cari isi penting bm penulisan

3
.Baca karangan yang bertajuk “Kebaikan Pasar Malam. Cari isi- isi penting yang terdapat di dalam karangan ini. Selain pasar tani atau pasar minggu, satu lagi tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah pasar malam. Pasar malam ini biasanya diadakan di kawasan-kawasan perumahan bermula dari pukul 5 petang hingga pukul 10 malam. Pasar malam yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan ini banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat setempat. Di pasar malam inilah penduduk setempat membeli barangan keperluan harian mereka. Pelbagai jenis barang ada dijual di pasar malam. Dengan adanya pasar malam ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ketiadaan masa untuk ke pasar terutama bagi mereka yang bekerja pada sebelah siangnya. Selain itu, orang ramai dapat membeli barangan dengan harga yang murah sedikit berbanding dengan harga barangan di pasar- pasar biasa. Harga barang di pasar malam lebih murah kerana para peniaga di pasar malam tidak perlu membayar sewa kedai yang tinggi. Oleh itu, mereka mampu menjual barangan dengan harga yang agak murah. Keadaan ini menguntungkan penduduk setempat. Di pasar malam, penduduk setempat dapat membeli barangan seperti ikan, sayur-sayuran , buah-buahan yang masih segar serta pelbagai jenis makanan. Orang ramai berpeluang untuk membeli barangan yang baik dan bermutu. Kesimpulannya, pasar malam yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan ini banyak mendatangkan manfaat kepada orang ramai terutamanya kepada masyarakat setempat. Isi-isi penting karangan 1. Pendahuluan : _________________________________________________________________ ______________________________________ 2. Isi-isi Isi 1 : _________________________________________________________________ _______________________________________

Upload: noorbeti-ahmad-diah

Post on 18-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Tahun 6

TRANSCRIPT

.Baca karangan yang bertajuk Kebaikan Pasar Malam. Cari isi-isi penting yang terdapat di dalam karangan ini. Selain pasar tani atau pasar minggu, satu lagi tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah pasar malam. Pasar malam ini biasanya diadakan di kawasan-kawasan perumahan bermula dari pukul 5 petang hingga pukul 10 malam. Pasar malam yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan ini banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat setempat. Di pasar malam inilah penduduk setempat membeli barangan keperluan harian mereka. Pelbagai jenis barang ada dijual di pasar malam. Dengan adanya pasar malam ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ketiadaan masa untuk ke pasar terutama bagi mereka yang bekerja pada sebelah siangnya. Selain itu, orang ramai dapat membeli barangan dengan harga yang murah sedikit berbanding dengan harga barangan di pasar-pasar biasa. Harga barang di pasar malam lebih murah kerana para peniaga di pasar malam tidak perlu membayar sewa kedai yang tinggi. Oleh itu, mereka mampu menjual barangan dengan harga yang agak murah. Keadaan ini menguntungkan penduduk setempat. Di pasar malam, penduduk setempat dapat membeli barangan seperti ikan, sayur-sayuran , buah-buahan yang masih segar serta pelbagai jenis makanan. Orang ramai berpeluang untuk membeli barangan yang baik dan bermutu. Kesimpulannya, pasar malam yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan ini banyak mendatangkan manfaat kepada orang ramai terutamanya kepada masyarakat setempat.Isi-isi penting karangan1. Pendahuluan : _______________________________________________________________________________________________________2. Isi-isi Isi 1 : ________________________________________________________________________________________________________ Isi 2 : ________________________________________________________________________________________________________ Isi 3 : ________________________________________________________________________________________________________ Isi 4 : ________________________________________________________________________________________________________3. Penutupan/ Kesimpulan : ________________________________________________________________________________________________________

Dadah boleh membawa banyak masalah. Cari isi-isi berkaitan dengan tentang kesan penyalahgunaan dadah. Slogan Belia Benci akan Dadah merupakan salah satu kempen yang hangat diperkatakan masa kini. Hal ini membuktikan bahawa betapa seriusnya masalah ketagian dadah dalam kalangan belia Malaysia. Dadah dikenal pasti sebagai musuh nombor satu negara . Masalah penyalahgunaan dadah bukanlah isu baru. Tenaga muda seharusnya digunakan unuk membangunkan negara . Malangnya, usia yang berharga itu dihabiskan di pusat pemulihan atau masih bergelandangan di lorong-lorong gelap ibarat bangkai bernyawa. Ketagihan dadah bukan sahaja mengakibatkan pembaziran wang, malah dapat merosakkan diri dan menggelapkan masa depan. Tambahan pula, penagih dadah kurang mendapat tempat dalam masyarakat. Pihak majikan pula hilang kepercayaan terhadap golongan ini untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, masyarakat turut memandang serong terhadap keluarga si penagih . Dalam erti kata lain, keluarga berasa aib dan turut terbeban masalah andai ada ahli keluarga yang bergelar penagih. Bukan sahaja kebahagiaan tejejas, malah keluarga turut mengalami masalah kewangan sebagai akibat kerenah si penagih. Masalah ketagihan dadah menyebabkan sistem imun badan si penagih menjadi semakin lemah. Hal ini dapat menyebabkan penagih menghidap pelbagai penyakit berbahaya. Yang lebih memburukkan keadaan , si penagih berisiko tinggi untuk menghidap AIDS kesan daripada perkongsiaan jarum suntikan. Oleh sebab penyalahgunaan dadah banyak keburukannya, maka slogan Belia Benci akan Dadah wajar dihayati. Justeru, masalah dadah harus dibanteras hingga akar umbinya. Sayangilah diri dan keluarga kerana sekali terkena , sesalan tidak lagi bermakna . l95