suhana apabila ditegur
oleh uminya kerana menyakat Che Leha yang menjadi jiran
mereka sejak lima tahun lalu.
Kamu ni kalau balik aje, tak usik aku tak sah! Hah,
kamu balik ni, dah habis periksa ke? bebel Che Leha yang
berbadan gempal itu.
Nurul Suhana tersengih-sengih.
Isy budak ni, apehal pula balik lagi ni? Exam
kan minggu depan? soal Siti Rahmah bingung, walhal baru
minggu lepas anaknya itu pulang bercuti.
Alah rindu kat umilah. Hana masuk dulu ya...
penatlah.
Cepat-cepat Nurul Suhana menghilangkan diri,
bimbang ditanya lagi oleh uminya.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
13/87
Hasliza Ismail
13
Siti Rahmah tidak puas hati. Terus dia mengekor
anaknya hingga ke bilik. Kamu ni tiba-tiba balik kenapa?
Bukan ke sekarang kamu ada kelas tambahan kat sekolah?
Minggu depan nak SPM, kan?
Alah umi ni, boringlah duduk kat asrama tu. Kat
rumah pun boleh belajar juga, kan? jawab Nurul Suhana
beralasan.
Jangan nak bagi macam-macam alasan kat umi.
Umi tau apa yang ada dalam fkiran kau tu. Dah, esok pagi-pagi kamu balik asrama, kata Siti Rahmah tegas.
Umi orang baru aje sampai, umi dah suruh
balik. Biarlah Hana tinggal sekejap kat rumah ni. Nurul
Suhana merengek cuba memujuk ibunya.
Kenapa? Sebab nak tunggu Abang Ilham kamu
balik, kan? Pantas uminya bijak meneka. Bukan dia tak tahuanaknya itu dari minggu lepas lagi tidak sabar-sabar menanti
kepulangan Kamal Ilham.
Yalah Abang Ilhamkan nak balik lusa, ingat nak
jemput dia katairport. Lepas tu Hana baliklah ke asrama.
Kan abang kamu dah bagi tau jangan jemput dia.
Dia tau kamu nak periksa besar minggu depan. Habis periksa
kang, bukan kamu tak boleh jumpa dia. Tak ke mana Abang
Ilham kamu tu.
Tapi Hana rindukan dia. Dah lama abang kat
overseas tu.
Umi tau tapi Abang Ilham kamu tukan balik
terus. Apa yang penting sekarang ni, pelajaran kamu tu. Umi
tak suka kamu abaikan pelajaran. Umi tak nak kamu leka.
Bolehlah umi nanti dah jumpa Abang Ilham,
Hana terus baliklah asrama. Hana janji rayu Nurul Suhana.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
14/87
Bukan Cinta Monyet
14
Tak boleh! Esok pagi-pagi kamu balik. Bukannya
lama pun, minggu depan aje kamu SPM. Lepas tu kamu dah
boleh balik terus. Arah Siti Rahmah tegas sebelum berlalu
meninggalkan Nurul Suhana yang bermuka sedih.
Akhirnya Nurul Suhana kalah juga dengan perintah
uminya. Hasratnya untuk menjadi orang pertama menyambut
kepulangan abangnya di KLIA tidak kesampaian.
Tidakkah uminya tahu betapa dia sangat merindui
abangnya itu yang telah berada di luar negara hampir lapantahun lamanya. Orang lain pergi belajar ke luar negara dua
tiga tahun saja, tapi abang lebih lapan tahun. Namun begitu
hubungan mereka tidak pernah renggang. Abang Ilham tetap
berpegang pada janji untuk menghubungi dia dan uminya
sekerap yang boleh. Malah boleh dikatakan hampir setiap hari
abangnya itu menghantar e-mel menceritakan tentang
keadaannya di sana.
NURUL SUHANA termenung panjang. Sejak pulang ke
asrama petang tadi, perasaannya tidak tenteram, resah dan
gelisah. Dadanya berdebar-debar. Dia membilang detik waktusaat abangnya itu akan sampai. Kamal Ilham dijangka tiba
pagi esok. Sayangnya, hasrat dia untuk menjemput abangnya
itu tidak kesampaian setelah uminya berkeras menyuruh dia
balik ke asrama pagi tadi. Bagi memastikan dia terus pulang,
sengaja uminya menghantarnya terus ke stesen bas dan
menunggunya sehingga dia menaiki bas.
Tak patut betul umi ni!
Nurul Suhana mendengus sendirian.
Abang Ilham mesti sekarang ni dalam ight
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
15/87
Hasliza Ismail
15
agaknya. Perjalanan dari UK ke sini rasa-rasanya makan masa
lebih sepuluh jam. Nurul Suhana menghitung, cuba
mengagak jarak perjalanan abangnya itu.
Wei, termenung panjang nampak! Anita
menjerkah dari belakang.
Terkejut aku kau ni tak reti beri salam ke?
soalnya geram.
Dah bagi dah, kau aje yang tak dengar, teringat
buah hati ke? usik Anita.
Isyyy, ngadalah kau ni! Bila masapulak aku ni ada
buah hati? sangkal Nurul Suhana. Cepat-cepat dia menilik
kembali buku sejarah yang berada di hadapannya sambil
tangannya memegang sebatang pensel bagi mencatat akta-
akta penting yang perlu diingati.
Dahlah Hana tadi masa kita sama-sama belajar,aku tengok kau dok baca page tu aje takkan sekarang tak
habis lagi?
Nurul Suhana tersengih memandang Anita.
Hana Hana apa dah jadi dengan kau ni? Kau
kena concentrate, tau tak. Tinggal beberapa hari aje lagi kita
nakexam. Jangan nak diingatkan sangat Si Adnan tu. Rakansebiliknya itu cuba serkap jarang.
Bulat mata Nurul Suhana memandang rakannya.
Tak sayang mulut betul! Adnan? Bila pula aku nakkan budak
perasan tu???
Kalau bukan dia, siapa lagi?
Eee tak inginlah aku dengan dia, cebik NurulSuhana. Meluat pula dia apabila teringatkan pelajar lelaki itu
yang beberapa hari lalu memberikan surat cinta padanya.
Siapa yang tidak kenal Adnan? Pelajar yang perasan
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
16/87
Bukan Cinta Monyet
16
dirinya paling kacak di sekolah itu. Entah apa mimpi tiba-tiba
hantar surat cinta padanya.
Anita tersengih memandang Nurul Suhana yang
mencebik.
Dia ingat senang nak pikat aku? ujar Nurul
Suhana sebaik sahaja selesai membaca surat cinta Adnan.
Geli dia dengan ayat-ayat berbunga lelaki itu.
Tambah menyampah apabila setiap kali bertembung, lelaki
itu tergedik-gedik di hadapannya.
Mungkin dia ingat yang aku ni pun syok kat dia kut!
Fikir Nurul Suhana.
Nurul Suhana sedar, dia merupakan antara pelajar
amous di sekolah itu. Disayangi guru-guru dan rakan-rakan.
Selain akti di sekolah, Nurul Suhana juga memiliki
perwatakan yang bisa menarik perhatian ramai pelajar lelaki.
Aku bukan tak suka kau couple dengan dia, tapi
kalau boleh biarlah lepas exam dulu. Lepas tu lantaklah kau
nak menonggeng ke, tergolek ke.
Tolonglah Nita, janganlah kau fkir aku dengan dia
tu ada apa-apa gelilah! marah Nurul Suhana sambil
menunjukkan aksi geli-geleman.
Anita hampir pecah perut melihat reaksi Nurul
Suhana itu.
Kalau bukan sebab dia, siapa pula yang kau dok
ingatkan? Anita cungkil maklumat.
Tak ada sesiapalah. Dahlah aku nak sambung
studi. Kalau asyik layan kau, sampai esok pun tak sudah!Alah, buat apa nak pening-pening baca? Dah tentu
kau bolehscore punya.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
17/87
Hasliza Ismail
17
Merepeklah kau ni!
Betul apa, kaukan pelajar contoh kat sekolah ni.Selama ni pun tak ada sesiapa boleh challenge kau.
Anita beria-ia memuji. Sebagai kawan baik,
kadangkala tercalit juga rasa cemburu melihat Nurul Suhana
yang sejak dari awal menunjukkan prestasi cemerlang di
dalam pelajaran.
Gadis yang berkulit sawo matang itu juga akti di
dalam persatuan. Tidak mustahil temannya itu mampu
mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan
SPM nanti.
Kepandaian yang ada pada Nurul Suhana ternyata
bukan datang dengan sendirinya. Anita selaku kawan baik
dan juga teman sebilik sejak mereka tingkatan tiga lagi
mengakui Nurul Suhana memang seorang pelajar yang rajinmenelaah.
Jangan cepat bagi andaian. SPM tak sama dengan
ujian biasa yang kita selalu buat di sekolah. Dah, dari kita
bercakap kosong macam ni, baik kita teruskan studi.
Wah, tiba-tiba bersemangat pula. Okeylah.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
18/87
Bukan Cinta Monyet
18
K
AU tahu Am, apa yang aku
nak buat sebaik saja kita
sampai di KL nanti? tanya
Syafk Izwan kepada Kamal Ilham.
Baru sebentar tadi mereka berlepas dari Lapangan
Terbang Heathrow dengan menaiki pesawat MAS 747.
Kau nak buat apa? tanya Kamal Ilham acuh tak
acuh.
Aku nak makan nasi kandar.
Kau ni tak habis-habis fkir pasal makan aje
takde benda lain ke? Kamal Ilham mendengus.
Sejak dia mengenali Syafk Izwan, lelaki itu
memang lebih cenderung ke arah makanan. Kerana itulah
badannya besar. Sepatutnya dia menukar bidangnya sekarang
ke bahagian pengurusan makanan atau perhotelan. Barulah
kena.Bukan nasi kandar aje tapi nasi kerabu, nasi
dagang, nasi lemak semualah. Apa kata bila kita sampai
nanti, kita pergi makan kat Kampung Baru. Nak tak? Aku
Bab 2
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
19/87
Hasliza Ismail
19
dengar ada satu restoran Kelantan tu yang cukupamous kat
sana. Lepas tu malam nanti kita pekena Nasi Kandar Pelita,
cadang Syafk Izwan beria-ia bercerita sambil meneguk air
liur sendiri. Dia sudah dapat membayangkan semuanya di
depan mata.
