cara design sistem fertigasi

8
Sistem Pengairan Tanaman / Ladang Apa Itu Sistem Pengairan ? Merupakan satu sistem untuk membekalkan air kepada tumbuhan pada bila-bila masa. Mengapa ? Semua tumbuhan pada amnya memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh, membesar dan berbuah pada tahap yang terbaik. Nutrien atau baja merupakan perkara kedua. Bagaimana ? Pelbagai kaedah telah di bangunkan dan di guna pakai. Antaranya : 1. Sistem Pengairan Titis ( Drip Irrigation System ) 2. Sistem Pengairan Renjis ( Sprinkler / Spray Irrigation System ) 3. Sistem Pengairan Kabus ( Fog / Mist Irrigation System ) Sistem Pengairan Titis Secara amnya, susun atur sistem pengairan titis adalah seperti rajah di bawah : Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan paling efektif setakat ini. Air terus dibekalkan kepada akar pada kadar titisan purata 2 liter sejam ( 2 LPH). Disebabkan air dibekalkan secara titis, air akan meresap ke dalam tanah dan bukan melimpah di atas permukaan tanah. Penerangan mudahnya, air di pam dari sumber air ke penapis air ke paip utama ke paip sub ke penitis air (dripper) ke akar pokok.

Upload: api-25920018

Post on 07-Jun-2015

4.541 views

Category:

Documents


124 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Design Sistem Fertigasi

Sistem Pengairan Tanaman / Ladang

Apa Itu Sistem Pengairan ? Merupakan satu sistem untuk membekalkan air kepada tumbuhan pada bila-bila masa. Mengapa ?

Semua tumbuhan pada amnya memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh, membesar dan berbuah pada tahap yang terbaik. Nutrien atau baja merupakan perkara kedua.

Bagaimana ? Pelbagai kaedah telah di bangunkan dan di guna pakai. Antaranya :

1. Sistem Pengairan Titis ( Drip Irrigation System ) 2. Sistem Pengairan Renjis ( Sprinkler / Spray Irrigation System ) 3. Sistem Pengairan Kabus ( Fog / Mist Irrigation System )

Sistem Pengairan Titis Secara amnya, susun atur sistem pengairan titis adalah seperti rajah di bawah :

Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan paling efektif setakat ini. Air terus dibekalkan kepada akar pada kadar titisan purata 2 liter sejam ( 2 LPH). Disebabkan air dibekalkan secara titis, air akan meresap

ke dalam tanah dan bukan melimpah di atas permukaan tanah. Penerangan mudahnya, air di pam dari sumber air � ke penapis air � ke paip utama � ke paip sub � ke penitis air (dripper) � ke akar pokok.

Page 2: Cara Design Sistem Fertigasi

Cara Menentukan Saiz Paip

� Pastikan anda tahu kadar titisan penitis air yang digunakan. Gunakan jadual di bawah untuk menentukan saiz paip utama dan paip sub.

Kadar Aliran

Flow Rate Gallon Se Minit

(gpm)

Kadar Aliran

Flow Rate Liter Se Minit

(lpm)

Saiz Paip PVC

(inci)

Saiz Paip Poli

(mm)

0 ~ 4 0 ~ 15 1/2 16

4 ~ 8 15 ~ 30 3/4 25

8 ~ 12 30 ~ 45 1 32

12 ~ 22 45 ~ 83 1-1/4 40

22 ~ 30 83 ~ 114 1-1/2 50

30 ~ 50 114 ~ 189 2 63

50 ~ 70 189 ~ 265 2-1/2 75

70 ~ 110 265 ~ 416 3

110 ~ 190 416 ~ 719 4

190 ~ 450 719 ~ 1700 6

Contoh : Anda menggunakan pen penitis (pen dripper) dengan kadar titisan 2 liter sejam (2LPH) untuk menyiram 1000 pokok. Kadar titisan sejam untuk 1000

pokok ialah 2LPH X 1000 pokok = 2000 LPH (2000 liter sejam) = 2000/60 liter seminit = 33.33 LPM. Dari jadual di atas anda perlu menggunakan paip

utama saiz 1 inci ke atas jika anda menggunakan paip PVC atau paip utama saiz 32mm ke atas jika anda menggunakan paip poli.

Jadi jika anda menggunakan paip poli 16mm sebagai paip sub, bilangan pen penitis yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut: Paip poli 16mm boleh mengalirkan air pada kadar 15 LPM, satu pen penitis

boleh menitiskan air pada kadar 2 LPH = 0.0333 LPM, jadi bilangan maksima pen penitis = 15/0.0333 = 450 batang pen penitis. Dari data di atas juga, jika anda perlu menyiram pokok anda selama 10 minit untuk setiap kali siraman, setiap pokok memerlukan 0.0333 LPM X 10 =0.333 liter untuk 10 minit. Jika anda menyiram 1000 pokok, anda

memerlukan 0.333 X 1000 = 333 liter, bermakna, anda memerlukan tangki air 333 liter ke atas untuk menyiram 1000 pokok selama 10 minit. Juga

bermakna anda perlukan pam air yang dapat mengepam 333/10 = 33.3 LPM.

Page 3: Cara Design Sistem Fertigasi

Panjang paip utama dan paip sub juga boleh ditentukan dengan jadual di bawah :

Kadar Aliran Air (lpm)

Panjang Paip Di Benarkan (m)

7.57 240

8.83 183

10.09 138

11.36 91

12.62 76

13.88 61

Jika anda menggunakan paip poli 16mm, bermakna aliran air ialah 15 LPM,

bermakna panjang yang dibenarkan hanyalah ~ 50m. AWAS : Pen penitis yang berada dipasaran boleh menitiskan air sehingga 6

LPH mengikut tekanan air. Gunakan ‘ Pressure Compensated Dripper ‘ jika anda mahukan sistem yang lebih tepat. ‘ Pressure Compensated Dripper ‘ ialah penitis yang tidak berubah walaupun tekanan bertambah. Contoh :

Pressure Compensated (PC) Dripper 2 LPH hanya akan menitiskan air sebanyak 2 LPH walaupun tekanan naik sehingga 5 kg/cm2. Bermakna, kadar siraman anda akan lebih tepat dan anda boleh menambah bilangan

penitis untuk suatu panjang paip sub yang sama.

*** Dapatkan ‘Unit Online Converter’ di http://www.onlineconversion.com untuk menukar LPM ke LPH dan sebagainya.

Cara Memilih Penapis Air Terbaik gunakan penapis spesifikasi 120 mesh dan ke atas. Bergantung kepada sumber air, gunakan penapis MESH atau DISC. Contoh

mudah, jika anda menggunakan air bersih (paip atau air bawah tanah yang bersih) gunakan penapis MESH yang berupa jaring walaupun mesh nya agak rendah. Jika punca air anda ialah air parit atau sungai, gunakan penapis

DISC yang mesh nya 120 mesh ke atas. Cara mudah : Jika anda menggunakan paip utama 25mm gunakan minima penapis 25mm

Cara Memilih Pam Air Pastikan anda mengira dahulu kadar aliran yang anda perlukan untuk

keseluruhan sistem anda dan pengembangan masa hadapan. Tekanan pam pula mestilah 3 kg/cm2 ke atas. Spesifikasi lain seperti kuasa kuda dsb kurang memberi panduan, cuma semakin tinggi kuasa kuda semakin tinggi

Page 4: Cara Design Sistem Fertigasi

tekanan yang boleh dihasilkan, tetapi pada dasarnya, sistem pengairan titis tidak memerlukan tekanan air yang tinggi. Cara Memilih Paip Utama dan Sub Terbaik gunakan paip poli, walaupun harganya agak mahal, ia lebih tahan

lama dan mudah untuk disambung dsb. Cara Memilih Penitis

Melalui data dan kiraan di atas, pilih penitis terbaik untuk anda.

Komponen Sistem Pengairan Titis

Secara mudahnya : � Penyukat Masa (Timer)

� Pam Air � Penapis Air � Paip Utama

� Injap (Valve) � Paip Sub � Penitis

� Penyambung Paip (fitting) Secara amnya, susun atur adalah seperti rajah di bawah.

Ke ‘Timer’ dsb

‘Filter’

Paip Utama Paip sub

Penyambung

Ke Punca Air

Page 5: Cara Design Sistem Fertigasi

Contoh 1 : Mereka Bentuk Sistem Pengairan Polibeg Contoh ini adalah kaedah rekabentuk paling selamat !! Maklumat : 500 polibeg, Penitis Pen 2 LPH, 16mm Tiub Poli sebagai Paip Sub, Air Parit Sebagai Punca Air, Pam elektrik, ‘Timer’.

1. Menentukan saiz Paip Utama

2LPH x 500 polibeg = 1000 LPH = 16.7 LPM, dari jadual, saiz paip utama yang sesuai ialah ¾ “ PVC atau 25mm paip poli.

2. Paip Sub, 16mm paip poli dengan panjang maksima 60m.

3. Jarak antara polibeg = 120 cm…jarak sesuai untuk cili…pokok lain boleh dipendekkan lagi.

4. Bilangan polibeg setiap Paip Sub sepanjang 60m = 60m/1.2m=50 polibeg x 2=100 polibeg

5. Jadi bilangan Paip Sub yang diperlukan = 5 Paip Sub.

6. Penapis yang sesuai ialah Disc Filter 25mm, 120 mesh. 7. Pam elektrik yang sesuai ialah pam yang boleh mengepam air pada

kadar 16.7 LPM atau 1000 LPH dengan tekanan 2 bar ke atas.

Susun atur adalah seperti rajah di bawah :

Penitis

End Clip 16mm

Penebuk Lubang

Penyambung

Tiub 6mm

Tiub 6mm

Lubang 16mm

Lubang 4mm

End Cap

25mm

Paip Poli 25mm

Paip Poli 16mm

Rubber Gromet

Off Take 16mm

Page 6: Cara Design Sistem Fertigasi

Contoh 2 : Mereka Bentuk Sistem Fertigasi Polibeg Sistem Fertigasi ialah sistem penyaluran baja ke dalam sistem pengairan. Asasnya adalah sama seperti di atas. Bahagian yang berubah ialah bahagian penyaluran baja iaitu sebelum pam atau selepas penapis air.

Cara 1 ialah kaedah konvensional dimana baja dibancuh didalam tangki baja dan terus disedut kedalam sistem pengairan.

Cara 2 menggunakan ‘ventury injector’ sebagai penyalur baja kedalam sistem pengairan. Cara 2 tidak memerlukan tangki baja yang besar sebab

kadar penyaluran baja dapat dikawal oleh ‘ventury injector’.

Pam Air

Injap

Penapis

Tangki Baja

Dari Punca Air

Ke Ladang

Dari Punca Air

Pam Air

Penapis Injap

Penyalur

Baja

Ke Ladang

Tangki Baja

CARA 1

CARA 2

Page 7: Cara Design Sistem Fertigasi

Contoh 3 : Mereka Bentuk Sistem Fertigasi Ladang Cili Menggunakan Pita Titis (Drip Tape) Pita Titis (Drip Tape) ialah sejenis pita atau tiub yang telah ada lubang penitis atau ‘emitter’ di atas permukaan pita tersebut. ‘Emitter’ tersebut

ditanam (moulded) di atas permukaan tersebut pada jarak yang tetap seperti 10cm, 20cm, 40cm, 50cm dan sebagainya. Digunakan di atas atau dalam tanah atau batas.

Contoh ini adalah kaedah rekabentuk paling selamat !! Maklumat : Billangan pokok = 500, Mata Penitis 2 LPH, Air Parit Sebagai Punca Air, Pam elektrik, ‘Timer’, pokok cili, tanam atas batas.

1. Menentukan saiz Paip Utama

2LPH x 500 Mata Penitis = 1000 LPH = 16.7 LPM, dari jadual, saiz paip utama yang sesuai ialah ¾ “ PVC atau 25mm paip poli.

2. Panjang maksima Pita Titis ialah 100m mengikut spesifiksi asal. 3. Jarak antara pokok cili ialah 1.2m.

4. Bilangan pokok untuk setiap 100m ialah 100/1.2 = 83. 5. Jadi bilangan baris pita titis = 500/83 = 6 baris. 6. Penapis yang sesuai ialah Disc Filter 25mm, 120 mesh.

Pita Titis Yang Di Gulung

Pita Titis Setelah Di Masukkan

Air Pita Titis

Yang Menitiskan Air

Pita Titis Kedudukan Mata Penitis & Jarak Antara Mata

Pita Titis Cara Guna

&

Page 8: Cara Design Sistem Fertigasi

7. Pam elektrik yang sesuai ialah pam yang boleh mengepam air pada kadar 16.7 LPM atau 1000 LPH dengan tekanan 2 bar ke atas.

Susun atur adalah seperti rajah di bawah :

Disambung kepada injap

atau dilipat sahaja Off Take Utk Pita Titis

Lubang 16mm

End Cap 25mm

Paip Poli 25mm Pita Titis Jarak Mata 20cm

Rubber Gromet

Penyalur

Baja

Paip Utama 25mm

Pita Titis

6 b

aris