universiti teknologi malaysia fileatas segala sokongan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bagi....

29
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN KIMIA TINGKATAN LIMA RAMESH KUMAR A/L MUNIANDY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhnguyet

Post on 30-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN KIMIA TINGKATAN LIMA

RAMESH KUMAR A/L MUNIANDY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ l9:16 {Pind. l/O7)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

NAMA : RAMESII KI'MARA/L MT'NIANDYTARIKH LAIIIR : 30 APRIL 1986TAJI.TK :PEMBAITIGI,INAITI WEB FORTAL BERASASKAN M(X)DIJ

BBRTA.'{'K PENGOKSIDAAN I'AI\[ PEhIURUNANIKIMIA TINGKATAI\I LIMA.

SESI AKAIIEMIK: 2{m8/2009

Saya menyatakan bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai :

tltfE

TER}IAD

(Mengandung maklumat yang berdsrjdt keselarnatan ataukepentingnn N,Ialaysia seprti yang tsnaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972 )

(Mengandungi maklumat TERIIAD yang teldl dit€ntukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

TIDAKTERHAD

Saya jup menyatakan bahawg Universiti Teknologi Malaysia berhak ke atas :

l. Tesis adalah hakmilikUniveniti Teknologi Malaysia.2.J.

Perpustalraan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan m€mbuat salinan unfrrkPe$rstaksan dib€na*an membuat salinan rcsis ini sebegai bahan

penseiian sahqia.institusi psnCajian

tinggi.

4.^*'@36oq3o -\+q- 6\03(NO.KAD PENCENALAN)

Tsrikh , i"t l$ lr0 01

CATATAN * Potong yang tidak berkenaani* Jika te$is ini SULIT atau TERIIAD, sila lampirkan surat daripada pihak

b€rtuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebsb dantsnpoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

r Tesis dimaksudksn sebegai tesis bogi Ijazsh Dol$c Falsofah dan Sarjana secarapenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikaraatau Laporan Pmjek Sarjana Muda (PSM)

,/fr2, rt- ,t^-IPENYELIA)/

Dr^l JarurD

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )”

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID

Tarikh : 27/4/2009

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN KIMIA TINGKATAN

LIMA

RAMESH KUMAR A/L MUNIANDY

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ............................................

Nama Penulis : RAMESH KUMAR A/L MUNIANDY

Tarikh : 27/4/2009

iii

Buat kedua ibu bapa yang tersayang Encik Muniandy a/l Koridan

Puan Manjit Kaur a/p Charan Singh

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Tuan Haji

Muslim bin Jonid atas segala bimbingan dan nasihat sepanjang perjalanan Projek

Sarjana Muda. Berkat ilmu yang disalurkan kepada saya, dapat dibangunkan satu

hasil yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

atas segala sokongan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bagi. Segala pertolongan

mereka saya amat hargai.

Tidak dilupakan semua dorongan dan nasihat daripada ibu bapa, serta guru-

guru yang turut membantu dalam penyiapan projek ini. Jasa baik mereka tidak akan

dilupakan.

v

ABSTRAK

Perkembangan dalam sektor pendidikan masa kini lebih menjurus kepada

penggunaan teknologi serta penggunaan Internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Namun demikian, terdapat kelemahan dari segi aplikasi penggunaan

Internet dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, pembangunan web portal

berasaskan Moodle dalam tajuk Pengoksidaan dan Penurunan dibangunkan untuk

mengaplikasikan kemudahan yang disediakan dalam Internet untuk pelajar-pelajar

dan juga guru. Bahan pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan Powerpoint

disertakan dengan menggabungkan pelbagai elemen multimedia untuk memastikan

pengajaran yang berkesan dapat dicapai. Diharapkan dengan wujudnya web portal ini

dapat memberi inspirasi baru kepada golongan pendidik untuk tidak bergantung

sepenuhnya kepada buku teks semata-mata dan mengaplikasikan semua kemudahan

teknologi yang wujud demi kebaikan pelajar.

vi

ABSTRACT The development of the education field nowadays is moving towards the

usage technology especially the use of Internet in the process of teaching and

learning. However, there are still many weaknesses in the proper application of the

Internet in the teaching and learning process. Therefore, the development of the web

portal in the chapter of Oxidation and Reduction using Moodle will be able to apply

Internet for teachers and students. The teaching and learning material used is in the

form of Powerpoint with combinations of a wide range of multimedia elements in

order to achieve the learning outcome. It is hoped with the development of this web

portal, educators will not rely on text book teaching and begin to apply all the

technological facilities available for the benefit of the students

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

viii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6

1.6 Kepentingan Projek 7

1.7 Skop Projek 7

1.7.1 Bahan pembelajaran 7

yang meliputi subtajuk

Oxidation and Reduction

1.7.2 Kuiz 8

1.7.3 Forum 8

1.7.4 Tugasan 8

1.7.5 Penilaian 8

1.7.6 Link 9

1.7.7 Sesi Rehat Sebentar 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 E-pembelajaran (E-learning) 9

1.8.2 Moodle 9

1.8.3 Pengajaran Berbantukan 10

Komputer (PBK)

1.8.4 Pembelajaran Dalam 11

Talian (Online Learning)

1.8.5 Penbelajaran Konstruktif 10

1.8.6 Learning Management 11

System (LMS)

1.9 Kesimpulan 12

ix

BAB II SOROTAN PENULISAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Multimedia 13

2.3 Pengajaran Berbantukan 14

Komputer (PBK)

2.4 E-pembelajaran 15

2.5 Penggunaan Internet dalam 17

E-pembelajaran

2.6 Kelebihan E-pembelajaran 18

2.6.1 Kelebihan Menggunakan 18

Penilaian Melalui Kuiz

2.6.2 Kelebihan Menggunakan Forum 20

2.6.3 Kelebihan Memberi Tugasan 21

2.6.4 Kelebihan Penggunaan Link 21

2.6.5 Kelebihan Penggunaan Sesi 21

Rehat Sebentar

2.6.6 Kelebihan Penggunaan Chat 22

2.6.7 Kelebihan Sumber Pembelajaran 22

Berbentuk PowerPoint

2.7 Pengurusan E-pembelajaran 23

2.8 Teori Pembelajaran Dalam E-Pembelajaran 24

2.9 Moodle 25

2.9.1Ciri-ciri Moodle 25

2.9.1.1 Modul Tugasan 25

2.9.1.2 Modul Bual 25

2.9.1.3 Modul Pilihan 26

2.9.1.4 Modul Forum 26

2.9.1.5 Modul Glosari 26

2.9.1.6 Modul Pengajaran 26

2.9.1.7 Modul Kuiz 27

2.9.1.8 Modul Sumber 27

2.9.1.9 Modul Kajian 27

2.9.1.10 Modul Wiki 27

x

2.9.1.11 Modul Bengkel 28

2.9.2 Kelebihan Moodle 28

2.10 Masalah Pemahaman Konsep Dalam 30

Kimia

Tajuk Pengoksidaan dan Penurunan

2.11 Konsep E-buku 31

2.12 Model Pembangunan Perisian dalam 31

Membangunkan PowerPoint

2.13 Penutup 32

BAB III METODOLOGI PENGURUSAN PROJEK 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Model Pembangunan 33

3.2.1 Fasa Analisis Ciri-ciri Pelajar 34

3.2.2 Fasa Menyatakan Objektif 35

3.2.3 Fasa Memilih Kaedah, Media 36

dan Bahan

3.2.3.1 Klasifikasi Komputer 37

3.2.3.2 Format Spesifikasi Isi 37

Kandungan

3.2.3.3 Pemilihan Perisian 36

Pembangunan

3.2.3.4 Kelebihan Menggunakan 37

Perisian Microsoft

Powerpoint

Sebagai Perisian Utama

3.2.3.4 Fungsi-fungsi Perisian 37

Tambahan yang Digunakan

3.2.3.6 Pemilihan Perisian 40

Pembangunan

3.2.4 Fasa Menggunakan Media dan Bahan 41

xi

3.2.4.1 Pemilihan Perkakasan untuk 41

Menggunakan Bahan

3.2.4 Fasa Penyertaan Pelajar 42

3.2.4 Fasa Menilai dan Mengulangkaji 42

3.3 Penutup 43

BAB IV HASIL PEMBANGUNAN 44

4.1 Pengenalan 44

4.2 Web portal 44

4.3 Bahan bantu pengajaran untuk guru dan 47

bahan sokongan pembelajaran pelajar

4.3.1 Nota Pengajaran dan Pembelajaran 47

4.3.2 Simulasi eksperimen 49

4.3.3 Permainan 50

4.3.4 Forum 51

4.3.5 Kuiz 52

4.3.5 Sudut Kreatif 54

4.3.6 Rumusan Pembelajaran 55

4.4 Aplikasi Teori Pembelajaran Konstruktivis 56

Sosial

dalam pembinaan web portal

4.3.1 Interface web portal 56

4.3.2 Nota pengajaran 57

4.4.3 Forum perbincangan 58

4.5 Penutup 59

xii

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 60

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan projek 60

5.3 Kekangan yang dihadapi semasa 61

Pembangunan

Web Portal dan Bahan Bantu Mengajar

(PowerPoint)

5.4 Kekuatan dan Kelemahan Web Portal dan 62

Bahan Bantu Mengajar (PowerPoint)

5.5 Cadangan 64

5.6 Kesimpulan 64

5.7 Penutup 65

RUJUKAN 66

LAMPIRAN A-C 72

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori Proje 11

4.1 URL web portal 44

4.2 Laluan untuk bahagian kimia 45

4.3 Laluan untuk tajuk Pengoksidaan 45

dan Penurunan

4.4 Halaman log in pengguna 45

4.4 Halaman daftar kata laluan pengguna 46

4.5 Halaman utama web portal 46

4.6.a Nota Definisi 48

4.6.b Nota Persamaan Separuh 48

4.6.c Nota nombor pengoksidaan 48

4.6d Contoh respon kepada jawapan betul 49

4.6d Contoh respon kepada jawapan salah 49

4.7.a Simulasi Eksperimen 1 50

4.7.a Simulasi Eksperimen 2 50

4.8 Permainan Teka Silang Kata 51

4.9 Forum perbincangan 52

4.10 a Quiz 52

4.10b Respons Kepada Jawapan Salah 53

4.10c Respons Kepada Jawapan Betul 54

4.11 Sudut kreatif 54

4.11a Susunan radas sudut kreatif 54

4.12 Peta Minda 55

4.13 Teori Pembelajaran Konstruktivis 56

Sosial pada web portal

xiv

4.14 Teori Pembelajaran Konstruktivis 57

Sosial pada nota pembelajaran A

4.15 Teori Pembelajaran Konstruktivis 57

Sosial pada nota pembelajaran B

4.16 Bilik perbincangan nota 58

pembelajaran

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai format spesifikasi mengikut 36

isi kandungan

xvi

SENARAI SINGKATAN

ICT Information and Communication Technology

LMS Learning Management System

MOODLE Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment

WWW World Wide Web

PBK Pengajaran Berbantukan Komputer

1

 

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Internet merupakan satu kemudahan yang tidak asing lagi dalam masyarakat

kita. Penggunaan Internet dalam komunikasi dan penyampaian maklumat sedang

berkembang pada tahap yang sangat cepat. Seseorang itu dianggap ketinggalan jika

tidak peka dengan pembaharuan dan perkembangan Internet. Namun begitu, ramai

yang tidak mengetahui apakah itu sebenarnya Internet.

Menurut Fallon (2001), Internet ialah rangkaian global dan merupakan

medium komunikasi serata dunia yang mencabar tahap dan norma masyarakat.

