centre spread - 23 ogos 2014 - 10 - jhev.gov.my · memutuskan supaya strategi lautan biru...

1
KEMENTERIAN PERTAHANAN http://www.jhev.gov.my/ https://www.facebook.com/JHEVATM [email protected] @VeteranATM w w w . p e r h e b a t . n e t . m y [email protected] Kejayaan JHEV membantu veteran ATM Pembelajaran kursus yang diterima daripada PERHEBAT buah kejayaan PROGRAM MEMBAIKPULIH RUMAH VETERAN 1MALAYSIA (1MVHRP) DI BAWAH STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS7) Mesyuarat Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada 20 Jun 2012 telah memutuskan supaya Strategi Lautan Biru dibangunkan bagi membantu Veteran ATM menyesuaikan diri dengan kehidupan awam dan menyumbang kepada pembangunan negara setelah tamat perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7). Program ini merangkumi 7 Inisiatif utama dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada 15 Disember 2012 di Kuala Kangsar, Perak. Di antara 7 inisiatif 1MVRP adalah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP). Program ini bertujuan untuk membantu Veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih kondusif dan selesa. Ianya merangkumi dua skop kerja iaitu : SKOP KERJA TAHUN 2012 2013 BINA BARU 27 UNIT 130 UNIT BAIK PULIH 22 UNIT 70 UNIT JUMLAH 49 UNIT 200 UNIT Program 1MVHRP ini merupakan kerjasama erat di antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Unit Strategi Nasional (NSU). Rumah Bina Baru yang dibangunkan atas tapak asal rumah penerima yang menelan belanja RM45,000.00 sebuah di Semenanjung dan RM50,000 di Sabah dan Sarawak dengan keluasan 720 kaki persegi, mempunyai 3 bilik tidur dengan 2 bilik air. Wartawan OPAT RATTANACHOT Gambar oleh razak osman [email protected] Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mungkin itu perkataan yang sesuai bagi menggambarkan liku-liku perjalanan pesara tentera, M. Karupaiya, 61, sebelum bergelar usahawan syarikat p e n g a n g k u t a n yang berjaya. Beliau merupakan pemilik syarikat penyedia perkhidmatan lori dan kargo, Direct Express (M) Sdn. Bhd. serta gudang berlesen, Direct Express Logistics (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di SOLAR TASIK KENYIR KILANG THERMOPLASTIK SOLAR Butiran Semenanjung Sabah dan Sarawak Baik Pulih RM11,000 RM12,000 Bina Baru RM45,000 RM50,000 ENCIK ABDUL MAJID BIN HJ MISLAN Encik Abdul Majid bin Hj Mislan telah memulakan perniagaan jahitan dan menjual peralatan kelengkapan pakaian tentera pada tahun 2011 dengan nama Sudi Jahit Enterprise yang diusahakan di Johor Bahru Beliau yang begitu berminat dalam bidang jahitan ini berusaha dengan gigih dan dalam tempoh beberapa tahun sahaja telah mencapai satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Dengan anggaran pendapatan sebanyak RM12,000.00 sebulan dan sekarang ini mempunyai 5 orang pekerja, beliau boleh dikatakan sebagai salah seorang usahawan veteran ATM yang Berjaya. Beliau juga berharap perniagaan beliau akan terus maju, dapat bersaing dan berkembang. Encik Muhamad Arif bin Hamid, seorang usahawan restoran telah memulakan perniagaan kedai makan dengan nama Restoran Arif & Catering, Beliau yang begitu berminat dalam bidang masakan dan restoran ini telah membuka restoran sejak dari tahun 2007 di Taman Samudera Sempurna, Kuantan Pahang. Berbekalkan ilmu yang diperolehi dalam bidang ini, beliau telah berusaha dengan gigih untuk terus maju dan menyediakan pelbagai jenis menu citarasa penduduk tempatan dan sekitarnya. Sehingga hari ini beliau mempunyai 8 orang pekerja dan anggaran pendapatan