48297057 sains dan teknologi dalam memajukan sukan (1)

Upload: shaleh-musa

Post on 18-Jul-2015

152 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bagaimanakah perkembangan sains dan teknologi dapat meningkatkan mutu sukan negara?

Kejayaan sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit semata-mata tetapi juga pada faktor lain. Pengetahuan sains dan teknologi membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk kecemerlangan dalam bidang sukan.

Teknik latihan sukan yang saintifik dan sistematik Pakar sukan boleh memanfaatkan hukum dan konsep sains dalam penyelidikan untuk memajukan kaedah-kaedah sukan dengan lebih berkesan. Teknologi komputer telah digunakan untuk menentukan cara lompatan terbaik dalam acara lompat jauh atau lompat tinggi.

Pengetahuan dalam biomekanik, iaitu kajian tentang struktur dan sistem biologi serta daya dan gerakan tubuh badan akan membantu ahli sukan melakukan sesuatu gerakan dengan cekap. Penggunaan prinsip-prinsip mekanik secara langsung akan membantu ahli sukan melakukan gerakan tertentu misalnya imbangan dalam jimnastik, luncuran dengan optimum.

Peralatan sukan yang sesuai meningkatkan prestasi shli sukan Dengan sains dan teknologi peralatan sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan peringkat umur dan jantina ahli sukan dapat dihasilkan.

Teknologi komputer telah digunakan untuk mereka bentuk peralatan sukan berpandukan hukum-hukum fizik dan matematik, umpamanya, lembing yang bersifat aerodinamik. Penggunaan bahan atau fabrik pakaian yang sesuai membolehkan ahli sukan berasa selesa dan sejuk ketika bersukan atau berlatih.

Sains pemakanan membantu meningkatkan pencapaian ahli sukan Prestasi fizikal atlit adalah berkait rapat dengan corak pemakanannya. Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan menghasilkan tenaga yang berterusan dan membantu pemulihan segera.

Sains permakanan banyak digunakan untuk menentukan kuantiti zat makanan seperti protein, kabohidrat atau vitamin tertentu yang optimum untuk ahli sukan. Analisis komposisi zat dalam makanan membolehkan pakar-pakar diet mencadangkan sarapan terbaik untuk meningkatkan prestasi ahli sukan.

Sains perubatan meningkatkan pencapaian sukan Kecanggihan dalam bidang perubatan telah membantu dalam mengesan sebarang kecederaan atau penyakit ahli sukan dan merawatnya.

Ujian elektrokardiogram dan ujian kecergasan kardiovaskular sebelum aktiviti sukan cergas boleh menghindarkan ahli sukan daripada cedera atau mati kerana aktiviti sukan cergas itu. Pencerakinan perubatan dapat mencegah para atlit daripada mengambil pelbagai dadah seperti steroid anabolik untuk memenangi sesuatu acara sukan secara tidak jujur .

Teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan Teknologi ICT seperti video, televisyen dan kamera video serta satelit komunikasi membolehkan teknik-teknik sukan yang baik dikesan untuk dipelajari.

Rancangan siaran langsung sesuatu

acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan. Kutipan besar daripada yuran iklan boleh membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya. Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan profesional.

Sains dan teknologi tetap penting untuk kemajuan bidang sukan. Teknologi sukan membolehkan para atlit menjadi sempurna dari segi fizikal dan mental dan meningkatkan kecemerlangan dunia sukan.

Selamat mencubaTarikh hantar tugasan:

10 Februari 2011