tugasan 1 hibah dn wasiat

36
8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 1/36 HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI II GROUP05 D20112052654 1 HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI II TAJUK: TUGASAN 1 GROUP : UPSI05 (A131PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NOOR FARILA BINTI OMAR D20112052654 013-4949639 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR MOHD NOOR BIN DAUD TARIKH SERAH : 28 NOVEMBER 2013 HIBAH DAN WASIAT MENURUT PANDANGAN ULAMAK

Upload: noor-farila-omar

Post on 07-Jul-2018

271 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 1/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 1

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI II

TAJUK: TUGASAN 1

GROUP : UPSI05 (A131PJJ) 

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NOOR FARILA BINTI OMAR D20112052654 013-4949639

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR MOHD NOOR BIN DAUD

TARIKH SERAH : 28 NOVEMBER 2013

HIBAH DAN WASIAT MENURUT PANDANGAN ULAMAK

Page 2: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 2/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1 PENDAHULUAN 3

2 HIBAH DALAM ISLAM

2.1 DEFINISI HIBAH 4

2.2 HUKUM HIBAH 4

2.3 RUKUN HIBAH DAN SYARATNYA 6

2.4 PENERIMAAN BARANG

L Q BD

) DALAM HIBAH 8

2.5 PENARIKAN BALIK HIBAH 9

2.6 HUKUM PENARIKAN PEMBATALAN ) HIBAH 13

2.7 KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN 15

2.8 HIBAH KETIKA SAKIT YANG MENYEBABKAN KEMATIAN 16

2.9 HIBAH BERSYARAT 17

3 WASIAT

3.1 DEFINISI WASIAT 20

3.2 PENSYARIATAN WASIAT 21

3.3 HUKUM WASIAT 25

3.4 RUKUN DAN SYARAT WASIAT 26

3.5 JENIS-JENIS WASIAT 28

3.6 KADAR HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN 30

3 7 PENDAPAT JUMHUR ULAMA DAN FUQAHA’

  30

3.8 WASIAT KEPADA WARIS 31

3.9 PEMBATALAN WASIAT 32

4 KESIMPULAN 34

5 BIBLIOGRAFI 36

Page 3: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 3/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 3

1.0 PENDAHULUAN

Islam adalah agama yang sempurna yang telah menentukan cara-cara pemilikan

harta yang sah menurut hukum syarak seperti pemilikan melalui hibah, wasiat, wakaf

serta faraid. Menurut Mohd Zamro (2006,) pemilikan harta oleh seseorang individu

melalui salah satu cara tersebut telah diiktiraf oleh Islam sebagai hak milik sempurna.

Dengan demikian, hak milik tersebut tidak boleh dilucutkan oleh sesiapa pun tanpa

persetujuan dari pemiliknya melainkan dengan cara yang dibenarkan. Justeru itu, ia

adalah pengiktirafan kepada hak milik yang diberikan, oleh itu mereka layak

melaksanakan apa-apa tranksaksi berkaitan harta tersebut termasuklah melakukan

pindah milik, wakaf, wasiat dan hibah. Selain daripada itu, mereka juga berhak

mewariskan harta tersebut selepas kematian sebagai harta pusaka.

Pengurusan harta yang benar-benar menepati syara‟ amat diperlukan sebagai

menjamin dan memastikan harta beredar dan bergerak cergas di dalam berbagai-bagai

sektor kehidupan sehingga memungkinkan pengembangan harta dan penggunaannya

secara meluas dan menyeluruh mengikut garis panduan syarak.

Dalam masa yang sama juga, ia dapat memberi galakan kepada muamalah

kehartaan hingga dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga

dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara adil.

Pembekuan atau monopoli harta oleh beberapa pihak tertentu sahaja adalah

suatu keadaan yang ditolak oleh Islam kerana akan menimbulkan berbagai-bagai gejala

negatif dan bencana ke atas masyarakat dan negara. Dengan perhatian wajar dari

sistem pentadbiran harta menurut Islam, peredaran harta akan berlaku secara sihat dan

harmoni. Maka dengan sendirinya, nilai yang ada pada harta itu dapat dimaksimumkan

melalui penggunaan terus atau pelaburan. Keadaan ini sudah tentu dapat meningkatkan

taraf hidup umat Islam atau negara mereka.

Page 4: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 4/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 4

2.0 HIBAH DALAM ISLAM

2.1 DEFINISI HIBAH

Hibah dari segi bahasa adalah hadiah atau sedekah. Dari segi istilah syarak

pula adalah bermaksud memindahkan milik tanpa perlu menukar ganti. Dalam erti

lain, hibah ialah pemberian harta yang dilakukan oleh pemberi kepada penerima

semasa hidupnya tanpa mengharapkan balasan.1  Secara lebih khusus, hibah ialah

satu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain

tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala

di akhirat dan memuliakan seseorang dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul

atau seumpamanya.

Hibah merupakan satu komponen penting yang perlu dimasukkan dan

diaplikasikan dalam perancangan kewangan harta. Dalam perancangan kewangan

konvensional, hibah tidak dimasukkan sebagai salah satu komponen perancangan

kewangan harta kerana matlamat tidak mengarahkan kepada membuat kebajikan.

Jadi segala perancangan hanya dilakukan berdasarkan kemahuan yang diingini. 2 

Berdasarkan huraian definisi di atas, dapat dirumuskan cirri-ciri hibah adalah:

i. suatu akad pemberian hak milik harta kepada sesuatu pihak.

ii. harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukan hutang atau manfaat.

iii. akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan(iwad).

iv. ia dibuat dengan sukarela

v. akad yang dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan

seseorang tertentu.

1  Abdullah Alwi b Hj Hassan.2005. Teori & Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di

Malaysia. Hlmn 272  Abdullah Alwi b Hj Hassan.2005. Teori & Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di

Malaysia. Hlmn 28

Page 5: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 5/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 5

2.2 HUKUM HIBAH

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan sunat yang digalakkan dalam Islam

terutamanya kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini berdasarkan kepada Al Quran,

 Al Sunnah dan ijmak.

 Antara ayat al Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah dalam surah Al

Nisa ayat 4, Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin

mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya

memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah

(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik

kesudahannya.3 

Selain ayat di atas terdapat ayat lain yang menerangkan hibah seperti dalam surah Al

Baqarah ayat 177. Firman Allah S.W.T :

3 Al Quran Al Karim

Page 6: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 6/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 6

maksudnya; Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak

timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari

akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya

seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-

anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan

kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan

mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatanorang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan

ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa

kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-

orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan

mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.4 

Dalam surah ali imran ayat 92 , firman Allah S.W.T ;

4 Al Quran al Karim

Page 7: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 7/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 7

Maksudnya ; Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan

kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah

mengetahuinya.5 

2.3 RUKUN HIBAH DAN SYARATNYA6 

Para ulama bersepakat mengatakan bahawa hibah mempunyai rukun dan syarat

yang perlu dipenuhi sehingga hibah itu dianggap sah dan berlaku hukumnya. Menurut

Ibnu Rusyd, rukun hibah ada tiga:

  orang yang menghibahkan (al-wahib);

  orang yang menerima hibah (al-mauhub lah);

  pemberiannya (al-hibah).

Manakala menurut Abd al-Rahman al-Jaziri. bahwa rukun hibah ada tiga :

  „ Aiqid  (orang yang memberikan dan orang yang diberi) atau wahib dan mauhub

lah;

  mauhub (barang yang diberikan) harta;

  shighat  atau ijab dan qabul.

Menurut Ulama Hanafiyah pula rukun hibah ialah  ijab (ungkapan penyerahan/pemberian harta),

  qabul  (ungkapan penerimaan)

  qabd  (harta itu dapat dikuasai langsung).

Seterusnya Jumhur Ulama mengemukakan bahwa rukun hibah itu ada empat, iaitu

  orang yang menghibahkan,

  harta yang dihibahkan,

  lafaz hibah,

  orang yang menerima hibah.

Sebagai kesimpulan hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan

syarat seperti berikut:

5 Al Quran al Karim

6 Syaikh Muhammad. Panduan Hibah, Wakaf dan Wasiat

Page 8: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 8/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 8

i. Pemberi hibah ( al wahid )

Pemberi hibah hendaklah seorang yang sempurna akal, baligh, dan rushd.

Pemberi hibah juga adalah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana

pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had

kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk orang bukan Islam,

asalkan tidak melanggar hukum syarak.7 

ii. Penerima hibah ( al mawh ublahu )

Penerima boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan mempunyai keupayaan

memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima

hibah bukan mukallaf seperti belum baligh atau kurang upaya, hibah boleh

diberikan kepada wali atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah

mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya.

iii. Barang atau harta yang dihibahkan

Barang atau harta yang dihibahkan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

barang atau harta yang halal

barangan atau harta yang memounyai nilai di sisi syarak.

barang atau harta tersebut mestilah milik pemberi hibah.

ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. sebagai contoh, tidak sah

hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak kambing

yang masih dalam kandungan.

harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak

boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang

tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali,

hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan

adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar boleh

dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam. 8 

iv. Sighah iaitu Ijab dan Kabul

7 Hasbiyallah.2006. Fikih.jilid2. hlmn 66

8 Hasbiyallah.2006. Fikih. jilid2. hlmn 67

Page 9: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 9/36

Page 10: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 10/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 10

penerima hibah mestilah baligh dan berakal.12 Sekiranya penerima hibah

masih kanak-kanak atau tidak sempurna akal, pemegang amanah atau

wali berhak menerima hibah di pihaknya.

Cara penerimaan barang (al qabd)  adalah berbeza-beza mengikut, jenis harta

sama ada harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al qabd   boleh berlaku

dengan cara mengososngkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf  terhadap

harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya. Manakala harta alih pula,

al qabd   boleh dilakukan dengan cara mengambil dan memindah atau mengasingkan

harta tersebut dengan harta- harta lain.

2.5 PENARIKAN BALIK HIBAH

2.5.1 Penarikan Balik Hibah Sebelum Qabd  

Fuqaha berselisih pendapat tentang hukum penarikan balik hibah sebelum qabd

iaitu :

i. Mazhab Hanafi, Shafie Imamiyyah, Zaidiyyah  dan satu riwayat daripada

mazhab hanbali mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd.13 Mereka

berhujah berdasarkan ijmak para sahabat Rasulullah S.A.W yang

mengharuskan penarikan balik sebelum qabd.14 Dan ia dikatakan lagi dengan

hujah-hujah yang dikemukakan sebelum ini dalam masalah keperluan qabd

dalam akad hibah.

ii. Mazhab Maliki dan Zahiri  tidak mengharuskan penarikan balik hibah sebelum

qabd. Mereka berhujah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al Maidah

ayat 1 :

Maksudnya;  “ Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakan lah

 perjanjian- perjanjian..”  

12 Mustafa Khin. 2006M. Al Fiqh Al Manhaji ala Mazahib Imam Al Syafie. jild3 . Damsyik: Dar al

Qalam. Hlmn 113-114.13

Hassan 2004:6914

 Ibn Qudamah Hlmn 247.

Page 11: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 11/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 11

 Akad hibah berlaku apabila menyebut lafaz ijab dan qabul dari pemberi dan

penerima sehingga memberi kesan kewajipan menunaikan janji yang telah

diakadkan tanpa perlu kepada qabd. Mereka juga menggunakan logik akal

yang tidak perlu kepada qabd sebagai syarat sah sesuatu akad.

iii. Mazhab Hanbali  daripada riwayat yang lain mengharuskan penarikan balik

hibah sebelum qabd sekiranya barang yang dihibahkan itu berbentuk barang

yang disukat atau ditimbang. Namun sekiranya barang yang dihibah itu tidak

boleh disukat atau ditimbang tidak harus menarik balik hibah tersebut sebelum

berlakunya qabd.

2.5.2 Penarikan Balik Hibah Selepas Qabd

Penarikan balik hibah yang telah sempurna dengan qabd oleh penerima hibah selain

daripada hibah seseorang bapa kepada anaknya juga telah menjadi perselisihan

fuqaha tentang keharusan. Perselisishan tersebut terbahagi kepada 3 pendapat ;

i. Pendapat pertama

Pendapat ini merupakan pendapat mazhab Shafie , Hanbali, Abu Tahuari, Ibn

Hazm, Daud al Zahiry dan sahabat-sahabatnya  . Mereka berpendapat

bahawa hibah yang telah sempurna tidak harus bagi pemberi hibah menarik

balik hibahnya. Mereka berhujah dengan dalil berikut :

Maksudnya;  “ Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakan lah

 perjanjian- perjanjian..”  

Hibah merupakan akad yang wajib ditunaikan dan tidak harus ditarik balik.

ii. Pendapat Kedua

Pendapat Mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaydiyyah bahawa sekiranya hibah

itu diberikan kepada ajnabi dan telah sempurna pemberiannya dengan qabd oleh

penerima hibah maka tidak terhalang pemberi hibah daripaada menarik balik

Page 12: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 12/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 12

hibah yang telah diberikan kecuali jika terdapat salah satu daripada perkara

yang menghalang penarikan balik hibah. Sungguh pun begitu menurut mazhab

Hanafi ia makruh dan tidak digalakkan.

iii. Pendapat Ketiga

Pendapat ini adalah pendapat Al Nakhaei , al Tahuri dan Ishak bahawa hibah

boleh ditarik balik sekiranya diberikan kepada selain dari kaum kerabat dan

hibah yang tiada syarat balasan walaupun telah sempurna penyerahan

hibah.Mereka berhujag berdasarkan athar saidina Umar yang bermaksud:

“   sesiapa yang member hibah kepada seseorang yang mempunyai hubungan

kekeluargaan dengannya dalah harus dan sesiapa yang member hibah kepada

selain daripada yang mempunyai hubungan keluarga dengan dia lebih berhak

ke atas hibah itu kerana tidak mendapat apa-apa ganjaran daripadanya.

Berdasarkan athar di atas, tidak harus menarik balik pemberian hibah kepada

seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan sama ada boleh dikahwini

atau pun tidak dengan tidak mengkhususkan kepada keluarga yang boleh

dikahwini sahaja.

2.5.3 Perkara-Perkara Yang Menghalang Penarikan Balik Hibah Menurut Mazhab

Hanafi. 15 

Berlaku pertambahan yang tidak boleh dipisahkan pada barang yang dihibah

sama ada disebabkan perbuatan penerima hibah atau orang lain. Sebagai

contoh penerima hibah menambah binaan baru ke atas rumah yang dihibahkan

kepadanya.16  Pertambahan tersebut tidak termasuk pertambahan nilai kerana

pertambahan nilai tidak menjejaskan barang yang dihibah kekal pada bentuk

asalnya. Begitu juga pertambahan berasingan atau sesuatu yang boleh

diasingkan daripada barang asal yang dihibahkan . Contohnya buah dari kebun

15 Muhammad Husni 1994, hlmn 100

16 Al Zuhayli 1989, hlmn 31

Page 13: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 13/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 13

yang dihibahkan kerana pemberi hibah boleh menarik balik hibah kebun

tersebut manakala buah hasil kebun menjadi milik penerima hibah.

Kematian salah seorang daripada dua orang yang berakad hibah selepas

berlaku penyerahan . Ini kerana sekiranya penerima hibah meninggal dunia

barang yang dihibah akan menjadi milik ahli warisnya. begitu juga sekiranya

pemberi hibah meninggal dunia, maka ahli warisnya tiada hak untuk menarik

balik hibah tersebut.17 

Wujud syarat pertukaran atau balasan. Penerima hibah menggantikan hibah

yang telah diberikan oleh pemberi hibah dengan sesuatu balasan sebagaimana

yang disyaratkan oleh pemberi hibah.18 

Penerima hibah telah menjalankan urus niaga terhadap harta yang dihibah dan

ia bukan menjadi milik pemberi hibah. Contohnya penerima hibah pertama telah

menghibahkan harta tersebut kepada penerima hibah yang kedua,

menyebabkan pemberi hibah pertama terhalang dari menarik balik hibahnya.

Namun , jika penerima hibah pertama telah menarik balik hibah tersebut

daripa penerima hibah kedua , maka pemberi hibah pertama boleh menarik balik

hibahnya daripada penerima hibah pertama. 

Hibah yang dibuat oleh suami isteri kerana tujuan hibah adalah dasar atas kasih

saiang tanpa mengharapkan balasan berbanding hibah kepada orang lain.

Pemberian hibah itu hendaklah berlaku ketika pasangan dalam ikatan

perkahwinan dan tidak boleh menarik balik hibah tersebut walaupun telah

bercerai.19  Walau bagaimanapun, jika seorang lelaki menghibahkan sesuatu

kepada seorang perempuan kemudia mereka berkahwin, suami itu berhak

untuk menarik balik hibah yang berlaku sebelum perkahwinan.

17 Al Qadiri 1997, hlmn 494

18 Al Qadiri 1997, hlmn 497

19 AlQadiri 1997 hlmn 499-500

Page 14: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 14/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 14

Pemberian hibah kepada seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan

yang diharamkan berkahwin. Halangan penarikan balik hibah ini disebabkan

tujuan pemberian hibah tersebut adalah untuk merapatkan hubungan silatur

rahim sesame mereka. 20 

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Samrah bahawa Nabi Muhammad

SAW bersabda yang bermaksud :

“ Sekiranya hibah diberikan kepada kerabat kamu yang tidak boleh dikahwini ia

tidak boleh di tarik balik.”  

Harta hibah yang rosaka dan hilang manafaatnya. Tidak boleh menarik balik

hibah dengan nilai barang yang telah rosak kerana nilai barang yang dihibahkan

tidak disebut ketika berakad dan penerimaan hibah tidak dikenakan gantian.21 

2.6 HUKUM PENARIKAN (PEMBATALAN) HIBAH

Menurut Mohd Zamroo Muda 2009, apabila sempurna sesuatu akad dengan

memenuhi rukun dan syarat serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al qabd) 

harta tersebut menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan („iwad). Namun

begitu, terdapat perselisihan dikalangan fuqaha‟ dalam pembatalan dan penarikan

hibah.

2.6.1 Berikut Antara Pendapat- Pendapat Ulamak Dan Fuqaha Tersebut:

I. Menurut pendapat Mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh

menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah

tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd ), kecuali jika hibah itu

dibuat dengan balasan (‟iwad). 

II. Menurut pendapat Mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab

Maliki penarikan hibah berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul . Tetapi

20 Innas Abbas Ibrahim hlmn 91

21 Al Zuhayli 1989 :31

Page 15: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 15/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 15

apabila disertakan dengan penyerahan dan penerimaan barang , hibah

berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (

termasuk ibu, datuk nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama

mana harta tersebut tidak ada kaitan dengan orang lain.

III. Menurut pendapat Imam Ahmad dan Mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak

boleh menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa termasuk

 juga ibu, datuk nenek dan usul yang lain kepada anak-anaknya.22 

Bukti ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“ Orang yang menarik balik hibahnya sama sepert i anj ing yang memakan

balik muntahnya..”  Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Rumusannya , para fuqaha‟ bersetuju dengan keharusan pembatalan hibah sekiranya ia

dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui

keputusan hakim.

2.7 KADAR HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN

Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak

dihibahkan. Keadaan ini berlaku kerana harta yang hendak dihibahkan adalah harta

milik pemberi hibah. Oleh itu terpulanglah kepada pemberi hibah membuat

pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam

menggalakkan hibah diberikan secara adil, terutamanya terhadap anak-anak.

2.7.1 Pendapat Jumhur Ulamak

Menurut pendapat jumhur ulamak bahawa sunat menyamakan pemberian di

antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka

adalah makruh hukumnya walaupun pemberian itu sah.23 

22 Hadji Abdoerraoef. 1970. al Quran dan ilmu Hukum. Hlmn 111

23 al Damiri 2004, hlm 556-557

Page 16: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 16/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 16

Bagi Abu Yusuf , melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-

anak adalah diharuskan jika ibu bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-

anak yang lain. sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, menjadi kewajpan mereka

menyamakan pemberian tersebut. 24 

Manakala Mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak

merupakan perkara wajib. Manakala menurut Imam Malik,  tidak boleh memberi hibah

kepada semua harta sesetengah anaknya dan tidak kepada orang lain.

Menurut pendapat Hanafi , Syafie, Maliki dan Abu Yusuf , cara pemberian

harta yang adil kepada anak-anak semasa hayat ialah dengan cara menyamakan

pemberian tersebut tanpa membezakan di antara anak lelaki dan perempuan.25 

Manakala Hanbali dan Muhammad Bin Hassan al Shaybani berpendapat, keadilan

yang dikehendaki dalam pemberian adalah mengikut kadar dalam pembahagian harta

pusaka iaitu bahagian lelaki menyamai dua bahagian perempuan.

2.8 HIBAH KETIKA SAKIT YANG MENYEBABKAN KEMATIAN.

Syarat- syarat diperlukan bagi menentukan marad al mawt   ataupun hibah ketika sakit

yang boleh menyebabkan kematian.

2.8.1 Syarat-syaratnya ialah

i. penyakit yang boleh menyebabkan kematian

ii. penyakit itu menyebabkan kecemasan kematian dalam fikiran si mati.

iii. terdapat tanda-tanda luar yang menunjukkan bahawa penyakit itu berat.26 

2.8.2 Ciri-ciri marad al mawt  ialah:

i. sesuatu penyakit itu yang menyebabkan kematian.

ii. kematian yang diakibatkan oleh sesuatu penyakit itu berlaku dalam masa satu

tahunatau selepas satu tahun (dalam keadaan penyakit itu bertambah berat).

24 Inas 1993. hlm 92

25 al Damiri 2004, hlm 558

26 Mohd Zamro, Instrumen hibah dan wasiat.Hlmn 6.

Page 17: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 17/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 17

iii. sesuatu penyakit itu boleh melupakan dan melalaikan seseorang pesakit

daripada kepentingan yang bersifat keduniaan.27 

Hibah ketika marad al mawt   ialah pemberian yang dibuat oleh seseorang yang sakit

tenat hingga membawa kepada kematian. Dalam undang-undang Islam pemberian itu

melibatkan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang hibah dan wasiat. Sekiranya

pemberi hibah menemui ajal dengan lafaz pemberian itu, maka pemberian tersebut

adalah sama pemberian melalui wasiat dan tertakluk kepada hukum wasiat iaitu:

1. pemberian itu tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati

2. pemberian itu tidak diberikan kepada si waris kecuali waris-waris lain

bersetuju.28 

Walau bagaimanapun, jika pemberi hibah tersebut itu hidup dengan itu pemberian

termasuk di dalam hukum hibah dan tertakluk kepoada hukum pemberian semasa

hidup iaitu penyerahan hak pemunyaan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah.

