mudah cari jodoh

12

Upload: educattic-mind

Post on 26-Jun-2015

2.966 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bagaimana untuk mencari jodoh dengan cara Islam.

TRANSCRIPT

Page 1: Mudah cari jodoh
Page 2: Mudah cari jodoh

MUDAHNYA MENCARI JODOHKhas Untuk Wanita

“Jodoh adalah rezeki. Sebagaimana mencari rezeki, berusahalah sekuat

upaya sebelum bertawakal.”

Rohani Abdul Rahman

Page 3: Mudah cari jodoh

Educattic Mind Resources (002000549-W),31-4-2, Jalan 3/50,Diamond Square Business Center, Off Jalan Gombak, Kuala Lumpur.+603-40234641

E-mel: [email protected]: www.educatticmind.comFacebook: http://facebook.com/EducatticMind

Hakcipta © Rohani Abdul Rahman 2011

Edisi Pertama 2011

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Educattic Mind Resources.

Editor Perolehan & Pengurusan: Cik Mal ([email protected])Editor & Susun Atur: Husna AdnanGrafik: Nurulhayati Muka Taip Teks: ArialSaiz Taip Teks: 14/16.8

Diterbit dan diedarkan oleh: Educattic Mind Resources

Page 4: Mudah cari jodoh

1

PENGENALAN

Waktu ebook ini ditulis, usia perkahwinan penulis sudah memasuki tahun ketiga dan mempunyai seorang zuriat lelaki yang kami

namakan Abu Bakar As-Siddiq Bin Al-Fathuri. Syukur alhamdulillah kerana masih mampu mendapat zuriat biarpun lewat bertemu jodoh dan melahirkan si comel melalui pembedahan.

Ingatan penulis pada zaman bujang tiba-tiba menerpa apabila terserempak dengan rakan sekelas beberapa hari lepas. Kami rapat sepanjang menuntut di sekolah menengah tetapi terpisah dek masa dan kerjaya. Penulis tidak perlu meneka berapa usianya. Namun, apa yang membuat penulis agak terkejut adalah raut wajahnya yang kelihatan lebih tua daripada umurnya.

Terdetik dalam hati penulis, “Mungkinkah wajahnya begitu kerana dia sedang menghadapi tekanan? Usia sudah melepasi 30 tahun namun belum bertemu jodoh?”

Tekanan terbukti dapat memberi kesan langsung kepada perjalanan hormon wanita dan akibatnya dapat dilihat melalui perubahan yang berlaku pada kulit. Jangan hairan sekiranya melihat wanita berumur 30-an masih berjerawat sebagaimana gadis remaja. Inilah contoh penangan hormon yang dimaksudkan.

Empat tahun lepas semasa usia penulis menginjak ke angka 30, penulis turut merasai tekanan yang sama. Lebih-lebih lagi apabila hampir tiba musim perayaan. Sidang pembaca yang sudah berusia 30-an dan masih bujang, pasti faham mengapa. Soalan dan sindiran memang tidak dapat dielakkan.

“Namun apakan daya, aku cuma seorang wanita; masakan perigi mencari timba....”

Page 5: Mudah cari jodoh

Mudahnya Mencari Jodoh

2

Biasa mendengarnya?

Satu luahan seorang yang berputus asa sebenarnya.

Mengapa penulis katakan begitu?

Saudari pembaca, sejujurnya, hal inilah yang mengusik hati penulis bagi menulis ebook ini. Ayat keramat itu semacam menyihir ramai wanita lewat usia hingga beku kaki tangan dan lemah hati. Usaha mendapatkan jodoh dilihat berbeza dengan usaha mencari rezeki.

Jodoh adalah rezeki. Benar kita perlu motivasi bagi berusaha demi mendapatkan jodoh. Motivasi inilah yang mahu dicetuskan. Idea menulis tajuk ebook ini tiba-tiba tercetus sejurus selesai solat isyak. Semoga apa yang saudari cari, ada di sini. Insya-Allah.

