cara – cara menjayakan kempen menabung

7
Cara Cara Menjayakan Kempen Menabung Ayu. Amirah. Aimi. Aini. Adiah

Upload: aimi-wahidah

Post on 21-Jul-2015

1.492 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara – cara menjayakan kempen menabung

Cara – Cara Menjayakan Kempen

MenabungAyu. Amirah. Aimi. Aini. Adiah

Page 2: Cara – cara menjayakan kempen menabung

Hari demi hari, kos perbelanjaan seharian yang

semakin meningkat amat membebankan rakyat

Malaysia terutamanya mereka yang menetap di kota

metropolitan. Ada antara mereka yang terpaksa

mengembleng tenaga untuk memastikan kehidupan

yang selesa. Namun, masih ada cara yang lebih efektif

dapat dilaksanakan untuk meringankan beban

perbelanjaan. Antaranya adalah dengan menabung.

Namun, amalan menabung dianggap kolot dan tidak

relevan dengan kemajuan negara kini. Oleh itu,

pelbagai medium dapat diketengahkan untuk memberi

nafas baru kepada amalan menabung seperti kempen

menabung justeru , pelbagai cara dapat dilaksanakan

untuk menjayakan kempen menabung.

Page 3: Cara – cara menjayakan kempen menabung

Kempen menabung juga dapat membantumenjadikan amalan menabung sebagai satu amalanyang menyeronokkan. Oleh hal yang demikian,keluarga memainkan peranan yang amat pentingdalam memastikan kempen menabung mencapaimatlamatnya. Ibu bapa perlulah memberi inspirasikepada anak-anak seperti menyediakan tabung yangmenarik dan cantik supaya mereka lebih bersemangatuntuk menabung. Ibu bapa boleh mewujudkanpersaingan yang sihat dalam kalangan anak-anakdengan memberi hadiah kepada anak-anak yangberjaya menabung dengan jayanya. Pepatah Arabberbunyi anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yangberhak mencorakkannya, menunjukkan bahawapentingnya peranan keluarga dalam amalanmenabung.

Page 4: Cara – cara menjayakan kempen menabung

Pihak sekolah juga turut memainkan peranan

penting dalam menjayakan kempen menabung kerana

kanak-kanak kini lebih banyak menghabiskan masa di

sekolah berbanding di rumah. Sebagai contoh, Guru

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan terutamanya

perlu mewar-warkan kepada pelajar mengenai Kempen

Menabung dan kelebihan amalan menabung. Pihak

sekolah juga perlu melaksanakan aktiviti bagi

menyokong kempen menabung yang dianjurkan oleh

kerajaan seperti mengadakan Pertandingan Wang

Terkumpul Terbanyak antara pelajar sekolah dan

sebagainya. Hal ini dapat menjadi penggerak kepada

pelajar untuk menabung. Keazaman guru-guru dalam

menyokong kempen ini dapat memupuk amalan

menabung dalam diri kerana tak kenal maka tak cinta.

Page 5: Cara – cara menjayakan kempen menabung

Media massa pula berperanan penting dalam

menyampaikan informasi berkaitan kempen

menabung. Selain itu, media massa dapat membantu

mewar-warkan kepada rakyat Malaysia berkaitan

kempen menabung yang dapat memberi manfaat

kepada mereka. Hal ini demikian kerana media massa

merupakan medium terbaik untuk menghebahkan

amalan mulia ini kepada masyarakat seiring dengan

kemajuan teknologi masa kini. Media massa juga

merupakan medium yang paling tepat untuk

menyalurkan maklumat dengan lebih interaktif dan

berkesan kerana medium ini digunakan oleh semua

peringkat umur. Jika usaha ini diteruskan secara

konsisten, tidak mustahil kempen menabung yang

dijalankan akan mendapat sambutan yang

memberangsangkan .

Page 6: Cara – cara menjayakan kempen menabung

Selain itu, pelbagai institusi kewangan turut

menawarkan khidmat dan pakej yang menarik .

Tamsilnya, mereka menghadiahi kanak-kanak yang

menyimpan wang di bank mereka dengan

memberikan hadiah seperti tabung yang berbentuk

kartun animasi yang popular seperti Upin dan Ipin ,

Boboi Boy dan sebagainya. Namun begitu , bagi

generasi Y, hadiah tersebut sudah tidak dapat

menarik minat mereka kerana barang tersebut

mudah diperolehi. Oleh hal yang demikian, pihak

bank dapat membantu memikat hati penabung

dengan menyediakan hadiah yang lebih menarik

ibarat kata pujangga, didiklah anakmu sezaman

dengannya agar amalan menabung dapat

diterapkan dalam kehidupan seharian.

Page 7: Cara – cara menjayakan kempen menabung

Konklusinya, kempen menabung dapat

dilaksanakan dengan jayanya sekiranya semua pihak

memberi kerjasama dan memainkan peranan masing-

masing. Bukan sekadar satu amalan, malah menabung

boleh dijadikan salah satu alternatif untuk mengatasi

masalah yang dihadapi oleh kebanyakan antara kita

pada zaman kini iaitu masalah kewangan. Walaupun

menabung memerlukan masa yang lama untuk

membolehkan kita merasa nikmat wang yang banyak,

namun perihal ini bersesuaian dengan peribahasa

sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit. Ingatlah, bukan

senang untuk mejadi senang dan bukan susah untuk

menjadi susah. Segalanya bermula daripada nawaitu

yang ikhlas dan betul serta diri kita sendiri bak kata

pepatah tepuk dada tanya selera.