majlis penganugerahan - jhev.gov.my · taiping, perak nama alat : submachine gun cal.45 m3 a1...

13
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | BIL 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) www.jhev.gov.my | PERCUMA MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) EKSPRESI PRIHATIN VETERAN ATM MAJLIS SEPETANG VETERAN ATM VETERAN BERJASA LAWATAN & KEBAJIKAN

Upload: truongdang

Post on 19-Jul-2019

290 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | BIL 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) www.jhev.gov.my | PERCUMA

MAJLIS PENGANUGERAHANPINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

EKSPRESI PRIHATIN VETERAN ATM

MAJLIS SEPETANG VETERAN ATM

VETERAN BERJASA

LAWATAN & KEBAJIKAN

Page 2: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA

TAKLIMAT & TEMUDUGA NELAYAN LAUT

MAJLIS SILATURAHIM VETERAN 21 RAMD / KAD VETERAN

VETERAN BERJASA

INFO KESIHATAN

USAHANIAGA

VETERAN BERJASA

KHAZANAH SILAM

BANTUAN & KEBAJIKAN

PUSAT DIALISIS

MENARIK DI DALAMASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat dan kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk bersama lagi menerusi penerbitan BULETIN VETERAN ATM Bil. 1/2018 ini.

Sebagai sebuah Jabatan yang berperanan menjaga hal ehwal dan kebajikan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak, dengan adanya buletin ini dilihat sebagai suatu pemudah cara bagi menyalurkan maklumat terkini serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JHEV ATM peringkat ibu pejabat dan juga cawangan negeri.

Melalui pelbagai skim bantuan kebajikan JHEV ATM telah membuat pembayaran sebanyak RM27 juta kepada seramai 10,982 veteran ATM dan keluarga mereka. Dalam usaha membantu veteran ATM dan keluarga mereka terdapat permohonan bantuan yang terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Jabatan juga menyarankan dan menyokong permohonan veteran ATM untuk mendapatkan bantuan daripada persatuan/kelab bekas tentera, agensi atau jabatan-jabatan Kerajaan yang lain.

Di dalam memastikan usaha dan matlamat meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan kepada warga Veteran ATM dapat dicapai perlu disertai azam dan usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak, terutama veteran ATM sendiri. Veteran ATM disaran menyertai persatuan atau kelab Veteran ATM yang telah berdaftar dengan JHEV ATM, hal ini akan dapat membantu Veteran ATM memperolehi maklumat-maklumat terkini malah memudahkan JHEV ATM menyalurkan maklumat dan bantuan kebajikan kepada veteran dan tanggungan mereka.

Sekian, terima kaSih. MEJAR JENERAL DATO’ MOHAMAD KHIR BIN ABDULLAHketUa PenGarahJaBatan haL ehWaL Veteran atmkementerian Pertahanan

PENAUNG Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad

PENASIHAT Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain

KETUA EDITOR Mej Pandi ak Sman

PEN. KETUA EDITOR Maria binti Che Mat Nawi

EDITORIAL Unit Komunikasi Korporat JHEV ATM Pengarah Bahagian & Negeri JURUFOTO DAN EDARAN Unit Komunikasi Korporat JHEV ATM

DITERBITKAN OLEH Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM)301, Medan TuankuJalan Tuanku Abdul RahmanPeti Surat 1319150802 Kuala LumpurTel : 03-20508000Faks : 03-26917564www.jhev.gov.my

UtusanKETUA PENGARAH

03

05

06

07

08

09

10

11

12

23

PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

Kuching, 3 Apr 18 - Seramai 130 orang veteran ATM telah menerima Pingat Jasa Malaysia yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching.

Turut hadir ke majlis penganugerahan PJM ini adalah Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM (IJTU), Mej Jen Dato’ Ir Razali bin Abd Ghani TUDM (AKS Kejuruteraan), Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM (AKS Tadbir) serta pegawai-pegawai Kanan ATM dan JHEV.

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) KEPADA VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

pAhAng, 2 Mei 2018 - Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah diadakan di Dewan Puncak Arabella, Cameron Highland. Majlis PJM telah disempurnakan oleh Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Penerima pingat adalah seramai 128 orang Veteran ATM daripada Veteran Komando, Risik dan Rejimen Renjer Diraja serta 22 orang Balu Veteran ATM orang asli. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM, Panglima 3 Divisyen serta Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.myBULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my2 3

Page 3: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

Setiu, 22 Mac 2018 - Taklimat dan Temuduga Nelayan Laut Dalam Veteran ATM Peringkat Negeri Kelantan/Terengganu oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias dan Pegawai daripada JHEV ATM HQ telah diadakan di Sutra Beach Resort, Merang.