bersih sebanyak RM6,000.00 sebulan. Cita-cita beliau adalah untuk berjaya dan dapat meluaskan serta mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau telah mendapat pinjaman Skim Perniagaan MIKRO Usahawan Veteran – ATM (Tekun ) melalui PERHEBAT. ENCIK MUHAMAD ARIF BIN HAMID M.KARUPAIYA di hadapan sebuah lori milik syarikatnya, Direct Express (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kulim, Kedah Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Datuk Abdul Rahim Bakri menyampaikan replika kunci Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP) di Sek. Keb. Lt Adnan, Kajang, Selangor pada Mac yang lalu. Menteri Pertahanan, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan replika kunci kepada Kpl Chumati bin Sastro di Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia di Dewan Masyarakat Baru Papar, Sabah. DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN Menteri Pertahanan Malaysia Kerajaan amat komited menjaga hal-ehwal kebajikan dan sosio-ekonomi veteran tentera. Sehubungan itu, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sebagai agensi untuk menterjemah dan melaksanakan komitment Kerajaan terhadap keperluan veteran tentera. Ramai veteran tentera telah dibantu sehingga berjaya. Kejayaan ini diharap dapat memangkin semangat veteran-veteran yang lain supaya tidak putus harap serta pada masa yang sama menjadi contoh kepada masyarakat. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan menyampaikan replika kunci 1MVHRP kepada veteran tentera Mohd Zaini Abu Bakar di Kg. Setiajaya, Guar Chempedak, Kedah. Taman Cekur Manis, Kulim, Kedah. Ketika berkongsi pengalamannya, bekas Pegawai Waran I, Rejimen Jurutera Diraja (RJD) Kementerian Pertahanan itu berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang. Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan timbul selepas membantu rakannya menguruskan syarikat pengangkutan semasa mengikuti kursus peralihan persaraan pada tahun 1993. ''Saya sebenarnya memulakan perniagaan secara kebetulan selepas diminta oleh pelanggan kepada rakan saya yang mahukan perkhidmatan lori. Saya menggunakan pakai cara kerja berdasarkan sistem tentera dan menyebabkan para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,'' katanya. Selepas 21 tahun berkhidmat dan bersara pada tahun 1994, Karupaiya berjaya memohon permit sebuah lori tetapi tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri. DISIPLIN TENTERA BANTU KARUPAIYA MENJADI USAHAWAN BERJAYA "Saya kemudian mengumpul dan beberapa kali memohon pihak bank bagi membuat pinjaman. Ada bank menolak tetapi akhirnya dapat juga saya membeli sebuah lori kecil terpakai dengan harga RM40,000,'' katanya. Bertitik-tolak dari situ, beliau melakukan hampir semua kerja, daripada kerani hinggalah menjadi pemandu sendiri. Pada tahun 2000, Karupaiya berjaya menambah lori kepada 12 buah termasuk lori seberat 10 tan. "Selain menggaji pemandu, saya turut memandu sendiri lori terbabit selama 10 tahun bagi menghantar barang dari Kulim, Sungai Petani, Pulau Pinang hingga sejauh ke Singapura,'' katanya. Kini, perniagaannya makin maju dan mampu memiliki sebanyak 45 lori termasuk kontena serta menggaji lebih 60 pekerja tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Lebih membanggakan, Karupaiya turut berjaya memiliki sebuah gudang bernilai RM15 juta di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP). "Saya sebenarnya banyak belajar daripada pengalaman semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia ( A T M ) . A n t a r a