cara guru biasa aplikasi kemahiran kaunseling

7
CARA-CARA MENGENAL PASTI MURID-MURID YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, terdapat kaeadah yang digunakan iaitu mengumpulkan maklumat berasaskan ujian (diagnostik dan psikologi), jenis bukan ujian (pemerhatian dan temubual) serta berasaskan kajian ( kajian kes, kajian dokumen, kajian membujur). Apabila seseorang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku di sekolah, gurunya mestilah membincangkan masalah tersebut dengan ibu bapa murid tersebut. Dalam perbincangan ini, guru akan meminta maklumat yang lebih lanjut mengenai perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, dalam perbincangan ini, guru harus memberikan murid yang bermasalah satu ujian kecerdasan I.Q. untuk menentukan tahap kebolehan akademiknya secara keseluruhan serta untuk mengenal pasti aspek- aspek kekuatan dan kelemahannya. Berdasarkan keperluan setiap murid, guru juga boleh memberikan ujian diagnostik untuk mendiagnos tingkah laku murid dengan lebih terperinci. Semua keputusan ini perlu dibincangkan dengan ibu bapa murid tersebut. Selepas itu, guru perlu menasihati ibu bapa murid tentang tindakan susulan yang mereka

Upload: nor-hasanah

Post on 15-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Guru Biasa Aplikasi Kemahiran Kaunseling

CARA-CARA MENGENAL PASTI MURID-MURID YANG BERMASALAH 

        TINGKAH LAKU

Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, terdapat

kaeadah yang digunakan iaitu mengumpulkan maklumat berasaskan ujian (diagnostik

dan psikologi), jenis bukan ujian (pemerhatian dan temubual) serta berasaskan kajian

( kajian kes, kajian dokumen, kajian membujur).

            Apabila seseorang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku di

sekolah, gurunya mestilah membincangkan masalah tersebut dengan ibu bapa murid

tersebut. Dalam perbincangan ini, guru akan meminta maklumat yang lebih lanjut

mengenai perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, dalam perbincangan ini, guru

harus memberikan murid yang bermasalah satu ujian kecerdasan I.Q. untuk

menentukan tahap kebolehan akademiknya secara keseluruhan serta untuk mengenal

pasti aspek-aspek kekuatan dan kelemahannya.

           

            Berdasarkan keperluan setiap murid, guru juga boleh memberikan ujian

diagnostik untuk mendiagnos tingkah laku murid dengan lebih terperinci. Semua

keputusan ini perlu dibincangkan dengan ibu bapa murid tersebut. Selepas itu, guru

perlu menasihati ibu bapa murid tentang tindakan susulan yang mereka perlu ambil

untuk mengatasi masalah tingkah laku anak mereka.  Selain itu, ibu bapa perlu

diberikan keputusan ujian–ujian ini oleh guru dalam satu laporan khas. Laporan ini

mesti mengandungi rekomendasi-rekomendasi untuk mengatasi masalah tingkah laku

murid tersebut.

Page 2: Cara Guru Biasa Aplikasi Kemahiran Kaunseling

Teknik Jenis Ujian ( Ujian Psikologi, Diagnostik)

            Guru boleh menggunakan ujian psikologi atau ujian diagnostik untuk

menganalisis semua masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah dengan lebih

terperinci. Murid boleh diuji melalui ujian pencapaian akademik iaitu Ujian Sumatif dan

Ujian Formatif. Ujian Sumatif ialah peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

dan Sijil Tinggi Penilaian Menengah (STPM). Manakala, Ujian Formatif merujuk ujian

bulanan, ujian pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.

Melakukan Ujian Kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan murid (I.Q)

seperti yang disarankan oleh Terman dan Binet. Seterusnya Ujian Kecenderungan

Bakat seperti Ujian Aptitut Differential (DAT), Ujian Minat untuk menilai minat  murid

terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya seperti Career Assessment Inventory (CAI) yang

mengandungi tiga bidang, merangkumi enam tema am, 22 asas minat dan skala 89

kerjaya. Kemudian, melakukan Ujian Personaliti untuk mengkaji aspek bukan kognitif

seperti aspek afektif, motivasi, emosi dan sikap seseorang murid. Contohnya, The

Survey of Personal Values (SPV), dan The Mooney Problem Check Lists (MPCL).

Kedua-dua ujian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi serta nilai sikap

murid.

Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan murid-murid yang cerdas dengan

murid yang kurang cerdas. Selain itu, turut menggunakan Ujian Diagnostik untuk

mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran

murid. Keputusan ujian ini penting bagi guru untuk merancang aktiviti pemulihan. Akhir

sekali, melakukan Ujian Aptitut Khas seperti Ujian Aptitut Mekanikal, Ujian Aptitut

Perkeranian, Ujian Aptitut Seni, dan Ujian Aptitut Muzik yang mana digunakan untuk

mengukur potensi murid dalam bidang tertentu.