Kehadiran seramai 8 veteran, turut hadir Pegawai daripada Jabatan Perikanan dan wakil dari Persatuan Nelayan Kebangsaan.

ulu tiraM, 11 Feb 2018 - YM Jen Tan Sr i Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Johor bertempat di Savanna Hill Resort, Johor. Sempena majlis tersebut, Panglima Angkatan Tentera telah menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 424 Veteran ATM yang terdiri daripada PVATM Cawangan Ulu Tiram,

Pertubuhan Kebajikan Bekas Tentera Tidak Berpencen, Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM), Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Persatuan Veteran Tidak Berpencen dan termasuk dua puluh satu (21) orang Veteran ATM Kurang Upaya (VKU) serta 18 balu Veteran ATM.

Johor, 13 april 2018 - Seramai 40 peserta daripada kalangan veteran ATM dan ahli keluarga menyertai kursus Urutan Reflexology dan Gunting Rambut selama 2 hari di Kluang.

peraSMiaN peNutup KurSuS urutaN KurSuS urutaN reFleXoloGY

& GuNtiNG raMbut

PROGRAM TAKLIMAT SERTA TEMUDUGA NELAYAN

LAUT DALAM

PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)VETERAN IPOH, PERAK

VETERAN ATM PERINGKAT NEGERI KELANTAN / TERENGGANU

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.myBULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my4 5

Page 4: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

pulau piNaNG, 30 april 2018 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja Khas beliau ke Pangkalan Udara Butterworth hari ini. Dalam rangka lawatannya, beliau telah berbesar hati bagi menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada salah seorang pesara TUDM iaitu Flait Sarjan Zaidi Salleh.

Penyampaian pingat ini merupakan satu tanda penghargaan di atas tindakan pantas beliau dalam menyelamatkan seorang wanita di Jambatan Pulau Pinang tempoh hari.

Selain itu, beliau turut menerima sumbangan daripada Tabung Panglima Tentera Udara sebanyak RM 10,000, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM 2,000 berserta peluang pekerjaan, sijil pelaburan ASB-Zulu sebanyak RM 70,000 oleh Bank Muamalat dan RM 10,000 disumbang oleh AIROD Sdn Bhd.

VETERAN BERJASA

1. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasisecara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan, di mana-mana pasukan atau fomasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM).

2. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).

3. Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 January 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 January 1969 hingga 17 Oktober 1990. Permohonan juga terbuka untuk veteran yang telah meninggal dunia, di mana waris boleh membuat permohonan melalui JHEV Cawangan Negeri yang terdekat.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk Pingat Jasa Malaysia

STATISTIK PENERIMA PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

VETERAN ATM YANG LAYAK MEMOHON

DALAM DATA VIBES

VETERAN YANG TELAH DIANUGERAHKAN PJM BERAKHIR 11 FEB 2018

VETERAN YANG LAYAK DAN BELUM DIANUGERAHKAN

PJM

70,000 ORANG

23,583 ORANG

46,417 ORANG

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my6 7BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my

Page 5: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

INFO KESIHATAN8 CARA ATASI STRESS

BERSENAM7 MINIT

SENAMAN SUDAH

MENCUKUPI

TIDUR SECUKUPNYA SUPAYA TIDAK MUDAH DIPENGARUHI

DENGAN EMOSI NEGATIF

SENYUMKURANGKAN RASA SAKIT,

MENINGKATKAN MOOD, BERFIKIRAN

LUAS

BERTAKAFURFOKUS UNTUK

MENJADI LEBIH GEMBIRA

LUANGKAN MASA

BERSAMA DENGAN

KELUARGA/RAKAN

SENTIASA BERSYUKUR

MEMBUATKAN DIRI

GEMBIRA & PUAS

RANCANG PERCUTIANRANCANG

PERCUTIAN SINGKAT

BANYAKKAN BERIADAH

LUANGKAN MASA HIRUP UDARA

SEGAR

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.myBULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my8 9

Page 6: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

VETERAN BERJASA

komunis gugurdilaras senjanya

jejak pahlawantumpaskan pengkhianat

negara

semangat perwiradiwarisi

syahid dipersoalpahlawan negara

Nama Alat : 6 x 30 MILATARY PRISMATIC BINOCULARS

Diperoleh Daripada : 91 DEPOT PUSAT KOR ORDNANS

DIRAJA (DPOD), Kem Batu Kentomen

Nama Alat : Pistol Home Made PARAKUJenis : Senjata Api

Tempoh pengeluaran : -Diperoleh Daripada :

MUZIUM ATM, KEM KEMENTAH, KUALA LUMPUR

Nama Alat : Pistol Vektor SP 1.9mmJenis : Semi - automatic pistol

Tempoh pengeluaran : 1992 - SekarangDiperoleh Daripada :

91 DPG Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur

Nama Alat : Webley Mk IV 38 Short Barrel Pocket Model Revolver

Jenis : Short Barrel Revolver PistolTempoh pengeluaran : Perang Dunia Ke-2

Diperoleh Daripada : Pusat Latihan Kor Perkidmatan Diraja (PULMAT)

Taiping, Perak

Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1Diperoleh Daripada :

91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) diKem Changkat, Batu Gajah, Perak

teman setiasang pejuang

penolakanfederasi

Pembantu wira negara

demi keamananpertiwi

Nama Senjata : VICKERS 303 MACHINE GUNJenis : Medium Machine Gun

Tempoh penggunaan : 1912 - 1968Diperoleh Daripada :

MUZIUM ATM, KEM KEMENTAH, KUALA LUMPUR

Nama Senjata : PISTOL HOME MADE (PKM) 9mm

Diperoleh Daripada : MUZIUM ATM, KEM KEMENTAH,

KUALA LUMPUR

pemusnahzaman lampu

sezaman konfrontasi

hanya tinggalansejarah

KHAZANAH SILAM

“Apa sahaja bidang yang diceburi, lakukanlah yangterbaik dan bersungguh - sungguh serta teruskanberjasa kepada agama, bangsa dan negara.”

“Yes! Their deaths are not syahid! Now you tell me,what is the characteristic of martyrdom? Is therestarted that any death due to fighting among Muslims in taking power categorised as matyr?”

“saya terserempak seorang musuh yang hendak melemparkan bom tangan ke arah saya, jaraknyahanya 3 meter di depan saya. Melihatnya itu, melepaskan tembakan semburan dari senjata sayadan tepat mengenai kepalanya.”

Ketika itu, tembakan MGK dilepaskan tanpa mengendahkan tembakan balas dari musuh yang mungkin bakal meragut nyawa beliau dan pasukannya. Tembakan yang dilepaskan tepat mengenai dan telah meragut nyawa musuh di dalam Ops Indera IV.

PW 1 (B) IELIAS B. IBRAHIM PGB pw 1 (b) mohamad b. baharom pgb

ssjn (B) md ali ahmad pgb SSJN (B) OTHMAN BIN ISMAIL (PGB)

10 11BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my

Page 7: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

SEPETANG BERSAMA VETERAN KIJAL

EKSPRESI PRIHATIN DI DEWAN MARINA ISLAND

JELAJAH PERKASATANAH MERAH

DIARI JHEV (JAN - JUN) 2018 DIARI JHEV (JAN - JUN) 2018

luMut, 6 Mei 2018 – Program Ekspresi Prihatin Veteran ATM, NEGARAKU telah diadakan di Marina Hall, Resort Island, perak. Program telah bermula pada jam 8.00 malam dah dihadiri seramai 3500 orang veteran ATM Bersama keluarga, anggota ATM dan orang awam.

24 Mac 2018 - Sembrong, Johor. EKSPRESI PRIHATIN VETERAN ATM NEGARAKU. Program Ekspresi Prihatin Veteran ATM NEGARAKU 2018 peringkat Negeri Johor telah diadakan di Mini Stadium Taman Sri Lambak, Sembrong, Kluang Johor telah dihadiri seramai 1950 orang Veteran bersama ahli keluarga. Ekspresi Prihatin Veteran ATM Negaraku adalah merupakan satu rencana ataupun program yang telah dirancangkan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di samping penghargaan terhadap pengorbanan warga veteran ATM. Program ini juga, dilihat secara tidak langsung akan dapat memberi aspirasi kepada generasi muda untuk terus berjuang dan berbakti kepada tanah air yang tercinta.

Kota bharu, 7 april 2018, Program Ekspresi Prihatin Veteran ATM, NEGARAKU peringkat negeri Kelantan telah diadakan di Maktab Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan. Seramai 2,000 orang veteran ATM bersama keluarga telah hadir. Turut diadakan adalah penyampaian sumbangan dan hamper kepada veteran OKU dan balu-balu veteran ATM oleh Ketua Pengarah JHEV ATM dan Panglima 8 Briged Infantri.