Menurutnya lagi, seperti mana surat khabar menjadi pemacu zaman Rennaisance,

Internet memainkan peranan yang sama pada zaman ini. Kegunaan Internet

termasuklah penggunaan e-mel, muat turun, borak, mendapatkan sumber seperti

bahan grafik dan perisian dan macam-macam lagi (Iskandar dan Zaitun, 2006).

Segala kemudahan ini wujud dengan tujuan merapatkan jurang sesama manusia,

tanpa mengira jarak dan masa.

Namun demikian, aplikasi penggunaan Internet masih di tahap rendah kerana

belum lagi diterokai sepenuhnya. Teknologi Internet yang tiada batasan masih lagi

digunakan secara ringan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya,

dengan kemudahan Internet, segala mampu dilaksanakan dengan hanya menekan

pada tetikus sahaja.

2

 

Di peringkat pendidikan, Internet menawarkan sumber maklumat yang baru,

menarik dan mencabar. Internet membuka pintu kepada pendidikan pelbagai budaya,

mewujudkan pengalaman pembelajaran dunia sebenar, melahirkan pemikiran pada

aras yang lebih tinggi dan meningkatkan motivasi pembelajaran. (Barron, 1996).

Internet bukan sahaja satu alat komunikasi semata-mata, tetapi merupakan medium

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seorang pendidik dapat menggunakan

kelebihan Internet untuk menjalankan pengajaran yang berkesan. Menurut Barron

(1996) lagi, guru dapat akses kepada kajian pendidikan, sumber kurikulum,

rancangan pengajaran, pakar-pakar dalam talian, pusat perbincangan dan juga forum

guru-guru. Dengan semua kemudahan ini, seorang guru tidak akan ketandusan idea

dalam melaksanakan pengajaran yang baru yang mampu menarik minat pelajar.

Perkembangan pembelajaran dalam talian (online learning) sedang bergerak

pada kadar yang sangat laju. (Haomin dan Deborah, 2006). Kita dapat perhatikan

sendiri dimana kebanyakan buku teks yang disediakan untuk kurikulum sains

disertakan dengan CD-Rom serta link ke laman-laman web di Internet. Penggunaan

bahan multimedia dan kemudahan Internet dapat menarik minat pelajar dalam

mempelajari subjek sains. Menurut Iskandar dan Zaitun (2006), terdapat banyak

maklumat yang dapat diperoleh dari Internet seperti portal pendidikan, ensiklopedia,

kamus interaktif, dan macam-macam lagi.

Portal pendidikan ialah sejenis aplikasi dalam Internet. Lebih dikenali sebagai

e-pembelajaran, portal pendidikan telah diwujudkan bagi membantu pelajar, guru

dan juga ibu bapa. Fokus utama adalah pada pembelajaran dan pemahaman pelajar.

Schuitz dan Fogarty (2002) menyatakan bahawa pemilihan kaedah dan strategi yang

sesuai dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran adalah mengutamakan

pelajar, yang merupakan agenda sebenar pembangunan portal pendidikan. Dengan

pelajar sebagai pengguna utama, pembangunan web portal bertujuan khususnya

untuk membantu pelajar terutamanya dalam pemahaman konsep dan memperbaiki

miskonsepsi yang dihadapi.

3

 

1.2 Latar Belakang Masalah “Traditional schools have some disadvantages: student’s attention is not well

focused; going to classes is sometimes viewed as an obligation and not as a

pleasure; teachers and students must all meet in a common place, so that

knowledge can be transmitted.”

Miguel et al. (2006) Kebanyakan strategi pengajaran dan pembelajaran sering kali dikaitkan

dengan hanya penyampaian guru dalam kelas dan tahap kefahaman pelajar.

Berbanding dengan kaedah tradisional seperti penggunaan papan hitam, kertas

mahjong dan OHP, penggunaan ICT dapat menjadikan pengajaran dilaksanakan

dengan lebih berkesan. Dari kajian Laurince dan Helen (2003), guru lebih mudah

mencapai objektif pengajaran dalam pengajaran sains dengan penggunaan ICT.

Penggunaan ICT termasuk penggunaan komputer dan Internet dalam pengajaran.

