angkatan tentera malaysia - jhev.gov.my · hari kemerdekaan ke-60 tahun ini veteran atm iaitu nasir...

24
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | bil.2 edisi 2017 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my | PERCUMA 10 BANTUAN KERAJAAN kepada Veteran ATM SESI DIALOG TN50D Bersama Timbalan Menteri Pertahanan PEMAKLUMAN Kemudahan Perubatan Veteran ATM

Upload: phungkhue

Post on 09-Mar-2019

334 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | bil.2 edisi 2017 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my | PERCUMA

10 Bantuan kerajaankepada Veteran ATM

SESI DIALOG TN50D Bersama Timbalan Menteri Pertahanan

PEMAKLUMANKemudahan Perubatan Veteran ATM

2BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

SEKAPUR SIRIH KETUA PENGARAH

PENAUNGMej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah

PENASIHATTuan Haji Abd Karim bin Haji Husain

KETUA EDITORMej Pandi ak Sman

PEN. KETUA EDITORMaria Bt Che Mat Nawi

EDITORIALUnit Komunikasi Korporat JHEV ATM Pengarah Cawangan Negeri

JURUFOTO DAN EDARANUnit Komunikasi Korporat JHEV ATM

DITERBITKAN OLEHJABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM, KEMENTERIAN PERTAHANAN301, Medan Tuanku,Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala LumpurTEL : 03-2050 8000FAKS : 03-2691 7564

REKA LETAK & DICETAK OLEHULTIMATE PRINT SDN. BHDLot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

SIDANG REDAKSI

© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Majalah Veteran ATM. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya.

3BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

KUALA LUMPUR – 14 Julai 2017 – Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Tahun 2017 JHEV ATM telah diadakan di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Pihak JHEV ATM telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertahanan Yang Berhormat. Dato’ Sri Mohd. Johari Bin Baharum dan tetamu ViP. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah JHEV ATM iaitu Mej Jen Dato’ Mohd Khir bin Abdullah.

KUALA LUMPUR – 24 Julai 2017 – Majlis Sambutan Aidilfitri bersama warga Kementerian Pertahanan telah diadakan di Dewan Seroja, Kem Kementah. Turut hadir di dalam majlis tersebut Menteri Pertahanan Y.B. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Mulia Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Div-div kehormat serta seluruh warga MinDef. Sepanjang araca berlangsung turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kerusi roda, bantuan iPTA dan sumbangan Hari Raya kepada veteran ATM.

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI TAHUN 2017 JHEV ATM

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI Bersama Warga Kementerian Pertahanan

4BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

4

Cheras – 10 Oktober 2017 - Dialog TN50D yang berlangsung di Hotel Vivatel, Cheras, Selangor pada 10 Oktober 2017. Rata-rata Veteran ATM yang menghadiri Dialog TN50D dapat menyuarakan aspirasi yang mereka inginkan untuk penambahbaikan kebajikan para Veteran ATM menjelang tahun 2050.

Dialog TN50D ini berlangsung bersama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum serta turut diiringi KSU Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi dan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah.

Beliau mengharapkan agar Veteran ATM sentiasa dihargai dengan diberikan peluang pekerjaan dalam sektor awam mahupun swasta.

PW II (B) S. Thirunavukkarasu A/L Subramanian berharap agar hanya ada satu bangsa sahaja yang wujud di negara ini iaitu Bangsa Malaysia. Beliau juga inginkan pengambilan anggota tentera yang baharu dilaksanakan tanpa mengira kaum.

Lt. Kdr. (B) Rabayah binti Rahmat TLDM ingin melihat Malaysia terus diterajui pucuk kepimpinan yang sentiasa menyokong segala perancangan penambahbaikan yang akan dibawa untuk para Veteran ATM.

SESI DIALOG TN50D Bersama Timbalan Menteri Pertahanan

BULE

TIN

VET

ERAN

ATM

| b

il.2

edis

i 201

7 (J

UL-

DIS

) |

ww

w.jh

ev.g

ov.m

y

ASPIRASI TN50D

5BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

Kelana Jaya, 22 Ogos 2017 - Majlis Selamat Jalan Sempena keberangkatan jemaah haji ke Tanah Suci Musim Haji 1438H/2017M. Turut sama hadir di dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Tabung Haji, YB. Panglima Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi, Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, pegawai dan anggota ATM, bakal-bakal haji ATM, Veteran ATM serta ahli keluarga.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2017- Lebih kurang 1,000 bakal jemaah haji di bawah kuota Menteri Pertahanan yang terdiri daripada ATM, Veteran ATM, kakitangan awam MinDef dan Pejabat Menteri Pertahanan berkumpul di Masjid Khalid Al Walid untuk pemeriksaan kesihatan termasuk diberi suntikan vaksin percuma yang disediakan oleh Bahagian Perubatan Kesihatan ATM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tabung Haji.

