carta alir baharu proses dan prosidur · pdf filerekabentuk kurikulum dan penyampaian iii....

4
UHEK, BHEA_DIS 2015 1 CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR KELULUSAN PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU UiTM Bil Peringkat Perincian Proses Kelulusan Mula 1 Kelulusan cadangan pembangunan program akademik baharu di peringkat Fakulti / UiTM Cawangan. Keputusan kelulusan berdasarkan kepada perancangan strategik serta kemampuan Fakulti / UiTM Cawangan mengendalikan program akademik baharu. 2 Fakulti / UiTM Cawangan perlu majukan cadangan permohonan pembangunan program baharu kepada TNCAA sekiranya program baharu yang dicadangkan tidak tersenarai di dalam 300 program baharu bersifat futuristik yang telah diluluskan oleh Senat pada tahun 2011. Fakulti / UiTM Cawangan yang memohon perlu memberikan justifikasi feasibility penawaran program untuk disemak dan diluluskan oleh TNCAA untuk dibawa ke peringkat seterusnya. 3 Permohonan Kelulusan Saringan Awal Peringkat JKPT. Antara perkara yang di lihat oleh JKPT adalah seperti berikut: i. keperluan program baharu selari dengan keperluan dan kehendak negara, ii. status semasa keperluan bidang dengan mengkaji penawaran oleh universiti lain iii. sumbangan program baharu yang dibangunkan berdasarkan status semasa iv. laporan kajian pasaran. BHEA JAF / JAN JKPT

Upload: dinhhanh

Post on 06-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR · PDF fileRekabentuk kurikulum dan penyampaian iii. Penilaian Pelajar iv. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan v. Staf Akademik vi. Kemudahan

UHEK, BHEA_DIS 2015 1

CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR KELULUSAN PENAWARAN

PROGRAM AKADEMIK BAHARU UiTM

Bil Peringkat Perincian Proses Kelulusan

Mula

1

Kelulusan cadangan pembangunan program akademik

baharu di peringkat Fakulti / UiTM Cawangan. Keputusan

kelulusan berdasarkan kepada perancangan strategik serta

kemampuan Fakulti / UiTM Cawangan mengendalikan

program akademik baharu.

2

Fakulti / UiTM Cawangan perlu majukan cadangan

permohonan pembangunan program baharu kepada

TNCAA sekiranya program baharu yang dicadangkan tidak

tersenarai di dalam 300 program baharu bersifat futuristik

yang telah diluluskan oleh Senat pada tahun 2011. Fakulti /

UiTM Cawangan yang memohon perlu memberikan

justifikasi feasibility penawaran program untuk disemak dan

diluluskan oleh TNCAA untuk dibawa ke peringkat

seterusnya.

3

Permohonan Kelulusan Saringan Awal Peringkat JKPT.

Antara perkara yang di lihat oleh JKPT adalah seperti

berikut:

i. keperluan program baharu selari dengan keperluan

dan kehendak negara,

ii. status semasa keperluan bidang dengan mengkaji

penawaran oleh universiti lain

iii. sumbangan program baharu yang dibangunkan

berdasarkan status semasa

iv. laporan kajian pasaran.

BHEA

JAF / JAN

JKPT

Page 2: CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR · PDF fileRekabentuk kurikulum dan penyampaian iii. Penilaian Pelajar iv. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan v. Staf Akademik vi. Kemudahan

UHEK, BHEA_DIS 2015 2

Bersambung

4

Pihak Fakulti / UiTM Cawangan membangunkan struktur

kurikulum berdasarkan kepada Objektif Pembelajaran

Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO) selari

dengan keperluan standad program atau badan profesional

berkaitan. Kurikulum yang dibangunkan dilengkapi dengan

maklumat penjajaran kursus kepada PEO, PLO dan lapan

domain MQF serta pemetaan kursus kepada aras

taksonomi kognitif, psikomotor dan afektif. Kurikulum

program baharu ini dibentangkan di mesyuarat JAF/JAN

untuk diteliti dan diluluskan sebelum dokumen lengkap

kurikulum ini di bawa ke Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK),

BHEA untuk disemak sebelum dimajukan ke peringkat

kelulusan seterusnya.

5

Semakan di peringkat UHEK meliputi perkara berikut:

i. Pematuhan kepada standad program atau badan

profesional (jika ada)

ii. Pernyataan PEO dan PLO dan penjajaran kepada

visi, misi dan objektif UiTM serta kepada lapan

domain MQF.

iii. Pernyataan keberhasilan pembelajaran kursus

(CLO), penjajaran kepada PLO dan PEO, Jam

Pembelajaran Pelajar (SLT) dan jumlah kredit,

struktur kurikulum dan nilai kredit per semester,

sinopsis kursus, aktiviti pembelajaran dan penilaian

sejajar dengan CLO, kemahiran yang dijangka

diperolehi melalui kursus, aras taksonomi

pembelajaran dan bahan rujukan.

iv. Dokumen MQA-01 dari Area 1 – 9.

v. Laporan kajian pasaran dan justifikasi penawaran.

vi. Kandungan slaid pembentangan

vii. Kandungan kertas kerja dan ringkasan eksekutif

Fakulti / UiTM Cawangan

UHEK, BHEA

Page 3: CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR · PDF fileRekabentuk kurikulum dan penyampaian iii. Penilaian Pelajar iv. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan v. Staf Akademik vi. Kemudahan

UHEK, BHEA_DIS 2015 3

Bersambung

6

Semakan di peringkat MKU:

i. Pernyataan PEO dan PLO

ii. Justifikasi penawaran program termasuk laporan

kajian pasaran dan keperluan negara

iii. Pemetaan hasil pembelajaran (CLO) kepada PEO,

PLO, dan aras taksonomi pembelajaran

iv. Struktur dan mod pengajian serta jumlah SLT dan

kredit program

v. Implikasi staf (termasuk beban pengajaran,

pelunjuran dan keperluan profesional), fizikal

(keperluan pembelajaran dan pengajaran) dan

kewangan (termasuk cadangan penjanaan

kewangan)

Keputusan di MKU disahkan di Senat melalui minit

mesyuarat MKU yang dimasukkan dalam agenda Senat

7

Semakan di peringkat MQA: semakan ke atas dokumen

MQA-01 berdasarkan 9 Area iaitu:

i. Visi, Misi dan Objektif dan pernyataan hasil

pembelajaran serta penjajaran kepada lapan

domain MQF

ii. Rekabentuk kurikulum dan penyampaian

iii. Penilaian Pelajar

iv. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan

v. Staf Akademik

vi. Kemudahan Pembelajaran

vii. Pemantauan dan Semakan Program

viii. Kepimpinan, Governans dan Pentadbiran

ix. Penambahbaikan Kualiti Berterusan

Pihak MQA akan mengeluarkan surat patuh kualiti (CQC)

sekiranya perkara di atas dipatuhi.

Pemakluman di Senat/MKU berkaitan kelulusan

pematuhan standad oleh MQA.

MKU

MQA

SENAT

Page 4: CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR · PDF fileRekabentuk kurikulum dan penyampaian iii. Penilaian Pelajar iv. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan v. Staf Akademik vi. Kemudahan

UHEK, BHEA_DIS 2015 4

9

Permohonan Kelulusan Penawaran Program Akademik

Baharu di mesyuarat JKPT. Antara ahli mesyuarat JKPT

ialah wakil dari JPM, JPA, Bahagian Perbendaharaan dan

MQA. Perkara yang dilihat diperingkat ini adalah:

i. Nama program yang diluluskan MQA

ii. Justifikasi penawaran (data keperluan negara,

kebolehpasaran graduan, perkembangan teknologi

dan profesion)

iii. Penjajaran PEO dan PLO kepada domain MQF

atau MOHE-LOKI

iv. Pemetaan kursus kepada taksonomi pembelajaran

v. Tempoh dan mod pengajian

vi. Struktur kurikulum dan jumlah kredit per semester

vii. Implikasi staf, fizikal dan kewangan

10

Pembentangan di LPU untuk permohonan kelulusan

penawaran program akademik baharu. Perkara yang

disemak di peringkat ini adalah:

i. Perincian implikasi kewangan yang lengkap

termasuk staf dan fizikal.

11

Penjanaan kod program dan kursus serta fi pengajian ke

dalam sistem UiTM.

Penawaran program baharu berdasarkan sesi pengajian

yang diluluskan di LPU.

Proses tamat

JKPT

LPU

FAKULTI / UiTM CAWANGAN