Namun begitu Kamal Ilham tidak segera menjawab.
Dia hanya tersenyum melihat betapa kempunannya Syafk
Izwan membayangkan makanan-makanan itu. Dia sebenarnya
telah pun membuat perancangan lain yang baginya lebihpenting.
Buah hati kau tak jemput kau kat airport ke
nanti? Syafk Izwan cuba mengalih topik perbualan.
Tak, jawab Kamal Ilham ringkas.
Baguslah macam tu. Aku pun tak ada sesiapa yang
jemput. Bolehlah kita makan-makan dulu sebelum sampairumah.
Hai... tak habis lagi ke bab makan ni?
SEDAR tak sedar, perjalanan yang panjang dan membosankan
itu berakhir apabila pesawat mula mendarat di KLIA. Para
penumpang termasuklah Kamal Ilham serta Syaik Izwan
sudah pun bersedia dengan beg masing-masing untuk keluar
menuju ke kaunter imigresen dan seterusnya ke bahagian
bagasi.
Setelah semua urusan selesai, kedua-duanya
menolak troli masing-masing berjalan ke ruang legar KLIAitu bersama puluhan manusia yang lain. Kegembiraan jelas
terpancar di wajah masing-masing.
Ini Ilham, kan?
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
20/87
Bukan Cinta Monyet
20
Kedua-duanya tiba-tiba disapa oleh seorang lelaki
yang agak berusia.
Kamal Ilham terlebih dahulu tersenyum melihat
lelaki itu. Pak Majid boleh cam saya lagi?
Orang tua itu ketawa kecil. Takkan pak cik tak
ingat. Walaupun Ilham nampak dewasa, tapi pak cik boleh
cam lagi. Apa khabar Ilham?
Alhamdulillah. Pak Majid sihat? tanya Kamal
Ilham dan segera bersalaman dengan lelaki itu. Lelaki yang
menjadi pemandu setia mamanya. Malah lelaki itu sudah
dianggap sebagai keluarganya juga.
Alhamdullilah buat masa sekarang ni, macam
inilah pak cik. Masih boleh bekerja lagi macam dulu. Datuk
suruh pak cik jemput kamu.
Patutnya pak cik tak payah susah-susah nakdatang, saya bukannya tak boleh naik teksi aje.
Datuk dah suruh, pak cik pun tak kisah. Ini kawan
kamu sama belajar juga ke? tanya Pak Majid. Dia
melemparkan senyum ke arah Syafk Izwan
Ini kawan satu universiti saya, Syafk Izwan.
Kamal Ilham memperkenalkan sahabatnya yang sedari tadimenjadi pengiring setia.
Anak ni tinggal kat mana? Alang-alang dah ada
sekali ni, boleh pak cik hantarkan sekali ke rumah.
Tersengih-sengih Syafk Izwan apabila dipelawa
oleh Pak Majid. Bagaikan orang mengantuk disorongkan
bantal. Itu dah bagus pak cik. Rumah saya bukannya jauh
sangat dari rumah Ilham. Kira satu jalanlah.
Kalau macam tu, jomlah sekali. Pak cik tinggalkan
kereta kat luar tu. Nanti kena saman pula.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
21/87
Hasliza Ismail
21
Mereka berdua mengikut langkah Pak Majid
menuju ke arah Toyota Harrier yang diletakkan berhampiran
pintu masuk.
Nasib baik kau punya driver jemput, boleh aku
tumpang sekaki, bisik Syafk Izwan di telinga Kamal Ilham.
Kamal Ilham hanya tersenyum. Dia terbayangkan
rancangan yang telah dirancang sejak semalam.
Setelah kesemua beg Kamal Ilham dimasukkan,
barulah Syafk Izwan menghulurkan begnya pula. Namun
segera Kamal Ilham menutup pintu belakang, membuatkan
sahabatnya terkebil-kebil kehairanan.
Sorrylah, Fiq lain kali aje aku hantar kau balik.
Aku ada hal lain ni.Errr... pak cik boleh tolong tahankan
teksi untuk dia tak?
Syafk Izwan terpinga-pinga.
Tak guna punya kawan, sampai hati kau tak nak
hantar aku ya... katanya seakan merajuk.
Bukan aku tak nak hantar, aku nak ke tempat lain
dulu. Ada hal sikit. Kau boleh, kan balik sendiri. Esok aku
callkau, aku janji aku belanja makan. Sebut aje apa yang kau
nak makan. Okey?Tapi, Ilham nak ke mana? Datuk dah pesan suruh
bawa balik kamu terus ke rumah, soal Pak Majid sebaik
sahaja Kamal Ilham duduk di kerusi pemandu.
Pak cik bagi tau ajalah mama, saya kena pergi
tempat lain dulu. Esok baru saya balik rumah. Pak cik boleh
balik sendiri, kan? Saya nak guna kereta ni dulu.
Pak Majid menggaru-garukan kepalanya yang tidak
gatal. Hendak tak hendak dia terpaksa menyerahkan kunci
kereta tersebut kepada Kamal Ilham.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
22/87
Bukan Cinta Monyet
22
Tapi Ilham nak pergi mana ni. Takkan esok baru
nak balik rumah? tanyanya.
Kamal Ilham tidak segera menjawab. Dia sudah pun
memandu kereta itu sambil melambaikan tangan ke arah
sahabatnya dan Pak Majid.
Fiq, aku pergi dulu ya! Esok kita jumpa! laung
Kamal Ilham sambil tersengih.
Kalau kau tak belanja aku esok, siap kau! Jerit
Syafk Izwan pada Kamal Ilham yang perlahan-lahan
meninggalkan mereka.
SEPULUH jam lebih di dalam pesawat memang memberi
kesan kepada Kamal Ilham. Badannya yang agak lenguh-lenguh serta tidur yang tidak mencukupi membuatkan
dirinya terasa penat dan mengantuk. Dia sempat berhenti
di perhentian R&R untuk membersihkan dirinya sebelum
menyambung perjalanannya ke Melaka.
Sempat dia mengerling ke arah kotak kecil di
sebelah tempat duduk penumpang sambil tersenyum. Tak
sabar rasanya dia hendak melihat wajah adiknya nantisewaktu dia memberikan hadiah tersebut. Dalam pada itu dia
cuba mengingati wajah Nurul Suhana yang ditinggalkannya
sewaktu kecil dahulu. Teringat dia betapa lincah dan aktinya
Nurul Suhana waktu itu. Suka mengusik dan menyakatnya
setiap kali mereka bersama.
Kemudian wajah sedih Nurul Suhana mula
mengambil tempat di kala dia memberitahu berita
kepergiannya ke luar negara. Tiga hari dua malam, Nurul
Suhana merajuk dan menangis hingga bengkak matanya.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
23/87
Hasliza Ismail
23
Betapa hancurnya hati dia melihat keadaan adik angkatnya
itu yang tidak merelai kepergiannya. Namun dia terpaksa
menurut kehendak orang tuanya.
Dia telah berjanji pada Nurul Suhana untuk pergi
hanya dua tiga tahun sahaja dan akhirnya tanpa dirancang
dia dipaksa tinggal lebih lama di sana hinggalah kembali
dengan menggenggam bukan hanya segulung ijazah malah
lebih daripada itu.
Dia tahu Nurul Suhana sangat kecewa namun diaberkali-kali mengingati adiknya itu agar setia menantinya.
Dia sudah berjanji untuk kembali dan hari ini dia sendiri
akan membuktikan janjinya pada Nurul Suhana sendiri.
Kamal Ilham memang sejak dari mula lagi sudah
merancang untuk terus ke Melaka sebaik sahaja tiba di KLIA
kerana dia sedar tentunya Nurul Suhana sangat sedih keranatidak dapat menjemputnya di lapangan terbang. Memang
sengaja dia menghalang Nurul Suhana menjemputnya kerana
tahu adiknya itu bakal berhadapan dengan peperiksaan besar.
Oleh kerana itulah dia ingin memberi kejutan pada Nurul
Suhana dengan terus bertemu dengannya di sekolah.
ENTAH kenapa sejak tadi dia tidak dapat menumpukan
perhatian pada nota yang dibaca. Sudah hampir sejam dia
cuba memahami apa yang dibaca, tetapi satu pun tidak lekat
di kepala. Otaknya kini seolah-olah beku dan tepu.
Nurul Suhana gelisah. Dia tahu apa yang
mengganggu fkirannya. Sejak kembali ke asrama semalam,
hatinya tidak tenteram kerana dia tahu hari ini abangnya
akan pulang. Kalau bukan kerana uminya yang memaksa dia
pulang ke asrama, sudah pasti dia dapat menjemput abangnya
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
24/87
Bukan Cinta Monyet
24
di airport. Tapi seperti yang umi katakan, Abang Ilham
pulang ke Malaysia buat selama-lamanya. Jadi, untuk apa dia
tergesa-gesa?
Nurul Suhana tidak dapat nafkan yang dia begitu
rindukan abangnya. Dia ingin lihat bagaimana rupa abangnya
sekarang. Dia ingin jadi orang pertama yang menyambut
kepulangan abangnya. Dia juga ingin tahu sama ada abangnya
masih ingatkan kemesraaan mereka.
Eee kenapa dengan aku ni? Concentrate, Hanaconcentrate! dengus Nurul Suhana melepaskan geram.
Hana,are you okay? Faridah, teman sebilik Nurul
Suhana yang sama-sama belajar dengannya waktu itu terkejut
melihat Nurul Suhana tiba-tiba mendengus sendirian.
Aku buat kopi dululah otak aku ni dah tak
berungsigamaknya!Nurul Suhana bingkas bangun menuju ke suatu
sudut di mana terletaknya stok barang-barang makanan
mereka. Pantas tangannya menekan punat termos elektrik
bagi memanaskan kembali air yang ada di dalamnya.
Kau biar betul Hana. Kita nakexam lusa ni. Kalau
otak kau ni buat hal pun biar lepas periksa nanti.
Walaupun ada unsur-unsur jenaka dengan kata-kata
sahabatnya itu, namun Nurul Suhana tahu kata-kata Faridah
itu ada benarnya.