Terdapat 2 jenis vaksin yang diberi kepada bakal jemaah haji di Masjid Khalid Al Walid iaitu vaksin Pneumococcal Polysaccharide Conjugate Vaccine (13-Valent Adsorbed) yang berperanan untuk mencegah radang paru-paru. Manakala vaksin kedua ialah Meningococcal yang berperanan untuk mencegah jangkitan kuman pada otak.

Para bakal jemaah haji bertemu Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sebelah petang di Wisma Perwira ATM bagi sesi ramah mesra.

MAJLIS SELAMAT JALAN Kepada Jemaah Haji

MAJLIS RAMAH MESRA DAN MERAIKAN BAKAL HAJI ATM Bersama Menteri Pertahanan

6BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

Sesi wawancara bersama Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dan Datuk Sharuddin, Timb Presiden PVATM dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O (TV9) pada 29 Julai 2017 sempena Himpunan Veteran ATM & Tabung Pahlawan 2017.

Pantai Dalam, 28 Julai 2017 - Wawancara bersama Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM 1) Angkasapuri membincangkan tentang Perhimpunan Veteran yang bakal diadakan di MiECC, Serdang serta keistemewaan dan bantuan yang sedia ada telah ditambah baik demi membela nasib para veteran ATM yang diikhtiraf samada berpencen mahupun tidak berpencen.

6BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

WAWANCARA BERSAMA RTM Di Dalam Selamat Pagi Malaysia Sempena Himpunan Veteran 2017

7BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

Program Semarak Merdeka Parlimen Kemaman, Terengganu yang disempurnakan oleh YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera pada 17 Ogos 2017. Program ini bertujuan meraikan veteran ATM Kelainan Upaya (VKU) dan Balu Veteran ATM serta veteran yang daif sekitar daerah Kemaman, Terengganu. Turut hadir memeriahkan majlis YB Menteri Pertanian dan industri Asas Tani, YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah dan Adun Kijal, YB. Dato’ Seri Hj Ahmad Said.

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Kehilangan seorang veteran TLDM, Allahyarham Pegawai Waran I Melan bin Suradi (Bersara) amat dirasai oleh seluruh the Navy People. Beliau merupakan pasukan pertama pengambilan dan orang ketiga menyertai TLDM dengan nombor tentera 800003. Setelah bersara, beliau menyertai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dan dianugerahkan ke pangkat Leftenan oleh kerana minat yang amat mendalam terhadap perkhidmatan.

Menyusuri kembali perjalanan Allahyarham Leftenan Melan Suraidi (Bersara) semasa dalam perkhidmatan, beliau merupakan pasukan pertama yang bertanggungjawab membawa pulang kapal Friget pertama TLDM ke Malaysia dan merupakan Chief Buffer pertama KD HANG TUAH (F433). Sepanjang perkhidmatan, beliau dikenali sebagai Chief ‘Harry’ Melan dan merupakan ketua yang amat dihormati oleh anggota bawahan.

Pelbagai kisah sejarah telah dikongsikan oleh beliau bersama Navy People tentang perjuangan dan pengorbanan ketika TLDM merentas samudera demi memastikan kedaulatan bangsa dan negara terjamin dari anasir pencerobohan dan serangan musuh suatu ketika dahulu.

Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan Allahyarham Leftenan Melan Suraidi (Bersara)

terhadap perkhidmatan TLDM menjadi sebahagian dari sejarah yang tiada nilainya. Kehilangan beliau sukar dicari ganti. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Perginya seorang wira dan perajurit samudera yang banyak menabur jasa kepada Negara !! AlFatihah.

Program Semarak Merdeka

Perginya Veteran TLDM, ALLAHYARHAM LEFTENAN MELAN BIN SURADI (BERSARA)

8BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

HIMPUNAN VETERAN ATM TAHUN 2017

Serdang, 31 Julai 2017 - YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Y.B. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir di dalam Himpunan Veteran ATM 2017 di MiECC, bagi menyampaikan berita gembira kepada pesara ATM dalam pengumuman YAB PM di dalam perhimpunan tersebut.

YAB PM telah mengumumkan inisiatif Bantuan Bakti Negara (BBN). inisiatif ini merupakan mekanisma baharu Kerajaan berbentuk bantuan kewangan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi veteran ATM tidak berpencen.

Kedua, inisiatif Skim Anuiti Veteran (SAVe) atau Skim Saraan Khas veteran ATM. SAVe ini dilaksanakan bertujuan membolehkan anggota ATM yang berhenti awal daripada perkhidmatan mempunyai pendapatan tetap bulanan sama seperti veteran ATM yang berpencen.

8BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

9BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

Ketiga, penambahbaikan terhadap Skim Pencen Hilang Upaya. inisiatif ini dilaksanakan khusus untuk veteran ATM dan bekas askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa namun terpaksa diberhentikan awal (kurang dari 10 tahun) akibat mengalami kecederaan atau kecacatan kekal sewaktu menjalankan tugas.

Keempat, penambahbaikan terhadap insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan oleh Persatuan Veteran ATM. inisiatif ini dilaksanakan khusus untuk membantu veteran ATM yang mengalami kelainan upaya selepas bersara.

