persepsi guru-guru sekolah di bandar ......beliau juga menyatakan bahawa guru yang dapat mengekalkan...
TRANSCRIPT
PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH
DI BANDAR TEMERLOH TERHADAP FAKTOR MOTIVASI GURU
DALAM MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH
JULIANA ABU HANIPAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH TERHADAP
FAKTOR MOTIVASI GURU DALAM MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH.
JULIANA ABU HANIPAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat:
Mak
(ROBIAH MD. RAIS)
Apak
(ABU HANIPAH IBRAHIM)
jasa dan pengorbanan kalian sentiasa diingatan
maaf atas kenakalanku
Keluarga tercinta:
(saudara kandung dan ipar-duai)
terima kasih kerana sentiasa membantu
azam tak putus hasil dorongan semua
Insan tersayang:
(MARIANI RAJIN)
(MOHD.SHAHLAN SALIH)
walau berjauhan semangat kalian sentiasa disisi
Teman-teman seperjuangan:
(Zai, Ita, Da, Mey, Atie, Zimah, Dila, Farah, Yuni dan Is)
idea dan pandangan kalian amat dihargai
terima kasih kerana sentiasa memahami
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada individu yang terlibat dalam membantu saya menghasilkan
penulisan Projek Sarjana Muda. Ribuan teriama kasih kepada Pn. Hjh. Norani selaku
pensyarah pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar bagi membuat kajian ini.
Tunjuk ajar dan teguran dari Pn. Hjh. Norani adalah pengalaman yang berharga dan
semoga ia akan menambah pengetahuan saya. Terima kasih atas keprihatinan dan
sentiasa memberi peluang untuk saya perbaiki kesilapan.
Khas untuk rakan-rakan seperjuangan yang turut sama-sama berhempas-pulas
menyiapkan kajian masing-masing. Perbincangan dengan kalian telah banyak
membantu meringankan beban tugas ini. Jasa kalian amat dihargai.
Tidak lupa untuk keluarga tercinta yang sepanjang masa mengambil berat
tentang pengajian saya di sini. Walaupun berjauhan tetapi dorongan yang diberikan
membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berusaha dengan sebaik mungkin.
Semoga kita semua sentiasa diberkati olehNya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi guru-guru mengenai tiga
faktor motivasi yang terdiri daripada tugas, individu dan organisasi. Kajian deskriptif
ini dijalankan ke atas 71 orang guru-guru yang dipilih secara rawak dari 5 buah
sekolah di Bandar Temerloh. Pengkaji telah membina satu set soal selidik sebagai
instrument kajian untuk mengumpul data daripada responden. Soal-selidik diedarkan
ke sekolah-sekolah yang terpilih. Semua data dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science Microsoft for Windows (SPSS) versi
11.0 untuk memudahkan proses penganalisian dibuat. Keputusan kajian rintis yang
diperolehi ialah 0.7062. Secara keseluruhannya elemen dalam komponen tugas iaitu
reka bentuk tugas, penetapan matlamat dan keadaan tempat kerja mempengaruhi
persepsi guru terhadap motivasi pada tahap yang tinggi. Manakala komponen individu
pula menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap eleman sikap tetapi hanya
sebahagian yang bersetuju mengenai elemen keperluan yang mempengaruhi motivasi.
Bagi komponen organisasi yang terdiri daripada budaya organisasi, kepimpinan
pengetua, konsep kesamarataan dan peranan rakan sejawat menunjukkan responden
bersetuju terhadap faktor yang dikemukakan dalam mempengaruhi motivasi mereka.
Kajian berdasarkan sikap keatas responden lelaki dan wanita menunjukkan masing-
masing mempunyai persepsi pada tahap yang sama.
vi
ABSTRACT
The aim of study is to determine perception of the teachers about three factor
of motivation include the component of task, individual and organization. A total of
71 teachers as the respondent involved in this study which the respondent are selected
by random from five school in Bandar Temerloh. The researcher had been done built
one set of the questionnaire as instrument in this study to collect the data from the
respondent. The questionnaire were distributed to school selected. All of the task
analysis data do with using SPSS programmer version 11.0. A reliability test
conducted and the result show 0.7062. As a whole element in the task component
such as task design, motive making and situation in workplace which influence the
teacher perception for the high motivation. Although the individual component
indicated high perception over the attitude element but only some part agree about the
needs influence the motivation. For the organizational component where by from
organization principle leader culture, equable concept and role of the others member
indicated the respondent agree with the factor. This study is based attitude over male
and female where by indicated the both of gender have the same lever of perception.
vii
KANDUNGAN
BAB PEKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
DAFTAR KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB l PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Skop Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 8
viii
BAB ll SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Tugas 11
2.2.1 Rekabentuk Tugas 11
2.2.2 Penetapan Matlamat 15
2.2.3 Keadaan Tempat Kerja 17
2.3 Individu 18
2.3.1 Sikap 18
2.3.2 Keperluan 21
2.4 Organisasi 23
2.4.1 Budaya Organisasi 23
2.4.2. Kepimpinan Pengetua 25
2.4.3 Konsep Kesamarataan 28
2.4.2. Rakan Sejawat 29
2,4,3 Jantina 30
2.5 Penutup 32
BAB lll METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Sampel Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Analisis Data 37
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Prosedur Kajian 40
3.9 Penutup 41
ix
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisa Data Bahagian A 43
4.3 Analisa Data Bahagian B 46
4.3.1 Analisa Persoalan Kajian 1 47
4.3.2 Analisa Persoalan Kajian 2 51
4.3.3 Analisa Persoalan Kajian 3 55
4.3.4 Analisa Persoalan Kajian 4 59
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KAJIAN.
