cara-cara mengubati dan mengawasi penyakit 'pendam rasa' 2

7
USRAH NEGERI 6 CARA-CARA MENGUBATI DAN MENGAWASI PENYAKIT “PENDAM RASA” KELIMA :Sambungan CARA-CARA MENGUBATI DAN MENGAWASI PENYAKIT “PENDAM RASA” 5- Menyantuni orang lain secara yang baik walaupun ia bersalah. Bermuamalah(menyantuni )orang lain secara baik walaupun ia bersalah boleh menukarkan musuh menjadi kawan,yang jauh menjadi dekat,dapat membenteras penyakit “pendam rasa dan tertekan” atau sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung. Benarlah firman Allah ى ل عا ت ه و حان ب سdalam surah Al-Fusillat ayat 34 dan 35 yang bermaksud : 34.Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. 35.Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Upload: mujahidfisabilillah

Post on 11-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ubati

TRANSCRIPT

Page 1: Cara-Cara Mengubati Dan Mengawasi Penyakit 'Pendam Rasa' 2

USRAH NEGERI 6 CARA-CARA MENGUBATI DAN MENGAWASI PENYAKIT “PENDAM RASA”

KELIMA          :Sambungan  CARA-CARA MENGUBATI DAN MENGAWASI PENYAKIT   “PENDAM       RASA”

 5-         Menyantuni orang lain secara yang baik walaupun ia bersalah.                       Bermuamalah(menyantuni )orang lain secara baik walaupun ia bersalah boleh menukarkan musuh menjadi kawan,yang jauh menjadi dekat,dapat membenteras penyakit “pendam rasa dan tertekan” atau sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung. Benarlah firman Allah  وتعالى -dalam surah Al   سبحانهFusillat ayat 34 dan 35 

yang bermaksud :

34.Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

35.Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

 Dan sebahagian daripada  menyantuni orang lain dengan cara yang baik ialah dengan berdialog(الحوار) secara tenang dan bertujuan baik,bijak mendengar pandangan orang lain,pengadilan berdasarkan hujjah  lawan hujjah , sedia menerima kebenaran (الحق) tanpa mengira kedudukan. Di dalam Al-quran dan Sunnah Rasulullah  وسلم عليه الله banyak terdapat debat,dialog,hujjah lawan  صلىhujjah dan banyak lagi,disini dibawa contoh apa yang berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Haru  السالم dengan   عليهما Fira’un yang berkata kepada manusia  seperti dirakamkan dalam surah An-nazia’t  : 

yang bermaksud :Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".

Dialah juga yang berkata kepada manusia  :

Page 2: Cara-Cara Mengubati Dan Mengawasi Penyakit 'Pendam Rasa' 2

yang bermaksud : Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku . surah Al-Qasas ayat 38.

Fira’un barkata lagi seperti disebut dalam surah Ghafir ayat 29 

Yang bermaksud : " Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar".

 6-         Mengambil kira neraca penilaian Allah terhadap manusia dan tugas-tugas yang dipikulkan kepada mereka.            Allah  وتعالى telah  سبحانه menerangkan dalam kitab sucinya tentang neraca penilaian terhadap  manusia dengan firmannya dalam surah Al-Hujurat ayat 13 :

 Yang bermaksud : Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Yang bermaksud : Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa.Firman Allah lagi dalam surah Saba’ ayat 37 : 

Begitu juga Allah  وتعالى menerangkan سبحانه melalui lisan Nabinya  Muhammad  وسلم عليه الله   صلى

) : ربكم : إن وسلم عليه الله صلى الله رسول قال قال سعيد أبى عن , على, , أحمر ال و أعجمي على لعربي فضل فال واحد أباكم و واحد

( بالتقوى إال أسودYang bermaksud : “Dari Abi Said berkata : Bersabda Rasulullah  وسلم عليه الله   صلى:Sesungguhnya tuhan kamu adalah satu,dan bapa kamu adalah satu ,maka tidak ada apa-apa kelebihan seorang Arab ke atas orang ajam (أعجمى)   dan tidak ada apa-apa kelebihan orang (berkulit)merah ke atas orang-orang (berkulit) hitam,kecuali dengan takwa.”             Dan daripada Abu Zar  عنه الله berkata   رضي : Rasulullah  عليه الله صلىbersabda   وسلم kepadanya: Lihatlah,sesungguhnya engkau tidak ada apa-apa kelebihan keatas orang berkulit merah dan tidak keatas orang berkulit hitam kecuali engkau melebihinya dengan bertakwa kepada Allah.

              - وسلم عليه الله صلى النبي أن عنه الله رضي هريرة أبى عن(...... أتقاهم : ( الله عند أكرمهم قال أكرم؟ الناس أي سئل

Page 3: Cara-Cara Mengubati Dan Mengawasi Penyakit 'Pendam Rasa' 2

Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah    عنه الله صلى bahawa Rasulullah رضيوسلم عليه ditanya ,siapakah dikalangan manusia ini yang paling mulia? Yang    الله

paling mulia daripada kalangan mereka disisi Allah ialah yang paling bertakwa.Yang bermaksud  :Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". (Surah Al-Qasas ayat 26)            Dapat disimpulkan bahawa neraca penilaian ini ialah “ kemampuan , keupayaan dan ketakwaan, atau kekuatan dan amanah, apabila kedua-dua ini diambilkira tanggungjawab keatasnya , ini dapat membenteras penyakit “ memendam rasa dan tertekan”  bahkan dapat mengikis penyakit ini dari awal lagi.

