carta aliran prosedur tindakan edited

Upload: sathis-menagah

Post on 03-Mar-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dvvcqwd

TRANSCRIPT

Rajah : bahagian C (abstrak)

Bahagian C

Langkah yang djalankan : Murid perlu menulis nilai digit dalam jadual yang telah dibekalkan.Murid harus menulis ayat matematik dalam jawapan.Bagi nombor 365, murid mencerakinkan nombor mengikut nilai digit berdasarkan pengalaman mencerakinkan nombor dari bahagian A dan bahagian B.Murid menulis jawapannya 365 = 300 + 60 + 5 dalam ruang jawapan.Sekiranya jawapan murid betul, murid diberi satu bintang sebagai ganjaran..

5.1.1 Carta Aliran Prosedur Tindakan Setelah kumpulan sasaran untuk kajian tindakan ini dikenal pasti, ujian pra akan diberikan kepada murid murid berkenaan untuk menguji tahap penguasan murid dalam menyelesaikan masalah mencerakinkan nombor mengikut nilai digit. Saya juga akan membuat analisis terhadap jawapan murid untuk mengenal pasti jenis dan pola kesilapan yang dibuat. Seterusnya, saya akan menjalankan tindakan yang dirancang iaitu menggunakan model KOAB untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran mencerakinkan nombor. Pelaksanaannya adalah dalam empat sesi. Berikut merupakan carta aliran prosedur tindakan yang akan dijalankan.

SESI PERTAMASesi ini akan berlansung secara serentak kepada semua murid.Memperkenalkan kit model KOAB dan tiga bahagian dalamnya iaitu bahagian A (konkrit) bahagian B (semi konkrit) bahagian C (abstrak) kepada semua ahli kumpulan sasaran.Menerangkan cara penggunaan atau cara mengendalikan kit model KOAB. Memperkenalkan peraturan kit model KOAB. (lembaran kerja dan ganjaran).Murid bermain dengan kit.

SESI KEDUA Sesi ini akan dilaksanakan secara berasingan iaitu seorang murid demi seorang murid.Bahagian AMemperkenalkan blok dienes kepada murid.Menerangkan cara mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan menggunakan blok dienes.Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit menggunakan blok dienes dengan bantuan guru. Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit menggunakan blok dienes dengan bantuan guru. Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa konkrit tanpa bantuan guru.

Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa konkrit tanpa bantuan guru. Saya membuat pemerhatian untuk membuat triangulasi data.Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

Bahagian BMurid menyusun blok dienes berdasarkan soalan yang diberi dengan pengalaman sedia ada dari bahagian A.Memperkenalkan carta nilai tempat kepada murid. Daripada pengalaman menggunakan blok dienes murid mengaitkannya dalam carta nilai tempat.Saya membimbing murid cara mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat berdasarkan blok dienes.Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat dengan bantuan guru. Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa semi konkrit tanpa bantuan guru. Membuat pemerhatian untuk membuat triangulasi data.Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

Bahagian CMurid mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat dengan pengalaman sedia ada dari bahagian B (semi konkrit)Saya membimbing murid cara menulis jawapan mencerakinkan nombor mengikut nilai digit melalui perwakilan simbolik.Membimbing murid cara menulis ayat (abstrak) matematik berdasarkan semi konkrit tadi.Membimbing murid menulis nilai digit pada jadual yang disediakan.Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa abstrak tanpa bantuan guru. Membuat pemerhatian untuk membuat triangulasi data.Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

SESI KETIGASesi ini dijalankan secara berasingan iaitu seorang murid demi seorang murid menyelesaikan latihan.Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model KOAB dengan menggunakan blok dienes.Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model KOAB dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat. Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model KOAB dengan menulis ayat matematik. Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

SESI KEEMPATSesi ini akan dilaksanakan secara berasingan kepada murid yang terlibat.Memberikan ujian pasca untuk menguji murid dan juga menilai sama model KOAB ini dapat membantu kemahiran murid dalam mencerakinkan nombor mengikut nilai digit.Mengadakan sesi temu bual murid berkaitan cara penyelesaian soalan

Intervensi saya iaitu kit model KOAB berasaskan teori pembelajaran kognitif kanak kanak, proses pembelajaran mengikut Bruner, teori pemulihan, teori pemberian ganjaran dan juga teknik pengajaran hands on. Saya juga mengapikasikan beberapa teori yang saya telah sertakan dalam sorotan literatur.Pada sesi yang pertama, saya akan memperkenalkan model KOAB kepada murid secara serentak melalui penggunaan kit yang dibina. Saya juga menjelaskan setiap bahagian ada dalam model KOAB iaitu bahagian konkrit, semi konkrit dan abstrak. Selepas itu, saya menerangkan cara penggunaan atau cara mengendalikan kit model KOAB yang saya bina seperti : - bahagian A, murid harus menggunakan blok dienes untuk mencerakinkan nombor mengikut nilai digit. mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan menggunakan carta nilai tempat di bahagian B melakukan perwakilan simbolik di bahagian C (rujuk Lampiran). Saya juga memperkenalkan peraturan peraturan menggunakan kit model KOAB seperti simpan semula pen maker selepas menggunakannya. (rujuk Lampiran) Akhir sesi ini, saya membenarkan murid bermain dengan kit model KOAB yang telah saya bina bersama dengan bahan bahan manipulasi yang terdapat dalamnya.Sesi kedua, saya menjalakannya secara individu iaitu seorang murid demi seorang murid. Saya memulakan intervensi saya dengan menggunakan bahan konkrit iaitu blok dienes. Saya membimbing murid memahami hubungan antara, sa, puluh dan ratus berdasarkan blok dienes. Saya juga membimbing murid untuk mewakilkan nombor yang diberi kepada ratus, puluh dan sa dengan menggunakan blok dienes. Saya menerangkan cara mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan menggunakan blok dienes. Selepas itu, saya membimbing murid untuk mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan menggunakan blok dienes. Murid diminta mewakilkan nombor nombor menggunakan blok dienes dan menyatakan nilai digit. Saya meneruskan bahagian ini dengan contoh lain. Saya menyemak serta membuat pemerhatian untuk membuat triangulasi data. Murid diberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul untuk meningkatkan kayakinan serta kepercayaan murid. Langkah ini akan diulangi sekiranya murid tidak faham.Seterusnya, saya mula mengurangkan bahan konkrit sedikit demi sedikit dan berfokuskan kepada semi konkrit. Saya akan memperkenalkan carta nilai tempat kepada murid. Sebagai permulaannya murid sendiri menyusun blok dienes berdasarkan soalan yang diberi dengan pengalaman sedia ada dari bahagian A. Saya juga membimbing murid cara mencerakinkan nombor mengikut nilai digit melalui carta nilai tempat dengan mewakilkan kepingan kertas berwarna warni. Saya menerangkan dan membimbing murid untuk mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat. Tambahan pula, Saya juga membimbing cara untuk melekatkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat. Selepas itu, murid sendiri mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa semi konkrit tanpa bantuan guru. Saya membuat pemerhatian aktif semasa murid mewakikan kepingan kertas dalam carta nilai tempat. Akhir sekali, Saya menyemak jawapan dan murid diberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul. Selepas itu, saya mengurangkan semi konkrit sedikit demi sedikit untuk murid menguasai pada tahap abstrak. Sebagai permulaannya murid sendiri mencerakinkan nombor mengikut nilai digit melalui carta nilai tempat iaitu dengan mewakilkan kepingan kertas berwarna - warni dengan pengalaman sedia ada dari bahagian B (semi konkrit). Saya membimbing murid cara menulis perwakilan simbolik dalam jadual berdasarkan carta nilai tempat. Selepas itu, saya juga membimbing murid mencerakinkan nombor dengan menulis nilai digitnya dalam jadual pada bahagian C. Saya juga membimbing murid cara menulis ayat matematik pada ruang jawapan. Murid mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa abstrak tanpa bantuan guru dengan adanya pengalaman dari bahagian A dan bahagian B. Saya menyemak dan memberi ganjaran kepada murid sekiranya jawapan mereka betul. Semasa aktiviti menjalankan, saya memerhati segala perlakuan murid dan membuat penilaian formatif untuk memastikan murid dapat menguasai konsep nilai digit dalam kemahiran mencerakinkan nombor.Langkah langkah ini direka khas untuk murid murid kumpulan sasaran saya dan mereka dilatih dalam stail pemulihan. Hal yang demikan kerana, mengajar konsep ini kepada seorang murid demi seorang murid. Saya juga mengurangkan bahan konkrit sedikit demi sedikit apabila mengajar bahagian B. Seterusnya mengurangkan semi konkrit sedikit demi sedikit apabila mengajar bahagian C. Walaupun penggunaan bahan konkrit ini amat penting untuk memahami satu konsep tetapi saya percaya bahawa pergantungan kepada bahan konkrit perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga murid mencapai pada tahap yang abstrak. Pada sesi ketiga, saya akan memberi latihan mengenai konsep nilai digit dalam kemahiran mencerakinkan nombor kepada setiap murid. Sesi ini akan berlangsung secara individu supaya saya akan membuat pemerhatian serta membuat penilaian formatif dimana murid dinilai semasa membuat aktiviti ini. Saya menyediakan laithan mengikut bahagian demi bahagian, iaitu pada permulaannya murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model KOAB dengan menggunakan blok dienes dalam bahagian A. Seterusnya, murid menjawab latihan tadi dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat dalam bahagian B. Pada bahagian C pula, Murid menjawab latihan dengan menulis jawapan dalam ayat matematik. Murid diberi ganjaran sekiranya jawapan murid betul. Sesi ini berlangsung selama sejam.Pada sesi yang terakhir, saya memberi ujian pasca untuk menguji murid terhadap soalan soalan mencerakinkan nombor mengikut nilai digit serta keberkesanan penggunaan kit model KOAB ini dalam konsep nilai digit dalam kemahiran mencerakinkan nombor. Akhirnya, saya mengadakan satu sesi temu bual dengan murid berkaitan cara penyelesaian soalan. Murid diminta menceritakan apa yang mereka laksanakan di bahagian A, B dan C. saya akan menguji murid dan juga menilai sama model KOAB ini dapat membantu kemahiran murid dalam mencerakinkan nombor mengikut nilai digit.