Aku tak ahamlah engkau ni semalam balik
rumah, hari ni dah balik asrama balik. Semalam kenapa
balik? Jumpa boyriend ek? usik Faridah sambil memandang
Nurul Suhana yang baru saja menuangkan air separuh panas
ke dalam cawannya yang berisi Nescae segera.
Pandai aje kau ni. Kalau aku ada boyriend, kaulah
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
25/87
Hasliza Ismail
25
orang pertama yang aku bagi tau. Tolonglah jangan
serabutkan aku dengan
Nurul Suhana ada? Ana tiba-tiba muncul di bilik
mereka.
Ada, kenapa nak cari Hana? Faridah menyahut
sebelum sebelum sempat Nurul Suhana menjawab.
Ada orang nak jumpa. Dia ada kat depan pintu
pagar tu, beritahunya dengan naas tercungap-cungap.
Nurul Suhana dan Faridah saling berpandangan.
Siapa yang cari kau ni? Faridah bertanya pada
Nurul Suhana minta kepastian.
Kau tahu siapa? Kali ini giliran tuan punya badan
pula bertanya.
Kata Kak Mia... abang kau, kata Ana, mewakiliKak Mia.
Abang? Eh, sejak bila kau ada abang, Hana? Tak
pernah bagi tau pun? Faridah terus bertanya inginkan
kepastian.
Nurul Suhana terdiam. Dia sendiri keliru sambil
menggaru-garu kepalanya. Abang mana pula ni? Hatinya
dilanda tanda tanya.
Eh, takkanlah.... Matanya membulat. Sekilas
ingatannya melunjur pada seseorang yang dirasakan mungkin
abang angkatnya. Tapi tak mungkin dia akan ke sini?
Faridah... aku keluar dulu, ya. Air tu kau minum
ajelah, pesan Nurul Suhana sebelum bergegas keluar.
Walaupun dia cuba menafkan bahawa AbangIlhamnya yang datang, namun hatinya berharap ia benar.
Kak Mia, tadi Ana kata ada orang nak jumpa saya
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
26/87
Bukan Cinta Monyet
26
ke? Nurul Suhana menyapa Kak Mia yang ditemui di dalam
perjalanan.
Haah, abang kamu datang. Katanya dia tunggu kat
pagar depan. Kak Mia dah bagi kebenaran pada dia untuk
bawa kamu keluar, tapi jangan balik lewat ya, ujar warden
asrama itu.
Kak Mia kata, orang itu abang saya? Seperti orang
kebingungan Nurul Suhana bertanya.
Yalah. Walaupun sepatutnya Kak Mia tak benarkan
sebarang pelawat datang pada waktu ni, tapi memandangkan
dia kata dia baru balik dari overseas semata-mata untuk
bertemu kamu, jadi Kak Mia izinkan. Katanya bersungguh-
sungguh.
Nyata jawapan itu membuatkan perasaan gembira
bercampur resah mula bermain di fkiran. Dadanya berdebar-debar semakin lama semakin kencang. Tanpa menunggu
lagi, Nurul Suhana berlari ke arah pintu pagar sekolah.
SEORANG lelaki muda kelihatan menyandarkan tubuhnya di
pintu kereta sambil berdiri silang kaki. Pandangannya terarahpada hujung kasut hitam yang dipakainya. Kedatangan Nurul
Suhana langsung tidak disedari.
Nurul Suhana kaku apabila melihat lelaki yang
berada di hadapannya kini. Wajahnya sukar dicam kerana
lelaki itu memakai cermin mata hitam. Tubuhnya pula tinggi
dan sasa, berbeza sekali dengan Abang Kamal Ilhamnya yang
dikenalinya dulu. Dia masih ingat lagi susuk tubuh Kamal
Ilham yang kurus tinggi serta memiliki kulit sawo matang.
Tetapi lelaki yang berada di hadapannya kini kelihatan jauh
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
27/87
Hasliza Ismail
27
berbeza. Kulitnya putih dengan rambut lurus keperangan
tatkala terkena sinaran matahari.
Hana?
Nurul Suhana tersentak, terasa gugur jantung
apabila namanya dipanggil. Lelaki itu membuka kaca mata
hitamnya dan berjalan menghampiri. Kala itu barulah dia
dapat melihat dengan jelas.
Nurul Suhana, kan? Lelaki itu bertanya lagi.
Nurul Suhana lantas mengangguk, mengiakan.
Errr ni Abang Ilham ke?
Yalah. Abang dah balik, Hana tak gembira ke?
Entah kenapa tiba-tiba air matanya mengalir. Serasa
dunianya berputar-putar meninggalkan waktu yang ada.
Nurul Suhana nyata tidak dapat menahan kesedihan yang
dipendam sekian lama. Air mata semakin laju membasahi
pipi.
La kenapa menangis ni? Jari-jemari lelaki itu
menyeka air matanya yang jatuh ke pipi. Jangan menangis,
abang dah ada di depan mata ni.
Kamal Ilham terus merangkul tubuh kecil itu
seperti yang selalu dilakukannya apabila Nurul Suhanamerajuk atau menangis dulu.
Nurul Suhana berasa agak janggal dengan situasi
itu, namun dibiarkan tubuhnya tenggelam di dalam dakapan
lelaki itu.
BERSELERAbenar Kamal Ilham menyuap mi goreng mamak
specialke dalam mulutnya.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
28/87
Bukan Cinta Monyet
28
Abang lapar sangat ke? Nak tambah lagi? Hana
orderkan ya? tegur Nurul Suhana setelah melihat Kamal
Ilham menyuap mi goreng terakhir ke mulutnya.
Dah cukup. Abang dah kenyang. Hana tak makan
ke? Giliran Kamal Ilham pula menegur setelah melihat mi
kari yang dipesan oleh Nurul Suhana masih tidak luak.
Nak makanlah ni, cuma tadi seronok tengok abang
makan. Bersungguh betul! Mesti lapar, kan?
Actually abang sejak turun ight tadi belum
makan lagi. Tu yang lapar sangat ni.
Abang tak makan lagi sejak tadi? La kenapa tak
berhenti kat mana-mana makan dulu?
Bukan tak nak berhenti. Abang ni yang terlalu
rindukan Hana, tu yang abang nak cepat sampai tu.
Terkedu Nurul Suhana mendengar pengakuan
Kamal Ilham itu. Ingin dia menjerit menyatakan bahawa dia
juga rindukan lelaki itu. Berpisah selama lapan tahun
bagaikan satu penyeksaan buatnya. Kini, dia seolah-olah rasa
seperti bermimpi dapat bertemu kembali setelah sekian lama
berpisah.
Abang perasan Hana ni dah banyak berubahlah.Ya ke? Nurul Suhana tertunduk malu. Pipinya
terasa membahang.
Hana dah dewasa. Dulu masa abang tinggalkan
Hana abang masih ingat Hana yang keletah, suka
menyanyi, suka menyakat tapi sekarang Hana pemalu dan
tak banyak cakap pula. Tapi masa berbual dalam Internet,
bukan main lagi.
Mestilah dulu Hanakan budak lagi. Sekarang
Hana dah besar mesti ada yang berubah.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
29/87
Hasliza Ismail
29
Tapi abang perasan satu aje yang tak berubah.
Apa?Mmm rasanya badan Hana ni masih comel
macam dulu juga. Tak gemuk-gemuk. Tak makan ke?
Alah abang ni, takkanlah tak tau badan Hana
memang tak boleh nak besar dah!
Kamal Ilham ketawa kecil setelah berjaya menyakat
adiknya itu. Satu perkara yang biasa dilakukan sewaktumereka bersama dahulu.
Nurul Suhana juga turut tersenyum. Seronok
melihat bagaimana cerianya Kamal Ilham ketawa. Hatinya
terasa damai, sukar untuk digambarkan.
Tidak puas dengan mi goreng tadi, Kamal Ilham
memesan tosei dan roti telur.
Terkedu Nurul Suhana memikirkan bagaimana
untuk mereka habiskan makanan tersebut, memandangkan
mi karinya masih belum terusik.
Hana mengelamun lagi ke?
Eh, taklah orang tengah makanlah ni. Jawab
Nurul Suhana tersekat-sekat, cuba menyembunyikan
perasaannya. Gelora hati kini sudah pun bermula.
WAKTU terasa begitu cepat berlalu. Bertemu untuk beberapa
jam seperti tidak cukup buat Nurul Suhana.
Mereka tiba di pekarangan sekolah tepat jam enamtiga puluh petang.
Abang terus balik KL ke lepas ni?
Mmm. Kamal Ilham menjawab ringkas dengan
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
30/87
Bukan Cinta Monyet
30
tangannya menutup pintu kereta dan menghampiri adiknya
itu.
Hana masuk dululah ya katanya meminta izin.
Tunggu kejap!
Kamal Ilham mengambil sesuatu dari belakang
keretanya.
Sebenarnya abang lupa nak beli cenderamata
untuk Hana masa kat UK. Ini abang beli masa nak jumpaHana tadi, ujar Kamal Ilham sambil menghulurkan beg
kertas tersebut pada Nurul Suhana yang spontan mencebik.
Dia sedikit kecewa dengan pengakuan Kamal Ilham itu.
Teddy bear?
Hana tak suka ke?
Abang ni, Hana bukannya budak kecil lagi,ngomel Nurul Suhana separuh merengek.
Itu aje yang abang sempat jumpa... tapi kalau Hana
tak nak tak apalah, abang ambil balik, usik Kamal Ilham.
Hish mana boleh. Dah bagi nak ambil balik
pulak. Buruk siku betul abang ni!
Kata tadi tak suka.
Mana ada Hana cakap tak suka. Hana masuk
dululah ya rajuk Nurul Suhana dengan muncung panjang
seinci.
Sekali lagi Kamal Ilham tersenyum lebar dan
kembali memasuki keretanya.
Nurul Suhana sempat berpaling melihat abangnya
yang telah pun menghidupkan enjin kereta.
Pergi macam tu aje. Teruk betullah. Nurul
Suhana mengomel sendirian. Terasa sedikit kesal namun
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
31/87
Hasliza Ismail
31
semuanya terpaksa diterima. Tidak sangka betul abangnya
boleh lupa membeli sesuatu yang istimewa untuknya di UK.