Page 3: Cara Guru Biasa Aplikasi Kemahiran Kaunseling

            Di dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah, maklumat-

maklumat asas dikumpulkan dan yang diperlukan ialah hal peribadi murid, pencapaian

akademik, serta aktiviti kokurikulum yang disertainya.

Teknik Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian dan Temubual)

            Pemerhatian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah kajian yang boleh

digunakan guru untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid dan menentukan faktor-

faktor yang menyebabkan sesuatu masalah tingkah laku berlaku. Guru boleh mengenal

pasti ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor khasnya bagi

mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani. Ianya

boleh dibuat di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah.

            Pemerhatian seperti ini penting bagi guru untuk menentukan kekerapan, tempoh

langsungnya serta intensiti sesuatu salah laku yang telah dikenal pasti. Data yang

dikumpul melalui teknik pemerhatian adalah sangat penting kerana guru dapat

merancang tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang berlaku.

Selain itu, pemerhatian ini juga penting kerana ia dapat menolong guru mengawal

tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Berikut disertakan satu contoh borang

pemerhatian untuk meneliti tingkah laku bermasalah yang digunakan oleh guru.

Nama Murid : Tarikh Pemerhatian :

Pemerhati : Masa :

Aktiviti Mata Pelajaran :

Tingkah Laku  :

Peristiwa – peristiwa yang

berlaku sebelum tingkah

laku bermasalah

Tingkah Laku

Bermasalah

Kesan-kesan daripada

tingkah laku bermasalah

Rajah 1 : Borang Pemerhatian Tingkah Laku Bermasalah

Page 4: Cara Guru Biasa Aplikasi Kemahiran Kaunseling

Selain kaedah pemerhatian, guru juga boleh menggunakan kaedah temubual

dengan murid-murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini. Temubual ini boleh

dijalankan antara guru bimbingan atau guru biasa dengan murid bermasalah, ibu bapa

atau penjaga, rakan sebaya dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat.

Kajian Dokumen ( Kajian Rentasan, kajian membujur, kajian kes)

            Kajian dokumen ialah, analisis yang dibuat oleh guru terhadap sesuatu tingkah

laku masalah murid berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan mengenai

murid-murid yang biasa menunjukkan salah laku di sekolah. Menurut Bailey (1978),

dokumen ini terbahagi kepada dua iaitu, Dokumen Utama dan Dokumen Sekunder.

Dokumen Utama merangkumi autobiografi murid, anekdot dan kad kumulatif. Manakala,

Dokumen Sekunder merupakan laporan ditulis berdasarkan temubual, pemerhatian

ataupun rujukan dokumen-dokumen utama. Contoh Dokumen Sekunder ialah biografi

murid, laporan guru dan senarai semak.

REKOD ANEKDOT

Nama Murid : _______________       Tingkatan : _______________

Jantina         : _______________       Umur        : _______________

 Tarikh Tempat Kejadian / Peristiwa Komen

                                                                           _______________________

                                                                           Nama Guru :

Rajah 2 : Borang Rekod Anekdot

Page 5: Cara Guru Biasa Aplikasi Kemahiran Kaunseling

            Dalam kajian membujur, murid bermasalah yang dikaji diperhatikan untuk

jangka masa yang panjang oleh guru untuk menilai semua perubahan tingkah lakunya.

Kajian ini meliputi pemerhatian kepada tingkah laku murid bermasalah untuk mendapat

maklumat terperinci mengenai perubahan-perubahan tingkah lakunya. Kajian ini

memakan masa yang lama dan memerlukan belanja yang banyak. Manakala, dalam

kajian rentasan pula, guru akan mengkaji murid-murid bermasalah pada peringkat-

peringkat umur tertentu sahaja. Contohnya, guru mengambil sampel kanak-kanak yang

mempunyai masalah tingkah laku daripada umur yang berlainan untuk dikaji.

Perubahan-perubahan dalam tingkah laku bermasalah diukur dengan membandingkan

perlakuan murid-murid dari satu peringkat umur ke peringkat umur yang lain. Oleh itu,

kajian rentas menjimatkan.

            Guru juga boleh membuat kajian kes untuk menganalisa tingkah laku

bermasalah secara terperinci khususnya untuk murid-murid yang mempamerkan salah

laku yang serius. Melalui kajian kes, seseorang yang mempunyai tingkah laku yang

bermasalah yang serius akan diperhatikan untuk satu tempoh masa yang lama supaya

guru dapat satu gambaran yang tepat dan menyeluruh mengenai murid tersebut.

Kelemahan kajian kes adalah, ianya mengambil masa yang lama dan panjang. Justeru

itu, pihak kaunselor sekolah perlu menjalankannya.