cara-cara mengenalpasti miskonsepsi dalam sains

1
CARA-CARA MENGENALPASTI MISKONSEPSI DALAM SAINS. TEMUBUAL Guru boleh memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh kanak-kanak. Kanak-kanak diajak untuk mengekspresikan idea mereka mengenai konse p-konsep yang telah dipilih oleh guru. Guru akan dapat mengerti latar belakang m unculnya miskonsepsi yang ada sekaligus dinyatakan dari mana mereka memperolehi miskonsepsi tersebut. Dua kaedah temu bual: Interviews about instances (Osborne and Gilbert, 1980) Interviews about events (Osborne and Freyberg, 1987) Temubual dijalankan selama lebih kurang 40 minit dan dirakam perbualanny a. Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis. PENYOALAN. Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan meminta kanak -kanak menjawab secara jujur dan guru perlu menegaskan kepada mereka bahawa ujia n itu bukan untuk digred. Terdapat 2 jenis soalan yang boleh dikemukakan: Soalan objektif Ujian objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa wujud di kalangan kanak-kanak. Soalan esei Bentuk soalan ini sesuai jika guru ingin meneroka untuk memahami cara pemikiran kanak-kanak. Guru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan ini guru dapat mencari jalan yang terbaik untuk menangani miskonsepsi kanak-kanak. PEMERHATIAN Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka b erbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. Dari perbinc angan itu guru dapat mengenalpasti idea kanak-kanak tersebut tepat atau tidak. G uru juga dapat mngerti konsep-konsep alternative yang ada pada kanak-kanak. RAMALAN Miskonsepsi kanak-kanak juga boleh dikenalpasti melalui meramal, memerha ti dan menerang. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadia n yang berkaitan dengan tajuk yang diberi kepada kanak-kanak. Langkah 1 : Meramal ? Secara individu, murid diminta untuk menulis ramalan mereka. ? Guru meminta murid untuk meneragkan sebab ramalan yang diberikan. Langkah 2 : Memerhati ? Murid melakukan eksperimen ? Guru meminta murid membuat pemerhatian dan merekodkan hasil pemerhatian mereka. Langkah 3 : Menerang ? Murid diminta betulkan sebab yang mereka telah tulis di awal eksperimen ? Murid diminta berbincang dengan rakan-rakan di dalam kumpulan mereka. PETA KONSEP Dengan membandingkan peta konsep yang dibina oleh murid dengan guru, gur u dapat mengenalpasti miskonsepsi yang wujud pada kanak-kanak. Guru perlu melati h murid-murid cara untuk membina peta konsep terlebih dahulu. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan. ? Pilih satu konsep utama ? Kenalpasti konsep-konsep yang berkaitan ? Susun konsep-konsep ikut hierarki daripada yang am kepada yang spesifik ? Sambungkan konsep-konsep tersebut dengan garisan ? Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai

Upload: mazarwan-muhamad

Post on 24-Apr-2017

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara-cara Mengenalpasti Miskonsepsi Dalam Sains

CARA-CARA MENGENALPASTI MISKONSEPSI DALAM SAINS. TEMUBUAL Guru boleh memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh kanak-kanak. Kanak-kanak diajak untuk mengekspresikan idea mereka mengenai konsep-konsep yang telah dipilih oleh guru. Guru akan dapat mengerti latar belakang munculnya miskonsepsi yang ada sekaligus dinyatakan dari mana mereka memperolehi miskonsepsi tersebut. Dua kaedah temu bual: Interviews about instances (Osborne and Gilbert, 1980) Interviews about events (Osborne and Freyberg, 1987) Temubual dijalankan selama lebih kurang 40 minit dan dirakam perbualannya. Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis. PENYOALAN. Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan meminta kanak-kanak menjawab secara jujur dan guru perlu menegaskan kepada mereka bahawa ujian itu bukan untuk digred. Terdapat 2 jenis soalan yang boleh dikemukakan: Soalan objektifUjian objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa wujud di kalangan kanak-kanak. Soalan eseiBentuk soalan ini sesuai jika guru ingin meneroka untuk memahami cara pemikiran kanak-kanak. Guru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan ini guru dapat mencari jalan yang terbaik untuk menangani miskonsepsi kanak-kanak.

PEMERHATIAN Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. Dari perbincangan itu guru dapat mengenalpasti idea kanak-kanak tersebut tepat atau tidak. Guru juga dapat mngerti konsep-konsep alternative yang ada pada kanak-kanak. RAMALAN Miskonsepsi kanak-kanak juga boleh dikenalpasti melalui meramal, memerhati dan menerang. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadian yang berkaitan dengan tajuk yang diberi kepada kanak-kanak. Langkah 1 : Meramal? Secara individu, murid diminta untuk menulis ramalan mereka.? Guru meminta murid untuk meneragkan sebab ramalan yang diberikan. Langkah 2 : Memerhati? Murid melakukan eksperimen? Guru meminta murid membuat pemerhatian dan merekodkan hasil pemerhatian mereka. Langkah 3 : Menerang? Murid diminta betulkan sebab yang mereka telah tulis di awal eksperimen? Murid diminta berbincang dengan rakan-rakan di dalam kumpulan mereka.

PETA KONSEP Dengan membandingkan peta konsep yang dibina oleh murid dengan guru, guru dapat mengenalpasti miskonsepsi yang wujud pada kanak-kanak. Guru perlu melatih murid-murid cara untuk membina peta konsep terlebih dahulu. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan.? Pilih satu konsep utama? Kenalpasti konsep-konsep yang berkaitan? Susun konsep-konsep ikut hierarki daripada yang am kepada yang spesifik? Sambungkan konsep-konsep tersebut dengan garisan? Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai