nota kursus fertigasi lengkap -1-18

25
KURSUS PENANAMAN SAYURAN SECARA FERTIGASI ( KERTAS 1 ) 1. KONSEP – PENANAMAN SISTEM FERTIGASI Fertigasi sebenarnya berasal dari dua perkataan – Fertilization dan irrigation yang dicantumkan. Sistem fertigasi adalah satu sistem pengurusan air dan baja yang dijalankan serentak. Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja ( pada kepekatan rendah ) beberapa kali sehari ( mengikut keperluan ) kepada setiap pokok. Tujuan utama sistem ini adalah untuk menigkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur-masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Sistem fertigasi direkabentuk mengikut keperluan amalan fsiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur- sayuran jenis buah. Pam air boleh tenggelam ( submersible pump ) yang diperbuat daripada polietelina dan keluli tahan karat digunakan untuk mengepam larutan baja dari tangki larutan baja Untuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini komponen-komponen sistem fertigasi disediakan dan dipasang di dalam bengkal kejuruteraan. Komponen yang telah difabrikasi dibawa ke tapak binaan untuk dipasang secara pasang siap.

Upload: nlucker

Post on 26-Jun-2015

1.183 views

Category:

Documents


55 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

KURSUS PENANAMAN SAYURANSECARA FERTIGASI

( KERTAS 1 )

1. KONSEP – PENANAMAN SISTEM FERTIGASI

Fertigasi sebenarnya berasal dari dua perkataan – Fertilization dan irrigation yang dicantumkan.

Sistem fertigasi adalah satu sistem pengurusan air dan baja yang dijalankan serentak.

Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja ( pada kepekatan rendah ) beberapa kali sehari ( mengikut keperluan ) kepada setiap pokok.

Tujuan utama sistem ini adalah untuk menigkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur-masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

Sistem fertigasi direkabentuk mengikut keperluan amalan fsiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah.

Pam air boleh tenggelam ( submersible pump ) yang diperbuat daripada polietelina dan keluli tahan karat digunakan untuk mengepam larutan baja dari tangki larutan baja

Untuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini komponen-komponen sistem fertigasi disediakan dan dipasang di dalam bengkal kejuruteraan. Komponen yang telah difabrikasi dibawa ke tapak binaan untuk dipasang secara pasang siap.

Page 2: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 2 )

2. STRUKTUR PELINDUNG TANAMAN.

2.1 Pendahuluan

Tujuan asal keadah fertigasi ialah untuk mengelak tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakkannya dibawa oleh tanah.

Pengeluaran tanaman di ladang terbuka dataran rendah menghadapi risiko tinggi akibat kerosakan tegasan suhu yang tinggi, sinaran matahari yang ekstrim, timpaan hujan lebat, tiupan angin kencang, serangan penyakit dan serangga perosak.

Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan teknologi struktur Pelindung Tanaman yang dilengkapi dengan sistem fertigasi.

Teknologi ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dengan kualiti yang lebih baik di sepanjang tahun dengan kos pengeluaran yang rendah.

Asasnya, Struktur Pelindung Tanaman dalam manual ini mempunyai kerangka besi galvanic, atap polietilina lutsinar dan dinding jarring kalis serangga yang lutsinar.

2.2 Ciri-ciri Rekabentuk

Saiz Struktur Pelindung Tanaman model nasional ialah 6m lebar, 33m panjang dan 2.4 m tinggi di kedua-dua sisi.

Kawasan tanah seluas sehektar disyorkan hanya memuatkan sebanyak 24 unit Struktur Pelindung Tanaman model nasional. Ruang selebihnya digunakan untuk pembinaan jalan, peparitan dan infrastuktur lain.

2.3 Penyelenggaraan

Struktur Pelindung Tanaman perlu diselenggara seamsa beroperasi. Atap plastik dan jaring poliatelina perlu dicuci setiap enam bulan sekali dengan cermat menggunakan air sabun dan penggosok lembut untuk menghilangkan lekatan debu dan lumut. Plastik atau jaring yang koyak perlu diampal.

Page 3: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 3 )

3. KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI

Fertigasi di sini merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah ( soilless culture production system ) , tetapi menggunakan bahan samada organan atau bukan organan sebagai tempat untuk akar berpegang disamping membantu pertumbesaran pokok.

Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti tomato, cili merah, capsium, timun, melon, zukini, terung dan strawbery yang sesuai lagi ekonomikal menggunakan kaedah ini.

Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk menggelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah. Penyakit lain yang dianggap merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili.

Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman ( SPT ).

Atap STP hendaklah diperbuat daripada bahan yang lutsinar supaya cahaya matahari dapat diterimaguna oleh tanaman.

Tanpa SPT pengawalan perosak tanaman secara kimia tidak akan berkesan disebabkan hujan yang turun akan mencuci racun-racun yang diberikan. Semburan ulangan dan penambahan dos semburan akan meningkatkan kos. Percikan air akibat hujan yang menimpa daun juga memudahkan jangkitan kepada pokok-pokok lain.

Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit SPT juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair kerana hujan menyebabkan pemberian baja tidak berkesan. Akibatnya pertumbuhan pokok trtjejas dan hasil merosot.

Walau bagaimanapun SPT yang dilengkapi dengan dinding jaring kalis serangga tidak dapat menjamin tanaman bebas dari diserang atau dijangkiti penyakit virus. Ini disebabkan dinding jaring walaupun menggunakan saiz 32 mesh masih tidak dapat menyekat kemasukan hamama merah, kutu trip atau lalat putih ( pembawa virus ) kerana mereka ini sifatnya kecil

.

Page 4: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 4 )

4. MEDIUM TANAMAN

Medium tanaman ialah sebarang bahan samada organan atau bukan organan yang boleh digunakan sebagai tempat untuk akar berpegang disamping membantu pertumbesaran pokok.

Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ‘ cocunut coir dust ’ yang dikenali dengan panggilan ‘ coco peat ‘ atau habuk sabut kelapa.

’coco peat ’ adalah murah dan mudah dibeli jika dibandingkan dengan media tanaman komersial lain seperti ’ perlite ’, ’vermicululite ’ dan ’ maidenwell diatomite’.

Media tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah seperti pasir sungai / lombong atau batu kerikil granit ( bukan batu kapur kerana kandungan kalsiumnya tinggi ).

Beberapa contoh bahan medium yang boleh di gunakan :

Habuk kayu Pasir Batu kelikir Sabut kelapa Sekam padi Gambut Air Vermikulat

Walau apa jenis dan bentuk bahan medium yang digunakan, fungsi utamanya ialah :

Boleh memberi sokongan pada akar Boleh membekalkan Oksigen Boleh memerangkap air dan nutrient

Page 5: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 5 )

5. KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI

KEBAIKAN

Tidak perlu kawasan yang luas

Masa menanam lebih singkat

Kurang beban kerja berat

Jimatkan penggunaan air

Serangan penyakit dari tanah dapat dielak dan mudah dikawal

Tiada masalah rumput –atas batas tanaman

Tanaman lebih produktif & Potensi Hasil tanaman lebih tinggi

Mesra alam

Kualiti hasil yang sekata

Musim menanam sepanjang tahun - tiada dipengaruhi oleh musim

KEKURANGAN

Kos permulaan yang tinggi

Perlukan pengetahuan & kemahiran tinggi

Perlukan Kemudahan asas- sumber air bersih / bekalan tenaga elektrik

Hanya sesuai utk tanaman tertentu – tidak semua jenis tanaman mudah ditanam.

Page 6: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

6. KOMPONEN DALAM SISTEM FERTIGASI

a. Penitis ( dripper / emitter )

Penitis adalah alat yang dipasang di hujung tiub spageti di mana larutan baja keluar ke pangkal tanaman.

Penitis disambungkan ke paip pembahagi ( lateral lines ) menggunakan tiub kecil dipanggil tiub spageti dan penyambung ( adaptor ) . Tiub spageti ini biasanya bergarispusat 5mm dan panjangnya setengah meter.

Penitis yang baik ilah dari jenis dwi fungsi iaitu sebagai penitis dan juga sebagai pengatur ( regulator ). Penyelenggaraan penitis jenis ini lebih mudah. Kerana ianya mudah untuk dicabut dan dibersihkan apabila tersumbat.

b. Paip pembahagi ( lateral lines )

Paip pembahagi dipasang sanaada satu paip polietelina bagi setiap baris tanaman seperti tanaman cili atau satu paip polietelina bagi setiap dua baris tanaman seperti tanaman

Sebaiknya ia dipasang mendatar terutama bagi kaedah graviti atau penggunaan pam yang kecil tekanannya.