Menurut Jaya Kumar (2008):

“Di dalam kelas 'tradisional', guru dianggap sebagai pendeta di atas

pentas. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk

menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang

perancangan pada kebiasaannya adalah berpusatkan guru.”

Pendidikan berpusatkan guru adalah kaedah yang sudah lama diamalkan di

sekolah. Guru dikatakan menggunakan pengetahuan dia sendiri untuk menyampaikan

ilmu dan pelajar Cuma menerima ilmu tersebut tanpa sebarang persoalan. Dengan

cabaran pendidikan masa kini, guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar bagi

memastikan pelajar akan dapat manfaat sepenuhnya dalam sesi pengajaran yang

dijalankan. Menurut Serim dan Koch (1996), pendidikan berpusatkan pelajar

membolehkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.

Penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dapat memberi rangsangan

kepada pelajar. Alsafgoff (1986) menyatakan media dapat membuat pengajaran lebih

tersusun dan memperkayakan pengalaman dan memberi pengajaran yang lebih

bersifat individu. Pembelajaran ini adalah lebih seronok dan dapat menarik minat

pelajar.

4

 

Penggunaan CD-Rom tertakluk kepada perisian yang dibangunkan.

Walaupun terdapat peningkatan dalam penghasilan CD-Rom, perubahan sukar

dilakukan sekiranya ingin memperbaiki kursus yang ingin disampaikan. Masalah

juga wujud semasa mengedarkan bahan tersebut kepada semua pelajar. Menurut

Junaidah dan Rasyidah (2006), salah satu masalah yang dihadapi oleh pembangunan

perisian ialah perisian tersebut kebiasaannya dibangunkan untuk tujuan komersial.

Bayaran yang tinggi diperlukan untuk menjadi ahli untuk mendapatkan maklumat

dan ilmu dan ini membebankan pelajar. Jarang sekali guru sekolah itu sendiri

membangunkan perisian dia sendiri. Sebaliknya, guru sekolah hanya menjadi

penasihat dan dirujuk oleh pembangun perisian tersebut. Jawapan untuk mengatasi

masalah ini telah lama wujud, Internet. Dengan penggunaan Internet dengan

berkesan, setiap guru dapat menggunakan kemudahan yang sama seperti CD-Rom

tanpa sebarang kos. Penggunaan CD-Rom terdapat beberapa kelebihan, iaitu tidak

memerlukan talian Internet, kelajuan penyampaian yang tinggi dan kebolehan

menyelitkan video berkualiti tinggi. (Simon Neill,TNA Ltd). Walau bagaimanapun,

isu utama yang dipertimbangkan ialah kos dan fleksibiliti untuk dibangunkan. Ini

memberi peluang kepada e-pembelajaran untuk menjadi pilihan beberapa pihak

untuk dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Namun demikian, tanpa pengurusan, Internet merupakan satu sumber

maklumat yang terlalu besar. Pickersgill (2003) memberi contoh, dimana daripada

menyuruh pelajar menggunakan Internet mencari maklumat mengenai fotosintesis,

adalah lebih baik pelajar itu merujuk buku teks. Ini menjimatkan masa guru dan juga

pelajar. Oleh yang demikian, satu sistem pengurusan mesti diwujudkan untuk pelajar

menggunakan Internet dengan bimbingan yang betul. Ini membawa kepada sistem

pengurusan yang dinamakan Learning Management System atau juga dikenali

sebagai Course Management System. Learning Management System (LMS)

merupakan satu jenis kategori perisian yang menggunakan Internet sebagai medium.

Contoh-contoh LMS ialah Moodle, Blackboard dan WebCT. Dengan penggunaan

LMS, kemudahan-kemudahan yang disediakan dalam Internet dapat diurus dengan

baik untuk manfaat guru dan pelajar.

5

 

1.3 Pernyataan Masalah Tajuk Pengoksidaan dan Penurunan dalam rangka mata pelajaran Kimia

Tingkatan 5 memerlukan tajuk yang memerlukan pemahaman yang tinggi. Masalah

sering dikaitkan dengan memahami konsep asas dalam tindak balas redoks. Cara

yang umum dalam menyampaikan tajuk ini ialah penggunaan buku teks dan latih

tubi. Menurut kajian De Jong et al. (1995), dua masalah utama guru dalam tajuk ini

ialah guru gagal menerangkan konsep nombor pengoksidaan dengan jelas dan guru

sering kali memberi penerangan yang tidak diperlukan dalam menerangkan konsep

perpindahan elektron. Konsep baru yang diperkenalkan jarang sekali digunakan oleh

pelajar. Konsep yang baru ini pula tidak diterangkan dengan jelas oleh guru. Menurut

De Jong et al. (1995) lagi, guru kurang menerangkan aplikasi tindak balas

pengoksidaan dan penurunan dalam kehidupan seharian kita.

1.4 Objektif Projek

Membangunkan web portal berasaskan Moodle Tajuk Pengoksidaan dan

Penurunan Tingkatan Lima menggunakan platform Powerpoint berserta

perisian-perisian lain dengan menggabungkan pelbagai elemen multimedia.

6

 

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk Tindak balas pengoksidaan dan penurunan melibatkan perpindahan elektron.

Perubahan nombor pengoksidaan merupakan satu konsep yang baru bagi pelajar.

Oleh kerana adalah mustahil bagi pelajar melihat sendiri pergerakan elektron dalam

tindak balas, penggunaan bahan media dapat membantu meningkatkan kefahaman

pelajar. Ramli Hitam (1995) menyatakan bahawa penggunaan grafik melalui

komputer dapat menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang konsep-konsep dalam

tindak balas.

Puan Tan Mei Yoon, seorang guru mata pelajaran Kimia berpendapat tajuk

ini sesuai untuk diajar menggunakan perisian. Menurutnya lagi, penggunaan grafik

komputer dapat menunjukkan pergerakan elektron dan tindak balas pengoksidaan

dan penurunan dapat ditunjukkan dengan jelas melalui animasi.

Tajuk Pengoksidaan dan Penurunan dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan

Lima merupakan satu tajuk penting dalam pembelajaran kimia. Penggunaan nombor

pengoksidaan dan penurunan dapat digunakan oleh pelajar yang melanjutkan

pelajaran dalam bidang kimia kerana aplikasinya amat luas. Jika pelajar tidak

memahami konsep asas kimia ini, pelajar akan mengalami masalah dalam

pembelajaran kimia pada masa hadapan. Menurut Encik Jota Magain, seorang guru

kimia yang berpengalaman, pelajar akan sukar memahami konsep-konsep baru

dalam kimia jika guru mengajar dengan hanya merujuk kepada buku teks. Guru perlu

mempelbagaikan kaedah penyampaian. Terutamanya tajuk-tajuk yang melibatkan

elektron dimana pelajar tidak dapat melihat sendiri elektron tersebut. Dengan adanya

perisian yang sesuai, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas tentang pergerakan

elektron dalam tindak balas kimia.

7

 

1.6 Kepentingan Projek Penggunaan Internet dengan cara yang lebih sistematik adalah penting bagi

menjamin penggunaannya yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pembangunan web portal berasaskan Moodle dapat mewujudkan satu sistem

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan aplikasi Internet. Dengan

pengurusan yang teratur, objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah. Pengguna

boleh melibatkan guru, pelajar dan juga ibu bapa, dimana guru mendapat bahan

pengajaran, pelajar mendapat bahan pembelajaran dan ibu bapa dapat mengawasi

aktiviti pembelajaran yang sedang berlaku.

1.7 Skop Projek 1.7.1 Bahan pembelajaran yang meliputi subtajuk Oxidation and Reduction

(a) Definition

(b) Half Equation

(c) Oxidation Number

1.7.2 Kuiz

Kuiz akan disediakan untuk menguji kefahaman pelajar di setiap hujung

tajuk. Pelajar akan dapat mengukuhkan kefahaman dan mempertingkatkan ingatan.

Guru pula dapat mengkaji kelemahan pelajar dan mengenal pasti miskonsepsi pelajar

dan memperbaiki masalah tersebut sebelum meneruskan pada topik seterusnya. Kuiz

yang disediakan adalah berbentuk soalan pelbagai pilihan.

8

 

1.7.3 Forum

Forum disediakan sebagai tempat perbincangan guru dan juga pelajar-pelajar.

Guru dapat memberi masalah dan pelajar-pelajar berbincang melalui ruang forum

yang disediakan. Guru dapat mengawasi aktiviti pelajar dan pelajar dapat

menyimpan rekod perbincangan kerana semua aktiviti perbincangan dapat dirujuk

kembali.

1.7.4 Tugasan

Tugasan dapat disampaikan melalui web portal yang disediakan. Guru akan

memberi soalan untuk pelajar dan pelajar dapat berbincang dalam forum dan

menggunakan sumber yang disediakan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pelajar

juga dapat menghantar tugasan yang siap dalam pelbagai format elektronik melalui

web portal. Guru juga dapat mengawasi perkembangan pelajar.

1.7.5 Penilaian

Kuiz atau tugasan yang telah siap dapat dinilai dengan mudah. Melalui kuiz,

penilaian dapat dilakukan sebaik sahaja pelajar siap menjawab. Pelajar juga akan

menerima maklum balas tentang kesilapan serta diberi pujian apabila menjawab

dengan betul. Markah setiap pelajar dapat disimpan dalam web portal dan guru dapat

mengawasi prestasi pelajar dengan mudah.

1.7.6 Link

Link disediakan untuk pelajar mencari maklumat tambahan tentang topik

yang sedang dipelajari dengan menghubungkan bahan pembelajaran pelajar dengan

sumber-sumber pendidikan lain yang terdapat di Internet. Maklumat seperti definisi

9

 

ataupun bahan media tambahan seperti video dan simulasi boleh dicapai dengan

mudah melalui link.

1.7.7 Sesi Rehat Sebentar

Bahagian ini membolehkan pelajar menguji tahap kefahaman topik melalui

permainan berbentuk kognitif. Pelajar dapat menguji ingatan dan belajar melalui

pendekatan yang berbeza, di samping mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan

oleh guru.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 E-pembelajaran (E-learning)

Menurut Wang dan Gearhart (2006), e-pembelajaran ialah sebarang

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melalui media elektronik termasuk

komputer, Internet, WWW, televisyen interaktif dan telefon.

1.8.2 Moodle

Menurut Klaus (2005), Moodle ialah sistem pengurusan kursus atau course

management system untuk pembelajaran secara dalam talian. Moodle adalah akronim

kepada Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Moodle

merupakan satu pendekatan dalam mengurus dan melaksanakan proses

pembelajaran.

10

 

1.8.3 Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Pengajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah menyampaikan isi

pembelajaran. Definisi PBK yang diberikan oleh Baharuddin et al. (2002) ialah:

“Pembelajaran Berbantukan Komputer adalah satu pendekatan untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran.”

Penggunaan PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkait

rapat dengan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di

dalam atau luar kelas.

1.8.4 Pembelajaran Dalam Talian (Online Learning)

Menurut Patti Shank & Amy Sitze (2004), pembelajaran dalam talian (online

learning) merupakan penggunaan rangkaian teknologi termasuk Internet untuk

menyampaikan, menyokong dan menilai arahan jenis formal dan informal.

Pembelajaran dalam talian sering dikaitkan dengan e-pembelajaran dimana Internet

digunakan sebagai medium pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran dalam talian

sedang bergerak maju pada kadar yang sangat tinggi (Wang dan Gearhart, 2006).

1.8.5 Pembelajaran Konstruktif

Menurut Wang dan Gearhart (2006), pembelajaran konstruktif adalah

berdasarkan pelajar dapat pengetahuan dan kemahiran apabila mereka sendiri

mencari sendiri jawapan dan mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada.