cara memberitahu wasiat pada keluarga

3
Apabila bercakap mengenai kematian, sudah tentu ia menggambarkan suasana yang pilu lantaran berlaku kehilangan melibatkan seseorang yang tidak akan kembali buat selama- lamanya. Kematian sering berkait rapat dengan wasiat yang mana merupakan satu saluran untuk menyalurkan harta yang ada. Wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas hartanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa selepas kematiannya (Kusyi Hirdan, 2013 ) . Ramai yang beranggapan wasiat cuma dibuat apabila harta terlalu banyak dan faktor usia meningkat. Stigma ini perlu diubah. Ajal maut tiada siapa yang tahu justeru, tidak kira muda atau tua, harus mula merancang pengurusan harta masing- masing. Pada peringkat keluarga, perkara ini menjadi isu yang sedikit sensitif walaupun hanya melakukannya sebagai persediaan masa hadapan. Dalam bilangan keluarga yang kecil yang mana saya mempunyai seorang isteri dan seorang anak, perbincangan mengenai wasiat ini berlaku antara saya, isteri serta pihak guaman yang terbabit sahaja. Perbincangan mengenai hal wasiat ini tidak terhad kepada waktu tertentu seperti ketika sakit atau tua, ia boleh dilakukan sewaktu dalam keadaan sihat dan bersedia. Perkara yang diambil kira semasa perbincangan mengenai wasiat termasuklah harta yang diwasiatkan, penama waris, pinjaman/hutang tertunggak, dan isu kepeguaman (Brett Widness, 2012). Dalam perbincangan menentukan harta yang ingin diwasiatkan, Semua harta benda adalah dibenarkan. Ia terdiri dari harta

Upload: luis-garcia

Post on 18-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ASSIGNMENT OUM

TRANSCRIPT

Apabila bercakap mengenai kematian, sudah tentu ia menggambarkan suasana yang pilu lantaran berlaku kehilangan melibatkan seseorang yang tidak akan kembali buat selama-lamanya. Kematian sering berkait rapat dengan wasiat yang mana merupakan satu saluran untuk menyalurkan harta yang ada. Wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas hartanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa selepas kematiannya (Kusyi Hirdan, 2013). Ramai yang beranggapan wasiat cuma dibuat apabila harta terlalu banyak dan faktor usia meningkat. Stigma ini perlu diubah. Ajal maut tiada siapa yang tahu justeru, tidak kira muda atau tua, harus mula merancang pengurusan harta masing-masing. Pada peringkat keluarga, perkara ini menjadi isu yang sedikit sensitif walaupun hanya melakukannya sebagai persediaan masa hadapan. Dalam bilangan keluarga yang kecil yang mana saya mempunyai seorang isteri dan seorang anak, perbincangan mengenai wasiat ini berlaku antara saya, isteri serta pihak guaman yang terbabit sahaja. Perbincangan mengenai hal wasiat ini tidak terhad kepada waktu tertentu seperti ketika sakit atau tua, ia boleh dilakukan sewaktu dalam keadaan sihat dan bersedia. Perkara yang diambil kira semasa perbincangan mengenai wasiat termasuklah harta yang diwasiatkan, penama waris, pinjaman/hutang tertunggak, dan isu kepeguaman (Brett Widness, 2012). Dalam perbincangan menentukan harta yang ingin diwasiatkan, Semua harta benda adalah dibenarkan. Ia terdiri dari harta bolehalih seperti tanah, rumah dan harta tidak boleh alih seperti akaun bank, saham, insuran kenderaan dan sebagainya Dari segi pewaris, terdapat satu kategori yang dinamakan pewaris utama. Pewaris utama ini terdiri daripada pasangan, anak perempuan sulung, anak perempuan yang masih di bawah tanggungan dan anak-anak lelaki. Dalam isu kepeguaman untuk kes wasiat ini, peguam bertindak untuk memberi nasihat tentang pembahagian harta dan memastikan wasiat dilaksanakan setelah pewasiat meninggal dunia. Kesimpulannya, untuk membuat wasiat, waris hendaklah mengetahui apa status mereka dalam wasiat tersebut dan sebaik-baiknya dilaksanakan dengan makluman kepada semua waris yang terlibat.(299 patah perkataan)

RUJUKAN :Brett Widness. (2012, May 30). 10 Things You Should Know About Writing a Will.AARP Bulletin.Hakimi Ismail. Harta Pusaka RM42b di Beku dlm. Utusan Malaysia, 28 Jun 2011.Panduan Permohonan Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Portal Rasmi Jabatan Bantuan Guaman Jabatan Perdana Menteri. (2013). Retrieve from http://www.jbg.gov.myPower of attorney. (2015). retrieve from http://www.ageuk.org.uk/money-matters/legal-issues/powers-of-attorney/power-of-attorney/Yazid Ahmad dan Ibnor Azli Ibrahim, 2006. Konsep Harta Menurut Perspektif Undang-undang Islam dan Undang-undang Sivil: Satu Tinjauan dlm. Jurnal Pengajian Umum Bil. 7. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.