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan 62
5.2.1 Latar Belakang Responden 63
5.2.2 Tugas 64
5.2.3 Individu 69
5.2.4 Organisasi 73
5.2.5 Jantina. 77
5.3 Rumusan 79
5.4 Kesimpulan 81
5.5 Cadangan 83
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.7 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN
LAMPIRAN A 90
LAMPIRAN B 96
LAMPIRAN C 98
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Likert Beserta Dengan Skor 36
3.2 Jumlah Item Berdasarkan Persoalan Kajian Dan 37
Skala Yang Digunakan Bagi Setiap Persoalan
Kajian
3.3 Pemeringkatan Skala Likert 38
3.4 Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 38
3.5 Kod sekolah Dan Jumlah Sample 39
3.6 Taburan Item Dan Jumlah Berdasarkan 39
Persoalan Kajian
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Jantina 43
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Guru Mengikut Umur 43
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Guru Mengikut Bangsa 44
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Guru Mengikut Taraf 45
Pendidikan
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Pengalaman 45
Mengajar
4.6 Respon Guru-Guru Mengikut Peratus Berdasarkan 47
Persepsi Mereka Terhadap Komponen Tugas Yang
Mempengaruhi Motivasi Semasa Di Sekolah
4.7 Respon Guru-Guru Mengikut Peratus Berdasarkan 51
Persepsi Mereka Terhadap Komponen Individu Yang
Mempengaruhi Motivasi Semasa Di Sekolah
xi
4.8 Respon Guru-Guru Mengikut Peratus Berdasarkan 55
Persepsi Mereka Terhadap Komponen Organisasi
Yang Mempengaruhi Motivasi Semasa Di Sekolah.
Respon Guru-Guru Berdasarkan Jantina Mengikut 59
Peratus Berdasarkan Mengenai Persepsi Mereka
Terhadap Sikap Guru Yang Mempengaruhi Motivasi
Semasa Di Sekolah
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik Kajian 90
B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Dasar 96
Pendidikan
C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. 98
1
BAB l
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Wujudnya Wawasan 2020, hasil cetusan idea Perdana Menteri, telah mengajak
setiap warganegara Malaysia memikirkan tentang realiti negara maju yang membawa
implikasi besar kepada fungsi institusi pendidikan. Kejayaan sekolah memikul
tanggungjawab banyak bergantung kepada kredibiliti para gurunya. Ini bererti sekolah
memerlukan guru-guru yang berdedikasi bagi merealisasikan hasrat ini. Kualiti dan
semangat seseorang guru perlu dipupuk dan dipertingkatkan pada setiap masa.
Pencapaian objektif sesuatu organisasi adalah bergantung kepada kualiti dan semangat
personelnya. Setiap guru pada asasnya mempunyai kualiti, perasaan, persepsi, motivasi,
kebolehan dan cita-cita yang berbeza daripada guru lain.
2
Menurut Abd. Rahim (1999), pencapaian para pelajar dalam peperiksaan
seringkali menjadi ukuran bagi menilai kualiti seseorang guru dan kebolehan guru
berkenaan mengurus dan merancang kejayaan para pelajar yang menghadapi peperiksaan.
Beliau juga menyatakan bahawa guru yang dapat mengekalkan pencapaian yang
cemerlang, dengan keputusan kejayaan yang tinggi dalam peperiksaan sudah tentu
mendapat pujian daripada para pelajar dan ibu bapa.
Apabila refomasi wujud dalam dunia pendidikan, guru selaku tunjang utama yang
perlu dibentuk untuk merealisasikan matlamat dan dasar tersebut. Justeru itu guru
sentiasa menjadi manusia yang paling peka dengan segala refomasi yang wujud dalam
ledakan arus pembangunan negara. Masyarakat pada hari ini telah menjuruskan bahawa
pengertian pendidikan itu ialah persekolahan, satu sistem pengajian yang formal di mana
satu institusi dan pembelajaran iaitu sekolah telah dibentuk untuk mendidik anak-anak
mereka dengan segala macam ilmu akademik.
Menurut Hairere (1997), guru telah dipertanggungjawabkan sebagai ejen
perubahan dan sebagai refomasi kepada pembentukan satu generasi yang akan mengisi
intipati Wawasan 2020. Apabila hal ini dapat dilaksanakan, nescaya generasi yang akan
datang terdiri daripada kalangan insan yang celik pada setiap kemajuan dan tidak kekok
dengan perkembangan yang dialami.
Di Malaysia, profesion perguruan memerlukan guru bermotivasi, profesionalisme
yang radikal dan drastik bagi menangani pelbagai masalah, cabaran dan jangkaan baru
dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan penyelidikan menjelang abad ke-21
(Abu Bakar, 2001). Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Guru juga berperanan dalam bidang kerohanian bagi meningkatkan iman para
pelajar.
3
Peranan guru memerlukan kesungguhan yang berterusan dan tidak hanya tertumpu
pada sesetengah aspek sahaja. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru, Robiah
(1994), menyatakan antara tumpuan utama dalam latihan perguruan yang diterapkan
kepada pendidik adalah melahirkan guru yang terlatih dan berkaliber serta bermotivasi
tinggi untuk menampung semua jenis sekolah dengan cara meninggikan kemahiran,
keberkesanan dan pengetahuan dalam hal-hal akademik dan profesionalisme.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam satu kajian burnout di kalangan guru di peringkat kedoktoran (Ph.D) yang
dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsan Malaysia (UKM),
Zubaidah Aman (1999), di 45 buah sekolah di 3 buah negeri mendapati 41.5 peratus guru
mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja yang dikatogerikan sebagai tidak
bermotivasi dalam profesion itu. Sebanyak 23.9 peratus lagi menyatakan mereka
bercadang meletak jawatan, dan 52.8 peratus mahu bersara awal. Dapatan beliau juga
menunjukkan sebanyak 62 atau 38.9 peratus guru mengalami tahap keletihan yang tinggi.
Menurut beliau juga, implikasi yang diistilahkan oleh beliau sebagai burnout di kalangan
guru terhadap sistem pendidikan adalah di tahap serius.
Implikasi kekurangan motivasi di kalangan guru juga turut mendapat perhatian
oleh Razali (2002), dalam Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-
Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Kali Ke-41. Beliau menegaskan bahawa
kumpulan guru yang memberikan masalah kepada pengetua ialah guru yang dikenal pasti
sebagai seorang yang pasif. Guru yang pasif adalah mereka yang menjalankan tugas
dengan melakukan sedikit mungkin dalam kerja profesional. Menurut beliau lagi
4
walaupun guru-guru tersebut telah mahir dan berpengalaman tetapi motivasi mereka
untuk mengajar adalah terlalu rendah sehingga menampakkan dirinya sebagai guru yang
tidak cekap.
Menurut President Gabungan Persatuan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS),
Shuhaimi Ibrahim (1999), mendapati masalah utama yang mengakibatkan guru tidak
bermotivasi adalah kerana dengan tugas tidak setimpal dengan gaji dan elaun yang
diperolehi di samping guru-guru dibebankan dengan pelbagai tugas di luar bidang
perguruan. Beliau juga menegaskan bahawa antara punca ramai guru lelaki meninggalkan
profesion ini kerana tiada insentif bagi perkhidmatan lebih masa seperti mengendalikan
kelas tambahan dan kegiatan ko-kurikulum sedangkan kakitangan kerajaan yang setaraf
akan dibayar sekiranya bekerja lebih masa.
Masalah kekurangan motivasi dikalangan guru perlu dibendung kerana sekiranya
guru bermotivasi tinggi, mereka dapat memainkan peranan sebagai pendorong kepada
kemajuan dan kejayaan para pelajar (Abd. Rahim, 1999). Ini menunjukkan bahawa
usaha-usaha yang dimainkan oleh guru akan mempengaruhi corak pendidikan sekaligus
menampakkan hasil iaitu turun naik pencapaian para pelajar dalam sesuatu bidang. Beliau
juga menyatakan bahawa kegagalan para pelajar dalam peperiksaan akan mencerminkan
kelemahan guru dan kelemahan kualiti pendidikan yang dicapai oleh sekolah pada
umumnya
5
1.3 Pernyataan Masalah
Apakah persepsi guru-guru di Bandar Temerloh mengenai motivasi semasa
menjalankan tugas di sekolah berdasarkan tugas, individu dan organisasi?
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti persepsi guru-guru mengenai motivasi berdasarkan tugas di
sekolah.
1.4.2 Mengenalpasti persepsi guru-guru mengenai motivasi berdasarkan individu.
1.4.3 Mengenalpasti persepsi guru-guru mengenai motivasi berdasarkan organisasi
sekolah.
1.4.4 Mengenalpasti persepsi guru lelaki dan guru wanita mengenai motivasi
berdasarkan sikap individu.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah persepsi guru mengenai motivasi berdasarkan tugas di sekolah?
6
1.5.2 Apakah persepsi guru mengenai motivasi berdasarkan individu?
1.5.3 Apakah persepsi guru mengenai motivasi berdasarkan organisasi sekolah?
1.5.4 Apakah persepsi guru lelaki dan guru wanita mengenai motivasi berdasarkan
sikap individu?