Saiz paip pembahagi ( polypie HDPE ) ysng biasa digunakan bergarispusat 13mm. Paip bergarispusat 16mm digunakan pada batas-batas tanaman yang panjangnya melebihi 50m.

Penggunaan paip pembahagi yang bewarna putih sangat-sangat digalakkan.

c. Paip primer ( main line )

Paip utama biasanya bergarispusat antara 32mm hingga 40mm.

d. Paip sekunder ( secondary line )

Paip sekunder biasanya juga bergarispusat antara 32mm hingga 40mm bergantung kepada bilangan paip pembahagi dan bilangan pokok yang perlu diairbajai.

Page 7: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

e. Tangki larutan baja

Tangki larutan berfungsi untuk menakung larutan baja, pusat menyukat kepekatan, merawat, menapis dan mengatur sukatan dan masa pemberian larutan baja.

Di sekitar tangki inilah terletaknya pam, penyukat tekanan, penapis, penyukat kepekatan dan keasidan baja dan pengatur masa.

Pengaliran larutan baja dari tangki larutan baja boleh dilakukan samada menggunakan pam atau secara tarikan graviti.

Kaedah tolakan graviti biasanya dilakukan di kawasan yang tiada bekalan tenaga elektrik atau terdapat tanah tinggi yang berhampiran dengan ladang seperti yang diamalkan di Cameron Higlands.

f. Penapis ( filter )

Penapis perlu dibersihkan sekerap mungkin agar jerja-kerja penapisan berkesan.

Biasannya penapis dipasang selepas pam air.

Air yang digunakan untuk fertigasi perlu bersih dan suci dari sebarang patogen untuk mengelakkan penitis tersumbat dan tanaman dijangkiti penyakit.

g. Alat pengatur masa ( timer )

Alat pengatur masa digunakan untuk memastikan pemberian larutan baja dilakukan pada masa, kekerapan dan kuantiti yang ditetapkan.

Kuantiti larutan baja yang diberikan juga bergantung pada tempoh masa penitisan.

Kuasa pam ( tekanan ) juga mempengaruhi tempoh masa penitisan.

Page 8: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 7 )

7. KEPERLUAN OPERASI

Kadar penitisan mestilah kerap dengan tempoh yang pendek. Tempoh masa pemberian mestilah bertepatan denagn keperluan pokok.

Hangan memberikan terlalu banyak larutan baja bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran

Penapisan mestilah dibersihkan selalu mengikut jadual ( mungkin sekali atau sekali atau sekali dalam dua minggu bergantung kepada kualiti air ) untuk memastikan sistem fertigasi berfungsi dengan sempurna.

Sebulan sekali klip di hujung paip pembahagi dibuka untuk mencuci dan membilas keluar mendapan garam-garam galian dan bendasing yang ada dalam paip tersebut.

Alat penitis mestilah diperiksa dan dibersihkan setiap minggu untuk mendapatkan pengaliran larutan baja yang betul.

Kekerapan penitisan ditambah mengikut pertimbuhan pokok bagi memastikan pokok yang makin membesar mendapat larutan baja yang mencukupi.

Page 9: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 8 )

8. PEMILIHAN VARIETI

Varieti adalah komponen penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi, tetapi tidak semestinya dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi petani.

Petani perlu memastikan varieti yang paling sesuai untuk digunakan .Varieti mempunyai tindakbalas yang khusus kepada alam persekitaran seperti suhu, kelembapan angina dan tahap pengurusan. Terdapat variety yang sangat peka dan ada yang stabil kepada perubahan persekitaran.

Pengetahuan terhadap cirri-ciri variety yang terkini adalah amat penting untuk pemilihan yang tepat.