Dan kelima, penambahan kouta mengerjakan ibadah haji bagi veteranATM. Kouta ini telah ditambah daripada 100 orang kepada 400 orang.

9BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

10BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

Dataran Merdeka, 30 Ogos 2017 - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 tahun ini veteran ATM iaitu Nasir Abas sekali melakukan larian solo sejauh 500 kilometer (km) bermula dari Kedah menuju ke Dataran Merdeka. Beliau telah berjaya menamatkan misi larian selama 10 hari untuk tiba di Dataran Merdeka pada jam 1200 tengah malam menjelang ambang merdeka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nasir kerana telah membuktikan bahawa walaupun telah dimamah usia, beliau dapat menamatkan larian sejauh 500 kilometer dengan jayanya.

Dataran Merdeka, 31 Ogos 2017- Hari Kebangsaan yang penuh gilang gemilang telah dihadiri puluhan ribu telah berlangsung di Dataran Merdeka. Turut hadir pada hari penuh bersejarah tersebut adalah para veteran jemputan dari luar Negara dan penerima Pingat Gagah Berani yang sama-sama menghayati erti kemerdekaan serta mengimbau kembali ketika zaman konfrantasi sewaktu berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia menentang pengganas komunis. Kemerdekaan boleh dicapai namun untuk mengekalkan kemerdekaan amat payah kata salah seorang veteran ATM yang hadir. Beliau juga menyarankan kepada generasi muda sekarang agar memupuk semangat cintakan tanah air dan rela berjuang demi membela maruah, bangsa dan agama.

LARIAN SOLO VETERAN ATM Sempena Hari Kebangsaan Ke-60

10BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

11BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

LT Kdr (B) Hj Samsudin bin Hj Ahmad terharu kerana masih lagi berpeluang meraikan bersama rakan-rakan veteran menyambut Hari Kemerdekaan dengan aman dan harmoni. “Sehati sejiwa” itulah cogan kata yang tersemat disanubari untuk cintakan tanah air dan seharusnya kita berbangga dengan Negara kita Malaysia. Hasrat beliau juga agar tarikh keramat 31 Ogos setiap tahun sentiasa dikenang kembali para pejuang yang telah terkorban

sebagai mengenang jasa mereka yang terdahulu.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

12BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

12BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

10BA

NTUA

N KE

RAJA

AN

13BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

13BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

KEpAdA vETERAN ATM

14BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

JHEV KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG & JOHORLt. Kol Ahmad Rosdi bin Othman TUDM (Mulai Februari 2017)Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang268, Komplek Shahab Perdana, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, KedahTel: 04-7332437/446 Faks: 04-7332592

Mejar Abdul Aziz bin Haji KasmuriPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri JohorBilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Datuk Dalam, 80000 Johor Bahru, JohorTel: 07-2226564/07-2267712 Faks: 07-2221148

Lawatan Kebajikan ke atas Veteran ATM

RUMAH NBOS JOHORMajlis Sempena Hari ATM

Kaunter Pendaftaran Bencana Alam Veteran ATM

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Lt Kol Ahmad Rosdi bin Othman mengadakan Lawatan Kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Alias bin Hamid di Hospital Sultanah Bahiyah pada 021130H Oktober 2017. Veteran telah dimasukkan ke hospital pada 24 September 2017 dan ditempatkan di aras 4 Wad c katil No 25. Beliau menghidap sakit buah pinggang dan menjalani hemodilasis 3 x seminggu.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri mengadakan lawatan melihat proses pembinaan rumah Veteran ATM, Encik Abdullah bin Mad Yusof di Felda Ulu Dengar, Sembrong pada 12 Oktober 2017 .

Beliau merupakan salah seorang peserta bagi Program Perumahan NBOS. Turut hadir Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi & NBOS JHEV ATM, Encik Mohd Najib bin Dawod dan setiausaha Umno Sembrong & PVATM Sembrong.

JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis & Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Kelab Veteran Komando Malaysia Zon Utara telah membuka kaunter pendaftaran Bencana Alam Veteran ATM pada 10 Nov 17 bertempat di Dewan Muhibbah Merbau Kudung, Sungai Dua, Pulau Pinang. Mangsa-mangsa banjir yang terlibat dikehendaki membawa dokumen BAT D 92 (buku pengesahan perkhidmatan) atau dokumen yg mengesahkan sebagai seorang veteran tentera bagi memudahkan urusan pemberian bantuan yang sewajarnya.

Butterworth: Meningkatkan kesejahteraan serta keselesaan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara diharapkan diberikan keutamaan kerajaan pada sesi pembentangan Bajet 2018, 27 Oktober ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamad Noor berkata, perkara itu kini sebahagian daripada fokus utama ATM dalam usaha memberi keselesaan kepada anggota tentera sama ada masih berkhidmat atau bersara termasuk veteran tentera.