7-         Berkawan dengan kawan yang benar.            Berkawan dan bersahabat dengan kawan yang benar dan setia akan dapat membenteras penyakit “memendam rasa" atau tertekan bahkan dapat menjaga seseorang itu terlibat atau terkena penyakit ini,kerana diantara keistimewaannya ialah : Dapat memberi bantuan dan pertolongan dengan mendengar luahan hati orang yang pendam rasa,lalu merawat dengan menunjukkan cara mengatasi dan menjaganya daripada terkena penyakit tersebut.            Nabi musa    السالم telah menggambarkan perkara ini dengan memohon علبيهkepada Allah dengan katanya :             Allah  وتعالى menerangkan juga tentang سبحانهungkapan anak gadis hamba yang salih (anak gadis Nabi Musa  السالم kepada ( عليهbapanya :

Yang bermaksud :29.Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku           30.Iaitu Harun saudaraku31. "Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,       32. "Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,    33. "Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,     34.  "Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;35. "Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".

            Dalam perkara “AL-QAMAH” (علقمة) telah menggambarkan dalam wasiatnya untuk anaknya, katanya : wahai  anakku apabila kamu ditawarkan beberapa orang lelaki kerana sesuatu hajat, maka temanilah mereka yang apabila kamu bekerja untuknya ia menjaga kamu,apabila engkau menemaninya ia mengimbangi kamu, bersahabatlah dengan mereka yang apabila kamu menadah tangan memohon sesuatu kebaikan ia menghulurkannya, apabila dia melihat kebaikan engkau dia menghitungnya, apabila ia menutupnya, berkawanlah dengan mereka  dengan mereka yang apabila engkau meminta sesuatu daripadanya dia tetap memberikan engkau, dan jika engkau diam dia memulakan ,apabila kamu ditimpa bencana, mala petaka dia membantu kamu,berkawanlah dengan mereka yang apabila engkau berkata sesuatu ia membenarkan kata-kata mu, apabila  kamu berusaha untuk

Page 4: Cara-Cara Mengubati Dan Mengawasi Penyakit 'Pendam Rasa' 2

mendapat sesuatu ia merangsang kamu, apabila kamu berdua berbalah dia mengalah,(dia mengutamakan kamu).

8-         Memperbanyakan “zikrullah” dalam arti kata maknanya yang syumul.                        Zikrullah yang syumul merangkumi zikrullah melalui akal fikiran cetusan ilmu dan tafakkur , zikrullah dalam hati membesar dan mengagungkan Allah  وتعالى dan cinta kepadanya, zikrullah melalui badan, jasad dengan   سبحانهmelakukan apa sahaja demi mendapatkankeredhaan Alllah, kemudian menyeru orang lain kejalan Allah S.W.T. dengan bijaksana (  الحكمة ) dan nasihat yang baik, dan berdebat dengan cara baik, maka dengan melakukan zikir tersebut secara berterusan dapat melapangkan dada, membersih segala ( pendam rasa dan tekanan) dan jiwa penuh aman, tenang, benarlah firman Allah surah  Ar-ra’d  Ayat 28 :

Yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 

Firman Allah lagi dalam surah Al-An’am ayat 82 :

Yang bermaksud :  Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 52 :

Bermaksud: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Berdasarkan ini maka zikir ini dapat melembutkan hati, meruntun juwa agar memaafkan segala kesalahan demi mengharapkan ganjaran dari Allah S.W.T., seperti mana firman Allah dalam Surah As-Syura ayat 40 : Bermaksud: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Juga firman Allah dalam Surah As-Syura ayat 43 :

Bermaksud : Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

9). Sentiasa ingat terhadap akibat buruk dari “memendam rasa “.

Page 5: Cara-Cara Mengubati Dan Mengawasi Penyakit 'Pendam Rasa' 2

Ingatan yang berterusan terhadap akibat buruk yang myngkin dicetuskan oleh perasaan “memendam rasa” seperti yang yang disebutkan sebelum ini juga dapat membantu agar dapat melepaskan diri daripada penyakit ini, bahkan dapat mengawal dan menjaga penyakit ini , kerana sudah menjadi lumrah manusia suka lupa, dengan cara mengingat dapat mengubati penyakit ini dengan cara sebaik-baiknya.Firman Allah  وتعالى Yang bermaksud : Dan tetap tekunlah engkau    سبحانهmemberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

 Firman Allah lagi :

Yang bermaksud:9.Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

ألعلم الله وDterjemah Oleh,Tuan Syeikh Haji Ismail Bin Kamis24/11/2011  -  28 Zulhijjah  1423