veteran atm - jhev.gov.my · paduka baginda yang di-pertuan agong ke xv, sultan ... majlis...

24
SERAH TERIMA TUGAS KETUA PENGARAH JHEV ATM DIALOG BERSAMA WAKIL PERSATUAN VETERAN ATM SERVICE NEVER STOP YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | BIL 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) www.jhev.gov.my | PERCUMA VETERAN ATM

Upload: vannga

Post on 22-Jul-2019

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SERAH tERimA tUGAS KEtUA PENGARAHJHEV ATM

DiALOG BERSAmAWAKiL PERSAtUANVETERAN ATM

SERVICE NEVER STOPYBhg. Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | BIL 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) www.jhev.gov.my | PERCUMA

VETERAN ATM

Majlis Jamuan Raya Yang Dipertuan Agong 03

Pelancaran Tabung Pahlawan 05

Hari Pahlawan 2018 06

Veteran Paskal 07

Khazanah Silam 10

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia 11

Unsung Heroes 13

Persidangan PVATM Sabah 20

Menarik Di DalaMAssalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam SejahteraAlhamdulillah dengan izin-Nya penerbitan Buletin Veteran ATM Bil. 2.2018 dapat diterbitkan untuk tatapan warga Veteran ATM.

Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa berbesar hati kerana diberi peluang memegang tampuk kepimpinan di JHEV ATM bermula bulan November 2018. Sesungguhnya, saya berasa amat bertuah dan berbangga kerana diberi kesempatan mencurahkan khidmat bakti serta bekerjasama dengan seluruh warga Jabatan. Dengan menerajui Jabatan ini, saya melihat terlalu banyak potensi dan peluang untuk kita terus mencipta kejayaan dalam bidang menjaga kebajikan dan pengurusan Veteran ATM di negara ini. Justeru, struktur dan organisasi JHEV akan diperkasakan secara berterusan di dalam memastikan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih efektif dan efisyen. Saya berharap masalah dan isu yang membelenggu Veteran ATM akan dapat diatasi dan diselesaikan. Saya amat berkeyakinan, kita mampu merealisasikan hasrat ini bersama-sama berkat komitmen, disiplin dan sikap profesionalisme yang dimiliki warga Jabatan disamping kerjasama erat dengan Persatuan-persatuan yang berdaftar dengan JHEV ATM atas usaha keras dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan dan membantu warga veteran ATM.

Pihak Kerajaan sentiasa membuat penambahbaikan dalam menjaga hal ehwal serta skim kebajikan sedia ada sebagai satu bentuk keprihatinan Kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan dari kalangan veteran ATM secara berperingkat. Segala permasalahan dan isu yang diketengahkan melibatkan kebajikan dan sosial warga veteran ATM akan segera ditangani supaya permasalahan dan segala hal ehwal kebajikan mereka sentiasa terbela.

Hasrat saya adalah untuk sentiasa melihat semangat cinta negara Veteran ATM dapat menyumbang dalam cara yang tersendiri kepada usaha pembangunan negara walaupun telah menamatkan perhidmatan. Mentaliti “Service Never Stop” akan dipupuk di kalangan veteran di dalam menyuburkan sifat kecintaan kepada negara dengan veteran ATM digalakkan untuk terus menyumbangkan bakti kepada masyarakat melalui pelbagai bidang yang bersesuaian. Ini juga secara tidak langsung dapat menaikkan imej JHEV ATM dan veteran ATM di kalangan masyarakat.

Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JHEV ATM atas kerjasama dan daya usaha dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2019 kepada seluruh warga JHEV ATM dan Veteran ATM.

“Kesejahteraan Veteran ATM Keutamaan Kami”Sekian.