SEPETANG BERSAMA VETERAN KUANTAN

SEPETANG BERSAMA PVATMNEGERI TERENGGANU

JEJAK VETERAN DI MUAR, JOHOR

KuaNtaN, pahaNG - 2 april 2018. Majlis Sepetang Veteran ATM Negeri Pahang Bersama Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Angkatan Tentera). #Perkasa Perwira. Majlis Sepetang Veteran ATM bersama YM TS PAT telah dihadiri oleh lebih kurang 150 orang veteran ATM di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Majlis telah diadakan di Seri Manja Boutique Hotel Kuantan, Pahang.Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut adalah AKS KOMLEK, Ketua Pengarah JHEV ATM, Panglima 4 Bgd dan Komander PU Kuantan serta Pengerusi-pengerusi PVATM/Persatuan di sekitar Kuantan, Pahang.

KiJal, 2 Mei 2018 – Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM telah dilaksanakan di Awana Resorts World, Kemaman, Terengganu. Majlis ini telah dihadiri oleh 200 orang veteran ATM dan balu yang berada di Kawasan sekitar. Turut disampaikan sumbangan kepada 50 orang balu dan veteran kurang upaya (VKU) dan penyampaian 2 kunci rumah Bina Baru 1MVHRP.

taNah Merah - 02 Mei 2018. Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah menghadiri Program Ramah Mesra bersama Warga 1 Rejimen Sempadan dan veteran ATM bertempat di Dewan (hanger) 1 RS, Kem Batu Melintang, Batu 11, Kelantan.Seramai 200 orang veteran ATM dan 70 orang balu vet-eran ATM serta veteran OKU turut hadir di dalam pro-gram tersebut. Turut diadakan adalah penyampaian baucar BBN kepada 16 orang veteran ATM (tidak ber-pencen), penyampaian kerusi roda kepada veteran ATM OKU dan penyampaian sumbangan kepada ba-lu-balu veteran ATM yang hadir. Penyampaian telah disempurnakan oleh YM TS PAT dan diiringi oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Panglima 2 Divisyen dan Pangli-ma 8 Bgd.

Muar, Johor - 11 april 2018. Majlis Jejak Veteran ATM di Muar, Johor turut dihadiri Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain - Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Presiden PVATM Cawangan Muar dan 120 orang Veteran ATM sekitar Bakri dan Daerah Muar. Turut diadakan lawatan ke rumah 3 orang veteran ATM yang terlibat bencana alam dan VKU sekitar kawasan Bakri diikuti penyampaian sumbangan serta cenderahati kepada veteran ATM yang terlibat.

Kuala tereNGGaNu, 21 JaNuari 2018 - Sepetang Bersama Veteran ATM Negeri Terengganu disempurnakan oleh YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan tentera , turut dihadiri oleh PTD, PMBTD, Panglima 2 Div, Ketua Pengarah JHEV ATM, Panglima 8 Bgd dan Panglima 10 Bgd Para serta semua YDP persatuan veteran negeri Terengganu dengan kehadiran seramai 280 orang veteran ATM.

EKSPRESI PRIHATIN VETERAN ATM SEMBRONG

KOTA BHARU, KELANTAN

EKSPRESI PRIHATIN VETERAN ATM

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.myBULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my12 13

Page 8: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

Kuala Kubu bharu, 12 JuN 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM T812615 Encik Harni Zainal di No 230 Kampung Gedangsa mengalami retak tulang belakang setelah terjatuh semasa kerja-kerja membaiki bumbung rumah beliau.

Shah alaM, 23 Feb 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM, Encik Md Bahar bin Abd Hamid mengidap strok saraf di alamat No 46, Jalan SP U6/8, Desa Subang Permai, Selangor

LAWATAN KE RUMAH VeteraN atMbuKit MertaJaM, 05 Mei 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan lawatan ke rumah veteran ATM, 302396 Encik Abdul Kader bin Rejab di alamat No 140 Jalan Perwira, Taman Perwira, Permatang Tinggi yang mengalami kebakaran akibat lintas pintas.

LAWATANKEBAJIKANKuala luMpur, 09 Feb 2018 - L a w a t a n k e b a j i k a n Penga ra h J H E V ATM C a w a n g a n N e g e r i Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM, Mej (B) Mohd Roselan bin Yahaya TUDM di Kediaman beliau di alamat Blok C160 -3E, PPR Sri Kelantan, Jalan Sentul Pasar. Veteran mengidap glaucoma dan kedua-dua mata buta dan beliau adalah seorang duda serta tinggal seorang diri.

14 JaN 2018 - Program Ziarah Kelab Veteran Komando Malaysia Zon Utara (KVKM) bersama Panglima 6 Briged, YBhg Brig Jen Abd Aziz Hj Ismail terhadap balu kepada Allahyarham Encik Ismail Jaffar (Ex KPA BK) yang juga merupakan Pencipta Nama Kereta PROTON SAGA. Beliau telah meninggal dunia pada 12 Jan 18 dan menziarah Encik Jasman Mohd Nali (Ex 3 Armor) yang terlantar sakit akibat kencing manis yang mana kedua-dua belah kakinya telah dipotong serta turut mengalami penyakit kulit.

JHEV KEDAH, PERLIS & PULAU PINANG JHEV SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN

LAWATAN KEBAJIKANBANTING LAWATAN KEBAJIKAN SHAH ALAM

PR0GRAM ZIARAH KELAB VETERANKOMANDO MALAYSIA ZON UTARA

LAWATAN KebAjiKAN PENGARAH JHEV ATM

baNGi, 06 Feb 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P K u a l a L u m p u r, K d r Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM, Encik Md Yaakob bin Yusof di Lot 2623/D, Jalan Rahmat Satu, Kampung Teras Jernang. Beliau mengidap penyakit jantung dan telah menjalani pembedahan jantung pada 23 Jan 2018. Keadaan semasa beliau kini stabil dan pihak JHEV ATM telah memberi penerangan berkaitan bantuan yang boleh diberikan.

BANTUAN KEBAJIKAN&MAJLIS PENYAMPAIAN

VOUCER BBNperliS, 03 JuN 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM hadir ke Majlis Penyampaian Voucer BBN kepada 21 orang veteren ATM Negeri Perlis bertempat di Dewan Kemas Alor Tampang, Berseri. Turut hadir YDP PVATM Negeri Perlis, YBhg Dato’ Hj Idrus bin Kassim.

LAWATAN KEBAJIKANKuliM, 4 JuN 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan lawatan terhadap seorang balu veteran ATM dan 6 orang veteran ATM yang menjadi mangsa banjir di Sungai Kob, Kedah.Turut Hadir bersama-sama lawatan adalah YDP PVATM Cawangan Kulim,

baNtiNG, 5 Feb 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM, Bintara Kanan, Encik Mat Azif Bin Dolah Karison di alamat Lorong Belimbing, Kampung Endah, Selangor. Veteran mengalami serangan jantung hingga menyebabkan beliau lumpuh terlantar hingga tidak boleh bangun dan berjalan.

SelaNGor, 01 Feb 18 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & K. l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid ke atas YBhg Dato’ Ali Karwi TUDM, mantan AKS Tadbir di Hospital PPUM, tingkat 12, katil 40 kerana menghidap batuk dan sesak nafas. Beliau kini dalam keadaan stabil dan lawatan turut disertai oleh Kol Ahmad bin Yusof TUDM, Pengarah Perkhidmatan & Mej Siti Fadhilah TUDM PS2 Kebajikan.

LAWATAN VETERAN DI HOSPITAL SELANGOR

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my14 15BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my

Page 9: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

MelaKa, 04 april 2018 - Lawatan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim ke rumah veteran ATM tak berpencen, Encik Arifin bin Jantan TUDM yang ditimpa bencana kebakaran di lot 524 Jalan Rejang, Kampung Bukit Senggeh Selandar yang menyebabkan keseluruhan rumah beliau terbakar.

MelaKa, 26 JaN 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim menziarahi Veteran ATM, Encik Amzah bin Hassim RGK (75 Tahun) yang terlantar sakit kanser pundi kencing tahap 4 di Batu 7 Kampung Tengah Bukit Rambai.

NeGeri SeMbilaN, 24 Mei 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim melakukan lawatan siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap veteran ATM di Negeri Sembilan iaitu (32356) Encik Tajri bin Ahmad di Kampung Serting Tengah dan (1029496) Encik Ahmad Fuazi bin Abdul Majid di Kampung Tengah Batu Kikir.

MelaKa, 19 april 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim mengiringi lawatan kebajikan AKS CSM MTU ke rumah veteran ATM, Encik 711411 Md Salleh bin Md Jim TUDM di Km 31 Jalan Melaka - Muar. Beliau telah menyewa di kediamannya semenjak bersara pada tahun 2013 dan pihak JHEV ATM telah membantu beliau untuk menerima bantuan rumah NBOS bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

peraK, 18 Mei 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam bin Abidin TLDM melaksanakan lawatan siasatan bantuan sara hidup ke atas veteran ATM, Encik Ng Peng Loon di Rumah Org Tua-Tua Anning Ipoh. Veteran kini berumur 74 tahun dan tinggal sebatang kara di rumah perlindungan.

peraK, 25 Mac 2018 - Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah JHEV ATM yang diwakili oleh Timbalan ketua Pengarah, Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain di Hotel Taiping Perdana, Taiping. Kehadiran veteran adalah seramai 230 yang terdiri daripada pelbagai persatuan yang ada di sekitar Perak.

teluK iNtaN, 04 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi menziarah veteran yang terlantar di Taman Intan Mas. Beliau mengidap masalah hati dan menjalani rawatan hemodialisis. Veteran merupakan bekas PW daripada Kor RAMD dan memerlukan bantuan peralatan pesakit.

JHEV NEGERI SEMBILAN & MELAKA JHEV PERAK

LAWATAN SIASATAN BANTUAN SARA HIDUP

LAWATAN KEBAJIKAN MELAKA

LAWATAN RUMAH TERBAKAR

LAWATAN KEBAJIKANAKS CSM MTU

LAWATAN KEBAJIKAN

MESYUARAT AGUNG DAN REUNION PERSATUAN BEKAS BATALION KE INFANTRI 304

LAWATAN SIASATAN BANTUAN SARA HIDUP

LAWATAN KEBAJIKAN TELUK INTAN

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KETUA PENGARAH

JHEV ATM

peraK, 17 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi turut menghadiri Mesyuarat Agung dan Reunion P. Bekas Bn Inf 304 di Matang, Taiping. Taklimat dan peranan mengenai JHEV ATM turut disampaikan sempena majlis tersebut.

NeGeri SeMbilaN, 10 april 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim membuat lawatan ke rumah balu veteran ATM iaitu Puan Rafeah bt Mohamed sharif di Felda Bukit Rokan Utara yang ditimpa musibah kebakaran dan musnah sepenuhnya. Turut hadir melawat adalah AJK PVATM cawangan berhampiran.

BANTUANKERUSI RODANeGeri SeMbilaN, 01 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka - Lt Kol Azmizar bin Karim menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada Veteran ATM, Encik Norizan bin Nordin KPD di alamat no. 344 Jln TB 2/5 taman Bahau, Bahau. Beliau mengalami sakit kanser prostat sehingga menyebabkan kaki beliau sukar untuk bergerak.

peraK, 08 april 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi hadir ke Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih NBOS 7 2017 di Parit Hj Taib, Bagan Serai.

Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih NBOS 7

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.myBULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my16 17

Page 10: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

pahaNG, 03 april 2018 - Lawatan Bencana Kebakaran Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM ke rumah veteran ATM yang terbakar, Encik Mohd Isa bin Ibrahim di No. 11 RTP, Kampung Lebu, Bentong. Turut mengiringi Ketua Cawangan PVATM Bentong, Encik Manaf dan Pengerusi Tetap PVATM Negeri Pahang.

pahaNG, 12 Mac 18 - Lawatan Kebajikan dan Sara Hidup oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu bersama wakil PVATM Temerloh. Lawatan telah diadakan di sekitar Bera dan Temerloh ke atas Veteran ATM dan balu seperti berikut:

caMeroN hiNGlaNd, 22 Feb 18 - Lawatan Sara Hidup oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM terhadap Veteran ATM, Orang Asli, Encik Alias bin Busu di Kampung Panggan, Boh Estate, Pahang.

PAMERAN & KAUNTER BERGERAK JHEV ATM CAWANGAN NEGERI PAHANG

peNGKalaN chepa, 15 Mac 18. - Lawatan Kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias bersama Squad Sayang Pengkalan Chepa terhadap Veteran ATM dan balu yang mengidap penyakit kronik di kawasan sekitar Pengkalan Chepa. Antara veteran dan balu yang dilawat adalah seperti berikut;

1. Puan Zawiah binti Othman - Beliau merupakan seorang balu yang mengidap penyakit kencing manis yang kronik dan kaki sebelah kanan telah dipotong di Kampung Tanjung Mas.

2. Encik Mere bin Harun - Beliau mengidap penyakit buah pinggang yang kronik dan beralamat di Kampung Pauh Badang.

3. Encik Mat Hussin bin Yaacob - Beliau mengidap penyakit kencing manis yang kronik dan kaki sebelah kanan beliau telah dipotong dan beralamat di Kampung Kemumin.

4. Encik Mohamed bin Yusuf - Beliau mengidap penyakit stroke dan beralamat di Kampung Tebing Tinggi.

Turut hadir YDP Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Kelantan dan AJK.

KelaNtaN, 24 JaN 18 - Lawatan siasatan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu & Kelantan, Mej Muhd Aman Shah bin Alias terhadap kejadian bencana alam iaitu tanah mendap yang mengakibatkan dinding bahagian dapur roboh di rumah Veteran ATM Encik Azman bin Awang Nohdi Kampung Pauh 9, Bachok Kelantan.

tuMpat, 06 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias lawatan siasatan kejadian bencana alam di rumah Veteran ATM, Encik Mamat bin Ali yang berusia 64 tahun di Kampung Pulau Tongkang, Kelantan. Turut hadir YDP Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Kelantan dan AJK PVATM Cawangan Tumpat.

KelaNtaN, 01 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias menerima kunjungan YDP dan AJK Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Cawangan Kelantan ke Pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri bagi mengetahui maklumat mengenai skim bantuan kebajikan yang disediakan oleh pihak JHEV ATM serta merancang aktiviti bersama.

JHEV PAHANG JHEV KELANTAN & TERENGGANU

LAWATAN BENCANA KEBAKARAN PENGARAH

JHEV ATM PAHANG

laWaTan KeBajiKan DaN SaRa hiDuP

LAWATAN KEBAJIKAN PENOLONG PENGARAH JHEV ATM

CAWANGAN NEGERI PAHANG

LAWATAN SARA HIDUP

laWaTan siasaTan Kejadian Bencana alaM

LAWATAN SIASATAN BENCANA ALAM

KUNJUNGAN YDP DAN AJK KELAB VETERAN

KOMANDO MALAYSIA (KVKM) CAWANGAN KELANTAN

1. Khalthum @ Som bt Md Said - Balu (T 66301)2. Abd Majid bin Abd Rani (T212033)3. Jenab bt Mat Aris - Balu (T18107582)4. Norbaini bt Ahmad - Balu (T650610)5. Ramlah bt Arshad - Balu (T735315)6. Nariah bt Hasim - Balu (T213310)7. Romli bin Jaafar (T18192467)8. Kamariah bt Bakar - Balu (T140983)9. Mat Taib bin Mat Piah (T87849)10. Mohamad Zain bin Din (T303228)11. Mohd Daud bin Hasan ( T147082)

pahaNG, 21 Mei 2018 - Lawatan kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu bersama ketua cawangan PVATM Bera ke rumah veteran ATM, Encik Salehudin bin Uyof (1023002) di Kampung Mengkarak, Bera. Beliau mengidap sakit stroke di sebelah kiri badan selama hampir 5 bulan.

pahaNG, 28 april 2018 - Pameran & Kaunter Bergerak JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang sempena Hari Armada bertempat di Markas Wilayah Laut 1, TLDM Tanjung Gelang, Kuantan. Pameran diadakan selama dua hari iaitu bermula pada 28-29 April 2018.

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.myBULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my18 19

Page 11: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

Kg Sri Tambak, Sembrong, 09 Mac 2018 - Program tahlil dan sesi dialog YBhg Dato’ Ketua Pengarah JHEV ATM bersama AJK Persatuan Veteran ATM di Rumah Puan Siti Zaharah binti Mohamad. Turut diadakan lawatan kebajikan dan penyerahan kerusi roda kepada veteran seperti berikut;

1) Encik Marlizam bin Ramli.2) Encik Mat Aril bin Ahmad 3) Penyerahan kerusi roda kepada isteri PWII, Encik Mohd Jalil bin Abu Amin.

Kluang, 24 Mac 2018 - Lawatan kebajikan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Bin Abdullah bersama Panglima 7 Bgd dan rombongan ke rumah Veteran ATM, Encik Zainoh bin Ebar di no 239, jalan yakin 10, Taman Sri Lambak Johor.

Masai, 23 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut menghadiri Projek Promosi ATM anjuran PERIM Cawangan Johor di SJK(T) Johor.

Pagoh, 17 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Pagoh dan menziarah Veteran ATM iaitu Hj Saim bin Sarijan yang berusia 80 tahun dan isteri Puan Noriah binti Yahi yang mengalami patah tangan semasa menoreh di kebun di Felda Sri Jaya, Johor.,Veteran merupakan bekas anggota tentera british yang tidak berpencen. Pihak JHEV ATM akan menguruskan berkenaan BSH dan Kad veteran kepada beliau serta turut disampaikan sumbangan barangan keperluan dapur daripada pihak Yayasan.

JHEV JOHOR JHEV SABAH

proJeK proMoSi atM ANJURAN PERIM

proGraM tahlil daN SeSi dialoG YbhG dato’ Ketua

peNGarah JheV atM

laWataN KebaJiKaN Ketua peNGarah JheV atM

baNtuaN peralataN peSaKit

Sabah, 14 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris turut hadir ke majlis pengkebumian anak Veteran ATM Selangor yang meninggal di Sabah.Pihak JHEV ATM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Panglima 5 Bgd, ketua staf dan semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam urusan pengebumian.

Sabah, 27 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris turut hadir ke majlis perasmian kampus satelite PERHEBAT di UMS oleh ketua menteri sabah dan turut membuka kaunter bergerak JHEV ATM.