n y a i a l a h c a r a - c a r a menguruskan dokumentasi dan operasi dengan sistematik,'' katanya. Selain itu, Karupaiya juga sentiasa menekankan aspek disiplin, kesetiaan dan kepatuhan kepada masa dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan. "Tidak kira dalam tentera mahupun perniagaan, aspek disiplin dan patuh kepada masa amatlah penting lebih-lebih lagi kepada perniagaan berasaskan perkhidmatan. Apabila semua ciri ini ada, sudah tentu semua pihak termasuklah pelanggan akan berpuas hati,'' katanya. Apapun bagi Karupaiya, beliau amat terhutang budi kepada 'guru-gurunya' dalam ATM yang banyak mengajar erti kehidupan. "Kalaulah saya tidak menjadi anggota tentera, siapalah saya pada hari ini,'' ujarnya. Haji Shahrin bin Osman seorang pesara tentera telah dilahirkan pada 2 Ogos 1956. Memulakan kerjaya sebagai tentera pada 16 Julai 1976 dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beliau menamatkan perkhidmatan pada 15 Julai 1997 dengan pangkat terakhir sebagai Sarjan (Udara) TUDM. Selepas tamat perkhidmatan telah menceburi bidang perniagaan sebagai Pengurus Pemasaran dari tahun 1997 hingga 2003. Melibatkan diri dalam perniagaan dari tahun 2003 sebagai pembekal dalam perabot jalan (papantanda jalanraya, mengecat garisan jalan, roadstud dan lain-lain) kepada Jabatan Kerjaraya dan kontraktor-kontraktor. Pada tahun 2007 pula, melibatkan diri dalam produk-produk yang menggunakan kuasa solar seperti lampu jalan, lampu taman, tenaga elektrik untuk kawasan rekreasi seperti di Tasik Kenyir. Juga melibatkan diri dengan pameran dalam dan luar negara seperti Dubai, Yaman, Vietnam dan Nigeria. Juga membekal lampu-lampu LED untuk perumahan dan pejabat. VETERAN TENTERA BERJAYA SEBAGAI KONTRAKTOR BINAAN KERJA-KERJA MENGECAT GARISAN JALAN Encik Abdul Majid bersama koleksi pakaian yang dijahit Pemandangan dalam restoran milik Encik Muhamad Arif Jauh dipandangan sana, deruan air terjun yang dijadikan sumber bagi mengairi petak-petak kesom yang subur menghijau. Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 6 03 - 6156 9412, Fax: 6 03 - 6157 0075 Pengerusi PERHEBAT YBhg Leftenan Jeneral Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim (Bersara) sedang menyampaikan sijil semasa Majlis Konvokesyen Siri 1/2014 Tanaman kesom yang disulami dengan pokok-pokok serai yang mempunyai permintaan tinggi. Saujana mata memandang hamparan subur pokok kesom menunggu tempoh untuk dituai. 1. 2. 3. 4. 5. Juruteknik Automotif Juruteknik Motorsikal Mengetuk dan mengecat kenderaan Perapian dan Pengelasan Kenderaan Jahitan 18 bulan 12 bulan 6 bulan 18 bulan 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 12 bulan 29 2 1 14 12 3 10 - 9 BIL JENIS KURSUS TEMPOH KURSUS JUMLAH PELATIH PUSAT KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JUMLAH 80 orang 6. 7. 8. 9. 10. 11. Jurubina Bangunan Penjubinan Jurubina Bangunan Berasas Kayu Pembuat Perabot Jurukerja Paip Jurukimpal Arka 18 bulan 12 bulan 6 bulan 18 bulan 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 6 bulan 17 2 4 12 4 3 9 6 11 2 3 1 1 12. 13. 14. Juruelektrik Domestik Mekanik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 41 4 17 3 5 2 15. 16. 17. 18. 19. Juruteknik Teknologi Komputer Juruteknik Komputer Peribadi/ Sistem Komputer Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer Pereka Grafik Usahawan Fotomedia 18 bulan 12 bulan 6 bulan 18 bulan 18 bulan 13 15 3 14 9 20. 21. Peruruncitan Pembangunan Usahawan IKS 6 bulan 3 bulan 6 bulan 3 bulan 15 - 16 - PUSAT BINAAN DAN KEJURUTERAAN PUSAT KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK PUSAT MEDIA DAN ICT BAHAGIAN LATIHAN PENGURUSAN PERNIAGAAN 22. 