Sampai hati!
Hana, mesti buat baik-baik SPM nanti. Jangan
berangan lebih pula! Tiba-tiba Kamal Ilham menjenguk
keluar dari tingkap kereta.
Lagi satu, dalam beg teddy bear tu, ada surprise
untuk Hana. Abang balik dulu ya! Lambai Kamal Ilham,
meninggalkan Nurul Suhana yang kebingungan.
Cepat-cepat Nurul Suhana meraba beg kecil yang
disandang oleh teddy bear tersebut. Terasa keras seperti
kotak panjang. Hana terus membuka beg tersebut dan
benarlah kelihatan sebuah kotak kecil dan panjang yang
tersimpan di situ. Segera dia membukanya. Nurul Suhana
tersenyum lebar. Rupa-rupanya Abang Ilham tidak pernahlupakannya dan seutas rantai perak yang bertatahkan kristal
pelbagai warna dan bentuk itu adalah buktinya. Sayangnya,
bayang kereta lelaki itu sudah tidak kelihatan lagi untuk dia
mengucapkan terima kasih.
Aku nak tunjukkan pemberian Abang Ilham ini
pada Faridah dan Anita. Mesti jealous dia orang tengok
nanti bicaranya di dalam hati.
Dia rasa tidak sabar untuk memakai rantai itu di
lehernya. Pasti cantik. Hadiah istimewa daripada abang
tersayang.
SITI RAHMAH baru selesai solat isyak apabila tiba-tiba
terdengar ketukan di pintu, disusuli suara orang memberi
salam. Siapapulak yang datang masa-masa macam ni?
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
32/87
Bukan Cinta Monyet
32
Cepat-cepat ibu tunggal itu menanggalkan kain
telekungnya dan bergegas menuju ke ruang tamu.
Siapa tu? Siti Rahmah menyoal.
Saya la umi anak umi! sahut suara lelaki di luar
pintu.
Siti Rahmah terkebil-kebil. Jantungnya berdegup
kencang. Wajah anak lelakinya yang telah pun menjadi arwah
sewaktu berumur lima belas tahun tiba-tiba muncul di
fkiran. Tak mungkin!
Umi? Umi ni Kamal Ilham la sambung suara
dari luar apabila tiada jawapan dari dalam.
Siti Rahmah mengucap panjang. Sedetik tadi dia
terasa seperti anak lelakinya yang telah meninggal dunia,
kembali. Segera pintu dibuka. Am ke ni? Alhamdulillah
akhirnya anak umi ni balik juga.
Am dah balik la, umi. Am balik untuk tunaikan
kewajipan Am menjaga umi, sambut Kamal Ilham mengucup
lembut tangan Siti Rahmah yang sedang menahan sebak.
Anak umi dah balik. Umi bersyukur.... Ucap Siti
Rahmah penuh kesyukuran.
SELEPAS menunaikan solat isyak, Kamal Ilham mengambil
tempat di meja makan sambil memerhatikan Siti Rahmah
yang terkocoh-kocoh menyediakan makan malam.
Diperhatikan pergerakan ibu angkatnya itu. Tidak
banyak yang berubah tentang wanita itu. Masih cergas dan
ligat membuat kerja. Walaupun umur sudah meningkat, kulit
mukanya nampak tegang dan cantik. Terserlah sinar
kelembutan dan kasih sayang.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
33/87
Hasliza Ismail
33
Am pergilah rehat. Nanti kalau makanan dah siap,
umi panggil. Kamu, kan penat tegur Siti Rahmah.
Tak apalah umi dah lama tak jumpa umi. Am
teringin nak tengok umi masak macam dulu. Katanya
beralasan.
Hish kamu ni macam budak-budaklah.
Macamlah esok lusa tak boleh tengok umi masak!
SEJAM kemudian, beberapa jenis lauk terhidang di atas meja.
Tidak sabar rasanya untuk dia menjamah.
Sebaik sahaja nasi dihidang, terus diceduk sayur
labu dan ayam masak tomato yang menjadi kegemarannya.
Siti Rahmah tersenyum memandang.Tu la siapa suruh tak teleon dulu. Kalau tidak
boleh umi masak macam-macam, ujar Siti Rahmah. Dia
teringatkan asam pedas dan ayam percik yang menjadi
kegemaran anak bujangnya itu.
Alah umi ni pun dah lebih daripada sedap. Dah
lama Am teringin nak rasa masakan umi. Masa kat UK dulu,
mana nak dapat masakan macam ni, ngomel Kamal Ilham
dengan nasinya yang masih berbaki di mulut.
Kesian kamu, susah benar agaknya duduk kat
oversea tu ya.
Biasalah umi nak tak nak kenalah lalui juga.
Kamu tidur sini ke malam ni? tanya Siti Rahmah
apabila mengenangkan jam yang sudah melewati pukul
sepuluh malam.
Emmm. Kamal Ilham hanya mengangguk.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
34/87
Bukan Cinta Monyet
34
Eh, tak baik macam tu. Apa pula kata mama kamu
nanti. Dahlah kamu turun aja kapal terbang terus melawat
Suhana di Melaka. Lepas tu datang sini pula. Sepatutnya
kamu kena terus jumpa ibu bapa kamu dulu. Tak baik
membelakangkan mereka.
Kamal Ilham tidak segera menjawab. Dia leka
menghabiskan minumannya yang masih tinggal separuh itu.
Rasanya mama dan ayah tak ada kat rumah hari ni.
Merekakan sibuk. Lagipun Am dah bagi tau mama yang Amtak balik hari ni. Esok baru Am balik sana, balas Kamal
Ilham perlahan.
Siti Rahmah hanya mengangguk. Sekurang-
kurangnya Kamal Ilham sudah pun memberitahu mamanya.
Hatinya sedikit lega.
Apa perancangan lepas ni? Dah dapat kerja?soalnya.
Am tak naklah kerja dengan ayah kerja makan
gaji. Am bercita-cita dengan kawan nak buka legal frm
sendiri. Sekarang Am tengah kumpul duit buat modal. Bila
cita-cita Am tu dah tercapai, Am nak belikan rumah yang
selesa untuk umi dan Hana tinggal. Kita bertiga boleh tinggal
macam dulu.
Buat apa susah-susah fkirkan masa depan umi dan
Hana? Kamu fkirlah masa depan kamu dulu. Umi dan Hana
bukanlah tanggungjawab kamu. Am kan masih ada orang tua
dan merekalah yang harus kamu utamakan. Lagipun umi dan
Hana tak ada masalah untuk teruskan hidup. Hana pun dah
besar dan boleh jaga diri sendiri, katanya sarat dengannasihat.
Seketika suasana menjadi sunyi.
Lagipun tak lama lagi kerajaan dah nak ambil
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
35/87
Hasliza Ismail
35
tanah ni, jadi kami anak-beranak akan pindah ke rumah yang
diberi oleh kerajaan. Walaupun tak besar mana tapi
cukuplah untuk kami dua beranak tinggal. Cuma yang umi
risaukan perniagaan kerepek umi nanti. Umi sedang berusaha
untuk dapatkan tapak, sambung Siti Rahmah lagi.
Umi nak Am tolong carikan tak?
Rasanya yang tu pun umi boleh usahakan sendiri.
Hari tu umi ada jumpa pegawai kat persatuan peniaga-
peniaga kecil, katanya mereka boleh tolong. Kalau umi nakbuat pinjaman pun mereka boleh tolong.
Kamal Ilham mengangguk mendengar penerangan
Siti Rahmah itu. Legalah dia kerana sejak dia meninggalkan
kedua beranak itu, hatinya tidak pernah senang kerana
risaukan keadaan mereka. Ternyata wanita itu sudah cukup
kuat mengharungi kehidupan.Dalam diam dia bersyukur kerana hidupnya yang
dulu kesunyian dan penuh dengan masalah, akhirnya
dipertemukan dengan insan yang penyayang dan cekal hati.
Wanita itulah yang menjadi pendorong hidupnya kini bagi
meneruskan kehidupan yang dahulunya sukar kerana
kekurangan perhatian dan kasih sayang.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
36/87
Bukan Cinta Monyet
36
D
ATO AMMAR SHAH baru
melangkah masuk ke vilanya.
Langkahnya terhenti apabila
ternampak kelibat seseorang sedang memeluk tubuh duduk
di salah satu soa yang ada di situ. Kerana tidak berapa jelas,
Dato Ammar Shah membuka suis lampu utama.
Apa yang awak buat sorang-sorang dalam gelap ni?
Buang tabiat ke apa? Selalunya bukan senang nak tengok
awak kat rumah? Dato Ammar Shah menegur isterinya,
Datuk Seri Noura Azlin.Awak pula, kenapa tiba-tiba balik? Bukan awak
sepatutnya ke Hong Kong? balas isterinya dengan wajah
mencuka. Matanya tidak memandang Dato Ammar Shah
yang sedang berdiri di hadapannya.
Dato Ammar Shah meletakkan beg bimbitnya di
lantai. Kot hitamnya ditanggalkan dan dicampakkan ke soa
sebelum merebahkan diri setelah seharian bekerja.
Tak jadi hari ni, esok pagi-pagi baru saya pergi.
Yang awak pula kenapa tiba-tiba ada di rumah ni?
Bab3
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
37/87
Hasliza Ismail
37
Takkan awak dah lupa?
Lupa apa?Itulah, tak pernah ambil tahu pasal hal rumah
tangga. Anak sendiri balik pun awak tak tahu, bicara Datuk
Seri Noura Azlin lagi. Langsung tidak dipandang wajah
suaminya itu. Meluat setiap kali bertemu pandang dengan
suaminya itu. Sudahlah pulang ke rumah sebulan sekali.
Rumah ini dibuat macam hotel! Bentak hati Datuk Seri
Noura Azlin geram.
Hah, Ilham balik hari ni ke? Baguslah kalau dia
dah balik. Mana dia?
Dia tak balik hari ni.
La mana satu yang betul ni? Tadi awak kata hari
ni dia balik, tapi tak balik pula. Tak aham saya! rengus Dato
Ammar Shah. Pening mendengar jawapan isterinya itu.
Dia memang dah balik, tapi sekarang ni dia kat
rumah ibu angkatnya! jawab Datuk Seri Noura Azlin agak
keras daripada biasa. Geram kerana suaminya itu masih tidak
aham maksud kata-katanya.