Sabah, 30 Mac 2018 - Sesi dialog dan penyerahan kad veteran ATM kepada 5 orang veteran dan balu oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris sempena Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Kemabong.Turut hadir YDP PVATM Sabah dan pengurus PERHEBAT Sabah.

Sabah, 07 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris melakukan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap Veteran ATM di daerah Tenom dan Kemabong seperti berikut:

1. Gabut bin Dimpat di Kg. Pamilaan.2. Francis L Sigat di Kg. Amboi.3. Bangkilat bin Kibo di Kg. Kuala Tomani.4. Sani bin Salutan di Kg. Subiang Ulu.

Turut hadir Ketua Cawangan PVATM Tenom, Encik Awang Damit bin Aspar dan Setiausaha PVATM Kemabong, En. Lokiam Gambir.

Sabah, 17 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris turut hadir ke Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Papar yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Sabah, 25 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej. Nor Azimi bin Idris menghadiri Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Beaufort dan Sesi Dialog bersama veteran ATM. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Datuk Kamarlin dan turut dihadiri oleh YDP PVATM Sabah.

MENZIARAHI UPACARAPENGEBUMIAN VETERAN

MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG

PEMBUKAAN KaUnTer

BerGeraK

MESYUARAT AGUNG PVATM DI negerI SABAH

laWaTan KeBajiKan Oleh PenGarah jheV aTM

caWanGan neGeri saBah

LAWATAN BANTUAN SARA HIDUP

MERASMIKAN MESYUARAT VETERAN

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my20 21BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my

Page 12: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,

buKit beruNtuNG, 05 JuN 2018 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Khir bin Abdullah telah merasmikan Majlis Sumbangan Perayaan Aidilfitri 2018 Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Bukit Sentosa. Seramai 36 orang telah menerima sumbangan termasuk 5 orang veteran ATM.

batu caVeS, 6 JuN 2018 - Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan Sumbangan Perayaan kepada Pesakit Dialisis di Pusat Dialisis Yayasan Veteran D’Vet yang terletak di Bukit Sentosa, Batu Cave and Seri Kembangan . Seramai 29 orang pesakit telah menerima sumbangan termasuk veteran ATM dan orang awam.

JHEV SARAWAK

LAWATAN VETERAN ATMDI NEGERI SARAWAK

PEMBUKAAN KAUNTER CAWANGAN MAMBONG

MERASMIKAN MESYUARAT SERATOK

SaraWaK, 25 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit menghadiri Jemputan PVATM Cawangan Mambong dalam Upacara Pembukaan Rasmi Pusat Khidmat oleh YB Dr Jerip . Pusat Khidmat dibina di kawasan rumah NBOS Veteran ATM, Encik Lim dan juga dijadikan Gerai Makanan untuk Veteran & Orang Awam dan boleh mengadu masalah untuk di bawa kepada YB kawasan.

SaraWaK, 03 Mac 18 - Penolong P e n g a r a h J H E V AT M Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim menghadiri mesyuarat AGM PVATM Cawangan Saratok.

SaraWaK, 01 Mac 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit turut hadir ke Sambutan HUT TD ke 85 yang turut dihadiri oleh Veteran ATM daripada pelbagai persatuan di Sarawak.

SaraWaK, 07 april 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit hadir ke Program Jalinan Mesra Veteran Armor Sarawak & Sri Kandi Bersama Penduduk Kampung Terbat Leban dan Terbat Mawang. Mjalis telah diadakan di Dewan KPG Terbat Leban.

KuchiNG, 14 april 2018 - Sekitar Program Ekpresi Prihatin Veteran ATM yang diadakan di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Sarawak.

SaraWaK, 21 Mei 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melawat veteran ATM, (370376) Encik Abdul Haddy bin Abdul Rahman di Kuching yang sedang sakit.

REUNION PVATM NEGERI SARAWAK

EKSPRESI PRIHATIN VETERAN ATM

Pihak JHEV ATM turut membuka kaunter dan menyampaikan taklimat mengenai peranan JHEV ATM serta menyerah dua (2) Kunci Rumah NBOS & Kad Veteran kepada veteran yang terpilih.

SUMBANGAN PERAYAAN KEPADA PESAKIT DIALISIS DI PUSAT DIALISIS YAYASAN VETERAN D‘VET

SAMBUTAN HUT TD KE - 85

BULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.myBULETIN VETERAN ATM | BIL. 1 EDISI 2018 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my22 23

Page 13: MAJLIS PENGANUGERAHAN - jhev.gov.my · Taiping, Perak Nama Alat : SUBMACHINE GUN Cal.45 M3 A1 Diperoleh Daripada : 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPD) di Kem Changkat, Batu Gajah,