Jodoh adalah rezeki.

Allah suka kepada orang yang kuat berusaha. Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa. Justeru, bagaimanakah penulis perlu berusaha mencari jodoh? Sekiranya mencari wang, penulis faham perlu bekerja ataupun berniaga. Bekerjalah apa sahaja, berniagalah apa pun; asalkan halal. Namun bab mencari jodoh perlu berusaha bagaimana? Perlu melakukan apa?

Nah, inilah yang akan dikupas di dalam bab selanjutnya. Insya-Allah saudari akan bertemu panduannya di sini. Penulis percaya dengan sikap yang betul, ditambah pula dengan strategi yang tepat; rezeki saudari pasti ada. Jodoh saudari akan tiba. Percayalah. Kerana ada janji Allah akan hal ini.

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” Surah at-Talaq, ayat 2-3.

Page 6: Mudah cari jodoh

PENGENALAN

3

Bagaimana agaknya perasaan seorang wanita yang lewat bertemu jodoh, walhal usia semakin meningkat? Apatah lagi umurnya melepasi angka 30 tahun. Penulis faham perasaan saudari, kerana penulis sudah merasainya.

Pernah suatu ketika, penulis memandu seorang diri di tengah bandar raya Kuala Lumpur tanpa arah tuju hingga hampir terbabas melanggar tembok. Puncanya kerana rasa kesepian yang amat sangat. Walau disibukkan menonton televisyen, namun jiwa tetap sunyi. Seorang guru yang sentiasa dikelilingi anak murid dan rakan sekerja, masih berasa kesepian? Ya, kerana kesepian itu letaknya dalam hati. Walau diri sibuk dan persekitaran ceria, perasaan dalam hati siapalah yang tahu.

Pada saat itu, jiwa terasa kosong, seperti ada yang tidak lengkap. Bukan masalah wang. Waktu itu penulis mempunyai dua pendapatan tetap sebagai guru tuisyen dan guru di sekolah. Wang memang tiada masalah. Penulis melakukan dua kerja bagi menyibukkan diri supaya tidak selalu memikirkan hal jodoh dan rasa sunyi.

Rutin kerja yang sibuk rupa-rupanya tidak juga mampu menghilangkan rasa sunyi. Alahai…sepinya hati tanpa teman hidup buat berkongsi rasa!

Apabila pulang ke kampung, ada-ada sahaja pertanyaan mengusik malah terasa disindir pula. Seakan-akan diri ini tidak laku. Apabila terserempak dengan kawan-kawan yang mendukung bayi kecil… oh, Allah sahaja yang tahu perasaan penulis saat itu! Naluri keibuan meronta-ronta mahu turut mempunyai bayi. Mahu membelai anak sendiri. Mahu bergurau dengannya. Pasti seronok melihat senyum dan tangisannya.

Page 7: Mudah cari jodoh

Mudahnya Mencari Jodoh

4

Tiada yang berubah tanpa tindakan. Sebagaimana rezeki, jodoh turut memerlukan perancangan dan usaha. Perlu berfikir, berdoa, tekun, jujur, ikhlas dan bertawakal. Kegagalan akan menyapa dahulu sebelum bertemu kejayaan. Malah mungkin gagal berkali-kali sebelum impian manis menjadi nyata. Untungnya kita sebagai seorang muslimat, apabila niat dan kaedahnya betul, pahala mengalir dan terus mengalir sebelum jodoh yang diimpikan itu sampai. Allah mahu memberi kita jodoh yang terbaik sebenarnya!

Mungkin saudari pernah dikecewakan, malah mungkin lebih daripada sekali. Pun begitu, ia tidaklah boleh dijadikan alasan bagi diam bertawakkal dan berhenti berusaha (dengan serius).

Adakah perlu berserah sahaja kerana jodoh di tangan Tuhan? Jodoh adalah rezeki. Apakah hanya berserah kerana rezeki di tangan Tuhan?