23. 24. 25. Pengurusan Pembangunan Profesional – Hotel & Katering Usahawan Pusat Peranginan, Penginapan dan Penyedia Makanan Usahawan Pelancongan Usahawan Dobi 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 6 bulan 18 bulan 12 bulan 6 bulan 13 7 18 6 - 15 3 4 PUSAT PENGURUSAN PELANCONGAN DAN PERHOTELAN 26. 27. 28. 29. 30. 31. Pembantu & Penyedia Roti Penyedia Pastri Pembantu Penyedia Makanan Pakej Pengurusan Perkhidmatan Makanan Kontraktor Pembekal Makanan Bahan Mentah & Bermasak Masakan Komersial 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 18 bulan 12 bulan 12 bulan 6 bulan 6 bulan 16 - 15 - 14 3 36 4 - 3 6 PUSAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN & SAJIAN JUMLAH PELATIH TERIMA SIJIL PERHEBAT 475 orang JUMLAH 75 orang JUMLAH 72 orang JUMLAH 54 orang JUMLAH 31 orang JUMLAH 66 orang JUMLAH 97 orang JUMLAH PENERIMA SIJIL PADA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 26 JUN 2014 Pokok kesom yang sedia untuk dituai dan untuk dipasarkan. Ibarat permata di pinggir kota. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Hj Abdul Jalil bin Ahmad, melepasi usia 81 tahun merupakan veteran ATM tidak berpencen tetapi masih aktif dan bertenaga untuk terus menjadi seorang usahawan tani. Tanpa tanah sendiri, beliau memberanikan diri tanpa networkingmemohon petak-petak tanah dari Pejabat Tanah Gombak berlokasi di pinggir kota metropolitan Kuala Lumpur. Bermodalkan RM700 ringgit sahaja, beliau mula menanam di tanah yang diperolehi seluas 2 ekar lebih dengan tanaman kesom yang dikenal pasti mempunyai pasaran dan permintaan yang amat tinggi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang dan beliau merupakan salah seorang pembekal utama daun kesom di Pasar Borong Selayang. Seperti yang kita semua sedia maklum, berbudi pada tanah inilah hasilnya. Dengan modal yang sangat kecil apabila semua permohonan pinjaman telah ditolak atas faktor usia dan pada hari ini pendapatan beliau adalah antara RM700 hingga RM1,200 SEHARI! dengan 8 orang pekerja. Pendapatan bersih sebulan mencecah lebih kurang RM30,000.00. Tanpa perlu mengimbau penat lelah lalu, jerih perih mula-mula mengusahakan tanaman kesom suatu masa dahulu, kini beliau mengorak langkah mempelbagaikan lagi tanaman keluarannya merangkumi tanaman yang sesuai untuk sektor makanan dan yang berkaitan antaranya, Daun Kari, Serai, Limau Purut, Inai, Tenggek Burung, Daun Pandan, Ulam Raja serta pelbagai ulam-ulaman lain dan sekarang ini sedang giat mengusahakan tanaman Nangka Madu yang dijangka mengeluarkan hasil antara 2 ke 3 tahun lagi. Moga usaha beliau menjadi pemangkin kepada usahawan atau bakal usahawan daripada kalangan veteran ATM tidak berpencen khususnya, bahawa kekurangan sumber bukan alasan atau kekangan untuk maju dan berjaya dengan asyik menuding jari kepada pihak-pihak lain. Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Sekalung doa dan tahniah buat Tuan Hj Abdul Jalil bin Ahmad, moga dikurnia kesihatan dan kekuatan diri dan minda untuk terus maju di bidang yang diceburi dengan menjadikan pertanian suatu sumber perniagaan dan pendapatan diri serta keluarga seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan di usia emas beliau. Amat Bertepatan dengan slogan “Pertanian Satu Perniagaan”. USAHAWAN TANI VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam misi perdagangan di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Upload: lammien