Gunakan variety yang telah disyorkan sahaja. Antara variety yang disyorkan mengikut jenis tanaman adalah seperti berikut:

Jenis Tanaman

Varieti yang disyorkan

Tomato

Cili

Melon Wangi

Al boran, Baccarat 322, Gin Yuen Bao, Batu 163 (Semua benih di atas boleh dibeli di Chop Eng Huat Seed, Brinchang, Cameron Highlands. Pahang)DRH 911 (DeRuiter Seed Co. Holland)Hot Chilli (Known You Seed Co. Taiwan)Hybrid Red Star (Hot Chilli) RingletKulai (MARDI Serdang)Kulai Susu (Leckat Seed Co)

Golden Langkawi, Gold Champ, GoddesGlamour, Roze, Emerald Jewels

APA JENIS TANAMAN YANG BOLEH DI TANAM-FERTIGASI

Tanaman sayur berbuah

1. Tomato2. Cili3. Melon 4. Timun Jepun5. Capsium ( cili besar )

Page 10: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

6. Strawberry7. Terung

( KERTAS 9 )

9. PENYEDIAAN BIJI BENIH DAN MENYEDIAKAN ANAK BENIH

Gunakan biji benih yang tulin dan berkualiti. Pastikan biji benih yang digunakan bebas daripada sebarang

penyakit dan tiada kesan serangan serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang

daripada 90%. Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih tersimpan lama dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, ianya perlu diganti dengan benih baru.

Dalam keadaan tertentu rawatan biji benih perlu dibuat.

MENYEDIAKAN ANAK BENIH

Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan.

‘Peat moss” adalah medium yang paling baik untuk medium percambahan.

Dengan menggunakan biji benih yang diperolehi dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai ‘peat moss’ pasti dapat memberikan pertumbuhan anak benih yang baik.

Dulang semaian samada dari jenis plastic hitam (Gambar 2) atau polisterin plug boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa memjejaskan akar pokok.

Dulang semaian diisi dengan ‘peat moss’. Pastikan ianya tidak terlalu padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 sm.

Masukkan biji benih yang telah dirawat dengan thiram atau captan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug.

Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan boleh cambah.

Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat. Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastic hitam dan

diletakkan di bawah teduhan.

Page 11: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

Biarkan beberapa hari untuk biji-biji benih bercambah. Biasanya 4 – 6 hari di tanah rendah bagi tomato dan cili untuk biji-benih. Tanamanmelon wangi hanya memerlukan 2 hari sahaja untuk biji bercambah.

Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahkan dulang semaian kepada cahaya matahari di dalam taking pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan tidak kurus.

Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT di mana larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium ( 32 watts ).

Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan EC = 1.6 µS dan di tingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga EC = 2.5 µS.

Dalam tempoh 2 minggu anak-anak benih ini telah sedia untuk diubah ke beg-beg tanaman.

TEMPOH MENGUBAH ANAK BENIH KE LADANG - POLIBEG

1. Tomato 15 – 25 hari2. Cili 25 – 30 hari3. Terung 25 – 30 hari4. Kobis 14 – 20 hari5. Timun Jepun 5 - 8 hari6. Tembikai wangi 8 - 10 hari

MASA MENYULAM ANAK POKOK

1. 1 minggu selepas ubah.2. Untuk dapat keseragaman.3. Peratus sangat rendah.

Page 12: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 10 )

10. MEMBUAT LARUTAN STOK

Komponen Nutrien dlm Sistem Fertigasi :

Nutrien Makro• N • P• K• Mg• Ca• Sulfur

Nutrien mikro

Boron Ferum Zink Calsium Nitrat/Potasium Nitrat MKP & Potasium Nitrat Kopper Magnesium Sulfat Molibdenum Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karban diperolehi

daripada udara )

Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman.

Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100 x ganda dari yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200 x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.

Kalsium nitrat { Ca (N03) 2} mestilah disediakan secara berasingan dari sebatian yang mengandungi PO4 dan S04 untuk mengelak berlakunya tindakbalas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya larutan Ca (N03)2 dan zat Fe disatukan dan disediakan berasingan dari 9 sebatian lain.

Larutan stok ini { Ca (N03) 2 dan zat Fe } dilabelkan dengan LARUTAN “ A ” manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain ( KNO3 KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnPO4, Ammoniom Molibdat atau Nateriam Molibdat dilabelkan dengan LARUTAN “B”.

Perlu di ingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh di campurkan serentak.

Page 13: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 11 )

11. PENYEDIAAN BEG TANAMAN

Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 45 sm panjang dan 15 sm lebar untuk tanaman tomato dan melon.

Sebaiknya plastik putih digunakan bagi mengurangkan peningkatan suhu di dalam ‘coc-peat’.

Beg-beg tanaman ini setelah diisi ‘coco peat’, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan di susun baring membentuk bantal-bantal kecil ( Lihat Gambar 3).

Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun ), gunakan satu bantal untuk pokok.

Di syorkan ‘coco peat’ dibasah dan ditoskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair.

2 – 2.5 kilogram ‘coco peat’ lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman.

3 – 4 lubang-lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan bantal-bantal tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5sm – 5sm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.

Page 14: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 12 )

12. MENANAM

Anak benih yang berumur 10 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi “coco-peat”

Pada Peringkat ini ketinggian pokok di antara 10-12 sm

Anak- anak pokokk boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa memjejaskan pertubuhan pokok

Bantal-bantal ditebuk samada berbentuk tingkap atau bentuk X. Lihat Gambarajah 5 di bawah.

Gambarajah 5 : Jenis lubang di atas bantal tanaman

18 sm

12.5 sm

Jenis Tingkap Jenis X

Anak benih bersama plug ‘peat moss’ dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek pada bantal-bantal tanaman

Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dillit ke batang pokok

Dawai penggangtung ini biasanya direntang kemas samada memanjang atau melintang Strrtur Pelindung Tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik

Pastikan bahawa sisitem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan.

Pemeriksaan sentiasa dilakukan ke atas setiap pokok untuk memastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.

Page 15: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

( KERTAS 13 )

13. PENGURUSAN SISTEM PENGAIRAN

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa

Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergangtung kepada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman

Pada amnya tanaman dan melon wangi yang mempunyai daun yang lebar, memmerlukan kekerapan penitisan yang lebih jika dibandingkan dengan tanaman tomato dan cili

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja.

Dalam tempoh penitisan yang panjang jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi ‘coco-peat’ untuk menyerap dan menyimpannya

Penitisan selama lebih kurang 5-6 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100-150 ml. larutan baja

Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut

Adalah penting untuk memeriksa pokok setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat

Pemeriksaam yang efektif boleh dilakukan antara 10.00 hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-man pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja

Apabila penitis tersumbat pokok akan layu, biasanya bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari tib spageti dan bersihkan

Penggunaan penapisan lazimnya boleh mengurangkan masalah ini. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa dibersihkan dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya

Kejadian penimpunan sisa garam galian di dalam tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakan kejadian ini medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan

( KERTAS 14 )

Page 16: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

14. MEMBUAT CANTASAN

14.1 Membuang tunas air

Tunas air yang dikeluarkan oleh semua pokok dikotilidon (jenis berdaun lebar) tidak diperlukan. Tunas air akan terus tumbuh dari celah daun ( antara batang pokok dengan tangkai daun)

Membuang tunas air perlu dilakukan untuk semua pokok sayuran jenis buah yang ditanam secara tanpa tanah termasuk tomato, melon wangi, cili, capsirum dan timun

Kerja-kerja membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan untuk mendapatkan satu batang utama (single main stem)

Dengan mengekalkan satu batang utama jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan dan menjamin buah yang lebih besar dan sekata

Tanaman tomato jenis ‘indeterminate’ di kawasan tanah rendah tropika boleh tumpuh memanjang melebihi 6 m dan mampu mengeluarkan hasil walaupun mungkin tidak ekonomik

Kerja-kerja membuang tunas air perlu dilakukan seawall mungkin, bahkan dari peringkat pembesaran di tapak semaian lagi

14.2 Membuang daun tua

Daun-daun tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan (terutamanya yang terlindung dari mendapat cahaya matahari).

Daun-daun tua juga kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun-daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip hasil.

( KERTAS 15 )

Page 17: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

15. MEMBENTUK POKOK

15.1 Melentur

Hanya perlu dilakukan kepada tanaman tomato jenis ‘indeterminate’ Tomato jenis ini terbukti boleh memberikan hasil tuaian yang tinggi

bagi setiap pokok kerana potensi jangka hayat ekonominya lebih panjang dan penuaian buah yang berterusan dapat dilakukan.

Pokok-pokok tomato yang tidak dilentur akan tumbuh memanjang tanpa haluan. Keadaan ini akan menyukarkan kerja-kerja pengurusan yang lain seperti membuang tunas air dan mengutip buah.

Amalan yang biasa dilakukan oleh pengusaha ialah dengan melentur pokok-pokok tomato ke sisi samada ke kanan atau ke kiri susunan batas.

Pokok-pokok yang disebelahnya turut dilentur mengikut arah yang sama. Cara melentur yang mudah dan tidak menjejaskan pokok (yang memungkinkan ianya patah) ialah dengan melakukannya seawall mungkin.

Ianya dilakukan dengan mengendurkan tali lanjaran dan menganjakkan dawai penyangkut ke sisi dalam ukuran jarak 40sm.

Pergerakan melentur dilakukan secara bergerak ke belakang (mengundur).

15.2 Melilit pokok mengikut tali lanjaran

Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok-pokok tanaman kita terus tumbuh ke atas.

Sekiranya tidak dilakukan terutamanya tanaman tomato, pucuk batang utamanya akan memanjang ke sisi dan mungkin akan patah.

Manakala bagi pokok-pokok melon wangi dan timun, pucuk pokok akan mengganggu pokok-pokok di sebelahnya dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan yang lain seperti mengutip buah dan membuang tunas air.

Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.

( KERTAS 16 )

Page 18: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

16. MEMBANTU PENDEBUNGAAN

Bagi tanaman tomato dan cili pada teorinya menjalani pendebungaan sendiri. Tetapi apabila ditanam di dalam Struktur Perlindungan Tanaman lebih-lebih lagi yang di pasang dengan jaring kalis serangga kedapatan banyak putik-putik buah yang gugur dibawah pokok. Keguguran telah dikenalpasti kebanyakannya disebabkan tidak berlaku proses pendebungaan.

Walau bagaimanapun proses pendebungaan boleh juga dibantu secara manual dengan menjentik-jentik atau membuat gegaran kepada tangkai-tangkai bunga antara jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari.

Walaupun kaedah ini terlalu banyak menggunakan masa tetapi hasilnya lebih terjamin. Alat penggetar bunga (flower vibrator) telah digunakan secara meluas di barat sebelum penggunaan ‘bumble bee’ diketahui.

Bagi tanaman melon wangi dan timun, memelihara lebah Aphis cerana ke dalam Struktur Pelindung Tanaman berdinding jaring kalis serangga akan dapat meningkatkan hasil tanaman.

( KERTAS 17 )

Page 19: Nota Kursus Fertigasi Lengkap -1-18

17. MENGUTIP BUAH

Pada kebiasaannya pokok-pokok tomato dan cili yang ditanam secara fertigasi tanpa menggunakan tanah akan mula di kutip hasilnya dalam lingkungan 70 – 80 hari setelah disemai.

Buah-buah tomato yang dipetik mestilah mempunyai tangkai buah dan sepal. Tujuannya adalah untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah dengan tomato yang ditanam secara biasa di lading.

Memetik buah dilakukan dengan memegang tangkai buah pada garisan jari hantu, manakala jari telunjuk pula menekan tangkai buah pada garisan tanggal (‘senescent line’) ke bawah. Pada garisan tanggal ini buah-buah tomato akan mudah diasingkan dari ‘truss’nya. Buah-buah yang dipetik secara ini akan kelihatan lebih menarik.

Bagi tanaman melon, buah di petik apabila daun bendera (flag leaf) pada tangkai buah telah kering dan di ikuti dengan adanya tanda-tanda retak (garisan retak) mengelilingi pangkal buah.

Semua hasil tanaman perlu di buat pengedaran mengikut saiz. Jika dicampur-adukkan boleh menyebabkan harga pasarannya akan turun.

PURATA HASIL SAYURAN – TAN / HA

1. Tomato 120 – 180 tan / ha.2. Cili 30 - 40 tan / ha.3. Terung 25 - 35 tan / ha.4. Timun Jepun 50 - 60 tan / ha.

PURATA TARGET HASIL / POKOK

Jenis Tanaman Target Hasil (kutipan) Hasil / kg

Tomato 5 – 6 bulan 4 – 8 kg / pkCili 5 – 6 bulan 2 – 4 kg / pk

Melon 55 – 60 hari 3 – 5 kg / pkTimun Jepun

( sayur )70 – 90 hari 10 -15 kg / pk