carta pai bertingkat

3
Tarikh : 10.02.2014 Hari : Isnin Pengajian Am II Tingkatan 6 Atas 1 Tajuk : Carta Pai Bertingkat Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat : 1. Mengemukakan 3 ciri utama Carta Pai Bertingkat. 2. Mengenalpasti bentuk asas Carta Pai Bertingkat. 3. Mengetahui cara-cara melukis Carta Pai Bertingkat yang betul. 4. Melukis Jadual utk Carta Pai Bertingkat berdasarkan kepada data dalam soalan yang diberi. Isi Pelajaran : Melukis Carta Pai Bertingkat Aktiviti : 1. Latihan melukis carta pai bertingkat berdasarkan data yang diberikan dalam petikan soalan. 2. Penerangan cara melukis carta pai bertingkat dengan mudah serta Cepat. 2. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan yang berkaitan dengan carta pai bertingkat. Nilai : Tekun dan Rajin KBKK: Pelajar dapat melukis carta pai bertingkat dengan menggunakan kaedah yang betul. Refleksi :

Upload: azmi-marbawi

Post on 26-Sep-2015

103 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pai

TRANSCRIPT

Pengajian Am II

Tarikh : 10.02.2014

Hari : IsninPengajian Am II

Tingkatan 6 Atas 1Tajuk : Carta Pai Bertingkat Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat :

1. Mengemukakan 3 ciri utama Carta Pai Bertingkat.2. Mengenalpasti bentuk asas Carta Pai Bertingkat.3. Mengetahui cara-cara melukis Carta Pai Bertingkat yang betul.4. Melukis Jadual utk Carta Pai Bertingkat berdasarkan kepada data dalam soalan yang diberi.

Isi Pelajaran : Melukis Carta Pai BertingkatAktiviti : 1. Latihan melukis carta pai bertingkat berdasarkan data yang

diberikan dalam petikan soalan.

2. Penerangan cara melukis carta pai bertingkat dengan mudah serta

Cepat. 2. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan yang

berkaitan dengan carta pai bertingkat.

Nilai : Tekun dan RajinKBKK:Pelajar dapat melukis carta pai bertingkat dengan menggunakan kaedah yang betul. Refleksi :

Berdasarkan petikan berikut, sediakan satu carta pai yang sesuai untuk menunjukkan komposisi perbelanjaan pelancong pada tahun 2000 mengikut negara asal mereka.

Kedatangan pelancong asing ke negara kita menunjukkan peningkatan setiap tahun selepas kampen Tahun Melawat Malaysia dilancarkan. Peningkatan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia jelas menguntungkan negara dalam pelbagai aspek khususnya dariaspek ekonmi. Pada tahun 2000, jumlah perbelanjaan pelancong asing yang datang ke Malaysia berjumlah RM17 335.4 juta.

Dari segi komposisi perbelanjaan, 32.8% atau RM5 686 juta dibelanjakan untuk tujuan penginapan di hotel-hotel dan pusat-pusat peranginan utama negara. Sejumlah RM4 004.5 juta pula dibelanjakan untuk tujuan membeli-belah. Pelancong asing juga gemar menikmati makanan di Malaysia. Ini terbukti apabila sebanyak RM3 380.4 juta dibelanjakan oleh para pelancong untuk makanan dan minuman.

Para pelancong juga menggunakan perkhidmatan pengangkutan di negara ini untuk kemudahan tiba ke destinasi yang mereka ingini. Dari segi perbelanjaan untuk pengangkutan sejumlah RM1 230.8 juta dubelanjakan oleh para pelancong. Perkhidmatan penerbangan tempatan juga turut digunakan oleh para pelancong untuk memudahkan mereka menuju ke destinasi seperti Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Sabah dan Sarawak. Dari segi perbelanjaan tambang penerbangan domestik, para pelancong berbelanja sebanyak RM797.4 juta.

Pakej lawatan secara kumpulan juga disediakan oleh agensi pelancongan tempatan. Syarikat-syarikat ini biasanya menawarkan pakej lawatan ke destinasi pelancongan tempatan dengan menawarkan harga yang berpatutan. Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh pelancong asing untuk lawatan adalah 4.2% daripada keseluruhan perbelanjaan pelancong asing. Bakinya sebanyak 5% dibelanjakan untuk tujuan hiburan dan RM641.4 juta dibelanjakan untuk lain-lain perbelanjaan.

Dari segi negara, kebanyakan pelancong asing yang datang ke Malaysia adalah dari negara-negara ASEAN. Jumlah perbelanjaan pelancong dari ASEAN pada tahun 2000 berjumlah RM9 582 juta atau 55.3% daripada perbelanjaan keseluruhan pelancong asing. Ini diikuti oleh pelancong dari Jepun dan China. Masing-masing membelanjakan sebanyak RM1 029 juta dan RM1 226.4 juta. Ini merupakan 13.1% daripada perbelanjaan keseluruhan pelancong asing.

Pelancong dari negara Taiwan pula membelanjakan sebanyak RM469 juta. Di kalangan negara Eropah, pelancong dari United Kingdom berbelanja sebanyak RM646.4 juta. Tumpuan pelancong United Kingdom adalah ke negeri Sabah dan Sarawak kerana faktor alam semulajadinya.

Pelancong dari Australia juga turut membelanjakan RM644.1 juta. Ini merupakan 3.7% daripada keseluruhan perbelanjaan pelancong asing. Manakala pelancong dari Hong Kong pula membelanjakan sejumlah RM164.5 juta. Bakinya sebanyak RM3 573.5 juta dibelanjakan oleh pelancong asing dari lain-lain negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Sepanyol dan dari negara-negara Afrika.