Post on 15-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN PERTAHANAN

h t t p : / / w w w . j h e v . g o v . m y /

https://www.facebook.com/JHEVATM

[email protected]

@VeteranATM

w w w . p e r h e b a t . n e t . m y

i n f o @ p e r h e b a t . n e t . m y

Kejayaan JHEVmembantu veteran ATM

Pembelajaran kursus yang diterima daripada PERHEBAT buah kejayaan

PROGRAM MEMBAIKPULIH RUMAH VETERAN 1MALAYSIA (1MVHRP)DI BAWAH STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS7)Mesyuarat Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada 20 Jun 2012 telah memutuskan supaya Strategi Lautan Biru dibangunkan bagi membantu Veteran ATM menyesuaikan diri dengan kehidupan awam dan menyumbang kepada pembangunan negara setelah tamat perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7). Program ini merangkumi 7 Inisiatif utama dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada 15 Disember 2012 di Kuala Kangsar, Perak.

Di antara 7 inisiatif 1MVRP adalah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP). Program ini bertujuan untuk membantu Veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih kondusif dan selesa. Ianya merangkumi dua skop kerja iaitu :

SKOP KERJA TAHUN 2012 2013BINA BARU 27 UNIT 130 UNITBAIK PULIH 22 UNIT 70 UNITJUMLAH 49 UNIT 200 UNIT

Program 1MVHRP ini merupakan kerjasama erat di antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Unit Strategi Nasional (NSU).

Rumah Bina Baru yang dibangunkan atas tapak asal rumah penerima yang menelan belanja RM45,000.00 sebuah di Semenanjung dan RM50,000 di Sabah dan Sarawak dengan keluasan 720 kaki persegi, mempunyai 3 bilik tidur dengan 2 bilik air.

Wartawan OPAT RATTANACHOTGambar oleh razak [email protected]

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mungkin itu perkataan yang sesuai bagi menggambarkan liku-liku perjalanan pesara tentera, M. Karupaiya, 61, sebelum bergelar usahawan syarikat p e n g a n g k u t a n y a n g berjaya.

Beliau merupakan pemilik syarikat penyedia perkhidmatan lori dan kargo, Direct Express (M) Sdn. Bhd. serta gudang berlesen, Direct Express Logistics (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di

SOLAR TASIK KENYIR

KILANG THERMOPLASTIK

SOLAR

Butiran Semenanjung Sabah dan SarawakBaik Pulih RM11,000 RM12,000Bina Baru RM45,000 RM50,000

ENCIK ABDUL MAJID BIN HJ MISLAN

Encik Abdul Majid bin Hj Mislan telah memulakan perniagaan jahitan dan menjual peralatan kelengkapan pakaian tentera pada tahun 2011 dengan nama Sudi Jahit Enterprise yang diusahakan di Johor Bahru Beliau yang begitu berminat dalam bidang jahitan ini berusaha dengan gigih dan dalam tempoh beberapa tahun sahaja telah mencapai satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Dengan anggaran pendapatan sebanyak RM12,000.00 sebulan dan sekarang ini mempunyai 5 orang pekerja, beliau boleh dikatakan sebagai salah seorang usahawan veteran ATM yang Berjaya. Beliau juga berharap perniagaan beliau akan terus maju, dapat bersaing dan berkembang.

Encik Muhamad Arif bin Hamid, seorang usahawan restoran telah memulakan perniagaan kedai makan dengan nama Restoran Arif & Catering, Beliau yang begitu berminat dalam bidang masakan dan restoran ini telah membuka restoran sejak dari tahun 2007 di Taman Samudera Sempurna, Kuantan Pahang. Berbekalkan ilmu yang diperolehi dalam bidang ini, beliau telah berusaha dengan gigih untuk terus maju dan menyediakan pelbagai jenis menu citarasa penduduk tempatan dan sekitarnya. Sehingga hari ini beliau mempunyai 8 orang pekerja dan anggaran pendapatan bersih sebanyak RM6,000.00 sebulan. Cita-cita beliau adalah untuk berjaya dan dapat meluaskan serta mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau telah mendapat pinjaman Skim Perniagaan MIKRO Usahawan Veteran – ATM (Tekun ) melalui PERHEBAT.

ENCIK MUHAMAD ARIF BIN HAMID

M.KARUPAIYA di hadapan sebuah lori milik syarikatnya,Direct Express (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kulim, Kedah

Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Datuk Abdul Rahim Bakri menyampaikan replika kunci Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP) di Sek. Keb. Lt Adnan, Kajang, Selangor pada Mac yang lalu.

Menteri Pertahanan, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan replika kunci kepada Kpl Chumati bin Sastro di Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia di Dewan Masyarakat Baru Papar, Sabah.

DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEINMenteri Pertahanan Malaysia

Kerajaan amat komited menjaga hal-ehwal kebajikan dan sosio-ekonomi veteran tentera. Sehubungan itu, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sebagai agensi untuk menterjemah dan melaksanakan komitment

Kerajaan terhadap keperluan veteran tentera.

Ramai veteran tentera telah dibantu sehingga berjaya. Kejayaan ini diharap dapat memangkin semangat veteran-veteran yang lain

supaya tidak putus harap serta pada masa yang sama menjadi contoh kepada masyarakat.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan menyampaikan replika kunci 1MVHRP kepada veteran tentera Mohd Zaini Abu Bakar di Kg. Setiajaya, Guar Chempedak, Kedah.

Taman Cekur Manis, Kulim, Kedah.

K e t i k a b e r k o n g s i p e n g a l a m a n n y a , b e k a s Pegawai Waran I, Rejimen Jurutera Diraja (RJD) Kementerian Pertahanan itu berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang. Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan timbul selepas

membantu rakannya menguruskan syarikat pengangkutan semasa mengikuti kursus peralihan persaraan pada tahun 1993.

''Saya sebenarnya memulakan perniagaan secara kebetulan selepas diminta oleh pelanggan kepada rakan saya yang mahukan perkhidmatan lori. Saya menggunakan pakai cara kerja berdasarkan sistem tentera dan menyebabkan para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,'' katanya.

Selepas 21 tahun berkhidmat dan bersara pada tahun 1994, Karupaiya berjaya memohon permit sebuah lori tetapi tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.

DISIPLIN TENTERA BANTU KARUPAIYAMENJADI USAHAWAN BERJAYA

"Saya kemudian mengumpul dan beberapa kali memohon pihak bank bagi membuat pinjaman. Ada bank menolak tetapi akhirnya dapat juga saya membeli sebuah lori kecil terpakai dengan harga RM40,000,'' katanya.

Bertitik-tolak dari situ, beliau melakukan hampir semua kerja, daripada kerani hinggalah menjadi pemandu sendiri. Pada tahun 2000, Karupaiya berjaya menambah lori kepada 12 buah termasuk lori seberat 10 tan.

"Selain menggaji pemandu, saya turut memandu sendiri lori terbabit selama 10 tahun bagi menghantar barang dari Kulim, Sungai Petani, Pulau Pinang hingga sejauh ke Singapura,'' katanya.

Kini, perniagaannya makin maju dan mampu memiliki sebanyak 45 lori termasuk kontena serta menggaji lebih 60 pekerja tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Lebih membanggakan, Karupaiya turut berjaya memiliki sebuah gudang bernilai RM15 juta di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

"Saya sebenarnya banyak belajar daripada pengalaman semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia ( A T M ) . A n t a r a n y a i a l a h c a r a - c a r a m e n g u r u s k a n dokumentasi dan operasi dengan sistematik,'' katanya.

Selain itu, Karupaiya juga sentiasa menekankan aspek disiplin, kesetiaan dan kepatuhan kepada masa dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan.

"Tidak kira dalam tentera mahupun perniagaan, aspek disiplin dan patuh kepada masa amatlah penting lebih-lebih lagi kepada perniagaan berasaskan perkhidmatan. Apabila semua ciri ini ada, sudah tentu semua pihak termasuklah pelanggan akan berpuas hati,'' katanya.

