ceramah t2a2

Upload: amy-amyza

Post on 07-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NNN

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

TAJUK :

RUMUSAN CERAMAH T2A2

MOTIVASI PELAJAR

NAMA PELAJAR

: AMIZAH BINTI MOHD YUSOF

NO. MATRIK

: 830206065188001

NO. H/P

: 019-6517075

E-MAIL

: [email protected]

NAMA UNIVERSITI

: UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

AMBILAN

: MAC 2011 SEPTEMBER 2014

MAJOR

: PENGAJIAN ISLAM

ULASAN CERAMAH:T2A2

Tn Haji Ibrahim wakil daripada Bahagian Pendidikan Guru telah menyampaikan ceramah yang bertajuk motivasi pelajar. Dalam ucapannya,beliau telah membahagikan ceramahnya kepada dua bahagian utama iaitu :

1. Apakah yang pelajar atau guru akan perolehi melalui program pensiswazahan guru dan,

2. Apakah sumbangan guru atau pelajar yang diharapkan oleh kementerian pelajaran Malaysia selepas tamat pengajian mereka.

Antara kupasan Tn Haji Ibrahim ialah pihak KPM amat menggalakkan guru menyambung pelajaran dengan menawarkan pengajian ikut bidang dan pilihan tempat pengajian yang sesuai serta memudahkan pelajar. Antara kehendak KPM tujuan utama guru belajar adalah untuk tingkat ilmu, kemahiran dan nilai pada guru-guru selain itu juga dapat meningkatkan pendapatan para guru selepas tamat pengajian. Ini kerana ujar beliau antara ciri-ciri negara maju adalah apabila golongan kakitangan kerajaan berpendapatan tinggi dan memberi gambaran bahawa penduduk Malaysia setaraf dengan negara-negara maju. Selain itu laluan kerjaya dapat diperbaiki pada tempoh masa singkat iaitu 8 8 6 3 kenaikan pangkat.Pelan pendidikan telah melalui fasa transformasi hasil desakan kesatuan guru dan kini sebahagiannya telahpun direalisasikan oleh kerajaan. Sebagai contoh laluan kerjaya diperbaiki sehingga memungkinkan gred JUSA mungkin akan diwujudkan di sekolah rendah. Selain itu, Isu petempatan dan kenaikan gred ke 41 dijangka tidak akan ada masalah kerana ini telah melalui rangka pelan yang cukup lama untuk memartabatkan profesion guru. guru-guru juga tidak akan terikat dengan sebarang kontrak yang membebankan dengan kerajaan. Sasaran KPM menjelang RMK 10 harapan kerajaan ialah 90% guru sekolah menengah berijazah dan 60% guru sekolah rendah akan memiliki ijazah.Justeru itu,sebagai motivasi kepada pelajar, matlamat utama guru belajar ialah untuk meningkatkan pendapatan dan kerjaya guru telah mewujudkan laluan kerjaya menarik antaranya guru cemerlang, guru pakar, guru SICS, dan lain-lain. bidang pendidikan adalah satu-satunya perkhidmatan awam yang kedua selepas bidang perubatan di mana gaji adalah bawah sedikit dari para doktor. Oleh itu ulasnya lagi, guru perlu bersyukur kerana mempunyai pendapatan yang baik. Guru jangan hanya menantikan arahan dari pihak atasan malahan bertindak merebut peluang untuk laluan kerjaya yang luar biasa. Sentiasa memotivasikankan diri agar dapat cipta inovasi dalam PDP.

Antara harapan lain KPM ialah Guru perlu ubah paradigma . Guru juga akan dapat pnegiktirafan sebagai profesional berdasarkan kursus-kursus dan Seminar yang diikuti . Kemahiran dan ilmu yang telah dibuktikan dari sijil dan kecemerlangan yang ditonjolkan oleh guru. Selain itu nilai tonggak 12 perlu ada dalam diri setiap guru, antaranya ialah bersyukur. Syukur kerana mendapat pekerjaan guru, syukur kerana dapat menyambung pelajaran dibawah tajaan KPM dan sebagainya. Guru juga seharusnya berbangga menjadi seorang guru, ini kerana pada masa kini pengambilan guru oleh KPM ahanya akan di pilih dari kalangan pelajar yang mendapat gred 9A SPM sahaja.

KPM juga amat mengharapkan agar para guru dapat menjaga nilai profesionalisme seperti nilai jujur,menepati masa,sentiasa mempunyai inisiatif ketika bekerja serta tahu menyelesaikan masalah.