Di dalam ebook ini, saudari diilhamkan idea-idea bagaimana

berusaha menarik jodoh. Panduan zahir dan batin, serta keperluan fizikal dan emosi. Selagi ia adalah usaha yang diredai Allah, pasti datang natijah baik.

Kedamaian, kegembiraan, rasa sunyi dan sepi itu adalah hal-hal ghaib. Ia tidak dapat dipegang namun ia hadir dan kehadirannya adalah nyata. Hanya yang Maha Ghaib yang dapat memberi perasaan itu. Hanya Allah yang mampu menghilangkan perasaan sepi dan sunyi. Kepada Allah kita harapkan rasa gembira dan reda.

Semoga ebook ini membuahkan idea tepat bagaimana sebenarnya mengawal emosi dan perasaan saudari. Pendengaran saudari tidak lagi terkesan dengan kata-kata orang. Mr. Right impian saudari itu sebenarnya sedang mendatangi saudari. Allah yang menentukan masa dan sebabnya dan sering pula terjadi tidak seperti yang kita sangka.

Apabila keyakinan ini terbenam kukuh dalam hati, sirnalah segala perasaan lain, mantapkanlah fikiran dan usaha kita bagi terus memburu jodoh.

Page 8: Mudah cari jodoh

F itrah kejadian di dunia ini melibatkan hal sebab dan akibatnya. Sebab kenyang kerana makan. Sebab sembuh kerana berubat.

Sebab berduit kerana berjimat. Sebab beranak kerana berkahwin. Sebab berkahwin kerana berjodoh. Sebab berjodoh kerana berusaha. Rezeki tidak datang bergolek. Jodoh juga tidak datang bergolek.

Kuasa Allah mampu menjadikan perkara mustahil pada fikiran manusia menjadi nyata. Contohnya kisah Maryam melahirkan Nabi Isa tanpa berkahwin. Malah di syurga nanti dapat memiliki anak hanya dengan berniat dan anak itu pula terus membesar dengan serta-merta. Hebat sungguh kurniaan Allah. Pun begitu, sekarang ini kita masih tinggal di dunia dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturannya. Kita diikat dengan hukum sebab dan akibat.

“… dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (ingatlah), dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (at-Talaq: ayat 2-3)

Ini janji daripada yang Maha Besar; pemilik langit dan bumi serta segala isinya. Pemberi rezeki kepada segala makhluk di dunia dan di akhirat. Sesiapa sahaja yang bertakwa, dijanjikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang bertakwa dijanjikan pertolongan. Jodoh juga adalah rezeki. Kini kita sudah faham inilah kunci rahsia bagi membuka pintu rezeki. Kunci rahsia ini boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Inilah sebenarnya ‘master key’ bagi membuka apa sahaja pintu, termasuklah pintu jodoh. Penulis sendiri ada kisah menarik perihal jodoh yang tidak disangka-sangka. Ini akan penulis ceritakan nanti.

Jodoh Adalah Rezeki“Jodoh tidak datang bergolek”

Page 9: Mudah cari jodoh

Mudahnya Mencari Jodoh

6

Di dalam bab ini, saudari akan melihat dari satu sudut berbeza perihal jodoh. Kita akan berbicara berkenaan sisi positif ‘perigi mencari timba’. Ia sisi positif kerana mengambil kira persepsi semasa, seolah-olah apabila wanita berusaha mencari jodohnya adalah sesuatu yang negatif. Wanita memilih lelaki bukanlah sesuatu yang janggal. Ia sudah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW. Malah Nabi sendiri dipinang oleh Saidatina Siti Khadijah. Cuma yang perlu diketahui adalah tertibnya. Bagaimana caranya apabila wanita berkenan kepada seseorang lelaki? Apa yang perlu dilakukan?