MEJ JEN DATO’ DZULKARNAIN BIN AHMADKetua PengarahJabatan Hal Ehwal Veteran ATMKementerian Pertahanan

PENAUNG Mej Jen Dato’ Dzulkarnain Bin Ahmad

PENASIHAT Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain

KETUA EDITOR Mej Pandi ak Sman

PEN. KETUA EDITOR Maria binti Che Mat Nawi

EDITORIAL Unit Komunikasi Korporat JHEV ATM

Pengarah Bahagian & Negeri

JURUFOTO DAN EDARAN Unit Komunikasi Korporat JHEV ATM

DITERBITKAN OLEH Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

(JHEV ATM)301, Medan Tuanku

Jalan Tuanku Abdul RahmanPeti Surat 13191

50802 Kuala LumpurTel : 03-20508000

Faks : 03-26917564www.jhev.gov.my

Sekapur SirihKETUA PENGARAH

Bil. 2 Edisi 2018 | Jul-dis

6

8

11

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my2

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilf itri bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke XV, Sultan Muhammad Ke V di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. Turut hadir seramai 70 orang veteran ATM dan turut disampaikan bantuan kebajikan kepada veteran ATM Kurang Upaya (VKU).

Jamuan Raya JHEV aTM

MAJliS JAmUAN RAyA yANG DiPERtUAN AGONG

Kuala lumpur, 3 Julai 2018

12 Julai 2018

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 3

Serah terima tugaS kETua

pEngaRaH JHEV aTM

Jutaan tahniah dan selamat datang diucapkan dari kami Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) kepada Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad selaku Ketua Pengarah yang baharu di JHEV ATM. Selamat menjalankan tugas dengan penuh cekal dan dedikasi selaras dengan matlamat JHEV ATM demi agama, bangsa dan negara.

mAjlis PERPisAHAN mantan ketua pengarah jhev atm

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my4

Sambutan Hari KebangSaan2018

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 dengan tema “SAYANGI MALAYSIAKU” telah diadakan di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat mencemar duli untuk bersama-sama rakyat meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2018 hari ini.

Menteri Per tahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu bersama Presiden PVATM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Mohd Nor selepas berbincang isu-isu mengenai persatuan veteran ATM dan menyampaikan sumbangan daripada syarikat swasta kepada Tabung Pahlawan sebanyak RM50,000 di Wisma Pertahanan.

#SayangiMalaysiaku

Turut hadir ialah YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

#SayangiMalaysiaku#KibarJalurGemilang#KebanggaanKementerian Pertahanan Malaysia

Tabung paHlawan

Pelancaran Tabung Pahlawan

31 ogos 2018

31Julai 2018

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 5

putraJaya, 31 Julai 2018

Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.

Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj Mohamad Sabu; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkif li Haji Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun serta Panglima-panglima Perkhidmatan.

harI PAHlAWAN 2018

6 BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my

Pusat Latihan Pasukan Khas Laut yang menjadi kebanggaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin.

Majlis berkonsepkan 3 dalam 1 ini juga turut diserikan dengan Majlis Penutup Kursus Asas Komando PASKAL Siri 65/18 dan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 21 orang Veteran PASKAL.

Majlis ini telah dilaksanakan dengan penuh meriah, diserikan dengan demonstrasi keupayaan PASKAL dan selari dengan 4 Nilai Teras TLDM iai tu Maruah, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan. Majl i s ber se jarah ini juga te lah dimeriahkan dengan kehadiran jemputan daripada Kementerian Per tahanan Malaysia, ketua-ketua agensi kerajaan Daerah Manjung, Veteran-veteran PASKAL, keluarga-keluarga penuntut kursus dan semua warga PASKAL.

Majlis ini turut diser ikan dengan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran-veteran PASKAL, individu

yang turut sama menyumbang dalam kejayaan pelaksanaan misi PASKAL dan pencipta lagu serta Trimedia PASKAL. Seramai 21 orang Veteran PASKAL telah diberikan penghormatan untuk menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada majlis ini. Pingat ini dianugerahkan kepada veteran PASKAL yang telah berkhidmat di Stesen Luar Pantai TLDM atau lebih dikenali sebagai Gugusan Semarang Peninjau sehingga tahun 1989.

