mencegah lebih baik daripada mengubati mulia selepas nikmat iman. antara pengajaran yang penting...

7
1 MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI13 Julai 2018/29 Syawal 1439 ___________________________________________________________________ خ ال م اس و م ار د ق ا أ و ف ر ع ، ف ه اد ب ع ن م اء ش ن م ه ت م ح ر ب ق ف و ي ذ ال ه ل ل د م ح ل ا، ات ر ي ب و ل الق م ه ن م ت ي م ع ، ف ه ت م ك ح ب اء ش ن م ل ذ خ ، و ات اع الط ن م ار ث ك ا ا ب ه و ر م ع و ا و الم ك ل ي ت ا ف و ط ر ف ، و ر ائ ص ب ال و ر ائ س خ ال ا ب و اء ب ، ف م س. ه د ح و ا إ ه ل إ ا ن أ د ه ش أ ق ل ا م ي ك ح ال ز ي ز ع ل ا ه ل ك ي ر ش ه ن أ د ه ش أ ، و ار ر اه و الظ و ن اط و ي الب ف ه ب ر ة اع ط ب اس الن م و ق أ ه ل و س ر و ه د ب ع دا م ح م. د م ح ا م ن د ي ى س ل ع ك ار ب و م ل س و ل ص م ه ل ال أ و ه ى آل ل ع و ان س ح إ ب م ه ل ن ي ع اب الت و ه اب ح ص إ لى ين الد م و ي، د ع ا ب م أ ت م ك ل ع ل ه ت اع ط و ى ا و ق ت ب اي ي إ و م ك ي ص و ، أ وا ا ق . ات ا اد ب ا ع ي ف. ن و ح ل ف تعالى فيل ا قا يم ر الك ه اب ت ك: ﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯSIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH, Pada kesempatan hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan mengenai: Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati”. SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH, Islam telah meletakkan nikmat Islam sebagai nikmat yang paling besar dan mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada

Upload: vudan

Post on 30-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada 2 penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa

1

“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI”

13 Julai 2018/29 Syawal 1439 ___________________________________________________________________

رات، الحمد لله الذي وفق برحمته من شاء من عباده، ف عرف وا أقدار مواسم الخ ي هم القلوب وعمروها بالكثار من الطاعات، وخذل من شاء بحكمته، ف عميت من

.سم، ف باءوا بالخسائر والبصائر، وف رطوا في تلك المواار، وأشهد أن ه ل شريك له العزي ز الحكيم الق أشهد أن اهلل ل إله إل اهلل وحده

.محمدا عبده ورسوله أق وم الناس بطاعة ربه في الب واطن والظواهر

صحابه والتابعين لهم بإحسان وعلى آله وأ اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ي وم الدين لى إ

فلحون. ف يا عباد اهلل. ات قوا اهلل، أوصيكم وإياي بت قوى اهلل وطاعته لعلكم ت أما ب عد، :كتابه الكريم قال اهلل تعالى في

﴾ڤ ڤ ڦ ڦٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ﴿

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,

Pada kesempatan hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri

saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan

kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala

perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita

memperoleh keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia

dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan mengenai:

“Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Islam telah meletakkan nikmat Islam sebagai nikmat yang paling besar

dan mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada

Page 2: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada 2 penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa

2

penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa

kesihatan merupakan nikmat terbesar dan kurniaan teragung selepas nikmat

iman dari sudut kepentingannya dan ia terletak di puncak-puncak nikmat

keduniaan kerana kesihatan tubuh membolehkan seseorang itu belajar dan

beramal dengan baik, berkorban, berjuang dan berjihad untuk agama, maruah,

harta dan negaranya serta membolehkannya menunaikan kewajipan dunia dan

agamanya dengan cara yang paling sempurna.

Menghargai dan menjaga kesihatan adalah juga sebahagian daripada

prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa dan akal. Menunaikan hak

terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar

baik dan selamat dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani secara optimum

sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan

agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan

mukmin yang lemah. Sabda Rasulullah SAW:

"المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف "Mafhumnya: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah

dari mukmin yang lemah”

(Hadis riwayat Muslim)

Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta

dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati

kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit. Kesihatan

merupakan anugerah Allah SWT yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini

mesti dipertahankan hingga ke akhir hayat tetapi jangan sampai melekakan.

Rasulullah SAW bersabda:

"نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ "Mafhumnya: “Dua nikmat yang sering manusia lalai (tidak menyedari)

nilainya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Page 3: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada 2 penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa

3

Rasulullah SAW juga telah memberi peringatan kepada kita supaya merebut

peluang kesihatan dengan baik sebagaimana sabda baginda,

اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناك قبل فقرك " ."وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك

Mafhumnya: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima yang lain; masa

muda kamu sebelum datang masa tua, masa sihat kamu sebelum datang masa

sakit, masa kaya kamu sebelum datang masa faqir, masa lapang kamu sebelum

datang masa sibuk, dan masa hidup kamu sebelum datang masa matimu”

(Hadis riwayat al-Hakim)

Jangan sesekali berubat dengan benda yang diharamkan agama, Rasulullah

SAW telah bersabda:

"دواء، فتداووا ول تداووا بحرام داء لكل إن اهلل أنزل الداء والدواء، وجعل"

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan

dijadikan setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat

dengan benda-benda yang haram”.

(Hadis riwayat Abu Dawud)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Allah SWT juga telah menyebutkan dalam al-Quran tentang kriteria-

kriteria orang yang baik untuk diambil bekerja. Firman Allah SWT dalam Surah

al-Qasas ayat 26:

﴾ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ﴿Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat, lagi

amanah.”

Hal ini bukanlah bermaksud Islam memandang hina kepada orang-orang

yang lemah. Di sana terdapat juga konsep saling bertolongan antara satu sama

lain. Yang kuat dan sihat akan membantu yang lemah dan tidak berdaya, yang

kaya akan membantu yang miskin yang tidak berkemampuan. Begitulah

kesempurnaan Islam. Kelebihan yang dinyatakan untuk merujuk kepada anjuran

Page 4: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada 2 penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa

4

menjaga kesihatan dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh

menyebabkan seseorang itu termasuk dalam kebinasaan. Allah SWT juga

berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 195:

﴾ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ﴿

Maksudnya: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan

janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya

kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang

yang berusaha memperbaiki amalannya.”

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI,

Dalam bulan Syawal ini, dengan kita masih lagi dalam suasana perayaan,

kita dihidangkan dengan pelbagai menu makanan. Hal itu bukanlah bermaksud

kita boleh makan dengan sesuka hati. Antara langkah penjagaan kesihatan yang

paling berkesan ialah dengan kaedah pencegahan. Dalam al-Quran sendiri pun

terdapat lebih banyak ayat-ayat berkaitan tindakan-tindakan pencegahan

berbanding tindakan-tindakan penyembuhan dan pengubatan walaupun ayat-

ayat tersebut tidak dijelaskan secara khusus.

Sesungguhnya benarlah bagai dikata bahawa mencegah itu lebih baik

daripada mengubati. Makanlah dan minumlah dengan berpada-pada.

Sesungguhnya Allah SWT telah mengingatkan kepada kita supaya tidak

berlebih-lebihan dalam makan dan minum. Firman Allah SWT dalam Surah al-

A’raaf ayat 31.

﴾ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ﴿Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah

berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang), dan makanlah

dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak

suka akan orang yang melampaui batas.”

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menekankan beberapa intipati

penting yang perlu diberi perhatian oleh Jemaah sekalian.

Page 5: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada 2 penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa

5

Pertama: Islam memandang penting persoalan kesihatan kerana ia

menyempurnakan ibadah dan pekerjaan umatnya.

Kedua: Islam juga memuliakan orang-orang yang sihat dan kuat dan dalam

masa yang sama memberi peluang kepada mereka membantu

golongan yang lemah.

Ketiga: Pencegahan merupakan langkah terbaik dalam usaha menjaga

kesihatan di samping mengamalkan pemakanan yang seimbang dan

mengamalkan gaya hidup yang sihat.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٱ ٻ ٻ ٻ

﴾ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ﴿

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu

pengajaran dari Tuhanmu, dan penawar bagi penyakit yang ada di dalam

dadamu, dan petunjuk, serta rahmat bagi orang yang beriman.”

(Surah Yunus ayat 57)

ات والذكر ي اكم بما فيه من األبارك اهلل لي ولكم بالقرءان العظيم ون فعني وإي وته إنه هو السميع العليم. أق ول ق ولي هذا منكم تل قبل مني و الحكيم وت

وأست غفر اهلل العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين حيم.والمؤمنات فاست غفروه إنه هو الغفور الر

Page 6: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada 2 penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa

6

KHUTBAH KEDUA

________________________________________________________________

Page 7: MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada 2 penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa

7

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara

kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.

Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.

Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat

sepanjang zaman.