Justeru, apa itu rezeki? Menurut Syeikh Muhammad Mitwally Syairawy di dalam buku Rezeki dalam Islam; “Rezeki diertikan sebagai apa-apa sahaja yang mendatangkan manfaat kepada kita sama ada ianya halal ataupun haram. Sebaliknya, apa-apa yang tidak mendatangkan manfaat dan faedah pada kita, bukanlah rezeki walaupun kita memilikinya. Benar, apa yang menjadi milik kita belum tentu menjadi rezeki kita.”

Kekasih kita belum tentu jodoh kita. Tunang kita pun belum tentu jodoh kita. Jadi tidaklah menghairankan apabila makanan yang sudah di tangan pun boleh terjatuh sekiranya ia bukan rezeki kita. Begitulah halnya jodoh.

“Kita rasa takjub waktu melihat bagaimana rezeki itu sampai kepada seseorang, tidak seorang pun tahu tempat rezeki itu. Boleh sahaja dia pergi ke pelbagai tempat bagi mencarinya, akan tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa dan juga tidak sampai kepadanya sesuatu apa pun.”

Sekarang mari kita tukar perkataan “rezeki” di dalam ayat di atas menjadi “jodoh” dan cuba saudari baca sekali lagi ayat itu.

“Kita rasa takjub waktu melihat bagaimana jodoh itu sampai kepada seseorang, tidak seorang pun tahu tempat jodoh itu. Boleh sahaja dia pergi ke pelbagai tempat bagi mencarinya, akan tetapi ia tidak mendapatkan apa-apa dan juga tidak sampai kepadanya sesuatu apa pun.”

Page 10: Mudah cari jodoh

PENGENALAN

7

Begini kisahnya bagaimana penulis bertemu jodoh penulis beberapa tahun lepas. Satu SMS singgah di telefon bimbit semasa menunggu kelas bermula. Tahun itu penulis mengajar di sebuah sekolah berhampiran Putrajaya. Manakala SMS itu datangnya daripada seorang kenalan berpangkat abang nun jauh di Terengganu. Dia seorang anggota tentera yang bertugas di sebuah kem TUDM. Penulis mengenalinya kerana pernah berhubung waktu syarikat tempat penulis bekerja sebelumnya membuat urusan dengan pihak kem. SMS itu berbunyi begini:

“Apa khabar? Bila mahu jemput makan nasi minyak?” “Khabar baik, belum ada jodoh bang!” “Kalau abang rekemenkan seseorang, mahu?” “Malulah, siapalah saya ini…” “Aik? Tidak boleh cakap macam itu, belum cuba belum tahu, nanti abang tanya dia, rasanya masih solo…izinkan abang serah nombor telefon kepadanya, ok?”

Berdebar juga menunggu sebarang panggilan daripada ‘bakal jodoh’ penulis itu. Penulis tawakkal.

Selang beberapa minit….

“Terima kasih tuan, nanti saya hubungi dia sepantas jet Sukhoi!” Itulah bunyi SMS si jejaka itu kepada Abang Samsul dan dimajukan kepada penulis.

Bermula daripada SMS itu, dia datang merisik dan tanpa bertunang, kami bernikah. Segalanya berlaku dengan lancar dan tidak terlintas dalam hati penulis. Pendeknya, bolehlah penulis katakan jodoh itu benar-benar datang mencari penulis. Walhal, penulis sudah jenuh berusaha sebelumnya. Seperti orang dulu-dulu, penulis termasuk golongan yang bercinta selepas berkahwin. Apabila ada peluang, pernah penulis tanyakan kepada suami apa pendapatnya berkenaan jodohnya dengan penulis.

“Ia benar-benar di luar dugaan. Bertahun-tahun mencari jodoh tidak bertemu. Akhirnya jodoh datang tanpa disangka-sangka.”

Page 11: Mudah cari jodoh

Mudahnya Mencari Jodoh

8

Jodoh adalah rezeki kerana ia mendatangkan manfaat. Begitu juga dengan perbuatan bersedekah. Sedekah adalah rezeki kerana memberi manfaat kepada kita. Bersedekah dapat menambah rezeki, juga mengelak musibah.

Dengan mendapat jodoh, khususnya kaum wanita, kita mempunyai kekuatan bagi melayari bahtera kehidupan yang tidak sunyi dengan ombak ujian. Iman adalah rezeki. Iman dapat membawa manusia meraih kejayaan kehidupan di dunia dan akhirat. Apa sahaja yang dapat kita manfaatkan adalah rezeki kita walaupun ia bukanlah milik kita. Contohnya, anak yang tinggal di rumah ibu bapanya. Rumah itu bukan miliknya namun dia juga mendapat manfaatnya. Begitu juga seorang pekerja yang bekerja di sebuah perusahaan ataupun syarikat. Perniagaan itu bukan miliknya namun dia mendapat manfaat daripadanya. Ia adalah rezekinya.

Begitulah halnya apabila kita pernah ditipu dan ditidakkan hak kita oleh orang lain. Ia bermakna itu bukan rezeki kita, bukannya kita tiada rezeki. Hakikatnya, tidak ada yang dapat memberi manfaat atau mudarat kecuali dengan kehendak Allah.

Allah berfirman di dalam surah Yunus, “Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan yang dikehendaki Allah.” Surah Yunus, ayat 49

Oleh itu, apabila kita biasa mengucap kata-kata ini, “Tiada rezeki penulis hari ini”, segera tukar menjadi “Belum ada rezeki penulis hari ini.” Berkenaan jodoh pula, hentikan kata-kata seperti “Penulis tiada jodoh.” Segera tukar dan lafazkan dalam hati menjadi “Penulis belum bertemu jodoh” ataupun “Penulis belum dapat jodoh.” Kata-kata adalah doa. Fikiran bawah sedar sangat terkesan dengan kata-kata yang diucapkan. Apatah lagi apabila sering diucapkan hingga percaya bahawa dia benar-benar “tiada jodoh”. Kita akan menjadi apa yang kita percaya.

Perkataan yang baik adalah “Penulis belum bertemu jodoh” ataupun “Penulis belum dapat jodoh.” Ayat itu sahaja sudah positif maksudnya. Ia memberi isyarat yang kita sedang mencarinya. Kita sedang mendapatkannya namun belum bertemu dan berhasil.

Page 12: Mudah cari jodoh

PENGENALAN

9

Rezeki yang halal dan baik perlu diusahakan. Jodoh yang halal dan baik juga perlu dirancang dengan betul bagi mendapatkannya. Untungnya kita sudah diberikan satu panduan bagaimana yang dikatakan jodoh yang baik itu.

Sungguh bertuah apabila mendapat jodoh yang berkumpulnya keempat-empat ciri di bawah:

• Berharta• Keturunan hebat• Cantik• Beragama

Menariknya kita sebagai wanita masih beruntung walaupun bukan ditakdirkan berharta, tidak cantik dan bukan dari keturunan hebat, namun masih diberi jaminan hidup bahagia sekiranya kita memilih menjadi wanita yang beragama.

Ini kerana Nabi SAW pernah berpesan, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadis ini direkod oleh kedua-dua Iman Bukhari dan Iman Muslim.

Bukankah ini bermakna kita sudah ada strategi mendapatkan jodoh? Apakah strateginya? Strategi yang dimaksudkan adalah menjadi seorang yang baik dan taat kepada agama. Rezeki yang baik hanya dapat diraih dengan niat dan usaha yang baik. Begitu juga jodoh yang baik, pastinya perlu diusahakan dengan cara yang baik juga. Untungnya ciri-ciri yang baik itu boleh dimiliki oleh semua wanita.

Mengapa? Kerana Nabi SAW menyuruh lelaki mengutamakan wanita yang beragama. Mana-mana wanita yang memilih menjadi seorang yang baik dan taat kepada agama, dialah pilihan utama calon isteri. Ya, dengannya kita akan jadi wanita pilihan utama sebagaimana yang disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW.