cara memajukan perniagaan di pasar malam

Upload: kenari-ipp

Post on 03-Apr-2018

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Cara Memajukan Perniagaan Di Pasar Malam

    1/3

    Rata-rata rakyat Malaysia sangat ghairah jika ke pasar malam. Bukan itu sahaja, kehadiran

    pasar malam juga pasti dinanti. Pengguna juga berkira-kira untuk membeli barang dan

    bersabar menanti kehadiran pasar malam. Sedikit sebanyak kemunculan pasar malam

    membantu mereka melancarkan urusan harian. Seawal pukul 4 petang, peniaga mula

    memasang payung, mengemas dan menyusun produk yang cuba dipasarkan. Pasar malam

    akan mula ditutup menjelang pukul 10 malam semasa jumlah pengunjung semakinberkurangan. Hampir semua keperluan seharian dari barang makanan, bekalan makanan

    mentah, pakaian, barang hiasan rumah, dan kelengkapan dapur boleh didapati di sini.

    Selain itu, belian secara borong juga akan menjimatkan kos lebih-lebih lagi dalam keadaan

    ekonomi hari ini. Paling menguntungkan, harga barangan di pasar malam juga jauh lebih

    murah berbanding dengan harga pasaran biasa. Taraf hidup yang semakin tinggi

    menyebabkan masyarakat terpaksa mengeluarkan belanja yang besar. Mungkin ada sesuatu

    yang mereka cari di pasar malam atau sekadar cuma mahu melihat gelagat dan merasai bingit

    suasana pasar malam. Atau juga sekadar mengisi masa dan berjalan-jalan, jika berjumpa

    dengan apa yang dicari, pasti barang itu akan dibeli.

    Semua peniaga pasar malam mengharapkan keuntungan daripada produk yang dipasarkan.

    Jika tidak, pusingan modal gagal dibuat dan perniagaan mereka terpaksa dihentikan. Maka,

    setiap peniaga mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan pelanggan mereka tidak

    lari dan tidak penah jemu mendapatkan produk yang dipasarkan. Mungkin juga peniaga

    memasang strategi pernigaan yang efektif dan berkesan untuk terus menarik pelanggan dan

    perhatian pengguna baru. Cara-cara yang digunakan peniaga ini sememangnya didapati

    berkesan dan mempunyai pengaruh terhadap pengguna dan pembeli. Oleh itu, peniaga pasar

    malam akan berniaga dengan jujur agar pengguna mereka juga mampu bertahan dengan hasil

    produk yang dibeli. Wang yang diperuntukan untuk berbelanja membeli barang makananjauh lebih menjimatkan dan mempunyai baki untuk simpanan pengguna. Jadi, buat apa

    berbelanja lebih jika barang yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang sama boleh didapati di

    pasar malam.

    Berani dan Lantang Melontarkan Suara

    Peniaga di pasar malam perlu lebih berani dan lantang untuk melontarkan suara mereka untuk

    meraih keuntungan. Kebanyakan peniaga akan menjerit atau memasang tape yang telah

    dirakam lalu dimainkan untuk mempromosikan produk mereka. Seawal tapak pertama

    menjejakkan kaki ke pasar malam sehingga ke payung terakhir pasar malam, rakaman tape

    ini akan mencuri tumpuan. Pasti ramai yang sedar akan kewujudan peniaga ini dengan

    menggunakan cara yang paling terkini. Contohnya di pasar malam Yan setiap malam

    Khamis, gerai menjual mee goreng akan mencuri tumpuan kerana memasang tape yang telah

    dirakam. Setiap peniaga pasar malam mempunyai cara yang tersendiri untuk memasarkan

    produk mereka. Hasilnya juga adalah berbaloi.

    Sikap Ramah dan Mesra

    Seterusnya, peniaga di pasar malam juga perlu lebih mesra dan ramah. Sikap inimelambangkan peribadi yang baik dengan masyarakat. Sekaligus, peniaga-peniaga ini akan

  • 7/28/2019 Cara Memajukan Perniagaan Di Pasar Malam

    2/3

    membuatkan pembeli merasa selesa dan mudah untuk menjalankan urus niaga dengan

    mereka. Selain mempunyai mulut yang manis, peniaga pasar malam juga lebih bertolak ansur

    dalam soal penawaran harga barang yang dijual. Mereka akan membuatkan pengguna

    mencari mereka lagi jika mengunjungi pasar malam. Kerana tawaran yang diberikan akan

    mencetuskan kepuasan dalam diri pembeli. Budaya tawar-menawar apabila berbelanja di

    pasar malam merupakan satu kemestian. Selain itu, apabila kita terlibat dalam kegiatan ini,secara tidak langsung hubungan sesama masyarakat akan mesra melalui komunikasi dua hala

    yang telah berlangsung.

    Sikap dan Perwatakan Peniaga

    Sikap dan perwatakan peniaga pasar malam akan menjadi salah satu faktor utama untukmemajukan perniagaan. Apabila peniaga berurusan secara langsung dengan pelanggan,

    peniaga mestilah mempunyai perwatakan yang mesra dan disenangi. Peniaga pasar malam

    mestilah menunjukkan cara yang baik semasa melayan pelanggan mereka. Penampilan

    peniaga mestilah sesuai dengan keadaan. Pakaian yang kemas, selesa, dan bersih. Peniaga

    perlu mematuhi undang-undang untuk mengendalikan pembuatan makanan. Peniaga

    makanan tidak boleh menjual bahan makanan yang telah busuk dan basi.

    Cara mempersembahkan produk

    Peniaga perlu bijak dalam memasarkan produk mereka. Bagi peniaga kebab, cara hidangan

    makanan yang dipersembahan mampu menarik minat pembeli. Sebagai contoh di pasar

    malam Yan setiap malam Khamis, terdapat peniaga kebab yang menghias gerai dengan

    banner yang tersendiri dan menarik. Pada banner itu terdapat contoh kebab yang telah siap.

    Hal ini akn menarik perhatian pelanggan untuk membeli kebab tersebut. Peniaga ini mampu

    mengekalkan jumlah pembeli kerana taktik yang digunakan sangat menarik dan kelihatan

    sangat segar. Selain itu terdapat juga peniaga kebab yang menyediakan pelbagai perasa dalam

    melariskan kebab buatan sendiri. Dari jauh, pelanggan dapat menghidu bau kebab yang

    sangat sedap dan menyelerakan.

    Kedudukan gerai

    Seterusnya cara melariskan produk juga bergantung kepada kedudukan gerai. Kedudukan

    yang sesuai juga mempengaruhi jumlah pembeli. Peniaga kebab akan berada pada kedudukan

    tengah di pasar malam.Hal ini kerana pelanggan pasar malam akan melalui ke kawasan

    tengah pasar malam. Strategik ini memang sangat berkesan untuk menarik perhatian

    pelanggan untuk membeli kebab di pasar malam.

  • 7/28/2019 Cara Memajukan Perniagaan Di Pasar Malam

    3/3

    Etika Berniaga

    Faktor-faktor lain yang perlu dipraktikan untuk memajukan perniagaan pasar malam ialah

    etika bekerja semasa melayan pelanggan. Kemahuan dan kehendak pelanggan perlu peniagatitik beratkan. Peniaga perlu ingat bahawa pelanggan yang berpuas hati akan kerap datang ke

    gerai peniaga dan membeli produk mereka. Selain itu, niat yang betul untuk berniaga adalah

    penting. Keikhlasan berniaga bermaksud peniaga akan menyediakan produk yang berkualiti.

    Contohnya peniaga kebab perlu menyediakan produk dengan bahan yang baik dan tidak

    busuk, cara memasak yang bersih supaya tidak menyebabkan pelanggan sakit dan

    sebagainya. Jika kebab yang peniaga jual sedap berbanding peniaga lain, peniaga akan

    memberitahu rakan-rakan yang lain. Ini akan membantu peniaga mengurangkan kos promosi.

    Pujian dari mulut ke mulut adalah cara yang paling berkesan untuk meningkatkan jualan

    produk kebab.