Oleh itu, dalam Majallah al Ahkam al‟Adliyyah  telah menerangkan beberapa perkara

yang berkaitan hibah ketika marad al –Mawt  

i. Apabila seseorang yang tidak mempunyai waris menghibahkan semua hartanya

kepada seseorang pada masa marad al mawt, kemudian pemberian itu diterima

maka hibah itu hukumnya adalah sah.( Perkara 877). 

ii. Apabila seseorang suami menghibahkan semua hartanya kepada isterinya atau

sebaliknya pada masa marad al mawt  dan hibah itu diterima, sedangkan mereka

tidak mempunyai waris lain , dengan demikian hibah tersebut adalah sah dan

baitulmal tidak boleh campurtangan dalam harta peniggalannya (Perkara 878). 

27 perkara 1595 Majallah al- Ahkam al- ‘Adliyyah 

28  Muhammad al-Zuhayli.2001. Al Faraid wa al-Mawarith wa al wasaya. Beirut: dar al Kalam al

Tayyib.

Page 18: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 18/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 18

iii. Apabila seseorang telah menghibahkan sesuatu harta kepada salah seorang

daripada waris pada masa marad al mawt  dan selapas kematiannya waris-waris

lain tidak bersetuju dengan hibah tersebut tidak sah (Perkara 879).

2.9 HIBAH BERSYARAT (AL-‘UMRA DAN AL-RUQBA)

 Al umra adalah pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi

hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah. Al

„umra  juga bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada

hayat salah seorang sama ada pemberi hibah dan penerima hibah. Sekiranya

penerima hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan dikembalikan kepada

pemberi hibah. Sekiranya pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah akan

dikembalikan kepada waris pemberi hibah.

Contoh lafaz hibah al - „umra :

pemberi hibah berkata ; “ tanah ini aku b erikan (hibahkan) kepada kamu

semasa kamu hid up dan jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku,

 j ika ak u mas ih h idup dan kepad a war is ak u jika ak u tel ah mat i ”. 

Manakala al Ruqba ialah pemberian dengan bersyarat kematian salah satu pihak

sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah

satu pihak yang hidup.  Al Ruqba  juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang

ditentukan oleh pemberi hibah , di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah

sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia

sebelum pemberi hibah, harta hibah tersebut akan kembali kepada pemberi hibah.

Contoh lafaz hibah al-Ruqba  :

Pemberi hibah berkata; “ tanah ini aku b erikan kepada kamu sebagai ruqba

dan jika kamu m ati dulu m aka harta itu kembali kepada aku dan jika aku

mati dulu maka harta itu untuk kamu.”  

Page 19: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 19/36

Page 20: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 20/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 20

hibah „umra  dan hibah ruqba  tidak diharuskan adalah berpandukan kepada hadis

Rasullullah S.A.W yang bermaksud:

“ janganlah kamu memberi hibah sama ada secar a „umra atau ruqba.”  

Manakala mazhab yang mengharuskan hibah „umra dan hibah ruqba pula

berhujah dengan hadis ini yang bermaksud;

“ (Hibah) „umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka.”  

3.0 WASIAT DALAM ISLAM

3.1 DEFINISI WASIAT

Dari segi bahasa, wasiat berasal daripada perkataan wassa yang beerti

memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati.

 Ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat  bahasa ia berasal daripada kata sifat

wassa yang beerti menghubungkan atau menyampaikan. Ini bermaksud

menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang

semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.29 

Manakala wasiat dari segi istilah pula ialah pemberian atau sumbangan oleh

seseorang kepada orang lain setelah meninggal dunia sam ada perkataan wasiat

itu diucap atau tidak. Menurut Mazhab shafie, wasiat ialah pemberian satu hak

yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada

dengan menggunakan lafaz atau tidak. 30 

Menurut Abdul Karim Zaydan pula, wasiat ialah member milik kepada seseorang

secara sukarela yang dilaksanakan selepas kematian pewasiat sama ada benda atau

manafaat. Ada juga fuqaha‟ yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh

seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda , hutang atau manafaat untuk

dimilki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

29  Mohd Zamro. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam. Instrumen Hibah dan Wasiat. hlmn 13

30 Mohd Zamro. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam. Instrumen Hibah dan Wasiat. hlmn 13

Page 21: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 21/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 21

Dalam Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, wasiat ialah

ikrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat

untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang

dibenarkan hukum syarak selepas dia mati.31 

Manakala dalam seksyen 2(1), Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan

2004 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 mendefinisikan wasiat ialah iqrar

seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya,

untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan

menurut hukum syarak selepas dia mati.32 

3.2 PENSYARIATAN WASIAT

Wasiat disyariatkan melalui nas Al Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak.

Pada peringkat permulaan Islam, seseorang diperintahkan berwasiat kepada ibu bapa

dan kaum kerabat yangterdekat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al

Baqarah ayat 180 :

maksudnya; “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada

meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat

dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas

orang-orang yang bertaqwa.” 33 

Walau bagaimanapun, kebanyakkan para sahabat antaranya Saidina Abu Bakar,

 Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie berpendapat

bahawa hukum wajib ini telah dimansuhkan dengan turunnya aya-ayat al Mawarith iaitu

ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telahditetapkan ke atas waris –waris dalam pembahagian harta pusaka.34 

Firman Allah dalam surah al- Nisa‟ ayat 176 : 

31 Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999.

32 Enakmen Wasiat Orang Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan.

33 Al Quran al Karim

34 Al Quran al Karim 

Page 22: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 22/36

Page 23: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 23/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 23

Maksudnya; “  Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk)

anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang

anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian

mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak

 perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu.

Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta

yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak

mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka

bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang

saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu)

ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah

dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui

siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu

(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang

diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha

Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” 36  

Firman Allah SWT dalam surah al Nisa ayat 12 :

36 Al Quran al Karim

Page 24: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 24/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 24

Maksudnya; “Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri

kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka

kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan

wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka

(isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak

mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-

isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan

wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati

yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan

ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)

maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka

(saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu

 pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan

wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat

yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap

satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi

Maha Penyabar.” 37  

37 Al Quran al Karim

Page 25: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 25/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 25

Oleh itu, perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu

menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (sunat) masih kekal dan sebaik-baik wasiat

itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang tidak berhak mendapat

harta pusaka.

Firman Allah SWT dalam surah al Ma‟idah ayat 106 : 

Maksudnya; “ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu

hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua

orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan

kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang

membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah)

kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh)

bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual

sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum

kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi

(sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya)

tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa" 38  

Terdapat juga hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat .

 Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda

yang bermaksud;

38 Al Quran al Karim

Page 26: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 26/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 26

“ Tiada hak ( patut) bagi seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh

diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis disisinya. ” 39 

Dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“ sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan

yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertaqwa dan

bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa-dosa yang diampunkan.” 40  

Dari segi ijmak , telah berlaku ijmak di kalangan para fuqaha‟ Islam semenjak

zaman sahabat bahawa wasiat adalah harus dan tidak pula diriwayatkan bahawa ada di

kalangan mereka menolak.41 

3.4 HUKUM WASIAT

Mengikut pendapat mazhab sunni yang empat dan al- Zaidiyyah  bahawa

sesungguhnya wasiat itu tidak difardukan ke atas setiap orang yang mempunayi harta

dan tidak juga difardukan untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak menjadi

waris akan tetapi hukumnya adalah bergantung kepada keadaan  –  keadaan tertentu

contohnya seperti berikut:

Wajib  – jika terdapat tanggungjawab syarie yang dilaksanakan seperti zakat dan

haji serta dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu

 juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak

dikenali oleh orang lain.

sunat  –  jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan

mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga wasiat kepada orang

miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.

Harus  –  jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana

mereka bukan golongan yang berilmu dan beramal soleh.

Makruh - jika pewasiat kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai

serta memerlukan harta.

39 Riwayat Bukhari dan Muslim

40 Riwayat Ibn Majjah

41 Eksiklopedia Imam Syafie. Biografi dan Pemikiran Mazhab Fiqih Terbesar.

Page 27: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 27/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 27

Haram  – jika berwasiat kepada perkara yang haram.42 

3.4 RUKUN DAN SYARAT WASIAT.

Wasiat mempunyai rukun dan syarat . Syarat-syarat dan rukunnya ialah:

i. Pewasiat ( Musi )

Pewasiat hendaklah

seorang yang mukallaf( baligh dan berakal),

merdeka

dengan pilihan sendiri

pemilik kepada harta yang diwasiatkan. 43 

Menurut Seksyen 6, Enakmen Wsaiat orang Islam Selangor 1999, Enakmen

Wasiat Orang Islam Melaka 2005, dan Enakmen wasiat Orang Islam Negeri

Sembilan 2004 memperuntukan bahawa seseorang pewasiat hendaklah telah

mencapai umur 18 tahun, sempurna akal, bertindak dengan sukarela dan tidak

dipaksa serta tidak dilarang daripada mengurus hartanya.

ii. Penerima Wasiat ( Musa Lahu )

Penerima wasiat hendaklah diketahui , wujud pada masa kematian pewasiat,

berkeahlian memiliki harta dan bukan waris mengikut pendapat jumhur ulama‟

(Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali).44 

Penerima wasiat juga boleh terdiri daripada golongan fakir miskin, ulamak,

masjid, sekolah dan sebagainya yang berbentuk umum dan tidak dikhususkan

tetapi wasiat tersebut bukanlah bertujuan maksiat. 45 

iii. Harta yang diwasiatkan ( Musa Bini).

Harta yang diwasiatkan sama ada harta alih atau tidak alih atau manafaat yang

bernilai disisi syarak, boleh dipindahkan milik selepas kematian pewasiat dan

wujud dalam milikan pewasiat atau wujud semasa kematian pewasiat.46 

iv. Sighah (Ijab dan Qabul)47 

42 Jurnal Syariah . Jilid 5. Hlmn 65

43 Wan Abdul Halim Wan Harun. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta Cara Faraid.

Hlm 13444

 Abdul Rashid Abd Latif.1986. Wasiat Dalam Islam: Pengertian dan Kedudukannya.45

 Wan Abdul Halim Wan Harun. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta Cara Faraid.

Hlm 13446

 Wan Abdul Halim Wan Harun. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta Cara Faraid.

Hlm 135

Page 28: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 28/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 28

Sighah wasiat boleh berlaku sama ada secara sarih atau kinayah dan sama ada

melalui lisan, tulisan dan syarat. Antara syarat sighah ialah:

Qabul atau penerimaan dianggap sah jika dibuat selepas kematian pemberi

wasiat. Penerimaan atau penolakkan yang dibuat semasa hidup pemberi wasiat

tidak dikira.

Penerimaan oleh penerima wasiat tidak disyaratkan dengan segera apabila telah

berlaku kematian pemberi wasiat.

sesuatu wasiat itu tidak memerlukan penerimaan sekiranya ia untuk pihak yang

umum yang tidak ditentukan seperti wasiat untuk fakir miskin dan ulama‟. 

Jika wasiat itu untuk seseorang yang khusus atau orang-orang yang tertentu

yang terhad bilangannya maka disyaratkan penerimaan atau persetujuan

penerima wasiat sebagai bukti penerimaan kerana ada kemungkinan penerima

wasiat menolak wasiat tersebut. Jika berlaku penolakan daripada penerima

wasiat, wasiat itu terbatal.

pewasiat boleh meletakkan syarat dalam wasiatnya tetapi hendaklah tidak

menyalahi syarak. pemberi wasiat boleh berwasiat kepada bayi yang msih

dalam kandungan dengan syarat bayi tersebut lahir pada masa wasiat itu dibuat.