Kejayaan misi Op FAJAR 8 yang dijadikan sebagai satu babak f ilem PASKAL The Movie merupakan kejayaan yang telah dicapai hasil kerjasama dan bantuan daripada Cawangan Udara TLDM dan krew kapal Bunga Mas 5. Lt Kdr Jason a/l Solomon John TLDM dari Skuadron 501 selaku Komander Pesawat dan Kdr Nazri bin Sharif PSSTLDM, Pegawai Memerintah Kapal BM 5 semasa misi tersebut telah dipilih sebagai penerima pisau tempur PASKAL. Pisau Tempur PASKAL ini merupakan suatu pengiktirafan khas yang diberikan oleh PASKAL kepada individu yang telah membantu dalam menjayakan misi dan operasi PASKAL. Insignia Trimedia PASKAL merupakan cetusan idea oleh 2 orang bekas anggota PASKAL iaitu PW I PBS (PKL) (B) Hj Mustapa bin Hj Alwi dan BK PKL (B) Syed Ali bin Syed Syarif. Lagu PASKAL pula yang dinyanyikan dengan penuh semangat dan bangga oleh setiap warga PASKAL merupakan hasil karya BK PGM (B) Shahidan bin Haron, bekas anggota Pancaragam Pusat TLDM. Ketiga-ketiga individu ini turut diberikan penghargaan semasa majlis dengan penyampaian cenderahati bagi menghargai sumbangan kepada PASKAL. #CopyRightTenteraLautDirajaMalaysia

Veteran paskal

17 Nov 2018

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 7

YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah JHEV ATM telah mengadakan Sesi Dialog bersama Wakil Persatuan Veteran ATM yang telah diadakan di Vivatel Hotel.

Program diadakan bertujuan untuk mendapatkan input daripada veteran ATM mengenai permasalahan yang timbul dalam menjaga kebajikan persatuan dan ahli dalam persatuan, memberi penerangan kepada semua persatuan veteran ATM berkaitan hala tuju persatuan dalam menjaga kebajikan ahli dalam persatuan, membentuk jaringan kerjasama strategik antara persatuan dan jabatan serta melahirkan Persatuan Veteran yang dinamik.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad hari ini menerima kunjungan hormat daripada Defence Adviser Australian High Commission, Captain Wendy Horder di Bangunan TH Perdana sebentar tadi.

Beliau juga turut menerima kunjungan hormat daripada Mantan Panglima Medan Wilayah Timur, Lt Jeneral (B) Dato’ Wira Mohd Zaki bin Hj Mokhtar.

Kuala lumpur, 27 Nov 2018

kunjungan Hormat

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my

sEsi DiAloG bersama Wakil Persatuan VETERAN ATm

sEsi DiAloG bersama Wakil Persatuan VETERAN ATm

8

Majlis Perjumpaan Bulanan Ketua Pengarah JHEV ATM yang baharu iaitu Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad Bersama Warga JHEV ATM telah diadakan di Menara TH Perdana. Perjumpaan bulanan ini merupakan pertama kali diadakan bersama Ketua Pengarah JHEV ATM yang baharu. Turut diadakan upacara penyampaian cenderahati KAJEV dan KSSKA kepada pegawai yang bertukar keluar, bersara, sumbangan masuk hospital, sumbangan bersalin dan sumbangan khairat kematian.

Kuala lumpur, 11 Dis 2018

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my

majlis Perjumpaan Bulanan

Mesyuarat Majlis Veteran kebangsaan

9

HERO veteran

Loceng ini asalnya dari Kapal Perang Tentera Laut Diraja British, HMS Sultan yang ditenggelamkan oleh tentera Jepun dalam tahun 1942. Ianya ditemui oleh

penyelam-penyelam tentera Jepun dalam tahun 1944 dari sebuah kapal selam yang tenggelam di sekitar perairan Selatan Pulau Pinang. Mereka telah menyimpan loceng ini di Pejabat Suruhanjaya Pulau Pinang di Pengkalan Swettenham. Pihak Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang telah menyerahkan loceng ini kepada Pasukan Simpanan Melayu Tentera Laut Diraja British cawangan Pulau Pinang.

Senapang Jungle Carbine yang mudah dikendalikan ini berkesan membantu anggota tentera menewaskan musuh di medan perang dan meraih kemenangan.

Senapang Jungle Carbine atau nama rasminya No. 5 MK 1 adalah kesinambungan daripada senapang No. 4 MK 1 yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan sebuah senapang yang lebih pendek dan ringan.Jungle Carbine adalah 100 milimeter lebih pendek dan 1 kilogram lebih ringan berbanding Senapang No. 4. Gelaran Jungle Carbine diberikan kepada senapang ini kerana ia kerap digunakan di kawasan hutan.Ia dilengkapi dengan bahagian pemegang bergetah yang berfungsi untuk menyerap sentakan yang kuat dan mengelakkannya beralih daripada pakaian penembak semasa tembakan dilakukan.Senapang ini lebih kerap digunakan oleh anggota tentera kerana ia lebih ringan dan mudah dikendalikan. Senapang ini digunakan secara meluas di Malaysia semasa Darurat.

#veterantenteradisanjungi#jhevperihatin#terimakasihveteranku

khazanah silam

10 BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my

Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Kelantan bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan pada hari ini. Seramai 200 orang penerima dari Persatuan Veteran ATM (Kelantan), Kelab Veteran Semboyan Kelantan, Kelab Veteran 302 Saem Sahabat, Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Kelantan serta seluruh veteran di sekitar Kelantan termasuk 22 orang darinya diwakili oleh balu veteran telah menerima anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM). Penganugerahan pingat ini merupakan satu manifestasi perjuangan golongan veteran terhadap keamanan dan kemerdekaan negara.Ketika berucap, Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu menegaskan beliau bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), ser ta Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan sentiasa memberi perhatian ke atas isu-isu yang baik dan yang boleh diketengahkan serta beliau mengingatkan supaya semua veteran terus menyokong usaha-usaha baik kerajaan demi kesejahteraan negara. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah, Panglima 2 DIV, Mejar Jeneral Dato’ Ramli bin Jaafar dan Panglima 8 Briged, Mejar Jeneral Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri.

Kota BHaru, 12 oKtoBer 2018

mAjlis PENGANUGERAHAN PiNGAT jAsA mAlAysiA

mAjlis PENGANUGERAHAN PiNGAT jAsA mAlAysiA

11BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my

DIARI JHEV

kuala luMpuR 18 OkTObER 2018

Perlawanan Bowling Peringkat JHEV ATM 2018 telah diadakan di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall melibatkan seluruh pegawai dan staff JHEV ATM. Turut hadir Datin Nab binti Mamat, isteri kepada Ketua Pengarah JHEV ATM.

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my12

JHEV KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM turut hadir ke Persidangan Perwakilan Tahunan PVATM Perlis ke 54 di Dewan Kemas Berseri.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Dato Sri Azlan bin Man dan turut berlangsung adalah Majlis Pengurniaan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) PVATM yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis.

Pihak JHEV ATM cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang turut mengambil kesempatan ini dengan membuka kaunter bergerak untuk kemudahan urusan bagi veteran-veteran yang hadir.

pERlis 04 OgOs 2018

kEdaH 13 sEpTEMbER 2018Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed Bin Mohamed Akbar TUDM menghadiri majlis bagi mengenangkan jasa Wira ATM yang tidak didendang, ‘UNSUNG HERO PROGRAM’ yang telah dianjurkan oleh Hektar Property Services SDN BHD bertempat di Central Square, Sungai Petani.

Antara jemputan yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah daripada Daerah Kuala Muda dan tujuan program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar betapa sukarnya Pihak ATM khususnya memerangi musuh negara bagi mencapai keamanan yang dikecapi sekarang.

Majis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Brig Jen Dato’ Abdul Aziz bin Hj Ismail, Panglima Brigade Ke Enam Infantri Malaysia. Antara pengisian majlis adalah dendangan lagu dan deklamasi sajak patriotik daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khair Johari dan perkongsian kisah perjuangan semasa konfrantasi daripada 5x Veteran ATM. Turut diadakan juga pameran dan promosi daripada Batalion Pertama Rajimen 513 AW.

Pihak Hektar Property Services SDN BHD juga turut memberi sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada veteran ATM tersebut yang secara langsung terlibat dalam operasi sehingga mengalami kecacatan kekal iaitu putus kaki akibat terkena jerangkap samar.

