cerita berbingkai

7
CERITA BERBINGKAI

Upload: ladyrozy

Post on 10-Jun-2015

2.491 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kesusasteraan Melayu Tradisional Kertas 1

TRANSCRIPT

Page 1: CERITA BERBINGKAI

CERITA BERBINGKAI

Page 2: CERITA BERBINGKAI

Definisi

Cerita Berbingkai disebut sebagai “cerita dalam cerita”. Ini kerana ceritanya terjadi daripada satu cerita pokok dan didalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain.

Cerita-cerita yang terdapat di dalam cerita pokok dikenali sebagai “cerita sisipan”

Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok .Cerita pokok berkait dengan cerita sisipan melalui tukang-tukang cerita. Tukang-tukang cerita berperanan sebagai “penghubung” antara cerita pokok dengan cerita sisipan.

Cerita sisipan disampaikan oleh “tukang cerita/watak tertentu dari cerita pokok untuk menghasilkan hujah atau untuk membuktikan kebenaran.

Page 3: CERITA BERBINGKAI

Ciri-Ciri Umum Cerita Berbingkai

2. Struktur isi ceritaStruktur isi cerita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama pokok cerita dan bahagian kedua ialah cerita sisipan.

3. Watak dan perwatakanWatak-watak dalam cerita terdiri dari watak manusia dan watak binatang. Watak manusia pula terdiri dari kalangan istana dan watak rakyat biasa.Watak binatang diberi sifat-sifat personifikasi iaitu boleh bertutur dan bertindak seperti manusia.Watak utama memainkan peranan penting dalam cerita sebagai pencerita dan watak penyelamat melalui cara bercerita.

1. Dari segi isi ceritaIsi cerita berbingkai berasal dari India. Ia dibawa ke Tanah Melayu ke dalam kesusasteraan Melayu melalui Arab Parsi. Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara atau menonjol berbanding unsur pengaruh Hindu.

Page 4: CERITA BERBINGKAI

5. Mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan.Di dalam cerita berbingkai terdapat banyak unsur-unsur pengajaran dan didaktik yang tinggi. Unsur-unsur pendidikan dan pengajaran banyak ditunjukkan melalui watak-watak dalam cerita sisispan.

4. Kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan.

Page 5: CERITA BERBINGKAI

Ciri-Ciri Cerita Sisipan

2. Isi cerita ringkas dan pendek.Cerita sisipan merupakan satu cerita yang mempunyai isi cerita ringkas dan pendek. Cerita sisipan dapat mengawal kesatuan cerita dengan cerita pokok agar sentiasa rapi.

3. Cerita sisipan mampu berdiri sendiri sebagai cerita berasingan.Cerita sisipan mampu wujud sendiri sebagai cerita berasingan daripada cerita pokok. Ia mempunyai kesatuan “plot” tema dan watak tersendiri.Alat mengemukakan amanat dan pengajaranAda kepelbagaian cerita di dalam cerita sisipan menjadikan ia sebagai alat mengemukakan amanat dan pengajaran.

1. Disampaikan oleh seseorang watak dari cerita pokok.Watak bercerita berbagai-bagai cerita iaitu cerita sisipan dengan tujuan tertentu seperti untuk membuktikan kebenaran atau menyelamatkan keadaan.

Page 6: CERITA BERBINGKAI

Karya-karya Cerita Berbingkai

1. Hikayat Bayam Budiman2. Hikayat Kalila Wa Daminah3. Hikayat Bakhtiar4. Hikayat Seribu Satu Malam

Page 7: CERITA BERBINGKAI

Fungsi Cerita Berbingkai

2. Sebagai alat hiburanCerita berbingkai memberi kerehatan fikiran dan penyelesian cerita memberi kemenangan kepada yang berupaya menggembirakan.3. Sebagai unsur peringatanIsi cerita berbingkai mengandungi unsur-unsur peringatan kepada pembaca contohnya supaya jangan bertindak melulu, tetapi harus menggunakan akal sebelum mengambil sesuatu tindakan.4. Sebagai unsur panduanBerbagai-bagai cerita dalam cerita sisipan menerapkan unsur-unsur panduan kepada pembaca.

1. Sebagai alat pendidikan moralIsi cerita kaya dengan unsur didaktik serta pendidikan.