Beliau berkata, sebahagian projek perumahan kepada anggota tentera dijalankan dan beberapa projek tambahan dikaji serta dirancang.

“Sebelum ini, Kementerian Pertahanan merancang membina lebih 5,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) untuk anggota dan veteran ATM di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) dan kementerian serta ATM kini mengenal pasti beberapa lokasi bersesuaian untuk melaksanakan pembinaan rumah berkenaan.

“ia juga hasrat kami harapkan mendapat perhatian kerajaan pada sesi pembentangan Bajet 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 83 anggota tentera yang cedera ketika melaksanakan operasi ketenteraan atau latihan berisiko tinggi pada Majlis ATM Meraikan Anggota Cedera Sempena Hari Ulang Tahun ATM ke-84 di Pangkalan Udara Butterworth, di sini, semalam.

Rabu lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kementeriannya merancang membina lebih banyak Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), RMM dan melaksanakan inisiatif Rumah Mampu Sewa (RMS).

JHEV SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN 15BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

Kdr Mohammad Rodzi bin Dandan TLDMPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala LumpurTel: 03-20508000/03-20508060 Faks: 03-26917564/03-26917546

Lawatan Kebajikan ke atas Veteran ATM

Lawatan kebajikan ke atas veteran ATM 22038 Yahya bin Abd Ghani di alamat No 18, Jalan Dataran Anak Bukit, Wira Damai, 68100 Batu Caves Selangor kerana rumah beliau terlibat dalam kebakaran. Kejadian berlaku pada 3 Julai 17 jam lebih kurang pukul 1100H. Kemusnahan akibat kebakaran hampir 90% dan tidak selamat untuk didiami lagi. Buat masa ini veteran tersebut tinggal di rumah anaknya di Batu Caves. JHEV Caw Selangor telah membuat lawatan dan menerangkan tentang skim bantuan kebajikan bencana alam kepada veteran dan akan menyalurkan bantuan serta tindakan selanjutnya bagi meringankan beban yang ditanggung veteran sekeluarga.

Pegawai JHEV ATM Cawangan Selangor & Kuala Lumpur melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Anan a/l Jayaraman di Aras 2, Wad 5 Katil No. 16 Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 081500H November 2017. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2017 disebabkan jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kaki kanannya dipotong. Veteran juga turut mengidap lemah jantung. Keadaan semasa beliau kini dalam keadaan stabil dan telah diberikan penerangan berkaitan bantuan berupa peralatan dan keperluan pesakit yang dapat disalurkan oleh JHEV ATM.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Kamal bin ibrahim di Wad 7D, Katil 11, Hospital Selayang pada 251530H Ogos 2017. Beliau mengidap kanser paru-paru dan hati (stage - 4) namun keadaan semasa veteran masih stabil.

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Selangor & Kuala Lumpur, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid melakukan Lawatan Kebajikan ke atas Veteran ATM, Kol (B) Hj. ibrahim bin Salleh di Wad CCU, tingkat 4, bilik 1, Hospital Serdang. Beliau telah dimasukkan ke hospital akibat menghidap penyakit Acute Pulmonary Edema. Kini beliau telah sedar dan dalam keadaan stabil.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan, melakukan Lawatan Kebajikan ke atas balu Veteran ATM iaitu Puan Mahanom binti Mohd Yatim (72 tahun) isteri kepada Veteran ATM, Encik Ab Manap bin Sahardin di No

32, Jalan Mawar 8A, Bandar Baru Salak Tinggi, Taman Mawar (1), 43900 SEPANG, Selangor pada 25 Oktober 2017. isteri beliau telah mengalami lumpuh di seluruh anggota badan. Lawatan turut dilakukan ke atas Encik Ab Manap bin Sahardin di Tingkat 1 Unit CCU Katil No 2 Hospital Putrajaya pada 25 Okt 2017. Beliau mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru dan kencing manis.

16BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my Lt Kol Azmizar bin Karim (Mulai Mac 2017)

Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Melaka dan Negeri SembilanAras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, MelakaTel: 06-2345931/932 Faks: 06-2345930

JHEV MELAKA & NEGERI SEMBILAN

Kursus Tanaman Hidroponik Veteran ATM

Lawatan Kebajikan Dan Penyampaian Peralatan Perubatan

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim merasmikan Kursus Tanaman Hidroponik Veteran ATM Peringkat Negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada 13 Nov 17 hingga 14 Nov 17 di Hotel Kobemas, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 35 orang peserta telah menyertai kursus Tanaman Hidroponik ini.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim mengadakan lawatan kebajikan dan penyampaian peralatan perubatan berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Ramli bin Abdul Ghani pada 21 September 2017. Beliau kaki beliau terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis dan menetap di Kampung Tengkera, Melaka.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Lt Kol Azmizar bin Karim mengadakan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM Encik Mohammad Shaffei bin Abu Bakar (RAMD) di Taman Seri Rembau, Negeri Sembilan pada 12 Jul 17. Veteran terlantar akibat serangan stroke dan juga menghidap kencing manis. isteri beliau telah lama meninggal dunia dan mempunyai seorang anak yang masih berkhidmat di dalam tentera serta sedang bertugas di Sarawak. Penerangan serta khidmat nasihat telah disampaikan kepada waris beliau berkenaan bantuan kebajikan yang boleh disalurkan.

Lawatan Kebajikan Terhadap Veteran ATM

17BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.myJHEV PERAK

Lt Kol Haji Yusof bin SaidiPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Perak

Lot 3-10A (A-C), Tingkat 3, Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Tel: 05-2435063/05-25532523 Faks: 05-2435124

Lawatan oleh Prince Charles

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM)

BANTUAN DAN KEBAJIKAN

TAIPING, 4 Nov 17 - Lawatan oleh Prince Charles, the Prince of Wales di Commonwealth War Graves Service, War Cemetery.

Perak, 4 November 2017 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi Veteran ATM Dun Hulu Kinta dan Dun Manjoi disempurnakan oleh Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor Panglima Angkatan Tentera Malaysia bertempat di Tower Regency Hotel, ipoh.

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 51 orang Veteran ATM daripada Persatuan PASKAL TLDM yang disempurnakan oleh Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut di Auditorium Sri Layaran PASKAL, Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 01 Oktober 2017.

Program Himpunan Veteran ATM dan Majlis Penyerahan Rumah NBOS 7 yang berlangsung di Titi Gantung, Bota, Perak pada 16 September 2017. Majlis disempurnakan oleh Setisusaha Akhbar kepada YAB PM Dato Akmar Hisham bin mohd Yusof. Turut hadir Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi, pegawai-pegawai ATM dan Wakil PVATM Perak.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi menyerahkan hospital bed dan kerusi roda kepada isteri veteran ATM di Padang Rengas, Kuala Kangsar, perak pada 18 Ogos 2017.

Lawatan Kebajikan Terhadap Veteran ATM

18BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

JHEV PAHANGLt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM (Mulai Februari 2017)Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri PahangTingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut , 25000 Kuantan , PahangTel: 09-5142235/295 Faks: 09-5142275

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melawat Veteran ATM, Encik Azhar bin Abdullah Sani yang ditimpa musibah rumah terbakar di No 354 Blok 9, Felda Jengka 11, Bandar Jengka, Pahang.Beliau telah kehilangan semua dokumen, pakaian, rumah dan kenderaan serta lain-lain barangan. Kini beliau sekeluarga serta kedua-dua ibubapa terpaksa menumpang di ‘Homestay Metro’ kepunyaan jiran tanpa membayar apa-apa sewa kecuali membayar bil-bil api dan air sehingga kediaman beliau dipulihkan.Turut serta melawat, Encik Mohd Zahid Laton, Setiausaha PVATM Wilayah Jengka. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan dan penyerahan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM di Pekan dan Kuala Rompin pada 14 November 2017. Peralatan pesakit dan Bantuan Sara Hidup telah diberikan kepada Encik Abd Mubin bin Muhamad Yunus di No. 438, Lorong intan 6, Peramu Jaya 3, Pekan, Pahang.

Pengarah JHEV AT M C a w a n g a n Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menghadiri Majlis Dialog/Penerangan BBN dan Penerangan Peranan JHEV ATM kepada seramai lebih kurang 40 orang Veteran ATM yang majoritinya terdiri daripada kalangan Orang Asli di Galeri Agrotechnology Park Mardi, Cameron Highlands pada 5 Oktober 2017. Pihak JHEV ATM turut membantu veteran bagi mengisi borang Bantuan Bakti Negara dan telah mendapat kerjasama daripada wakil veteran iaitu Encik Fauzi bin Yahya dan veteran Org Asli Encik Nasir bin Abdullah yang kedua-duanya merupakan salah seorang veteran komando.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM beserta Bendahari PVATM Cawangan Lipis, Hj Yassin telah melawat Veteran ATM, Encik Abdullah bin Mamat yang beralamat di Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah diserang angin akhmar setahun yang lalu dan hanya bergantung hidup dengan meminum susu melalui saluran tiub. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

KDYTM Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah berkenan mengadakan lawatan ke atas rumah Veteran ATM, Encik ibrahim bin Hassan yang terlibat dakam kebakaran pada 29 Oktober 2017 di Kampung Tok Machang, Ulu Gali, Raub, Pahang pada 9 November 17.

BANTUAN DAN KEBAJIKAN

19BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

JHEV KELANTAN & TERENGGANUMejar Muhd Aman Shah bin Alias (Mulai September 2016)

Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kelantan dan TerengganuTingkat 9, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Perak, Semerak , 15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-7470286/0395 Faks: 09-7470499

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah, merasmikan Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan PVATM Cawangan Kuala Krai, Kelantan pada 30 September 2017. Majlis telah diadakan di Dewan Batalion ke-3 Rejimen 506 (AW), Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan kebajikan terhadap Veteran ATM, Encik ismail bin Esa di alamat Lot 2683 Taman

Peradang Jalan Hospital Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan pada 12 Okt 17. Rumah beliau telah musnah terbakar hamper 80% dan pihak Bomba menganggarkan kerugian yang ditanggung berjumlah RM180,000. Veteran sekeluarga kini terpaksa menginap di kediaman (bilik) yang tidak terbakar dan bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan mahupun kemalangan jiwa. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh veteran sekeluarga.

Pengarah JHEV ATM Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan kebajikan ke atas adik Mohammad Faiz bin Mohd izahir (anak Veteran ATM) di iCU Mutiara HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Beliau merupakan salah seorang mangsa tragedi van sekolah tahfiz yang terbabas di Kuala Krai pada bulan Ramadhan yang lepas yang mengakibatkan tujuh kematian Pelajar Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang. Sumbangan berupa wang tunai diberikan kepada ayahnya Encik Muhammad izahir bin Kasim. Keadaan terkini adik Mohammad Faiz Hafizuddin masih lagi separa sedar.

Penyerahan bantuan kerusi roda daripada JHEV ATM Kelantan & Terengganu yang diwakili oleh penolong pengarah JHEV Kelantan dan Terengganu, Kapt mohd Faizal bin Jamil terhadap isteri Encik Mohamad Khoman bin Kaharudin iaitu Puan Hashiah bte ibrahim di Lot 392 Taman Safiah Murni, Bukit Payong, Marang Terengganu pada 23 Ogos 2017. isteri beliau mengidap penyakit kencing manis serta terpaksa di potong sebahagian pergelangan kaki 5 tahun lalu serta turut mengalami masalah buah pinggang setahun yang lalu. Beliau kini sedang menjalani rawatan dialisis di Bukit Payung, Marang Terengganu di bawah tanggungan JHEV ATM. Lawatan turut disertai AJK Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Terengganu.

Pelancaran Tabung Pahlawan

Lawatan Kebajikan Terhadap Veteran ATM

20BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my Mejar Nor Azimi bin Idris (Mulai Januari 2017)

Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri SabahPintu C7-3, Tingkat 7, Blok C, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, SabahTel: 088-259120/088-267506 Faks: 088-5142275

Lt Kol Dunging Anak SeritPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri SarawakTingkat 1, Lot 331, 332 & 333, Seksyen 9, Jalan Satok, 93400 Kuching, SarawakTel: 082-230358/082-230357 Faks: 082-231009

JHEV SABAH & SARAWAK

Hari Pahlawan Negeri Sarawak

Lawatan Kebajikan Bencana Alam (Ribut)

Program Sehari Bersama Veteran ATM

Majlis Peringatan Tamat Perang (Remembrance Day)

Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada 2 Oktober 2017 dan telah disempurnakan oleh TYT Sarawak.Turut serta penglibatan Veteran ATM dan seramai 75 orang Veteran ATM telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada majlis tersebut.

Penolong Pengarah JHEV ATM Sabah, Kapt Sahrizal Adzhar bin Mohd Tahir TUDM telah membuat lawatan kebajikan ke atas veteran ATM Datu Rohas Bin

Datu Sampolna @ Rohas (T929323) di Kampung Air, Semporna pada 30 Julai 2017. Rumah beliau telah dilanda ribut dan angin kencang pada 26 Julai 2017 dan mengakibatkan kerosakan bahagian atap, siling dan dinding rumah.

KOTA KINABALU - Pengarah JHEV ATM Sabah dan Penolong Pengarah telah m e n g h a d i r i Program Sehari Bersama Veteran

ATM, anjuran Hospital Angkatan Tentera Malaysia Wilayah Kota Kinabalu (HAT WKK) pada 1 1 November 2017 di Hospital Angkatan Tentera Malaysia Wilayah Kota Kinabalu (HAT WKK) . Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat yang jelas kepada semua veteran ATM tentang perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terdapat HAT WKK. Seramai 50 orang veteran telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada AJK PVATM Negeri dan Ketua-ketua Cawangan PVATM.

Pada 12 November 2017, bertempat di World War il Memorial, WP Labuan telah diadakan Majlis Peringatan Tamat Perang (Remembrance Day) untuk mengenang perjuangan perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua dan memberikan keinsafan kepada kita bahawa peperangan bukanlah jalan penyelesaian. Majlis ini telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi dari Negara-negara KOMANWEL dan diplomat asing di Kuala Lumpur dan Brunei Darussalam.

L a w a t a n b a g i menghantar dokumen perberhentian dari pihak JRP oleh Pengarah JHEV ATM Sarawak, Lt. Kol Dunging Anak Serit terhadap Veteran ATM, LKpl (B) Sunday Ak Veteran Sigai pada 19

Ogos 2017 di Rumah Mayang Macan, Kanowit, Sarawak. Veteran terpaksa diberhentikan perkhidmatan atas sebab kesihatan pada Julai 2014 dan tidak mempunyai kad pengenalan awam disebabkan beberapa masalah serta tidak mendapat dokumentasi pemberhentian sejak tahun 2014 dari Unit asal Rejimen Sempadan di Gerik. Namun, masalah beliau telah dapat diselesaikan oleh JHEV ATM Caw Negeri Sarawak.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit menyerahkan peralatan pesakit berupa katil kepada Veteran ATM, Encik Markos Ak Abai di Serian, Sarawak . Turut bersama dalam majlis penyerahan peralatan pesakit adalah Kol (B) Ratnam.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit turut menghadiri Majlis Adun Bersama PVATM Sempena Penyerahan Cek Dan Sumbangan VKU PVATM Cawangan Sri Aman yang disempurnakan oleh YB Datuk Mong Dagang pada 21 Oktober 2017 di RH Sumping, Ran Ulu Batu, Sri Aman, Sarawak.

BANTUAN DAN KEBAJIKAN

21BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

Bantuan Bakti negara

(BBn)21

BULETIN

VETERAN ATM

| bil.2 edisi 2017 (JUL-D

IS ) | ww

w.jhev.gov.m

y

PENDAHULUAN

• CadanganpemberianBantuanBaktiNegara(BBN)kepadaVeteranATMTidakBerpencenadalahsebagaikesinambunganusahaKerajaanyangsentiasamenghargaijasadanpengorbanandisampingmenjagakebajikansemuakelompokVeteranATM.

• BBNdiyakinimampumembantumengurangkanbebankewangankumpulansasaryangtidakberpencenbagimendepanikossarahidupyangkianmeningkat.

OBJEKTIF

ObjektifpemberianBBNadalahuntukmembantumeningkatkantahapsosioekonomiVeteranATMyangtidakberpencen.

KONSEP PELAKSANAAN

• RancanganAm.PemberianBBNadalahberbentukbantuansetiaptahunkepadasejumlah65,339orangVeteranATMTidakBerpencenyanglayakmenerimaBantuanRakyat1Malaysia(BR1M).

• KadarPemberian.KadarbantuanadalahRM1,200setahundenganmelibatkankeperluankewangansebanyakRM78.4jutasetahun.

• KaedahPemberian.PemberianakandibuatsekalisetahunmelaiuikaedahElectronic FundTransfer (EFT)danBaucar/Waran/Cek.Penerimayanglayakakandibayarsecaraberterusanseumurhidupdanakanterhentiapabilameninggaldunia.

KRITERIAKELAYAKANPENERIMA

Kriteriakelayakanpenerimaadalahsepertiberikut:a. VeteranATMsepertimanayangtermaktubdalamSekyen2,Akta

Veteran2012sepertiberikut: Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa

dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripadaperkhidmatanatasalasansalahlakudalammana-manaAngkatanyangberikut:(1) AngkatanTetapATM;(2) Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM

tanpamengiratempohperkhidmatan;(3) Force136;(4) Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau

Singapura;dan(5) SarawakRangers.

b. Pegawai angkatan tetap yang tidak berpencen dan menerimaganjaran tamat perkhidmatan di bawah Peraturan-PeraturanAngkatanTetap(Pencen,GanjarandanFaedah-FaedahLain)1982(PPAT82).

c. BermastautindiMalaysia.d. Tanpamengiratarikhmulaberkhidmat.e. Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum 1 September

2017,kecualimerekadibilangan10.a.(2)dan10.b.f. Tidakmenerimasebarangpencen.g. Veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan

RM4,000.00dankebawah.h. PerlumemohonuntukmendapatkanBBN.i. Mereka yang tidak memenuhi semua kriteria 11.a. hingga 11.h.

tidaklayakmenerimaBBN.j. Tidakdipanjangkankepadabalu/duda/tanggungan.

SUMBERKEWANGAN

Sumberkewanganadalahmelaluikaedahoutrightsale-purchaseprojekpenjualantanahKemBatuKentonmen.Untuktujuanini,pihakLembagaTabungAngkatanTentera(LTAT)telahmenyatakanpersetujuanuntukmembayarsejumlahRM2.386bilion.HasiljualantanahtersebutakandikawalseliaolehpihakKementerianKewangan.

AGENSIPELAKSANA

• LembagaTabungAngkatanTentera(LTAT).Dikenalpastisebagaientitiyangakanmenguruskandanadanpelaburanuntukmenjanakeperluankewangantahunandanmelaksanakanpembayaran.

• JabatanHalEhwalVeteranATM(JHEV).Bertindaksebagaiagensiyangakanmelaksanakanprosespendaftaranpermohonan,menentukankelayakanpemohondanpemaklumanstatuspermohonan.

PROSEDURPELAKSANAAN

ProsespemberianBBNakandilaksanakansecaraberperingkatsepertiberikut:a. PendaftaranPermohonan.

(1) BorangpermohonanbolehdiperolehidisemuapejabatJHEVseluruh negara secara percuma atau dimuat turun [email protected]

(2) Untuk kemudahan Veteran ATM, borang juga boleh didapatidi Pusat Sehenti yang terdiri daripada kem/pasukan tenteraterpilihseluruhnegara.

(3) Di samping itu, borang permohonan turut akan diagihkankepadasemuaPersatuan/Pertubuhan/KelabVeterandiseluruhnegara.

(4) Borang permohonan perlu dikembalikan bersama-samadokumen sokongan yang diperlukan ke mana-mana pejabatJHEVatauPusatSehentiuntukdiproses.

(5) PermohonanjugabolehdibuatdenganmelengkapkanborangsecaraatastalianmelaluilamansesawangJHEV.

b. Semakan,KelulusandanPemakluman.(1) Semua borang permohonan lengkap yang diterima akan

diprosesdiIbuPejabatJHEV.(2) Pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan

merekasamaadalulusataupuntidaksecarabertulissecepatmungkin dari semasa ke semasa sebelum pembayarandilaksanakan.

(3) StatuspermohonanBBN ini jugabolehdisemak secaraatastalianmelaluilamansesawangJHEV.

c. Pembayaran. Akan dilaksanakan secara berperingkatmelaluikaedahberikut:(1) Electronic Fund Transfer (EFT). Bagi penerima yang

mempunyaiakaunbanksahaja.Bayaranakandikreditkanteruskedalamakaunbankpenerima.

(2) Baucar/Waran/Cek. Bagi penerima yang tiada akaun bank.Penerima boleh menunaikan baucar/waran/cek tersebutdi mana-mana cawangan bank pembayar yang mengambilbahagian.

PENUTUP

Pemberian BBN ini adalah melambangkan menifestasipenghargaan Kerajaan sebagai mengenang jasa sertapengorbanan di samping membantu meningkatkan tahapsosioekonomiVeteranATMyangtidakberpencen.Dalammasayangsama,imejKEMENTAHdanATMsebagaiorganisasiyangsentiasa mengutamakan kebajikan semua kelompok VeteranATMjugaakanturutdipertingkatkan.

22BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

Pemakluman KEMUDAHAN PERUBATAN VETERAN ANGKATAN

TENTERA MALAYSIA (ATM) SERTA AHLI KELUARGA YANG BERKELAYAKAN DI HOSPITAL AWAM DI BAWAH

KENDALIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN HOSPITAL PENGAJAR DI BAWAH KENDALIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

22BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2017 Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) tidak lagi menanggung perbelanjaan ubat, rawatan dan alat perubatan Veteran ATM yang mendapatkan rawatan di Hospital

Awam kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hospital Pengajar di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Ini bersesuaian dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam (JKK-TPA) pada 17 April 2017 supaya kemudahan perubatan (meliputi ubat, alat perubatan dan rawatan hemodialisis) pesara Awam Persekutuan dan Veteran ATM serta ahli keluarga yang berkelayakan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA) dipindah dan diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Susulan arahan tersebut, berkuatkuasa 1 Jun 2017 kerajaan telah memutuskan bahawa Hospital Awam di bawah kendalian KKM, Hospital Pengajar di bawah kendalian KPT dan Hospital Angkatan Tentera di bawah kendalian Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dikehendaki menyediakan perkhidmatan dan menanggung perbelanjaan ubat, rawatan dan alat perubatan kepada semua Pesara Awam

Persekutuan dan Veteran ATM serta ahli keluarga yang berkelayakan.

Namun demikian, bagi mengelak sebarang kesulitan Veteran ATM pasca 1 Jun 2017, JHEV ATM telah memberikan kelonggaran sehingga 31 Ogos 2017 sebagai tempoh transisi untuk menerima tuntutan ubat/alat perubatan daripada Hospital Awam dan Hospital Pengajar. Sehubungan itu, bermula 1 September 2017 segala tuntutan ubat, rawatan dan alat perubatan para Veteran ATM hendaklah dikemukakan terus

di hospital di mana para Veteran ATM mendapatkan rawatan.

23BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

Sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang keusahawanan perlu sentiasa cekal menghadapi cabaran. Sempena Hari Malaysia tahun 2017, PW (I) Zamsuri bin Tukiman juga berpesan agar rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu dan tidak berpecah belah.

PW II (B) Mohd Jusri bin Haji Mohd Yusoff berani menceburi bidang keusahawanan eko pelancongan kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang tersebut. Beliau yang pernah mendapat anugerah Mentor Usahawan PERHEBAT pada tahun 2015 menggalakkan Veteran ATM yang lain untuk turut menceburi bidang keusahawanan.

Seseorang yang ingin menceburi bidang perniagaan perlulah sentiasa berusaha dan tidak boleh berasa takut. Jika orang lain boleh melakukannya, yakinlah bahawa kita juga mampu melakukannya.”

Walaupun telah bersara, Lt Kol Dr Suhaila (B) masih meneruskan semangatnya untuk membuka klinik pergigian persendirian.

23BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.2 edisi 2017 (JU

L-DIS ) | w

ww

.jhev.gov.my

Pesara Niaga

24BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

2 ed

isi 2

017

(JU

L-D

IS )

| w

ww

.jhev

.gov

.my