Apapun bagi Karupaiya, beliau amat terhutang budi kepada 'guru-gurunya' dalam ATM yang banyak mengajar erti kehidupan. "Kalaulah saya tidak menjadi anggota tentera, siapalah saya pada hari ini,'' ujarnya.

Haji Shahrin bin Osman seorang pesara tentera telah dilahirkan pada 2 Ogos 1956. Memulakan kerjaya sebagai tentera pada 16 Julai 1976 dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beliau menamatkan perkhidmatan pada 15 Julai 1997 dengan pangkat terakhir sebagai Sarjan (Udara) TUDM. Selepas tamat perkhidmatan telah menceburi bidang perniagaan sebagai Pengurus

Pemasaran dari tahun 1997 hingga 2003.

Melibatkan diri dalam perniagaan dari tahun 2003 sebagai pembekal dalam perabot jalan (papantanda jalanraya, mengecat garisan jalan, roadstud dan lain-lain) kepada Jabatan Kerjaraya dan kontraktor-kontraktor.

Pada tahun 2007 pula, melibatkan diri dalam produk-produk yang menggunakan kuasa solar seperti lampu jalan, lampu taman, tenaga elektrik untuk kawasan rekreasi seperti di Tasik Kenyir. Juga melibatkan diri dengan pameran dalam dan luar negara seperti Dubai, Yaman,

Vietnam dan Nigeria. Juga membekal lampu-lampu LED untuk perumahan dan pejabat.

VETERAN TENTERA BERJAYA SEBAGAI KONTRAKTOR BINAAN

KERJA-KERJA MENGECAT GARISAN JALAN

Encik Abdul Majid bersama koleksi pakaian yang dijahit

Pemandangan dalam restoran milik Encik Muhamad Arif

Jauh dipandangan sana, deruan air terjun yang dijadikan sumber bagi mengairi petak-petak kesom yang subur menghijau.

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

Tel: 6 03 - 6156 9412, Fax: 6 03 - 6157 0075

Pengerusi PERHEBAT YBhg Leftenan Jeneral Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim (Bersara) sedang menyampaikan sijil semasa Majlis Konvokesyen Siri 1/2014

Tanaman kesom yang disulami dengan pokok-pokok serai yang mempunyai permintaan tinggi.

Saujana mata memandang hamparan subur pokok kesom menunggu tempoh untuk dituai.

1.

2.

3.

4.

5.

Juruteknik Automotif

Juruteknik Motorsikal

Mengetuk dan mengecat kenderaan

Perapian dan Pengelasan Kenderaan

Jahitan

18 bulan12 bulan 6 bulan

18 bulan

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan

12 bulan

29 2 1

14

12 3

10 -

9

BIL JENIS KURSUS TEMPOH KURSUS

JUMLAH PELATIH

PUSAT KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

JUMLAH 80 orang

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Jurubina Bangunan

Penjubinan

Jurubina Bangunan Berasas Kayu

Pembuat Perabot

Jurukerja Paip

Jurukimpal Arka

18 bulan12 bulan 6 bulan

18 bulan

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan 6 bulan

17 2 4

12

4 3

9 6

11 2

3 1 1

12.

13.

14.

Juruelektrik Domestik

Mekanik Penyejukbekuandan Penyaman Udara

Juruteknik Elektronik Industri– Peralatan

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan

41 4

17 3 5 2

15.

16.

17.

18.

19.

Juruteknik Teknologi Komputer

Juruteknik Komputer Peribadi/Sistem Komputer

Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer

Pereka Grafik

Usahawan Fotomedia

18 bulan

12 bulan

6 bulan

18 bulan

18 bulan

13

15

3

14

9

20.

21.

Peruruncitan

Pembangunan Usahawan IKS

6 bulan3 bulan

6 bulan3 bulan

15 -

16 -

PUSAT BINAAN DAN KEJURUTERAAN

PUSAT KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PUSAT MEDIA DAN ICT

BAHAGIAN LATIHAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

22.

23.

24.