Persidangan Perwakilan Tahunan PVaTM

unSunG hEROES

pulau pinang 08 Julai 2018

LaWaTan VETERan

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Lt Muhamad Nasrul Syaf iq bin Zulkif li TUDM melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran ATM, Encik Badarudin yang mengalami stroke separuh badan. Pihak JHEV ATM akan membantu veteran mendapatkan bantuan yang selayaknya diperoleh bagi meringan beban yang ditanggung. Turut disampaikan sumbangan kepada beliau semasa lawatan diadakan.

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 13

JHEV SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN

pucHOng 07 OgOs 2018sElangOR

kuala luMpuR,

11 Julai 2018

16 OgOs 2018

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Md Yusof bin Che Ngah di Lot 68 Kampung Sri Langkas Tambahan, Bt 13, Jalan Kelang, Selangor.

Veteran mengalami strok dibahagian kanan badan dan menyukarkan beliau untuk bergerak. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri telah memberikan penerangan mengenai bantuan-bantuan yang boleh diuruskan bagi meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga.

#kebajikan#kesejahteraanveteranATMkeutamaankami

Melawat VeTeRAn

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran ATM, Encik Jumali bin Jabon TLDM yang mengidap kanser usus di Hospital Kuala Lumpur.

Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM ke atas Encik Fozi bin Shamsudin (B) di No. 52, Jalan Kesuma 4C/4 Fasa 4 Bandar Tasik Kesuma, Beranang

Veteran mengalami masalah ketumbuhan (tumor) di bahagian kepala dan juga telah menjalani 3 pembedahan sebelum ini sejak 2013.

Wakil JHEV ATM telah memberi penerangan berkaitan bantuan yang akan diuruskan bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

#kebajikan#kesejahteraanveteranATMkeutamaankami

LaWaTan kEbajikan

LaWaTan KeBAJiKAn

Melawat VeTeRAn

08 OgOs 2018

bukiT bERunTung

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Mohd Sapian bin Ismail di Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya, Selangor.

Beliau mengalami lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya dan Pihak JHEV ATM akan menguruskan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my14

nEgERi sEMbilan

MElaka

08 Julai 2018

15 OgOs 2018

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilf itri Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap ahli parlimen Kuala Pilah di Dewan Bandaran Kuala Pilah.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim melakukan lawatan kebajikan & penyerahan peralatan pesakit berupa kerusi roda terhadap veteran ATM seperti berikut:

1. Encik Mohamad Nor bin Jantan, di Kampung Bukit Rambai.2. Encik Mohamed Nasir bin Hasim, di Taman Bukit Rambai. (Kerusi Roda)

jaMuan Raya

MElawaT VETERan

JHEV NEGERI SEMBILAN & MELAKABULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 15

pERak 31 OgOs 2018

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Mej Hasanuddin bin Othman turut hadir ke Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. DYMM Sultan Perak juga turut berkenan menyempurnakan sumbangan kepada 5 orang veteran ATM Perak.

MElawaT VETERan

pERbaRisan HaRi kEbangsaan 2018Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam bin Abidin TLDM melakukan lawatan kebajikan terhadap 1082677 Sjn (B) Encik Khidzir bin Md Yusof f yang telah dimasukkan ke wad 7A, katil 24, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 4 Julai.

Beliau k ini menghidap penyak i t paru-paru bernanah, buah pinggang dan sesak nafas namun keadaan semasa adalah stabil dan masih menunggu keputusan doktor.

Pihak JHEV ATM telah memberikan penerangan mengenai skim bantuan yang layak dipohon oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman turut hadir ke Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Perak kali ke 31 bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak.

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim, EXCO Komunikasi Mutimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan mewakili YAB Menteri Besar Perak. Turut hadir Pengerusi PVATM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor.

Majlis penyampaian anugerah Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) turut disampaikan kepada 11 orang veteran ATM dan Sijil Penghargaan kepada AJKN PVATM Negeri Perak sesi 2015-2018.

ipOH 24 sEpTEMbER 2018

pERsidangan pVaTM pERak

JHEV PERAK

24 Julai 2018pERak

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my16

JHEV PAHANG

paHang

bEsERaH

28 OgOs 2018

10 OgOs 2018

Pengarah JHEV ATM Cawangan Neger i Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menyerahan peralatan perubatan berupa kerusi roda, kerusi tandas dan walker empat (4) kaki kepada veteran ATM, 1021294 Encik Mohd Uzir bin Ahmad di alamat No 13, Lorong Chengal Lempong 3, Taman Balok Jaya 2, Pahang.

Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Idzuan melakukan Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Peralatan Pesakit di sekitar Kuantan seperti berikut;

LAwATAN KEBAJIKAN

1. Veteran ATM Encik Zainal Abidin di alamat No 18, Lorong 8, Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.

2. Veteran ATM (211623) Encik Ab Hamid bin Mohammad di alamat No. 32, Lorong 5, Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.

penyerahan peralatan

lawaTan VETERan

LAwATAN SIASATAN SKIM BANTUAN SARA HIDUp

1. Veteran ATM (703985) Encik Mohd Roni Sow bin Abdullah di alamat No. 56, Lorong Taman Tas Ria 12, Taman Tas Ria, Kuantan.

2. Veteran ATM (303976) Encik Ibrahim bin Jusoh di alamat 348-A, Jalan Abdul Rahman Talib, Kg Jaya Gading, Kuantan.

3. Veteran ATM (1021158) Encik Abdul Rashid bin Zainal Abidin di alamat Lot 5795, Jln Padang Jaya 2, Kg Jaya Gading, Kuantan.

kuala lipis 14 OgOs 2018

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM mengadakan lawatan ke atas Puan Essah binti Embong, Ibu kepada Allahyarham veteran ATM 1023019 SSjn (B) Zainual bin Abd Aziz di No 757, Kampung Chat, Benta, Pahang.

Lawatan bertujuan untuk menyediakan Laporan Siasatan Keadaan Ekonomi dan Kesihatan bagi Puan Essah bagi menentukan kelayakan menerima pencen gemulah Veteran.

lawaT VETERan

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 17

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan siasatan bantuan sara hidup sekitar Jajahan Tanah Merah. Antara veteran ATM yang dilawati adalah seperti berikut:1. Balu kepada arwah 151233 Ismail bin Hamad. Kamariah bte

Ahmad.2. Balu kepada arwah 79968 Mohd Zain bin Ismail. Wan Bidah

bte Wan Lah.3. Balu kepada arwah 161073 Yaacob bin Seman. Siti Rabiah bte

Seman.4. 198375 Nawi bin Abu Bakar.5. 163739 Mohd Yatim bin Omar.6. 1027099 Mat Uluwi bin Mat Ali.7. 20984 Mustapha bin Abd Rahman.

Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Tuan Hj Abd Karim bin Hj Husain mewakili Ketua Pengarah JHEV ATM merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PVATM Negeri Kelantan kali ke 50. Majlis telah diadakan di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem 8 Briged dan turut hadir Pengerusi PVATM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias hadir ke Mesyuarat Agong Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Negeri Terengganu Kali Ke-2 bertempat di Dewan Sivik, Duyong Besar Kuala Terengganu. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Hj Ahmad Amzad bin Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

JHEV KELANTAN & TERENGGANU

RAsmi mEsyUARAT PERsATUAN

mEsyUARAT VETERAN

JaMuan Raya

lawaTan saRa Hidup

kElanTan

kuala TEREngganu

kElanTan

kElanTan

08 Julai 2018

21 Julai 2018

05 OgOs 2018

22 sEpTEMbER 2018

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias turut hadir ke Mesyuarat Agong Kelab Saem Sahabat dan Majlis Hari Raya Aidilf itri. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mej (B) Anizam bin Abd Rahman, Adun Kemahang.

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my18

JHEV JOHOR

mAjlis KoRBAN

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut hadir ke Pogram Majlis Korban Perdana cawangan Muar. Turut hadir adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Dato Hj Salahuddin bin Ayub.

Pihak JHEV ATM Cawangan Johor juga turut berkesempatan menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh veteran di sekitar Kawasan Muar.

JOHOR 24 OgOs 2018

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 19

JHEV SABAH

Pengarah JHEV ATM Cawangan Neger i Sabah, Mej Mohd Kamarulhelmi Bin Mohamad turut hadir ke Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Sabah kali ke 37.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Ewon Benedick dan turut hadir Pengerusi PVATM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor.

Majlis penyampaian anugerah Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) Peringkat Negeri Sabah turut disampaikan kepada veteran ATM yang terpilih.

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej Mohd Kamarulhelmi Bin Mohamad di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kinarut . Antara veteran yang telah ditemui adalah seperti berikut:

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

1. Balu Repiah bte Mad (Tuaran)2. Balu Rusnah binti Kadim (Tuaran)3. Keh bin Utoh (Tuaran)4. Awang Abdul Ghani (Menggatal)5. Mah Eing Siang (Penampang)6. Rini Lidius @ Haslinda (Penampang)7. Oswald Garasing (Kinarut)8. Liew Yin Tei @ John Liew (Kinarut)9. Abd Jalil bin Brahim ( Lok Kawi)

Persidangan PVATm Sabah

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

sabaH 30 sEpTEMbER

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my20

JHEV SARAWAK

Lawatan kebajikan dan pemeriksaan kesihatan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit ke atas veteran PW I Meseken Ak Gindal (mantan SMR 1 Divisyen) di kediaman Mantan SMR 1 Div di alamat No. 36, Lot 547, lorong 2B, Taman Boulder Built dan turut dihadiri oleh PS 2 Perubatan MK 1 Div.

Di dalam lawatan berkenaan, Mantan SMR telah ditemuramah bagi mendapatkan gambaran situasi serta status kesihatan yang dihadapi sejak tahun 2010 dan semakan ke atas dokumen perubatan turut dilakukan oleh PS 2 Perubatan 1 Div sebagai rujukan selanjutnya.

Pihak JHEV ATM akan memberi bantuan perubatan dan peralatan yang sewajarnya kepada Mantan SMR 1 Div berpandukan laporan perubatan yang dikeluarkan.

merasmikan mEsyUARAT

LaWaTan VETERAN

saRawak

saRawak

4 OgOs 18

25 Julai 2018

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit menyampaikan ceramah dan merasmikan Mesyuarat Persatuan TLDM Sarawak di Bilik Gerakan JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit menyerah sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah Panjang di Pantu, Sri Aman, yang melibatkan 5 orang veteran ATM. Sumbangan yang diberikan adalah hasil daripada sumbangan Warga Tentera dan veteran ATM melalui JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak.

Rumah VETERANTERBAKAR

saRawak

05 sEpTEMbER 2018

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 21

PuSaT DiAlisis

D‘VET

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my22

DIABETES - PARAS GULA DI DALAM DARAH ADALAH TINGGIlama kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab bombor satu kegagalan buah pinggang.

TEKANAN DARAH TINGGI (HIPERTENSI)Tekanan kuat ada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.

CARA MENGAWAL• Pemakananseimbang.• Minumsekurang-kurangnyadualiterairsehari.• Berhentimerokok.• Makanubatselepasmendapatnasihatdoktor.• Kekalkanberatbadanseimbang.• Bersenamsetiapharisekurang-kurangnya30minit.

Punca utama kerosakan

buah pinggang

Apa itu HIPERTENSI?hipertensi atau tekanan darah tinggi, kadang-kadang disebut juga dengan hipertensi arteri, adalah kondisi medis kronis dengan tekanan darah di arteri meningkat. peningkatan ini menyebabkan jantung harus bekerja lebih keras dari biasanya untuk mengedarkan darah melalui pembuluh darah.

ketika tekanan darah tInggI meningkatkan risiko penyakit jantung atau stroke.

Dan juga menyebabkan kerosakan organ penting mata, ginjal dan otak.

Tekanan Darah Tinggi(Hipertensi)

1dari3orangmenderita Hipertensi

12080

normal

silENT KillER

Satu-satunya cara mengetahui tekanan darah tinggi adalah dengan melakukan pengecekan.

14090

Tinggi

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 2 EDISI 2018 (JUL-DIS) | www.jhev.gov.my 23

LiKE UShttps://www.facebook.com.JHeVATM

FOLLOW UShttps://twitter.com.MYJHeVATM

www ViSit UShttp://www.jhev.gov.my