Hah! Baguslah tu, sekurang-kurangnya dia taklah
sunyi sangat bila ada kat sana. Yang awak nak marah-marahni kenapa?
Awak kata kenapa saya tak marah? Saya nikan ibu
kandung dia. Sepatutnya dia jumpa saya dulu. Sebaliknya dia
lebih pentingkan orang lain daripada keluarga sendiri. Awak
fkir apa perasaan saya sekarang ni?
Dato Ammar Shah ketawa kecil melihat kemarahan
isterinya itu. Sejak bila pula isterinya itu pandai berkecil hati
pasal anak sendiri.
Itulah awak, dulu awak terlalu sibuk dengan kerja
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
38/87
Bukan Cinta Monyet
38
sampai hal anak pun awak serahkan pada orang gaji, sampai
budak tu hampir jadi anak tak berguna. Nasib baiklah dia
jumpa dengan orang yang boleh bagi dia kasih sayang. Kalau
tak, awak tak akan dapat tengok anak awak yang berjaya
seperti sekarang.
Awak jangan nak salahkan saya sorang. Awak juga
ada tanggungjawab sebagai ayah. Tapi awak hanya tau tunjuk
contoh yang tak baik pada anak, kata Datuk Seri Noura Azlin
memulangkan paku buah keras.Kedua-duanya sudah mula seperti anjing dengan
kucing yang bakal memulakan aksi percakaran.
Saya nikan ketua keluarga, dah jadi tanggungjawab
saya untuk keluar bekerja. Awak tu yang sepatutnya duduk
rumah didik anak. Ini tak, sibuk ke sana sini politik!
Awak nak suruh saya duduk rumah?Isterinya berdengus keras. Kemarahannya sudah
naik ke kepala.
Awak nak suruh saya jadi tunggul di rumah ni, jadi
housewie... so, awak di luar boleh enjoy dan beroya-oya
sesuka hati!
Jangan salahkan saya. Awak yang tak mampu jalankan tugas awak sebagai isteri. Terlalu gilakan kerja dan
pangkat. Awak asyik nak tunjukkan yang awak tu hebat
daripada saya, bukan?
Awak yang memang kaki perempuan sebelum kita
kahwin lagi. Saya yang kena banyak bersabar dengan perangai
awak dari dulu sampai sekarang. Ingatkan bila ada anak, awak
berubah... tapi makin menjadi-jadi. Berkepit dengan
perempuan sana sini. Awak ingat saya tak tahu setiap kali
awak ke overseas, bukan setakat urusan business aja, tapi
awak berseronok kat sana dengan perempuan!
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
39/87
Hasliza Ismail
39
Awak juga yang tak bagi saya kahwin lain....
Terjegil mata Datuk Seri Noura Azlin mendengarayat yang keluar dari mulut Dato Ammar Shah itu. Tergores
perasaannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana sampai
sekarang dia boleh bersabar dengan kerenah suaminya itu.
Orang macam awak ni, jangan katakan kahwin lagi satu,
sepuluh pun tak cukup. Jadi, tak usah mimpilah nak
berkahwin lagi satu!
So, kalau awak dah tahu, buat apa awak nak masukcampur lagi urusan saya? Dahlah! Malas saya nak bertekak
dengan awak malam-malam buta ni. Bila jumpa tak gaduh
tak sah! Bentak Dato Ammar Shah, berlalu meninggalkan
isterinya di ruang tamu sendirian.
Datuk Seri Noura Azlin tidak cepat melatah dengan
tindakan itu. Dia sudah biasa diperlakukan begitu setiap kalimereka bertengkar.
Kadangkala terdetik juga di hati kecilnya,
bagaimana dia boleh bersetuju berkahwin dengan lelaki
seperti itu? Mengapa dia tidak boleh bahagia seperti pasangan
suami isteri yang lain walaupun sudah berpuluh tahun
mengharungi hidup berumah tangga? Soalan itu sudah jenuh
difkirkan dan jawapan yang dicari tetap tidak ditemui.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
40/87
Bukan Cinta Monyet
40
L
EWAT Nurul Suhana bangun
pagi ini. Dia menggeliat di katil
dua tingkat dengan perasaan
yang ceria. Mimpi indah yang baru dialaminya malam tadi
masih segar di ikiran. Dia tersenyum sendirian memeluk
erat bantal busuknya. Tidak cukup dengan itu, ditiliknya pula
kotak hadiah berisi rantai leher yang disembunyikan di bawah
bantal. Tersengih-sengih dia sendirian hingga tidak sedar
gelagatnya diperhatikan oleh Anita yang baru selesai mandi.
Dahlah Hana, dari semalam lagi aku tengok kau nitersengih-sengih macam orang tak betul. Lusa kita dah nak
exam. Baik kau cepat-cepat mandi, sebab pagi nikan kita ada
kelas latih tubi. Anita menegur.
Aku taulah. Cantik tak rantai ni? tanya Nurul
Suhana sambil menunjukkan rantai di tangannya.
Cantik. Hai, ni baru hadiah daripada abang kau,
kalau dari pakwe entahlah, jawab Anita sambil
menggeleng. Hairan dia melihat gelagat Nurul Suhana yang
begitu gembira menayang pemberian abangnya itu.
Bab4
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
41/87
Hasliza Ismail
41
Isyyy tak sabar nak pakai, kata Nurul Suhana
berangan. Dicuba rantai tersebut ke lehernya dengan sebelah
tangan menolak rambutnya ke atas.
Cik adik oooi... dah-dahlah tu. Sekarang ni dah nak
dekat pukul lapan. Breakast pun belum lagi. Kelas pukul
sembilan, tau tak. Marah Anita.
Alamak betul ke dah pukul lapan! Apesaltak bagi
tau awal-awal?
Terkocoh-kocoh Nurul Suhana mencapai bakul
berisi barangan mandinya di bawah katil.
PERASAAN asing mula menyelinap sebaik sahaja dia
melangkah ke banglo yang ditinggalkan hampir lapan tahunlalu. Keadaan ruang tamunya juga telah berubah. Ah
memang selama ini pun setiap genap penjuru rumah tersebut
tidak pernah kekal. Kalau tidak barangan di dalam rumah itu
selalu ditukar baru, setidak-tidaknya kedudukannya dialih-
alihkan.
Namun kali ini ia jauh berbeza daripada dahulu.
Banyak perubahannya. Mungkin mama telah melakukanpengubahsuaian ke atas sebahagian ruang di dalam banglo
tersebut. Namun apa yang tidak berubah hanyalah kesunyian
yang biasa terdapat di rumah itu.
Kamal Ilham tidak terfkir untuk berdiri lebih lama.
Keadaan sunyi menguatkan kepercayaan bahawa orang
tuanya tidak ada di rumah. Yang kedengaran hanyalah bunyi
pinggan mangkuk saling bersentuhan di ruang makan.
Mungkin orang gajinya sedang sibuk di dapur hingga tidak
menyedari kehadirannya.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
42/87
Bukan Cinta Monyet
42
Langkahnya yang longlai mula mengira bait anak
tangga ke tingkat atas.
Ilham.
Seperti mama yang menegur dari belakang.
Seketika dia berpaling mencari si empunya suara.
Assalamualaikum, ma ucap Kamal Ilham
pantas, sebaik menyedari kehadiran mamanya itu.
Waalaikumsalam. Ilham dari mana ni? Kenapa takbalik semalam? Lama mama tunggu, soal Datuk Seri Noura
Azlin tenang.
Am singgah tidur di rumah umi semalam, jawab
Kamal Ilham lambat-lambat.
Kenapa tak balik terus ke rumah?
Kamal Ilham hanya mendiamkan diri apabiladiajukan pertanyaan itu. Dia sebenarnya tidak terfkir
mamanya akan berada di rumah menantinya.
Mama tak kerja ke hari ni? Kamal Ilham segera
menukar topik.
Mama pergi lewat sikit hari ni, sebab nak tunggu
Ilham balik. Jom, kita breakast. Dah lamakan Ilham tak
makan dengan mama.
Kita mana pernah makan sama. Laju Kamal Ilham
menjawab. Hatinya masih tergores.
Ilham, mungkin dulu mama terlalu sibuk untuk
kamu tapi
Ma, its okay. Mama tak perluexplain macam masa
Am budak-budak dulu. Am dah besar dan Am aham! pintasKamal Ilham. Dia tidak mahu mencetuskan sebarang
pertelingkahan dengan ibunya itu.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
43/87
Hasliza Ismail
43
Kalau macam tu, marilah breakast dengan mama.
Mama dah lama tak jumpa Ilham. Banyak yang mama nak
bualkan dengan Ilham, pelawa Datuk Seri Noura Azlin cuba
mengambil hati.
Tak apalah ma. Am sebenarnya dah breakast kat
rumah umi tadi. Lain kali ajalah.
Ilham, jangan macam tu hari ni mama yang
masak sendiri tau.
Terkesima Kamal Ilham mendengar pengakuan
mamanya. Satu perkara baru yang tidak pernah terfkir
olehnya. Mama masak sendiri? Masak apa? Mungkin buat roti
bakar atau menggoreng terus rozen oodagaknya. Mana
mungkin wanita itu sanggup berhadapan dengan minyak
panas. Takut terbakar kulitnya yang sentiasa dirawat di spa
itu. Tidak seperti Siti Rahmah yang hidupnya menghambakandiri di dapur untuk anak-anak.
Ilham tak sudi ke rasa masakan mama? Semuanya
dah hidang, jomlah makan. Tanpa menunggu jawapan
Kamal Ilham, Datuk Seri Noura Azlin terus menuju ke ruang
makan.
Mahu tak mahu Kamal Ilham terpaksa mengikut
dari belakang. Teringat pesan uminya tadi supaya
menghormati orang tua walaupun apa yang terjadi. Seorang
anak yang menderhaka pada ibunya sendiri, tidak akan cium
bau syurga. Kamal Ilham juga tidak mahu menjadi anak yang
derhaka.
Datuk Seri Noura Azlin mencedok nasi goreng ke
dalam pinggan Kamal Ilham, manakala orang gajinyamenuangkan jus oren ke dalam gelas.
Melihat makanan yang memenuhi ruang meja
membuatkan Kamal Ilham terasa muak. Baru saja tadi
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
44/87
Bukan Cinta Monyet
44
uminya menjamu nasi lemak dan jemput-jemput pisang.
Matanya melihat satu per satu makanan yang terhidang.
Bukan saja nasi goreng yang sudah diisi di dalam pinggannya,
terdapat juga mi goreng, sandwic dan beberapa jenis pastri.
Tidak cukup dengan itu, matanya membulat apabila
terpandang seorang lagi orang gajinya baru melangkah dari
dapur dengan membawa dua mangkuk kecil bubur nasi.
Benar-benar membazir. Makanan yang begitu banyak untuk
dua orang makan. Atau mungkin boleh dihabiskan olehkedua-dua orang gajinya itu nanti.
Ilham, kenapa tengok aje makanan tu? Tak kena
dengan selera Ilham ke? Ilham nak makan apa, mama boleh
suruh orang gaji sediakan.
Tak ada apa-apa, cuma Am terfkir macam mana
nak habiskan makanan ni.Itu Ilham janganlah risau. Penat tau mama buat
semua ni sejak subuh tadi. Nanti mama akan banyak
luangkan masa masak untuk Ilham. Lagipun sekarang mama
banyak belajar memasak. Jadi Ilham boleh makan kat rumah
selalu.
Kamal Ilham tidak segera membidas seperti
selalunya. Hatinya sedikit cair mendengar kata-kata mamanya
itu.
Tersenyum Datuk Seri Noura Azlin apabila melihat
Kamal Ilham mula menjamah makanan di pinggannya.
Perasaannya menjadi sayu. Kalaulah dari dulu dia melayan
anak tunggalnya itu seperti sekarang, pasti kasih sayang anak
muda itu tidak akan berbelah bahagi.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
45/87
Hasliza Ismail
45
A
S S A L A M U A L A I K U M ,
Abang Ilham? ucap Nurul
Suhana setelah mendail
nombor teleon yang baru disampaikan kepadanya oleh
warden asrama.
Waalaikumsalam. Wah, cepat Hana teleon, rasanya
baru tadi abang bagi tau pihak asrama suruh sampaikan
nomborhandphone baru abang pada Hana.
Tersengih-sengih Nurul Suhana memintal-mintal
tali teleon awam yang digunakan. Mungkin abangnya tidaktahu sebaik sahaja dia menerima nombor teleon tersebut,
sepantas kilat terus dia berlari ke arah teleon awam yang
berdekatan asramanya.
Alah, Hana ingatkan abang ada perkara penting, tu
yang terus teleon tu. Lagipun Hana baru habis kelas.
Sebelum balik asrama, Hana singgahlah teleon abang dulu.
Abang ada apa-apa nak bagi tau Hana ke?
Since esok Hana akan menghadapi SPM, jadi abang
cuma nak pesan kat Hana supaya buat baik-baik dan malam
Bab5
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
46/87
Bukan Cinta Monyet
46
ni tidur awal sikit. Tak perlu nak studi sampai lewat malam.
Tak elok sangat. Abang akan sentiasa doakan Hana berjaya
dalamexam esok, pesan Kamal Ilham.
Insya-Allah abang, Hana akan ingat pesan abang.
Lagi satu, nanti lepas tamat exam minggu depan,
abang dan umi akan ambil Hana sendiri. Jadi lepas exam
Hana kemaslah semua barang-barang ya, pesan Kamal Ilham
bersungguh.
Betul ke abang nak ambil Hana? Macam tu tak
adalah susah-susah Hana balik dengan bas nanti.
Barang Hana mesti banyak, kan? Macam mana nak
bawa naik bas?
Nurul Suhana melompat gembira. Dia memang
menantikan seseorang untuk menjemputnya kerana boleh
dikatakan kesemua kawannya dijemput oleh keluargamasing-masing. Nurul Suhana tidak mahu sendirian menaiki
bas dengan barang yang banyak.
Abang tak nak ganggu Hana, jadi Hana
sambunglah belajar ya. Jangan lupa pesan abang, tidur awal
malam ni. Esok pagi-pagi tenangkan fkiran dan buka minda,
insya-Allah Hana mesti berjaya dalamexam
nanti.
Terima kasih bang, Hana letak phone dulu ya.
Assalamualaikum....
Waalaikumsalam.
HAI, tersenyum lebar nampak? Apa yang seronok sangat tu?
Baru lepas berbual dengan buah hati ke? Syaik Izwan yang
sejak tadi bersamanya, menyapa sebaik sahaja Kamal Ilham
mematikan teleon bimbit.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
47/87
Hasliza Ismail
47
Bukan buah hati, tapi adik aku, jawabnya
bersahaja.
Ooo... adik angkat kau yang belajar kat asrama
penuh tu? Siapa namanya...errr.
Nurul Suhana la.
Betul ke adik angkat? Entah-entah usik Syafk
Izwan tersengih meneka. Dia tahu tentang Nurul Suhana
kerana masa belajar dulu, Kamal Ilham pernah bercerita
mengenai masa remajanya.
Hei jangan nak serkap jarang ya. Walaupun dia
tu adik angkat aku tapi aku dah anggap dia macam adik
kandung aku, tahu.
Cantik tak?Introduce la kat aku. Aku pun teringin
gak nak ada kekasih macam kau.
Berani kau nak usik adik aku? Dia budak lagilah.
Kalau aku nak carikan pasangan untuk dia pun, tak mungkin
kau, tau tak?
Isy teruklah kau ni, Am. Bukan nak support
kawan baik kau yang sorang ni! So, macam mana dengan
ruang pejabat ni? Cukup luas tak? tanya Syafk Izwan
menukar topik apabila Kamal Ilham mula malas melayankerenahnya tadi.
Boleh tahan juga, balas Kamal Ilham sambil
memerhati keadaan ruang pejabat yang kosong itu.
Lokasi tempat ni pun strategik seperti yang kita
inginkan. Kalau kau setuju, kita boleh jumpa balik agent tu
dan discuss tentang proses serta bayaran sewa, atau kau nak
survey tempat lain?
Kamal Ilham kelihatan berpuas hati. Ruang pejabat
itu tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Walaupun
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
48/87
Bukan Cinta Monyet
48
sewanya agak tinggi tapi ia berbaloi kerana lokasinya yang
strategik. Aku rasa tak perlulah kita buang masa survey
tempat lain. This place is just perect or our frst branch.
Higuys. Tiba-tiba mereka berdua disapa oleh
seorang wanita cantik yang baru tiba.
Ooo... Anne, kamu berdua ada janji nak jumpa sini
ke? tegur Syafk Izwan apabila melihat wanita kacukan
Serani-Melayu yang bernama Annetalia menghampiri
mereka.
Mereka bertiga sebenarnya sama-sama belajar di UK
dulu. Syafk Izwan dan Kamal Ilham sama-sama menuntut
dalam jurusan perundangan manakala Annetalia dalam
bidang komunikasi. Namun Annetalia lebih dulu pulang ke
tanah air setahun yang lepas setelah mendapat segulung
ijazah manakala dia dan Kamal Ilham melanjutkan pelajaransehingga ke peringkat masters di London. Dia juga tahu
hubungan kedua-duanya yang terjalin di sana.
So, macam mana you rasa tempat ni, okey? tanya
Kamal Ilham tersenyum.
Mmmm... besar juga ofs ni, nak cari pun senang.
Kalau macam tu Fiq, kira jadilah. Pendapat orang
perempuan selalunya boleh diterima, cadang Kamal Ilham
melengkapkan lagi keputusannya untuk terus memilih ruang
pejabat itu.
I cuma ikhlas bagi pendapat aje. Eh, apa kata you
ambil I jadipartner. You never know I might be able to help
you more in setting up this company? cadang Annetalia.
No no no sorry Anne, aku dan Am dahsetuju tak akan ambilpartnerlagi,especially women. Segera
Syafk Izwan memotong secara spontan membuatkan air
muka wanita itu berubah.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
49/87
Hasliza Ismail
49
Ouch thats hurt. Ini dah kes diskriminasi
terhadap wanita ni, katanya sinis.
Bukan aku nak kritik cara perempuan bekerja, tapi
mostly perempuan memang susah nak handle! tegas Syafk
Izwan lagi tanpa sedikit rasa bersalah atau ingin mengalah.
Kamal Ilham pula bagaikan tidak mahu menyampuk
dan hanya membiarkan kedua-duanya berbalas cakap.
Helo I think you dah salah interpretation act
terhadap wanita. Sekarang ni, wanita dah lebih menonjol
dalam semua bidang sama dengan lelaki. Malah kami jauh
lebih baik daripada lelaki hampir dari semua segi.Dont you
think so, Am?
Sudahlah tu jangan didengar cakap Syafk tu.
Dia bergurau aje tu. Actually kami memang tak berniat
untuk ambil rakan kongsi lain. Lagipun kan ke bidang youlain daripada kami, ujar Kamal Ilham bagi meredakan
keadaan yang mula nampak tegang.
Hai, cover line nampak. Tak apalah, girlriend
punya pasal, kan? Dulu bukan main kutuk lagi cara
kepimpinan wanita pada aku! seloroh Syafk Izwan.
Kamal Ilham menjegilkan matanya pada Syafk
Izwan kerana takut Annetalia terasa.
You pun sama? tegur wanita kacukan itu pada
Kamal Ilham sambil bercekak pinggang.
Ah dahlah, jom kita minum kat kedai mamak
seberang jalan tu lagi bagus, kan?
Annetalia menarik muka masam namun hanya
sementara kerana Kamal Ilham memang pandai memujuk.
Kamal Ilham merangkul tubuh yang tinggi lampai itu dengan
mesra setiap kali dirinya merajuk. Terus cair wanita itu
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
50/87
Bukan Cinta Monyet
50
dibuatnya. Walaupun mereka sudah lama berkenalan,
Annetalia sedar dari sehari ke sehari dia semakin cinta pada
lelaki itu. Kamal Ilham bukan sahaja tampan, malah hatinya
memang baik dan jujur. Tidak seperti lelaki-lelaki lain yang
pernah dikenalinya.
SYAFIK IZWAN yang baru menghabiskan teh tariknya mintadiri kerana tidak mahu mengganggu merpati dua sejoli itu.
Maklumlah, sudah hampir setahun berpisah pastinya mereka
berdua banyak perkara yang hendak dibualkan. Lagipun
dia bercadang untuk bertemu dengan ejen pejabat tersebut
secepat mungkin.
Kenapa you tak call I semalam? Penat I tunggu.
Janji nak callsebaik aja you sampai Malaysia?
Banyak benda kena buat, jadi tak sempatlah.Sorry
ya sayang.
So, bila nak bawa I jumpa amili you? Kan kita dah
janji nak bertunang sebaik saja you balik Malaysia,
rengeknya manja.
Kamal Ilham mengeluh perlahan. Bukan kerana dialupa pada janji sewaktu mereka di UK dulu, tetapi dia sendiri
tidak tahu bila kedua-dua orang tuanya akan mempunyai
masa pada waktu yang sama.
Kenapa? You dah lupa ke? Atau you belum
bersedia? Annetalia tarik muka masam sekali lagi. Takkanlah
cepat benar lelaki itu lupa pada janji-janji mereka dulu.
Setahun mereka tidak bertemu mungkin telah menyebabkan
hati lelaki itu beku. Mungkin juga kehangatan cinta mereka
telah pudar.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
51/87
Hasliza Ismail
51
Mana ada I lupa. Cuma rasanya macam cepat
sangat kita nak bertunang. Kan I baru aje balik. Lagipun
sekarang nikan I dengan Fiq sibuk dengan company yang
baru nak buka nanti.
I bukannya nak desak you, tapi ather I tu dah
bising. Dia dah tahu hubungan kita semasa katoverseas dulu
dan dia takut kalau.
Takkanlah ather you fkir kita ada buat benda-
benda tak elok masa kat sana?
Alah biasalah,atherI tu kolot sikit.Anyway, dia
memang sukakan you dan dia pun tak sabar nak jumpa you.
Tapi sebelum tu I nak jumpa amili you dulu. Kalau kompeni
you dahset-up nanti, you mesti janji untuk terus bertunang.
Macam nilah... minggu depan I bawa you jumpa
mereka.I will let you know bila harinya okey?Sejuk hati Annetalia mendengar kata-kata Kamal
Ilham itu. Dia tidak lagi tarik muka masam. Langkah pertama
untuk bertemu dengan keluarga ternama itu sudah hampir
berjaya. Seterusnya dia perlu memikat hati kedua-dua orang
tua Kamal Ilham sekiranya dia ingin memiliki sepenuhnya
hati lelaki itu. Teringat dia akan pesan papanya sebelum ini.
Sia-sia aje aku hantar kau belajar ke luar negara
untuk memikat satu-satunya anak lelaki Datuk Seri Noura
Azlin tu. Masa depan syarikat kita bergantung kepada usaha
kamu untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga
mereka.
Syed Shazlan mengingatkannya tentang rancangan
mereka waktu itu.
Kecut perut Annetalia dengan ketegasan papanya
yang begitu tamakkan kekayaan. Sebagai anak tunggal di
dalam keluarga, dia harus memikul tanggungjawab itu
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
52/87
Bukan Cinta Monyet
52
mengikut segala kemahuan papanya. Namun dia tidak gilakan
semua itu. Dia hanya inginkan lelaki yang telah berjaya
menawan hatinya. Dia yang pada mulanya hanya ingin
mempergunakan lelaki itu atas arahan papanya, akhirnya
benar-benar sudah jatuh cinta hingga sanggup meninggalkan
apa yang pernah dimilikinya sebelum ini. Dia sanggup
berbuat apa sahaja agar impiannya untuk menjadi suri di hati
lelaki itu berjaya.
Anne... ni apehal jauh mengelamun ni? Tak puashati lagi ke? Kamal Ilham memetik jarinya ke wajah
Annetalia yang tiba-tiba terdiam seketika tadi.
Isy tak adalah. Terkial-kial Annetalia menjawab
bagi menyembunyikan rahsia yang ada di dalam dirinya. Dia
mula takut kalau-kalau suatu hari nanti rahsia itu akan
terbongkar. Dia takut kehilangan lelaki itu.
Dont lie to meokay? I tau you susah hati, takut I
tiba-tiba lari dari you betul tak?
Terbungkam Annetalia dengan pertanyaan Kamal
Ilham yang bagaikan dapat membaca frasat hatinya. Dia
memandang lelaki itu tanpa berkelip namun tidak lama
kemudian Kamal Ilham ketawa besar melihat perubahan
wajah wanita itu.
I bergurau ajelah! You ni macam tak kenal I.
Its not unny, Am. I tak suka you cakap macam
tu.
Okey okeylah sayang. I am truly sorry. I tak
bermaksud nak lukakan hati you, tapi percayalah tak ada
sesiapa pun di dalam hati I selain daripada you. Orang yangpaling I sayang dan insya-Allah, kalau Tuhan izinkan, kita
pasti kahwin.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
53/87
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
54/87
Bukan Cinta Monyet
54
Aku balik dulu Faridah, Siti, Yati. Jangan lupa
contact aku bila semua dah sampai rumah nanti ya. Ingat,
jangan sekali-sekali kita lupakan persahabatan kita, pesan
Nurul Suhana teresak-esak sambil memeluk satu per satu
kawan-kawannya.
Aku, kau tak nak salam ke Hana? Sampai hati
kau.
Alah, kau aku boleh jumpa kat KL aje bukan
jauh sangat pun, ujar Nurul Suhana pada Anita, sahabatnyayang paling akrab.
Mereka berdua tinggal di Kuala Lumpur sedangkan
teman-teman yang lain tinggal berlainan negeri. Sudah tentu
sulit untuk dia bertemu dengan mereka.
Hana, patutlah kau gila bayang aje sejak jumpa
abang angkat kau tu.Handsome siot! Kau tak nak kenalkandengan aku ke? Anita sempat berbisik di telinga sahabatnya
itu setelah melihat Kamal Ilham yang sibuk menyusun
barang-barang Nurul Suhana di belakang kereta.
Boleh, tentu boleh... boleh jalanlah! sergah Nurul
Suhana dalam nada tertahan-tahan.
Kedekutlah kau ni, tak nakshare
dengan aku
pun!
Helo, tukan abang aku. Jangan fkir yang bukan-
bukan boleh tak?
Abang angkat mana sama dengan abang betul...
kata Anita separuh mengusik.
Tiba-tiba jantung Nurul Suhana berdebar-debar
mendengar kata-kata yang ada asasnya itu.
Tak salah kan kalau aku ada menyimpan perasaan
ini. Eh, apa aku cakap ni? Kenapa aku boleh terfkir sampai
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
55/87
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
56/87
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
57/87
Hasliza Ismail
57
T
ERSENYUM lebar Annetalia
kerana akhirnya hajatnya tercapai
juga. Walaupun sedikit perasaan
berdebar-debar, namun dia yakin kedua-dua orang tua Kamal
Ilham pasti akan menyukainya.
Mama you tu orangnya macam mana ya. You tahu
apa yang dia suka? tanya Annetalia pada Kamal Ilham yang
sedang memandu.
Kenapa you nak tau?
Tak adalah, cuma I ada beli hadiah untuk mamayou...pearl necklace. Tak tau sama ada dia suka ke tak, ujar
Annetalia, teringat rantai mutiara yang diberikan oleh
ayahnya semalam untuk diberikan pada Datuk Seri Noura
Azlin.
Ayahnya memang mengetahui wanita itu peminat
mutiara. Oleh kerana itulah dia telah menempah khas rantaimutiara yang berkualiti tinggi untuk dihadiahkan pada
wanita tersebut dengan harapan ibu Kamal Ilham akan
menyukai anak gadisnya.
Bab7
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
58/87
Bukan Cinta Monyet
58
Umi I bukanlah jenis yang sukakan barang-barang
perhiasan. Tapi kalau you ikhlas nak bagi, tak kisahlah.
I dapat agak yang mama you tu mesti baik dan
mesra orangnya, kan? Tak sabar I nak jumpa.
Umi I adalah orang yang paling penting dalam
hidup I sebab tu la I nak you kenal dengannya dulu. Macam
mana I hormatkan dia, I nak you juga macam tu. Kasih
sayang yang telah diberikan pada I sangat besar ertinya buat
I. Rasanya tanpa dia, I tak mungkin jadi seperti sekarang.
Annetalia kagum mendengar kata-kata Kamal
Ilham. Hatinya dapat mengagak betapa akrabnya hubungan
lelaki itu dengan ibunya. Kalaulah dia berjaya memikat hati
wanita itu pasti rancangan ayahnya akan dapat berjalan
dengan lancar dan impiannya juga akan termakbul.
Eh ni jalan nak ke Kerinchi, kan? Bukan rumah you kat USJ ke? tanya Annetalia setelah menyedari kereta
yang dipandu oleh Kamal Ilham menuju ke Kampung
Kerinchi.
Kan I dah cakap nak bawa you jumpa umi I. Kita
nak ke sanalah ni.
Tapi rumah you kat sini ke?
Kamal Ilham hanya tersenyum.
Annetalia malas hendak bertanya lagi. Tak kisahlah
mana rumah Kamal Ilham asalkan hasratnya untuk bertemu
kedua orang tua lelaki itu tercapai. Atau mungkin mereka
akan bertemu di luar sambil makan tengah hari.
SEMERBAK bau aroma kuah asam pedas yang sedang
menggelegak di atas api. Sekali-sekala Nurul Suhana yang
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
59/87
Hasliza Ismail
59
manis berbaju kurung mengacau kuah tersebut agar ia tidak
melimpah keluar.
Siti Rahmah pula sibuk menggoreng ayam
berempah dan juga sedikit tempe yang menjadi makanan
kegemaran Kamal Ilham.
Umi kata tadi, Abang Ilham nak datang dengan
kawan dia, kan? Kawan yang mana satu ya? tanya Nurul
Suhana. Pagi tadi lelaki itu ada meneleon memberitahu yang
dia ingin datang untuk makan tengah hari bersama rakannya.Dia juga memesan supaya umi memasak masakan
kegemarannya.
Umi pun tak tau kawan yang mana satu. Agaknya
kawan masa kat universiti kut? teka Siti Rahmah.
Nurul Suhana tersenyum senang menerima
jawapan uminya itu.Dah lama kuah tu menggelegak. Boleh angkat dah
tu. Tolong umi kemas meja luar tu cepat sikit. Rasanya abang
kamu tu dah nak sampai dah kejap lagi.
Nurul Suhana hanya mengikut. Setelah ditutup api
gas, dia mula menghidang satu per satu makanan yang telah
siap dimasak.
Assalamualaikum.
Waalaikumsalam sahut Siti Rahmah yang baru
selesai menggoreng lauk terakhirnya sebelum bergegas
menuju ke pintu. Siti Rahmah telah dapat mengagak pastinya
Kamal Ilham telah tiba tepat seperti yang dijanjikan.
Cepat kamu sampai, masuklah!
Umi, Am nak kenalkan kawan Am satu universiti
Annetalia Syed Shazlan. Kamal Ilham memperkenalkan
wanita yang berada di sebelahnya itu kepada uminya.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
60/87
Bukan Cinta Monyet
60
Oh, umi tak sangka pula Am nak bawa kawan
perempuan. Jemputlah masuk. Maa ya rumah mak cik ni
kecil aja.
Annetalia hanya tersenyum hambar setelah
diperkenalkan. Dia yang agak keliru waktu itu hanya mampu
mendiamkan diri apabila melihat keadaan rumah berkenaan.
Takkan ni rumah keluarga Kamal Ilham? Rumah setinggan
yang hanya sebesar separuh dari ruang tamu rumahnya aja.
Melihat gaya wanita yang baru diperkenalkan jugatidak seperti yang digambarkan. Dengan hanya memakai baju
kurung Kedah, berkain batik serta berserkup putih, benar-
benar membuatkan dia keliru.
Anne, sebenarnya ni ibu angkat I yang I ceritakan
tadi. Orang yang I paling hormati dan I nak sangat you jumpa
dengannya, terang Kamal Ilham setelah melihat Annetaliakelihatan kekok dan keliru. Salah dia juga kerana tidak
menceritakan perkara yang sebenarnya sebelum mereka
sampai tadi.
Kamu berdua duduk dulu ya. Umi ke dapur dulu.
Kejap lagi kita makan.
Umi, Hana mana? Tak nampak pun?
Ada kat dapur tu. Hana, Abang Ilham kamu dah
sampai ni! laung Siti Rahmah memanggil Nurul Suhana
yang masih tidak menyedari kehadiran Kamal Ilham itu.
Abang Ilham dah sampai ke? Bergegas Nurul
Suhana ke ruang tamu dengan wajah yang ceria. Sejak
pulang dari asrama tempoh hari, dia sudah tidak sabar untuk
bertemu dengan abangnya itu.
Tiba-tiba wajahnya yang ceria tadi bertukar
mendung. Seorang wanita yang duduk di sebelah abangnya
itu membuatkan dia rasa tidak sedap hati.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
61/87
Hasliza Ismail
61
Hana, apa yang tercegat kat situ? Tak salam dulu
ke dengan kawan abang kamu tu? Siti Rahmah menegur.
Nurul Suhana baru tersedar. Rasa malu pula apabila
terkaku tiba-tiba. Dengan sopan dia bersalaman dengan
wanita itu serta abangnya yang duduk bersebelahan.
Anne I kenalkan. Ni adik angkat I, Nurul
Suhana. Baru aja habis SPM. Dulu kami selalu naik basikal
jual kerepek kat pekan. Hana ni dari dulu memang suka
menyakat I. Bersemangat betul Kamal Ilham berceritakisahnya pada Annetalia.
Hana, duduklah sini panggil Kamal Ilham
apabila melihat Nurul Suhana hanya berdiri di hadapannya.
Tak apalah bang, Hana ada kerja kat dapur. Nanti
Hana keluar ya. Nurul Suhana meminta diri kerana terasa
kekok apabila ditinggalkan oleh uminya di situ. Hatinya mulatertanya-tanya. Teman wanita Abang Ilhamkah?
ANNETALIA hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab. Geram dan
terasa seperti dipermain-mainkan. Bertambah sakit hatinyaapabila mengenangkan rantai mutiara yang sepatutnya
dihadiahkan pada Datuk Seri Noura Azlin itu terpaksa
diberikan pada ibu angkat Kamal Ilham sebelum mereka
pulang tadi. Ini semua gara-gara Kamal Ilham yang tiba-tiba
mengingatkannya tentang hadiah tersebut depan wanita itu.
Terima kasihlah sebab sudi datang ke rumah buruk
kami ni. Maa ya kalau masakan mak cik tadi tak kena dengan
selera Anne. Lain kali kalau Anne datang, mak cik akan tanya
Am dulu apa yang Anne suka makan.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
62/87
Bukan Cinta Monyet
62
Tak apa mak cik lauk tadi sedap juga, balasnya.
Kalau sedap kenapa tak makan banyak? sampukKamal Ilham mengusik.
Annetalia menjeling ke arah Kamal Ilham yang
hanya tersengih-sengih.
Sebenarnya umi, Anne ni tak biasa dengan
masakan kampung, terutama yang pedas-pedas, beritahu
Kamal Ilham cuba untuk mengambil hati Siti Rahmah.
Oh, begitu. Lain kali umi masakkan lauk yang tak
pedas,ye.
Aaa bukan tadi you ada bawa hadiah untuk umi,
kan?
Annetalia menggetap gigi. You ingat hadiah tu
untuk orang tua ni ke? Geramnya aku nanti you Kamal
Ilham! getusnya di dalam hati. Ya nasib baik you
ingatkan.
Annetalia mengawal perasaan geramnya. Dia
mengeluarkan kotak hitam di dalam tas tangannya lalu
menghulurkan pada Siti Rahmah dengan senyuman yang
dipaksa-paksa.
Eh apa susah-susah nak bagi hadiah ni. Takpayahlah, Anne, tolak Siti Rahmah mentah-mentah.
Ambillah umi, Anne ikhlas tu pujuk Kamal
Ilham pula.
Makin menggerutulah perasaan Annetalia kerana
baru tadi dia lega apabila wanita itu beria-ia menolak
pemberiannya.Ambillah mak cik. Saya ikhlas nak bagi. Ujar
Annetalia sambil memegang tangan Siti Rahmah dan
meletakkan kotak itu sendiri di tapak tangannya.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
63/87
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
64/87
Bukan Cinta Monyet
64
dia orang tu sentiasa sibuk. Tapi I janji akan bawa you jumpa
mereka dalam minggu ni okey?
NURUL SUHANAmasih berdiri di singki dengan kedua-dua
tangannya memegang pinggan-pinggan kotor untuk dibasuh.
Sejak abangnya pulang tadi, hatinya asyik bergelora. Dia
sendiri tidak tahu mengapa. Ia terjadi apabila melihat temanabangnya itu. Apa hubungan perempuan tu dengan Abang
Ilham? Betul ke mereka tu kawan? Tapi takkanlah hanya
kawan sebab Abang Ilham layan dia mesra. Aku pun tak
dipandangnya sangat. Abang Ilham dah berubah kut sebab
perempuan tu.
Hmmm bukannya cantik pun perempuan tu.
Entah macam mana abang boleh suka dia. Nurul Suhanamendengus keras. Tanpa sengaja dihempaskan pinggan-
pinggan ke dalam singki. Berdecing bunyinya sehingga
mengejutkan uminya yang sedang menyapu lantai.
Hana, cuba buat kerja tu baik-baik sikit. Nanti
pecah pinggan-pinggan tu, tegur Siti Rahmah lalu
menggeleng-gelengkan kepala.Barulah Nurul Suhana tersedar kerana terlalu
ikutkan perasaannya tadi, hampir pecah pinggan-pinggan itu
dibuatnya.
Umi rasa tadi tu makwe Abang Ilham ke? tanya
Nurul Suhana sambil meneruskan kerjanya membasuh
pinggan-pinggan tadi.
Manalah umi tau. Agaknyalah kut. Kalau tak,
takkanlah dia bawa balik ke rumah jawab Siti Rahmah
bersahaja.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
65/87
Hasliza Ismail
65
Tiba-tiba sahaja hati Nurul Suhana kembali panas.
Takkanlah uminya juga berfkiran begitu? Agaknya betullah
sangkaannya tadi. Geram dan sakit hati, Nurul Suhana
menyental-nyental pinggan di tangannya.
Tak padan langsung dengan Abang Ilham!
rengusnya kasar.
Mana yang tak padannya? Umi tengok mereka
berdua tu padan aje. Anne tu nampak berbudi bahasa, cantik
pulak tu. Lagipun rasanya Anne tu daripada keluarga berada.Sesuai sangat digandingkan dengan abang kamu tu.
Nurul Suhana terdiam. Hatinya tidak dapat
menyangkal walaupun teman abangnya itu bukan saja cantik
malah dari gayanya amat setara dengan kedudukan keluarga
abangnya itu. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan
dirinya yang miskin. Itu pun sudah bernasib baik abangnya,Kamal Ilham masih mahu mengaku mereka seperti sebuah
keluarga.
BERIA-IA Kamal Ilham mengajak uminya keluar makan
malam bersama memandangkan siang tadi mereka duaberanak bersusah payah memasak untuk dia dan Annetalia.
Selepas saja dia menghantar pulang Annetalia, Kamal Ilham
kembali semula ke rumah uminya. Memang sudah dalam
perancangannya untuk membawa mereka makan di luar.
Tetapi permintaannya ditolak baik oleh uminya dengan alasan
masih banyak kerja di rumah yang perlu disiapkan. Akhirnya
hanya Nurul Suhana yang dibawa keluar bersama.
Malam itu Kamal Ilham membawa Nurul Suhana
makan di restoran The Ship yang terletak di ibu kota.
-
8/6/2019 Bukan Cinta Monyet
66/87
Bukan Cinta Monyet
66
Terbeliak mata Nurul Suhana membaca menu-
menu yang ada. Terdapat penerangan ringkas untuk setiap
makanan bagi memastikan pelanggan-pelanggan baru
sepertinya mengetahui jenis menu yang diinginkan.
Walaupun ini bukanlah kali pertama Nurul Suhana
menikmati makanan barat tetapi restoran te