Sekiranya penerima wasiat meniggal dunia selepas pewasiat tetapi belum

sempat menyatakan penerimaan atau menolak wasiat tersebut, waris penerima

wasiat boleh menerima wasiat atau menolaknya.48 

3.5 JENIS WASIAT49 

Terdapat empat jenis wasiat :

1. Wasiat Mutlak

Wasiat ini ialah wasiat yang dilakukan dengan bebas atau tidak terikat dengan

syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas harta yang diwasiatkan yang

mungkin diletakkan oleh pemberi wasiat. Oleh itu, mazhab Syafie dan Hanbali

berpendapat kesan daripada wasiat ini ialah ia akan berkuatkuasa selama-

lamanya.

47 Abdul Rashid Abd Latif.1986. Wasiat Dalam Islam: Pengertian dan Kedudukannya.

48 Wan Abdul Halim Wan Harun. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta Cara Faraid.

Hlm 13649

 Syaikh Muhammad. Panduan Hibah, Wakaf dan Wasiat

Page 29: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 29/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 29

2. Wasiat Bersyarat

Wasiat bersyarat ialah wasiat yang mengandungi syarat-syarat tertentu yang

dikenakan oleh pewasiat. Para fuqaha’ mempunyai pendapat yang sama

bahawa sah syarat-syarat diletakkan dalam wasiat asalkan ia tidak

menyalahi syarak sama ada dari sudut harta, tujuan atau cara mengerjakan

syarat-syarat yang dikenakan dan hendaklah wasiat itu membawa

kebaikan kepada penerima, pewasiat atau selainnnya. Oleh itu, wasiat yang

mempunyai syarat-syarat yang sama akan mengikat penerima dan terpulang

kepada penerima wasiat sama ada menerima wasiat yang berserta syarat-

syaratnya atau menolak wasiat tersebut. Sekiranya syarat-syarat terkandung di

dalam wasiat bersyarat ini adalah sah disisi syarak tetapi tidak dipenuhi oleh

penerima wasiat maka kesannya ialah wasiat menjadi batal.

3. Wasiat Am

Wasiat am pula adalah wasiat yang dibuat berbentuk umum seperti penduduk

sebuah kampung atau bandar. Wasiat berbentuk am ini adalah merangkumi

kesemua ahli penduduk tempat tersebut sama ada Islam ataupun kafir.

Terdapat perbezaan di kalangan fuqaha’ mazhab Hanafi, Abu Yusuf yang

mengatakan adalah memadai sekiranya wasiat itu diberikan kepada

seorang daripada kumpulan yang ramai. Manakala Muhammad Hassan al-

Shaybani menyatakan hendaklah sekurang-kurangnya diberikan kepada

dua orang daripada mereka.

4. Wasiat Khas

Wasiat khas adalah wasiat yang dikhususkan untuk pihak tertentu.

Terdapat kemungkinan pewasiat dalam berwasiat kepada seseorang yang

tertentu membuat perbandingan kadar yang hendak diwasiatkan dengan kadar

yang sepatutnya diterima oleh salah seorang waris pewasiat.

Sebagai contoh pemberian kepada seseorang dengan kadar yang sama

banyak dengan anak lelakinya. Untuk kes seperti ini, perlu memastikan pewasiat

ada meninggalkan anak atau tidak, jantina anak dan jumlah anaknya.

Merujuk kepada kes yang diulas di atas, menurut pendapat Imam

Syafie, Imam Hanafi, al-Sha’bi, al-Nakha’I dan al-Tahwri sekiranya pewasiat

Page 30: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 30/36

Page 31: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 31/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 31

3.7 PENDAPAT JUMHUR ULAMA/ FUQAHA’ MENGENAI KADAR HARTA YANG

DIWASIATKAN

Terdapat beberapa perselisihan pendapat di kalangan ulamak dan fuqaha mengenai

kadar harta yang diwasiatkan.

Mazhab Syafie , Hanafi dan Hanbali:

Pewasiat tidak disyaratkan mengetahui kadar sebenar harta yang ada pada

masa ia melakukan wasiat kerana harta yang sebenar yang diambil kira adalah

harta yang ada pada waktu kematiannya.

Wasiat yang tidak dijelaskan kadar sebenar yang sepatutnya diterima oleh

penerima wasiat dan gagal mendapat penjelasan yang sebenar daripada

kenyataan pewasiat ditentukan oleh waris-waris untuk menentukan kadar yang

sebenar.

Pendapat Qatadah

Sebaik-baik wasiat adalah dengan akdar 1/5 bahagian harta dan dipersetujui

oleh ahli-ahli fiqh Basrah.

Al-Sha’bi 

Kebanyakkan ulama cenderung dengan kadar ¼ dan 1/5 bahagian harta sahaja.

3.8 WASIAT KEPADA WARIS

Waris adalah orang yang berhak mendapat harta pusaka si mati sama ada terdiri

daripada waris ashab al-furud atau „asabah. seksyen 2(1) Enakmen wasiat Orang

Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005, dan enakmen Wasiat

Orang Islam Negeri Sembilan 2004 mentafsirkan waris ialah seorang yang mempunyai

hak mewarisi harta pusaka menurut hukum syarak.

Waris sebagai penerima wasiat mestilah menjadi waris ketika kematian pewasiat

bukan ketika wasiat dibuat. Oleh yang demikian, seseorang mewasiatkan sebahagian

hartanya kepada saudaranya ketika beliau tidak mempuyai anak kemudian beliau

mendapat anak lelaki sebelum meninggal dunia, maka wasiat tersebut adalah sah.51 

51 Syaikh Muhammad.Panduan Hibah Wakaf dan wasiat. Hlmn 234

Page 32: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 32/36

Page 33: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 33/36

Page 34: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 34/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 34

vi. Penerima Wasiat Meninggal Dunia Sebelum Pewasiat.

Keempat-empat mazhab sunni bersependapat  bahawa wasiat terbatal

disebabkan kematian penerima wasiat sebelum pewasiat meninggal dunia.

Ini kerana wasiat hanya boleh berlaku seleas kematian pewasiat dan penerima

wasiat menerima wasiat tersebut. Begitu juga, wasiat terbatal jika penerima

wasiat meninggal dunia selepas kamatian pewasiat, sedangkan penerima

wasiat belum menerimanya menurut pendapat jumhur kecuali Mazhab Hanafi.

vii. Penerima Wasiat Membunuh Pewasiat.

Menurut pendapat Mazhab Hanafi dan Hanbali  wasiat kepada pembunuh

adalah terbatal, sama ada pembunuhan itu berlaku sebelum berlaku wsaiat

seperti seseorang mencenderakan seseorang lain dengan tujuan membunuhnya,

kemudian sebelum dia meninggal dunia, dia sempat mewasiatkan hartanya

kepada orang yang mencederakannya itu, atau selepas berlakunya wasiat,

walaupun diizinkan oleh waris-waris tetapi wasiat tersebut tetap juga terbatal.

Oleh itu, bentuk pembunuhan yang menyebabkan terbatalnya wasiat menurut

kedua-dua mazhab ini adalah sama seperti halangan pewarisan.

Walau bagaimanapun, mazhab Syafie, Maliki, dan Shiah Imamiyyah

berpendapat bahawa tersebut tidak terbatal walaupun pembunuhan itu secara

sengaja atau bertujuan untuk mempercepatkan kematian pewasiat supaya

mendapat harta yang diwasiatkan itu dengan segera. Ini kerana wasiat

merupakan suatu akad pemilikan sama seperti hibah dan ia berlainan dengan

pewarisan.

viii. Berlaku Kerosakkan Terhadap Harta Yang Diwasiatkan.

wasiat terbatal jika harta yang dinyatakan di dalam wasiat itu rosak sebelum

berlaku penerimaan.56 

56 Panduan Hibah, Wakaf dan Wasiat hlmn 297

Page 35: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 35/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

D20112052654 35

4.0 KESIMPULAN

Pengurusan harta sangat penting dan mempunyai manafaat dan tujuan

kebaikan tetapi malangnya masih ramai di kalangan masyarakat di negara ini yang

mempunyai kesedaran di tahap yang sederhana untuk membuat perancangan awal

dalam pengagihan harta. Menurut statistik, dianggarkan tunggakan kes tuntutan harta

pusaka di Malaysia telah mencecah RM42 bilion. Kebanyakkan kes tersebut melibatkan

harta milik orang Islam sebanyak 90 peratus. 57 

Sebagai penyelesaian, hibah dilihat mampu menjadi alternatif kepada

pengagihan harta pusaka sebagai langkah mengurangkan masalah yang timbul

akibat kegagalan dan kelewatan pengagihan harta melalui faraid tanpa mengetepikan

hukum faraid dalam aspek pembahagian harta.

Selain itu, setiap negeri perlu mewujudkan satu akta atau enakmen hibah orang

islam secara khusus, kemas dan seragam bagi memudahkan sebarang rujukan dibuat

apabila timbul petrsoalan tentang hibah. Hal ini penting sebagai rujukan Mahkamah

Syariah dalam menentukan kesahan sesuatu hibah yang dibuat. 58 

Manakala bagi negeri yang belum ada akta atau enakmen wasiat orang islam,

perlulah diwujudkan akta atau enakmen berkenaan sebagai panduan masyarakat Islam

dan Mahkamah Syariah dalam soal yang membabitkan wasiat. Ini adalah bagi

memastikan pembahagian harta yang dilaksanakan menjadi lebih mudah dan dapat

memberikan faedah yang maksima bukan sahaja kepada waris-waris malahan

kepada orang yang telah meninggal dunia.

Seterusnya jawatankuasa fatwa sama ada di peringkat negeri mahupun

kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa yang lebih jelas dan tegas untuk dijadikan garis

panduan kepada umat Islam yang ingin melaksanakan hibah dan wasiat supaya ia

bersesuaian dengan kehendak semasa di samping menepati hukum syarak.

57 Pengurusan Harta Melalui Hibah. Hlmn 93

58 Mohd Fitri Abdul Rahman . Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Hlmn 110

Page 36: Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

8/18/2019 Tugasan 1 Hibah Dn Wasiat

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-hibah-dn-wasiat 36/36

HIS3073: AL FIQH AL ISLAMI IIGROUP05

BIBLIOGRAFI

 Al Quran al Karim

Imam Az Zabidi. 2008H. Ringkasan Sahih Al Bukhari. Indonesia. Bandung

 Abdullah Alwi b Hj Hassan.2005. Teori & Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di

Malaysia. Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Syaikh Muhammad. Panduan Hibah, Wakaf dan Wasiat.

Paizah Hj Ismail dan Ridzwan Ahmad.2000. Fiqh Malaysia: Ke arah Pembinaan Fiqh

Tempatan Yang terkini .. Kuala Lumpur. Alaf 21 Sdn. Bhd

Siti Mashitoh Mahamood.2006. Harta  Amanah Orang Islam di Malaysia: Perspektif

Undang-undang dan pentadbiran. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Mohd Fitri Abdul Rahman . 2004. Bagaimana Mengurus Harta Pusaka.Selangor Darul

Ehsan. Malaysia. PTS Profesional Sdn. Bhd.

Osman Sabran. 2001.Urus Niaga Al Qard al Hassan dalam Pinjaman tanpa Riba. Johor

Bahru. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia

Wan Abdul Wan Harun.2011. Mengurus Harta PUsaka : Asas Pembahagian Harta

Pusaka Cara Faraid. Selangor . Malaysia. PTS Profesional Sdn. Bhd.

 Al- Zuhayli, Wahabah. 1409H/1989M. Al Fiqh al- Islamiywa Adillatuh.‟et3. Damsyiq: Dar

 Al –Fikr.

Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005

Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004.

Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999.

Jurnal Mualamalat Bil 3.2010.

Jurnal Hadhari 5(1) 2013 91-104