25.

Pengurusan Pembangunan Profesional – Hotel & Katering

Usahawan Pusat Peranginan, Penginapan dan Penyedia Makanan

Usahawan Pelancongan

Usahawan Dobi

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan 6 bulan

18 bulan12 bulan

6 bulan

13 7

18 6 -

15 3 4

PUSAT PENGURUSAN PELANCONGAN DAN PERHOTELAN

26.

27.

28.

29.

30.

31.

Pembantu & Penyedia Roti

Penyedia Pastri

Pembantu Penyedia Makanan

Pakej Pengurusan Perkhidmatan Makanan

Kontraktor Pembekal Makanan Bahan Mentah & Bermasak

Masakan Komersial

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan

18 bulan12 bulan

12 bulan 6 bulan 6 bulan

16 -

15 -

14 3

36 4

- 3

6

PUSAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN & SAJIAN

JUMLAH PELATIH TERIMA SIJIL PERHEBAT 475 orang

JUMLAH 75 orang

JUMLAH 72 orang

JUMLAH 54 orang

JUMLAH 31 orang

JUMLAH 66 orang

JUMLAH 97 orang

JUMLAH PENERIMA SIJILPADA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL2 6 J U N 2 0 1 4

Pokok kesom yang sedia untuk dituai dan untuk dipasarkan.

Ibarat permata di pinggir kota. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Hj Abdul Jalil bin Ahmad, melepasi usia 81 tahun merupakan veteran ATM tidak berpencen tetapi masih aktif dan bertenaga untuk terus menjadi seorang usahawan tani. Tanpa tanah sendiri, beliau memberanikan diri tanpa ‘networking’ memohon petak-petak tanah dari Pejabat Tanah Gombak berlokasi di pinggir kota metropolitan Kuala Lumpur. Bermodalkan RM700 ringgit sahaja, beliau mula menanam di tanah yang diperolehi seluas 2 ekar lebih dengan tanaman kesom yang dikenal pasti mempunyai pasaran dan permintaan yang amat tinggi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang dan beliau merupakan salah seorang pembekal utama daun kesom di Pasar Borong Selayang. Seperti yang kita semua sedia maklum, berbudi pada tanah inilah hasilnya. Dengan modal yang sangat kecil apabila semua permohonan pinjaman telah ditolak atas faktor usia dan pada hari ini pendapatan beliau adalah antara RM700 hingga RM1,200 SEHARI! dengan 8 orang pekerja. Pendapatan bersih sebulan mencecah lebih kurang RM30,000.00. Tanpa perlu mengimbau penat lelah lalu, jerih perih mula-mula mengusahakan tanaman kesom suatu masa dahulu, kini beliau mengorak langkah mempelbagaikan lagi tanaman keluarannya merangkumi tanaman yang

sesuai untuk sektor makanan dan yang berkaitan antaranya, Daun Kari, Serai, Limau Purut, Inai, Tenggek Burung, Daun Pandan, Ulam Raja serta pelbagai ulam-ulaman lain dan sekarang ini sedang giat mengusahakan tanaman Nangka Madu yang dijangka mengeluarkan hasil antara 2

ke 3 tahun lagi.

Moga usaha beliau menjadi pemangkin kepada usahawan atau bakal usahawan daripada kalangan veteran ATM tidak berpencen khususnya, bahawa kekurangan sumber bukan alasan atau kekangan untuk maju dan berjaya dengan asyik menuding

jari kepada pihak-pihak lain. Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Sekalung doa dan tahniah buat Tuan Hj Abdul Jalil bin Ahmad, moga dikurnia kesihatan dan kekuatan diri dan minda untuk terus maju di bidang yang diceburi dengan menjadikan pertanian

suatu sumber perniagaan dan pendapatan diri serta keluarga seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan di usia emas beliau. Amat Bertepatan dengan slogan “Pertanian Satu Perniagaan”.

USAHAWAN TANIVETERAN ATMT I D A K B E R P E N C E N

Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam misi perdagangan di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.