cara cara mengatasi masalah beg berat

4
Page | 7 3.1 Cara-cara Mengatasi Masalah Beg Berat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Terasa amat kasihan melihat pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah mengendong beg seumpama hendak balik kampung bercuti raya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila mereka terpaksa menaiki bas sekolah dan awam dengan beban yang berat dipikul. Pelajar ini akan terpaksa menarik nafas dahulu serta berehat untuk menghilangkan kepenatan sebelum menumpukan perhatian kepada pelajarannya pada permulaan kelas. Langkah-langkah bijak harus diambil untuk menangani isu ini dengan segera sebelum terjadi pelajar-pelajar sekolah mengalami sakit pinggang dan menjadi bongkok kemudian hari akibat terpaksa memikul beban buku yang berat ke sekolah setiap hari. Perkara ini jangan dipandang remeh kerana secara tidak langsung ia boleh merosakkan pertumbuhan ketinggian pelajar tersebut. Malah boleh merosakkan suasana hati pelajar untuk belajar akibat keletihan. Ia juga boleh menjejaskan kualiti modal insan generasi muda kita.Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi isu beg berat yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Penggunaan beg sekolah yang beroda dan ditarik boleh mengatasi masalah ini dengan cara alternatif menggunakan beg sekolah yang digalas. Keadaan ini mungkin boleh membantu seseorang pelajar untuk meringankan beban memikul beg yang berat setiap hari walaupun tidak berkesan secara keseluruhannya. Walaupun ramai ibu bapa membelikan beg sekolah yang beroda ini untuk menggantikan beg yang digalas demi meringankan beban anak- anak mereka, malahan ada segelintir ibu bapa mengadu bahawa hanya

Upload: asihwiniy-viniy

Post on 03-Jul-2015

2.156 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara cara mengatasi masalah beg berat

P a g e | 7

3.1 Cara-cara Mengatasi Masalah Beg Berat Dalam Kalangan Pelajar

Sekolah

Terasa amat kasihan melihat pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah

mengendong beg seumpama hendak balik kampung bercuti raya. Keadaan

menjadi lebih teruk apabila mereka terpaksa menaiki bas sekolah dan awam

dengan beban yang berat dipikul. Pelajar ini akan terpaksa menarik nafas dahulu

serta berehat untuk menghilangkan kepenatan sebelum menumpukan perhatian

kepada pelajarannya pada permulaan kelas.

Langkah-langkah bijak harus diambil untuk menangani isu ini dengan

segera sebelum terjadi pelajar-pelajar sekolah mengalami sakit pinggang dan

menjadi bongkok kemudian hari akibat terpaksa memikul beban buku yang berat

ke sekolah setiap hari. Perkara ini jangan dipandang remeh kerana secara tidak

langsung ia boleh merosakkan pertumbuhan ketinggian pelajar tersebut. Malah

boleh merosakkan suasana hati pelajar untuk belajar akibat keletihan. Ia juga

boleh menjejaskan kualiti modal insan generasi muda kita.Usaha pasti akan

membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan

segera untuk mengatasi isu beg berat yang sudah bersarang lama di negara kita

ini.

Penggunaan beg sekolah yang beroda dan ditarik boleh mengatasi

masalah ini dengan cara alternatif menggunakan beg sekolah yang digalas.

Keadaan ini mungkin boleh membantu seseorang pelajar untuk meringankan

beban memikul beg yang berat setiap hari walaupun tidak berkesan secara

keseluruhannya. Walaupun ramai ibu bapa membelikan beg sekolah yang

beroda ini untuk menggantikan beg yang digalas demi meringankan beban anak-

anak mereka, malahan ada segelintir ibu bapa mengadu bahawa hanya

Page 2: Cara cara mengatasi masalah beg berat

P a g e | 8

beberapa hari sahaja anak-anak mereka menggunakannya. Apabila hal ini

dibincangkan, pelajar enggan membawa beg beroda kerana beg beroda ini lebih

menyeksakan mereka. Hal ini demikian kerana, kawasan sekolahnya yang tidak

sama rata keseluruhannya. Apabila memasuki pintu pagar sekolah memang

selesa untuk menyeret beg tersebut. Tetapi yang menjadi masalah di sini apabila

terpaksa mengangkat beg tersebut untuk menuruni tangga dan kembali

menyeretkan begnya apabila melalui kaki lima kemudian sekali lagi beg tersebut

di angkat untuk menaiki tangga menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat 3.

Ternyata langkah memperkenalkan beg beroda belum berjaya mengatasi

masalah ini sepenuhnya. Untuk sekolah yang dibina sama rata atau tidak

bertingkat mungkin ini adalah pilihan yang terbaik tetapi bagi yang sekolahnya

bertangga banyak pastinya mereka menolak untuk menggunakan beg beroda ini

kerana ia lebih menyusahkan kepada mereka.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, antara

langkah yang boleh diperkenalkan ialah kaedah pembelajaran melalui

penggunaan komputer atau komputer riba untuk pelajar di sekolah. Keadaan ini

akan menggantikan buku latihan dan buku teks yang begitu banyak untuk

dibawa ke sekolah dalam sebuah komputer sahaja. Hal ini akan lebih

menyenangkan seseorang pelajar itu untuk belajar dengan lebih selesa tanpa

rasa lesu dan letih. Perkara ini juga akan menjimatkan kos perbelanjaan

kementerian untuk mencetak buku teks serta dapat mengurangkan penebangan

pokok untuk dibuat kertas. Memandangkan sekarang ini, harga komputer

mahupun komputer riba semakin murah dan beratnya semakin ringan serta

saiznya yang semakin kecil dan nipis lebih sesuai di mana murid-murid tidak

perlu lagi membawa buku yang banyak untuk ke sekolah. Hal ini akan menjadi

lebih hangat dalam kalangan pelajar sekolah kerana pada zaman sekarang

budak berusia 3 tahun pun boleh mengendalikan komputer, ini lagilah sudah

bersekolah. Apabila komputer atau komputer riba diperkenalkan maka

penggunaan buku teks boleh dimansuhkan dan subsidi untuk buku teks boleh

Page 3: Cara cara mengatasi masalah beg berat

P a g e | 9

digunakan untuk membeli komputer. Komputer ini juga boleh digunakan

sehingga murid tersebut tamat bersekolah sekurang-kurangnya sehingga darjah

6 sebelum digantikan komputer baru apabila mereka memasuki sekolah

menengah. Walaubagaimanapun, pihak kementerian pelajaran selaku pihak

yang berkuasa boleh memainkan peranan yang penting seperti menyekat laman-

laman web tertentu yang tidak berkaitan dengan kandungan akademik mereka.

Selain itu, semua latihan dan pembelajaran boleh disimpan dalam kunci-kunci

USB yang boleh dibawa ke rumah. Perkara ini akan membantu murid-murid

boleh belajar dan membuat latihan hanya dengan satu klik tanpa menyelek-

nyelek halaman buku.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa juga

harus memainkan peranan penting dalam mengatasi isu beg berat ini. Mereka

harus memainkan peranan sebagai pemantau dengan meneliti apa yang

terkandung dalam beg sekolah dan pastikan anak-anak membawa hanya buku

yang diperlukan sahaja. Selain itu, pada masa ini juga ibu bapa perlu menyemak

jadual kelas yang diberikan oleh guru supaya ruang beg anak-anak hanya

memenuhi buku-buku yang akan digunakan keesokan harinya sahaja. Lebih

penting lagi, ibu bapa juga harus mengambil langkah untuk mendidik anak-anak

mereka cara mengikuti jadual waktu sekolah yang diberikan sekaligus mengatur

susunan buku-buku dalam beg. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan

di atas,pemilihan beg sekolah perlu dilakukan dengan betul dan bijak oleh ibu

bapa berdasarkan kehendak anak-anak.Dengan adanya pelbagai pilihan koleksi

di pasaran, ibu bapa boleh mendapatkan beg yang lebih ringan mahupun beroda

yang memudahkan anak-anak mereka untuk dipikul.

Sesungguhnya, pihak sekolah boleh menyediakan kemudahan laci di

sekolah untuk memuatkan buku-buku teks yang berat. Laci-laci tersebut

hendaklah dikunci menggunakan kad magnetik yang diintegrasikan dalam

lencana atau tanda nama murid-murid supaya mereka tidak lupa untuk

Page 4: Cara cara mengatasi masalah beg berat

P a g e | 10

membawanya ke sekolah. Lantaran, guru-guru boleh menyimpan kunci utama

sekiranya murid terlupa membawa kunci. Hal ini akan mengurangkan beban

murid-murid dengan membawa buku-buku yang diperlukan untuk membuat kerja

rumah dan buku latihan sahaja. Pada masa yang sama, permuafakatan antara

guru dengan murid memainkan peranan penting dalam hal mengurangkan beg

berat ini. Mereka boleh sentiasa mengingatkan murid mengenai buku yang

diperlukan bagi pelajaran berikutnya. Masalah sedemikian diharapkan dapat

beransur pulih dan memudahkan semua pihak dengan adanya persefahaman

antara dua pihak ini. Sementara itu, setiap matapelajaran yang diajar dalam 1

jam per subjek boleh ditambah secara 2 jam per subjek. Dengan ini bilangan

subjek yang dipelajari setiap hari akan kurang. Dengan kata lain, katakan sejam

belajar Matematik pada hari Isnin, dan sejam lagi pada hari Selasa, boleh

jadikannya dua jam Matematik pada hari Selasa sahaja. Untuk hari Isnin,

gantikan dua jam Matematik dengan dua jam subjek lain yang perlu diajar pada

hari itu. Kaedah ini digunakan di Perancis, jadi kenapa tidak di Malaysia.

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,

sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini

boleh dibasmi hingga ke akar umbi.Semua pihak harus berganding bahu untuk

menyelesaikan masalah beg berat ini untuk kanak-kanak berasa lebih selesa.

Mereka berhak mendapat masa depan yang sihat tanpa risau kepada tulang

belakang mereka. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa adalah sama penting

dengan peranan yang perlu dimainkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bersamalah kita menjamin masa depan anak-anak kita.